And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

Holy Water


Assalammualaikum.
Semoga kita selalu dirahmati Allah.
Jangan takut pada air. Takutlah pada yang menjadikan air. Apa sebenarnya
Holy Water? Ianya tidak lebih daripada air yang sering digunakan oleh umat
Kristian dalam sembahyang mereka. Kalau saudara perhatikan ketika umat
Kristian memasuki gereja untuk upacara sembahyang, mereka akan mengambil
Holy Water dengan menyentuh satu ‘ takungan air ‘ lalu melakukan tanda salib
dengan menyebut, ” In the name of the Father, and of The Son and of the
Holy Spirit, Amen”. Kalau kita perhatikan, wudu ‘ merupakan salah satu
hukum yang telah ditinggalkan oleh Bani Israil. Maka tidak hairan bilamana
umat Kristian mengambil jalan mudah dengan mengambil Holy Water sebagai
pengganti ” wudu ‘ ” yang telah ditinggalkan, sebelum upacara sembahyang
mereka. Selain dari itu, Holy Water juga digunakan untuk tujuan lain
seperti ‘ pendinding ‘ dari gangguan hantu, ketika sakit dan pada bila-bila
saat dan ketika seseorang itu merasakan perlunya penggunaan Holy Water.
Saya kurang pasti sama ada penelitian saya terhadap Holy Water tidak
menyeluruh, namun saya tidak mendapati adanya ayat tentang Holy Water dalam
bible. Kalau ada saudara-saudara yang pernah terbaca dalam bible, tolong
khabarkan pada saya di bab yang mana. Saya tidak percaya bahawa Holy Water
mempunyai satu kekuatan atau kemampuan yang luarbiasa sehingga mampu
mengugat akidah seseorang. Kalau boleh saya mahu berkongsi pengalaman
dengan saudara tapi saya minta tidak akan ada yang menyalah tafsir
kenyataan saya.
1) Saya pernah minum Holy Water yang diambil dari gereja. Berbekalkan
kalimah ‘ Bismillah ‘ saya minum, ternyata sekarang saya masih lagi Islam.
Saya sependapat dengan saudara Rozi bahawa Holy Water yang ‘ ada di
pasaran ‘ sekarang merupakan air yang dijampi. Kalau Holy Water yang
terdapat di gereja-gereja, memang tidak ada kemampuan luarbiasa. Air
longkang itu lebih luarbiasa. Kalau diminum, barangkali bisa mati……..
2) Pernah suatu hari, anak saudara saya (Kristian) mengalami sakit misteri.
Saudara saya telah menjemput saya ke rumah. Ketika saya sampai, anak kecil
itu sedang terlantar dan ada seorang yang saya tidak kenal sedang
sembahyang dan merenjis-renjis Holy Water ke badan anak itu. Saya hanya
memerhatikan dan selepas itu beredar. Keesokan hari saya datang lagi,
ternyata anak itu masih tidak sembuh. Kerana kasihan, lalu saya minta
kebenaran saudara saya untuk bersendirian bersama anak kecil itu buat
seketika. Lalu saya baca ayat-ayat Al-Quran dan saya sentuh kaki anak itu
sambil berdoa dalam hati semoga Allah mengasihani dan menyembuhkan anak
kecil yang tidak mengerti apa-apa. Saya bukan bomoh tapi anak kecil itu
sembuh pada sebelah petangnya.
3) Tempat saya tinggal merupakan sebaris rumah yang terdiri dari 5 buah
bilik. Bilik saya di hujung dan bilik sepupu saya di hujung yang lagi satu.
Rumah ini agak ‘ panas ‘ kerana ada ‘ pengganggu ‘ nya. Kalau saudara perhatikan
setiap pintu bilik itu ada tergantung benda-benda sama ada kertas atau
tangkal penghalau hantu. Sepupu saya seorang Kristian, udah kahwin, punya
anak umurnya kurang dari setahun. Di biliknya itu selalu didatangi
pengganggu dan anaknya itu kalau menangis, nangisnya sampai ke subuh.
Sepupu saya menggunakan Holy Water setiap kali dikunjungi pengganggu.
Kerana hantunya tidak pandai lari,lalu dia meminta pertolongan saya. Lalu
saya berikan segelas air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran dan saya tambah
dengan satu doa yang diajarkan oleh seorang Syed kepada saya. Ternyata
biliknya itu aman dan anaknya tidak lagi diganggu. Kalau nangis, ya…..
mahu susu.
Makanya saya berharap saudara-saudara tidak keliru dengan Holy Water.
Sesunggunya ia hanya air biasa yang tidak pernah terbukti kehebatannya.
Kita harus ingat bahawa umat Kristian itu sangat cemburu dengan kelebihan
dan kemampuan luarbiasa ayat-ayat Al- Quran. Pernah seorang Kristian
mengatakan kepada saya bahawa ilmu kebatinan orang Kristian juga
menggunakan doa-doa ‘ Our Father ‘ , ‘ Hail Mary ‘ dan sebagainya. Lalu saya
cabar dan kami ketemu seorang Kristian yang berkebolehan dalam ilmu batin.
Beliau mengakui banyak amalan-amalannya menggunakan kalimah ‘ Bismillah… ‘
dan ‘ Kun Faya Kun ‘ dan menafikan penggunaan doa-doa agama Kristian.
Kerana akidah umat Islam terlalu mantap, maka umat Kristian tidak ada cara
lain untuk mengugat akidah orang Islam melainkan dengan taktik kotor
seperti yang diutarakan oleh Saudara Rozi. Satu cara ialah dengan
menggunakan air jampi dukun-dukun keparat, lantas mereka mengatakan air itu
Holy Water. Ya.. barangkali sekadar mahu memperbesar-besarkan kemampuan
Holy Water kerana segala amalan mereka itu tidak ada hebatnya. Biasa dong
pak. Kalau memperbesar-besarkan satu usul, umat itu terlalu arif.
Jadi, tidak perlu takut pada air, takutlah pada yang menciptakan air untuk
manusia. Sekian Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts