And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

the arrivals...band yahudi laknat



Molotov pula - seperti ana mengkaji seperti ilmuwan Islam yang lain - ana mengkaji bahasa-bahasa Hebrew - tidak seperti Nami Teh Tarik Gelas Besar yang suka tanpa merujuk kepada al-Quran dan sunnah - ana mengkaji bahawa Tov dalam bahasa Hebrew - bahasa Yahudi laknatulooh ini bermaksud bagus.Bermakna dalam album kali ini - The Arrivals datang dengan maksud "Letupan Yang Bagus".Kita lihat rejim Yahudi Zionis telah menyerang umat Islam dengan letupan yang besar-besar.Ini satu pencerahan yang cuba ana sampaikan,masha Allah,Allahuakbar!







Lagu pertama dia - Two Years - berceritakan rancangan mereka dalam tahun 2012.Ketika album ini dibuat - album ini dibuat pada tahun 2010.Seperti yang kita tahu,tahun 2012 dalam kebudayaan Maya adalah hari kiamat.Mereka percaya bahawa hari kiamat bakal berlaku tahun depan.Dan ana dapat lihat percubaan untuk menyesatkan umat Islam ini - telah mendapat kerjasama antara Yahudi dan Maya.Lihat lirik yang ana cari:

We got two more solid years
Before the bottom drops out
and the slate has been wiped clear
The craft girls will make it through
They're gonna know just what to do

The Mayan phantoms spoke!
It just seems like that when even your old man's broke
You know he'll make it through
So how bout you?


Nampak - dia telah menyebut nama hantu kaum Maya dan menyeru - untuk dua tahun lagi.Ini adalah rancangan yang mereka cuba lakukan.

Seterusnya lagu "New Gold Standard" - iaitu mereka mahu menipu dengan menidakkan nilai harga dinar emas yang umat Islam gunakan.Masha-Allah - mereka mahu meletakkan harga emas yang baru dengan standard yang mereka buat supaya dinar emas kita tidak lagi bernilai.Perbuatan mereka sungguh zalim.

Lagu "Water Water Everywhere" adalah sebahagian dari rancangan jahat Zionis - untuk menjadikan gurun Sahara dan Arab untuk hijau - supaya mereka dapat menakluk tanah Arab yang dimuliakan oleh Islam - kerana bahasa syurga adalah bahasa Arab.Water Water Everywhere ini kita sudah nampak rancangan jahat mereka - malah Obefiend sendiri pernah menulis tentang ini dalam Blog Serius.Seperti yang kita tahu,tanda-tanda hampirnya kiamat ialah apabila gurun telah dihijaukan dan disuburkan.Nampak tak tu?Mereka cuba membawa kita supaya kiamat semakin hampir!

Children's Crusade adalah satu dakyah dari pihak Freemensen dan Illumenati untuk mengkristiankan anak-anak kecil umat Islam.Ini kita sudah lihat - sehingga di Malaysia.Air holy water kini dititiskan dalam air mineral supaya akidah umat Islam akan digugat.Kita boleh lihat taktik halus ini - masha-Allah!

Lagu seterusnya - The Power Won't Be Staying So Long - adalah satu taktik jahat Zionis menggulingkan negara-negara Islam dengan menggunakan anak muda yang cepat terpengaruh dengan dakyah Freemensen - macam Nami Teh Tarik Gelas Besar.Cuba kita lihat - mengapa ia berlaku di negara-negara Islam dan bukan di negara-negara kafir?Di Venezuela pun diktator juga.Di Korea Utara pun diktator juga?Kenapa negara Islam - kerana mereka ingin menghancurkan Islam dengan idea-idea kominis,sosialis dan anarkis - macam Naminis.Rancangan mereka menjatuhkan kerajaan negara Islam seperti Tunisia dan Mesir telah berjaya.Kita semua tahu tempat pendidikan Islam terulung terletak di Al-Azhar di Mesir.Bayangkan kerajaan baru Mesiran nanti akan meletakkan dasar sosialis dan meletakkan orang-orang macam Nami menjadi lecturer?Konfirm hancus agama mereka.

Lagu Frontline pula adalah lagu tentang memuji senjata canggih Israel.Dari kereta kebal Merkava ke jet pejuang F-35 Lockheed Martin.Mereka berkata frontline mereka kuat sebab itu mereka akan terus mara menolak negara Islam untuk jatuh.

Lagu The Last Testament - masha-Allah,mereka cuba membuat dakyah baru untuk menyesatkan umat Islam.Seperti yang kita semua tahu,Bible Kristian ada Old Testament dan New Testament.Mereka cuba membuat Last Testament bagi umat Islam keliru bahawa adanya agama wahyu yang baru.Kita lihat tajuk lagu sahaja sudah mencukupi taktik jahat mereka ini.

Lagu "Simple Pleasure in America" ialah mereka mahu menyebarkan fahaman Amarekanisme terhadap seluruh dunia - khususnya umat Islam - dengan berkata "hidup yang mudah adalah nikmat - seperti Amareka".Nampak - kita sudah nampak betapa banyaknya makanan segera seperti McDonalds dan KFC,kini tiba tumbuh macam lumut di tepi longkang.Ada Wendy's,ada Burger King,ada A&W - masha Allah,mereka cuba menjadikan negara-negara Islam seperti Amareka.Cuba kita lihat kita kini terlalu bergantung kepada kereta - sama macam Amareka.Di Amareka mereka letak rancangan The Simpson pada waktu maghrib - di Malaysia mereka letak Doraemon.Kita dapat lihat taktik jahat mereka.

Sempena tulisan ini - ana berkongsilah kepada semua - dan berpesan untuk saling ingat mengingatilah sesama kita - bahawa Freemensen,Illumenati dan Yahudi sudah semakin hampir dengan rancangan mereka.Marilah kita bersama-sama berpesan-pesan untuk kebaikan umat sejagat.Amin. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts