And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, October 16, 2011

CARA MENADAH TANGAN/BERDOA YANG BETUL DAN BERADAB.



oleh Aniza Binti Ariffin pada pada 10hb Oktober 2011 pukul 7.03 ptg
 
UST.MUHAMMADALHAJ
Doa senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Khalik.

Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT termasuk 99 nama Allah.

Kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan. "Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi hufur 'ba' . Titik 'ba' letak di hati kita. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran Allah perintahkan satu malaikat menjaganya.Maka malaikat yang menjaga hufur 'ba' bernama 'Har Hayaail'. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan" .

Duduklah dalam keadaan iftirasy dan duduk tahayat akhir.Jika berdiri tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar.


 mencari keberkatan doa...


DOA SENJATA ORANG MUKMIN…. BERIKUT ADA PANDUAN TATA CARA BERDOA IAITU:

1)   ANGKAT TANGAN KE PARAS DADA 

2)   RAPATKAN KEDUA-DUA BELAH TAPAK TANGAN 

3)   “APABILA URAT TANGAN BERTEMU IA AKAN MENJADI SEPERTI HURUF BA   ب  
      TITIK BA TERLETAK DI HATI KITA. KEDUDUKANNYA RENDAH DARI TANGAN YG KITA TADAH.    SETIAP HURUH HIJAIAH DIDALAM AL QURAN ADA MALAIKAT YANG MENJAGANYA.  HURUF BADIJAGA OLEH MALAIKAT BERNAMA ‘HAR HAYAAIL’. MALAIKAT INI AKAN  MENGANGKAT DOA KITA TERUS MENGHADAP ALLAH TANPA SEBARANG PERANTARA. OLEH ITU BERDOA BERSUNGGUH-SUNGGUH DENGAN PENUH PENGHARAPAN.

4)   DUDUKLAH DALAM KEADAAN SOPAN SEPERTI DUDUK IFTIRASY DAN DUDUK TAHIYAT AKHIR. JIKA BERDIRI TEGAKKAN BADAN BETUL-BETUL DAN JANGAN MENYANDAR / BERSANDAR. 

5)   SEPANJANG BERDOA, BANYAKKAN MEMUJI KEBESARAN ALLAH DAN MENYEBUT NAMA-NAMA ALLAH YANG LAIN YANG BERSESUAIAN DENGAN KEPERLUAN DOA KITA PADA MASA ITU.  CTHNYA… JIKA BERDOA MOHON DIPERMUDAHKAN REZEKI, SEBUTLAH NAMA ALLAH  AR-RAZAQ  DAN DISUSULI JUGA DENGAN BERSALAWAT NABI SAW 

6)   BERDOALAH BERSUNGGUH-SUNGGUH DARI HATI. GUNALAH BAHASA YG DAPAT DIFAHAMI  KERANA ALLAH MAHA PENGASIH DAN SANGAT MEMAHAMI DAN MENDENGAR SEGALA BICARA  TULUS HAMBA-HAMBANYA 

7)   AJARKANLAH ADAB BERDOA KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA SEDARI USIA KECIL KERANA  INSYA ALLAH IA AKAN DAPAT MEMBENTUK PERIBADI BAIK DALAM KEHIDUPAN. Best Blogger Tips

Akibat memakai kanta sentuh



Info: Kepada Yang Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses)...
Anda Dilarang Berada Di Tempat Haba Yang Terlalu Panas.. Contohnya.. Memakai Kanta Sentuh (Contact Lenses) Semasa Sedang Membakar BBQ.. Satey.. Dan Sebagainya.. Jika Anda Berdegil.. Anda Mungkin Akan Buta Buat Selamanya.. Ini Kerana Kanta (Contact Lenses) Sentuh Diperbuat Dari Plastik.. Jika Anda Merasakan Maklumat Ini Berguna Untuk Orang Lain.. Sila Klik "Share" Dan Share Di Facebook Anda..
Best Blogger Tips

Akibat Sokong Pemerintah Zalim..


Daripada Kaab bin ‘Ujrah, katanya: ‘Rasulullah SAW keluar kepada kami. Kami (para Sahabat di dalam Masjid Nabi ketika itu) ada 9 orang. Satu kelompok 5 orang. Satu kelompok lagi 4 orang. Satu kumpulan Arab dan satu kumpulan bukan Arab. Nabi bersabda: ‘Dengarlah kamu semua! Adakah kamu mendengar? Akan berlaku selepasku nanti penguasa-penguasa. Sesiapa yang masuk kepada mereka, lalu membenarkan pembohongan penguasa itu dan membantu kezaliman yang dilakukan oleh penguasa itu, ia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangannya. Orang itu tidak dapat datang ke kolamku.

Orang yang tidak masuk kepada mereka, tidak membantu kezaliman mereka dan tidak membenarkan pembohongan mereka, maka orang itu dari kalanganku dan aku dari kalangannya. Dia dapat datang ke kolamku.’ Riwayat at-Tirmizi. Hadis sahih gharib. (Bab ma jaa fiddukhul ala al-umara’)

Masuk kepada penguasa/pemerintah tidak dihalang jika ia bermaksud membetulkan, menegur, menasihat, mengajar dan melakukan al-amr bilma’ruf wannayhu an al-mungkar. Ia harus, terkadang wajib. Yang diharamkan ialah dengan tujuan membodek, mencari dunia, pangkat, jawatan, kedudukan, projek dengan cara salah.

Justru, kalau mahu selamat dunia Akhirat, dapat minum di kolam Nabi SAW, dapat masuk syurga, janganlah bersekongkol dengan penguasa zalim dan penipu, dan alangkah ramainya mereka itu di zaman kita ini.

Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Best Blogger Tips

Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang

Seorang isteri bertanya kepada suaminya: "Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?"

Suaminya memandang muka isteri dan berkata: "Saat itu belum terjadi lagi."

Si isteri terdiam sejenak.

Kemudian dia bertanya lagi: "Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata: "Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya, "Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" di dalam rumah kita di Syurga."

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (At-Tahrim: 6)

"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)

"Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan isterinya lalu si isteri mengerjakan solat. Bila isterinya enggan untuk bangun, ia percikkan air di wajah isterinya. Semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun di waktu malam lalu mengerjakan solat dan dia mengejutkan suami lalu si suami mengerjakan solat. Bila suaminya enggan untuk bangun, dia percikkan air di wajah suaminya." (Sanad hadis ini shahih kata Asy-Syaikh Ahmad Syakir dalam tahqiqnya terhadap Al-Musnad)
Pendakwah dan jurugambar berbakat :) Facebook beliau: http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts