Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
Tulang ekor (coccyx) adalah tulang terakhir di bahagian bawah tulang belakang. Disebutkan dalam beberapa hadis bahawa tulang ini adalah asal manusia dan benih dari mana manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini tidak reput di dalam tanah.“Dalam tubuh manusia terdapat sebuah tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya.Dari tulang itulah manusia akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya: “Tulang apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Itulah tulang ekor.”- HR Bukhari, An-Nasaii, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
Hadis-hadis di atas adalah jelas menerangkan hal ini dan mengandungi fakta-fakta berikut:“Seluruh anggota tubuh manusia akan musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan dibentuk dan diciptakan kembali.”
- Manusia diciptakan dari tulang ekor.
- Tulang ekor tidak akan reput.
- Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor.
Pembentukan janin bermula apabila sperma bersenyawa dengan ovula.
Ovula yang disenyawa atau zigot terbahagi menjadi 2 sel, dan setiap sel pula terbahagi menjadi 2 sel yang lain. Pembahagian sel-sel dan pertumbuhannya berterusan sehingga pembentukan selaput embrio yang mengandungi 2 lapisan:
- Luaran “Epiblast”: mengandungi cytotrophoblasts melekatkan embrio di dinding rahim dan membolehkan ia mendapatkan zat-zat makanan dari darah dan enzim-enzim dari kelenjar dinding rahim.
- Dalaman “Hypoblast”: Dari mana janin dibentuk dengan Kehendak Allah Yang Maha Besar.Pada hari ke 15 coretan primitif (primitive streak) terbentuk pada bahagian dorsal embrio dengan hujung runcingnya disebut sebagai simpulan primitif (primitive node). Sisi di mana coretan primitif ini muncul dikenali sebagai bahagian belakang dari ceper embrio (embrio disk). Dari coretan primitif dan simpulan primituf inilah seluruh tisu-tisu janin dan organ-organ janin terbentuk seperti berikut:
- Ektoderma(Ectoderm): membentuk kulit dan sistem saraf tunjang
- Mesoderma(Mesoderm): membentuk saluran pencernaan otot polos, otot-otot rangka, sistem peredaran, jantung, tulang, sistem seksual dan kencing (kecuali pundi kencing), tisu-tisu subkutan (subcutaneous tissues), sistem limfatik, limpa dan korteks.
- Endoderma(Endoderm): membentuk lapisan saluran pencernaan dan sistem pernafasan, organ-organ yang berkait dengan saluran pencernaan (misalnya: hati dan pankreas), pundi, kelenjar tiroid, saluran pendengaran. Setelah itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi menguncup dan berada di zon sakral, bahagian bawah terakhir tulang belakang, sehingga terbentuk tulang ekor. Oleh kerana itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi tulang ekor yang telah Nabi SAW terangkan kepada kita mengenainya.
Para penyelidik mendapati bahawa pembentukan dan pengaturan sel-sel janin dan organisasi yang diberikan oleh coretan primitif dan simpulan primitif dan sebelum pembentukan mereka tidak ada pembezaan sel-sel yang mungkin boleh terjadi. Salah seorang penyelidik yang terkenal dalam membuktikan hal ini adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Menurut eksperimennya ke atas coretan primitif dan simpulan primitif dia menemukan bahawa mereka yang mengatur kejadian ini sebagai “Pengatur utama.” Beliau memotong bahagian dari satu janin dan ditanamkan/disusukkan dalam satu lagi janin yang berada pada peringkat embrio primer (minggu ketiga dan minggu keempat). Apa yang mengejutkan ia mengarah kepada pembentukan janin sekunder dalam tubuh tetamu disebabkan pengaruh dan pengaturan yang diberikan oleh sel-sel tetamu disekitarnya.
Pada tahun 1931, ketika Spemann menghancurkan pengatur utama dan menanamnya sekali lagi, kehancuran ini tidak menjejaskan eksperimen dan sekali lagi, satu embrio sekunder tumbuh. Pada 1933, Spemann dan saintis lain melakukan percubaan yang sama tetapi pengatur utama kali ini direbus pula. Sebuah embrio sekunder tumbuh, malah ia menunjukkan bahawa sel-sel tidak terjejas walau pun ianya direbus. Pada tahun 1935, Spemann dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penemuan Pengatur Utama (Primary Organiser).
Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al-Azzandani melakukan beberapa eksperimen pada tulang ekor pada bulan Ramadan 1423 di rumah Syeikh Abdul Majid Al-Azzandani di Sanaa. Salah satu dari lima vertebra tulang ekor dibakar di atas batu dengan menggunakan semburan gas api selama 10 minit hingga ke tahap pembakaran sepenuhnya (iaitu tulang menjadi merah kemudian hitam). Mereka meletakkan kepingan-kepingan arang ini dalam kotak yang disterilkan dan membawanya ke makmal analisis yang paling terkenal di Sanaa (makmal Al-Olaki).
Dr. Al-Olaki, seorang pensyarah histologi dan patologi di Universiti Sanaa, menganalisis kepingan-kepingan ini dan mendapati bahawa sel-sel dari jaringan tulang ekor itu tidak terjejas dan terselamat dari pembakaran (hanya otot, tisu-tisu lemak dan sel-sel tulang sumsum yang terbakar sedangkan pada sel-sel tulang ekor langsung tidak terjejas).
Kecacatan Pembentukan Janin Bukti Tulang Ekor Mengandungi Sel-Sel Ibu untuk Semua Rangkaian Tisu Manusia
Pembentukan janin adalah dari coretan primitif dan simpulan primitif, yang berada pada tulang belakang terakhir sakrum (tulang ekor) dan masih mengekalkan ciri-ciri mereka. Jika sekiranya bahagian ini terangsang, mereka mulai tumbuh sama dengan seperti pertumbuhan janin dan menjadi tumor (teratoma) yang menyerupai sebuah janin yang cacat dengan beberapa organ terbentuk sempurna (tangan atau kaki dengan kuku). Oleh kerana itu sakrum memang mengandungi sel-sel ibu dan apa yang Nabi SAW bersabda tentang kebangkitan manusia dari tulang ekor mereka pada hari kiamat telah dibuktikan.
Kesimpulan: tulang ekor yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif serta mereka dapat tumbuh memberikan tiga lapisan yang membentuk janin: ektoderma, mesoderma dan endoderma dan sehinggakan boleh membentuk semua organ. Apabila pakar bedah membedah tumor tersebut mereka menjumpai organ-organ yang terbentuk sempurna di dalamnya seperti gigi, rambut dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka manusia dapat diciptakan kembali dari tulang ekor mereka yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif.