And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, March 28, 2011

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA



 

 

 

Video Lucah:Surat Terbuka Kepada Ketua Polis Negara

 Mat Zain bin Ibrahim,

SAC II G/5776(Retired),

Email:matzainibrahim@gmail.com

Kepada,

YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,IGP,

Ketua Polis Negara,

Polis Di-Raja Malaysia,

Bukit Aman,

50560 Kuala Lumpur.

Email:iho@rmp.gov.com

28hb.March 2010

YDH Tan Sri,

PENYIASATAN KES VIDEO LUCAH DAN KESUDAHANNYA :-

MAKLUMAT HUBUNGAN LAMPAU DIANTARA TIGA TAN SRI IAITU, GHANI PATAIL , MUSA HASSAN DAN RAHIM THAMBI CHIK.

Semoga Tan Sri tenang dan tabah menangani cabaran mendatang.

2. Saya percaya Tan Sri sedar video lucah mana yang saya maksudkan.Saya yakin sepenuhnya bahawa PDRM mampu menjalankan tanggung jawabnya menjalankan siasatan tersebut secara professional dan berkecuali dan tidak terpengaruh dengan tekanan mana-mana pihak sekalipun, lebih-lebih lagi dibawah pimpinan Tan Sri ketika ini.

2.1. Namun begitu kertas siasatan ini kelak akan diteliti dan diputuskan olih Gani Patail,Peguam Negara.Diperingkat inilah dijangka akan berlaku,putar belit,manipulasi,penipuan dan pemalsuan apabila sedar akan caramana Gani Patail dan Musa Hassan menangani penyiasatan kes-kes jenayah apabila melibatkan Anwar Ibrahim(Anwar) dan Rahim Thambi Chik (Rahim) dimasa lampau.

2.2. Tidak syak lagi isu video ini adalah satu lagi “pertembungan” diantara Anwar dan Rahim.Adalah dipercayai juga motif pendedahannya,tidak kira samada video tersebut adalah tulen atau direkacipta,adalah terbit daripada dendam lama Rahim terhadap Anwar atas isu peribadi atau politik diantara mereka berdua.

LAPORAN POLIS ANWAR YANG MEMBABITKAN RAHIM.

3. Diantara 9 July 1999 hingga 20 Ogos 1999,Anwar telah membuat sejumlah empat(4) laporan Polis, mendedahkan perbuatan rasuah pemimpin-pemimpin Politik dan Kerajaan.Dalam laporan-laporan berkenaan Anwar turut mendakwa dan menamakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir,Peguam Negara Allahyarham Mohtar Abdullah dan Gani Patail,ketika itu DPP Kanan,sebagai orang-orang yang telah menyalahgunakan kuasa dan menutup kes-kes rasuah tersebut.

3.1. Pertembungan lampau antara Rahim dan Anwar adalah apabila salah satu diantara laporan tersebut iaitu Tun H.S.Lee report 22517/99 bertarikh 20.8.1999 yang dibuat olih Anwar melibatkan Rahim.Dalam laporan ini Anwar juga mendakwa Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sebagai telah menyalahgunakan kuasa mereka melindungi perbuatan rasuah Rahim serta menutup siasatan dan tidak mengenakan sebarang pendakwaan terhadap beliau.

3.2. Bersekali dengan report tersebut, Anwar telah menyertakan satu set salinan laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah(BPR)terhadap Rahim yang disahkan oleh Bahagian Pendakwaan,Jabatan Peguam Negara dan ditanda tangani oleh Gani Patail yang mengkelaskan dokumen tersebut sebagai RAHSIA.Dokumen-dokumen ini dikatakan diberi kepada Anwar oleh Peguam Negara dan/atau Gani Patail ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri.

4. Untuk makluman Tan Sri,secara kebetulan, saya yang menangani keempat-empat laporan yang Anwar buat itu termasuk laporan melibatkan Rahim atas sifat saya sebagai Ketua Jabatan Sisasatan Jenayah(KJSJ) Kuala Lumpur ketika itu.Saya perhatikan juga amaun rasuah melibatkan Rahim adalah antara yang paling sedikit jika dibandingkan dengan laporan-laporan lain.Jumlah terlibat lebih kurang RM40 juta(Empat puloh juta Ringgit sahaja) atau angka yang lebih tepat ialah RM 39,782,772.60 sen. Amaun ini dikatakan diperolehi olih Rahim menerusi salahguna kuasa dan kegiatan rasuah setakat yang dapat dikesan menerusi siasatan terperinci BPR dan disahkan olih Gani Patail.

4.1. Sebagai rekod Tan Sri,amaun terbesar yang disebutkan dalam salah satu laporan Anwar itu, melibatkan seorang pemimpin yang dikatakan telah memperolehi harta berjumlah dalam lingkungan RM 370 juta.(tiga ratus tujoh puloh juta Ringgit) dalam bentuk RM 220 juta tunai dan RM150 juta dalam bentuk saham,menerusi jalan rasuah.

5. Wajar saya jelaskan disini bahawa terdapat perbezaan pendapat antara KJSJ Kuala Lumpur dengan Jabatan Peguam Negara mengenai cara pendekatan menangani laporan-laporan Anwar tersebut.Jabatan Peguam Negara menasihatkan supaya laporan-laporan tersebut diklasifikasikan di-bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 sahaja.Manakala KJSJ berpendapat klasifikasi ini tidak sepadan dengan laporan dan keterangan yang pengadu kemukakan serta mencadangkan kesemua laporan berkenaan diklasifikasikan dibawah Seksyen 2(1)Emergency(Essential Powers)Ordinance 2,1970 berkaitan kesalahan salahguna kuasa. Cadangan bertulis KJSJ terdapat dalam fail rujukkan (PR)35/26 bertarikh 25.8.1999.Siasatan dibawah Seksyen ini dijangka akan membabitkan rakaman keterangan daripada Tun Mahathir,Allahyarham Mohtar dan Gani Patail sendiri serta lain-lain kenamaan.

5.1. Bagaimanapun pada 28.8.1999 saya telah menerima satu surat daripada Jabatan Peguam Negara Rujukan PRM(WP)5/99 SULIT(5) yang dialamatkan kepada saya persendirian,memaklumkan secara spesifik bahawa laporan yang Anwar buat melibatkan Rahim, akan disiasat oleh Musa Hassan setelah kononya Gani Patail membuat laporan terhadap Anwar pula kerana kesalahan di-bawah Akta Rahsia Rasmi.

5.1.2. Apa yang berlaku ialah, Gani Patail dengan kemudahan yang diberi oleh Musa Hassan telah menterbalikkan kedudukkan laporan Anwar yang melibatkan Rahim untuk menyebabkan Anwar pula disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi.Lebih mudah untuk saya menyatakan laporan melibatkan Rahim itu telah di”hijacked” oleh Musa Hassan daripada tangan KJSJ Kuala Lumpur.

5.1.3. Saya tidak pernah melihat laporan Polis yang kononya dibuat oleh Gani Patail itu ataupun kertas siasatan yang kononnya dibuat oleh Musa Hassan.Belum pernah juga berlaku Jabatan Peguam Negara pula yang memilih Pagawai Penyiasat yang mereka berkenan menyiasat sesuatu laporan polis.

5.2. Bagi mengelakkan sebarang keraguan berkaitan peristiwa diatas,saya sertakan buat pertama kalinya salinan surat Jabatan Peguam Negara bertarikh 28.8.1999 yang saya maksudkan.Walaupun ringkas, surat ini dengan jelas menunjukkan posisi Gani Patail,Musa Hassan dan saya berkaitan siasatan laporan Anwar yang melibatkan Rahim.

5.3. Secara kebetulan saya telah melaporkan perkara ini ketika Tan Sri masih Timbalan Ketua Polis Negara lagi, menerusi surat saya bertarikh 6.5.2010 dengan salinannya kepada YB Menteri Dalam Negeri.

6. Perbandingan yang boleh dibuat disini ialah apabila menangani siasatan terhadap Anwar, Gani Patail dan Musa Hassan sanggup melakukan apa sahaja antaranya memaksa pakar Kerajaan membuat beberapa laporan palsu, mengujudkan keterangan DNA palsu,menipu dan melakukan tindakan-tindakan melampaui batasan undang-undang dan lojik untuk mensabitkan kesalahan terhadap Anwar.

6.1. Sebaliknya apabila menangani siasatan berkaitan Rahim pula, Gani Patail dan Musa Hassan, sanggup melakukan apa sahaja antaranya, menterbalikkan fakta dan memutarbelitkan keterangan untuk membersihkan Rahim daripada sebarang salah laku jenayah sambil meletakkan kesalahan terhadap pengadunya pula.

6.2. Walaupun Musa Hassan telah bersara namun Gani Patail masih berkuasa sebagai Peguam Negara.Apabila siasatan mengenai video lucah ini sampai ketangan Jabatan Peguam Negara kelak,kita boleh menjangka pendirian Gani Patail, lebih-lebih lagi apabila mengambil kira isu video lucah ini juga adalah pertembungan antara Rahim dan Anwar.

6.3. Sekadar makluman Tan Sri juga,Dr.Abdul Rahman Yusof,Pakar Forensic HKL,yang telah digunakan oleh Gani Patail untuk menyediakan 3 laporan palsu dalam siasatan kes Mata-Lebam, adalah juga Pakar Forensic yang sama terlibat dalam membuat pemeriksaan fisikal Rahim, dalam kes seksual dengan gadis bawah umor berkaitan.Kebetulan juga saya pernah menjadi KJSJ Melaka sebelum Kuala Lumpur dan tidak munasabah jika saya tidak meneliti kertas siasatan kes Rahim itu, walaupun saya bukan Pegawai Penyiasatnya.Mungkin ini semua adalah “the long arm of coincidences” sahaja.

7. Mengenai kes rasuah terhadap Rahim pula,BPR dan Jabatan Peguam Negara mengesahkan dalam laporan mereka bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk membuktikan kes “prima facie” terhadap beliau.Malahan Jabatan Peguam Negara telah menyediakan empat (4)pertuduhan kesemuanya. Iaitu;3(tiga) pertuduhan dibawah Emergency(Essential Powers)Ordinance No:22 of 1970 dan satu pertuduhan kerana membuat Statutory Declaration (SD) palsu dibawah Sek.199 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan.

7.1. Bagaimanapun Rahim tidak dituduh langsung,setelah Peguam Negara “indemnify” segala kesalahan jenayahnya setelah Rahim dipercayai bersetuju untuk melepaskan jawatan dalam Kerajaan,Badan-Badan Berkanun dan Parti Politik.Ini adalah apa yang terdapat didalam laporan yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara sendiri.

7.2. Tidak ada sebutan mengenai cara pelupusan harta berjumlah hampir RM40 juta yang Rahim perolehi secara rasuah itu..Tiada maklumat mengenai persetujuan yang dicapai oleh Rahim dan Peguam Negara berkaitan harta yang diperolehi sedemikian itu dalam bentuk:RM 5,439,796.40 sen dalam kawalan peribadi Rahim sendiri,RM14,487,420.50 sen simpanan tunai dalam beberapa buah bank dan RM19,855,555.70 sen harta Syarikat-Syarikat.

7.3. Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah adakah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk “indemnify” kesalahan jenayah mana-mana orang berdasarkan pertimbangan Politik?. Adakah Peguam Negara berhak melepaskan wang Rakyat RM 40 juta sebegitu mudah untuk Rahim menikmatinya tanpa sebarang tindakan.Adakah ini sesuatu yang adil kepada Rakyat sedangkan Peguam Negara yang telah mengesahkan bahawa Rahim memperolehi harta sedemikian banyak menerusi salahguna kuasa dan rasuah.Apa yang jelas dalam kes Rahim ini,,Peguam Negara juga telah menyalahgunakan kuasanya.

8. Saya ingin Tan Sri maklum,bahawa secara peribadi saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Rahim.Malahan saya tidak pernah mengenali beliau,sekalipun untuk berjabat salam dengannya seumor hidup.Saya sendiri tidak sangka yang beliau akan muncul sebagai salah seorang dibelakang tayangan video lucah berkenaan.Keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam laporan ini adalah berdasarkan pengalaman,pengetahuan peribadi serta dokumen-dokumen berkaitan, ketika saya menangani kes membabitkan beliau.

8.1. Isu yang sering saya bawa sehingga keperingkat YAB Perdana Menteri secara persendirian, ialah bekenaan dengan salahlaku jenayah Gani Patail dan Musa Hassan yang bukan sahaja telah menjejaskan maruah PDRM dan saya secara peribadi malahan mereka mengkucar-kacirkan Sistem Keadilan Jenayah kita.Saya tidak ralat mendedahkannya memandangkan saya telah menasihatkan mereka berdua tahun 1998 bahawa sebarang pemalsuan dan penganiayaan akan terbongkar suatu hari nanti.Salahlaku jenayah mereka bukan setakat dalam siasatan kes mata-lebam sahaja.Saya yakin Tan Sri dan Timbalan Ketua Polis Negara maklum akan pendirian saya berkaitan perkara ini.

9. Walaubagaimanapun isu video lucah ini sedang dalam siasatan dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan mengenainya.Diharap maklumat yang saya sampaikan ini berfaedah untuk membantu Tan Sri memberikan pendengaran yang adil kepada semua pihak terlibat.Apapun saya berharap Tan Sri tidak akan merelakan PDRM diperlakukan sesuka hati Peguam Negara seperti yang berlaku selama beberapa tahun sebelum Tan Sri.

Selamat sejahtera dan selamat maju jaya.

Yang ikhlas,

Mat Zain Ibrahim

28 March 2011
Best Blogger Tips

SIAPA DIRI KAMU?? CERDIK PANDAI ATAU STUPIDO!

Orang yang pandai tak semestinya cerdik. Biarlah jadi orang yang cerdik lagi pandai. Begitulah setiap ibu yang mahu tiap-tiap anaknya menjadi pandai lagi cerdik bukan nakal. Adakah "geng Dato T" itu orang pandai? Memang mereka pandai kerana telah memegang jawatan besar dalam kerajaan dan mendapat gelaran Dato dan Tan sri tetapi mereka ini bukanlah orang yang cerdik. Kerana mereka kurang cerdiklah sampai kecoh pasal video lucah baru-baru ini.

Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai 'manusia yang cerdik'. 

Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya, 

"Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?'' 

Lantas baginda bersabda, 
"Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.'' (Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).
Mati adalah suatu yang pasti. Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian. Namun, marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita sudah bersediakah kita menghadapi situasi yang pasti ini? Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah tarikh dan saat kematian yang akan menjemput kita. Kita juga tidak mengetahui di bumi manakah nyawa kita akan dicabut. 

Beberapa ayat al-Quran menyebutkan keadaan ini, di antaranya:

Firman Allah Taala:
"Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat melambatkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya.'' (Yunus: 49). 
Firman-Nya lagi: 
"Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.''(An-Nisa: 78).
Firman Allah Taala yang bermaksud,
"Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi (tempat) manakah dia akan mati.'' (Luqman: 34).
Dalam satu hadis Qudsi, Allah Taala berfirman, mafhumnya: 
"Wahai anak Adam! Kematian itu adalah pintu, dan setiap manusia akan memasukinya.'
Bagi golongan sufi (ahli tasawuf), kematian adalah suatu perkara yang mereka rindui dan nanti-nantikan. Ini kerana kematian adalah `jambatan' yang akan mempertemukan mereka dengan alam baru iaitu alam barzakh. Menurut pandangan ulama, di alam barzakh ini manusia sudah dapat merasakan hasil-hasil daripada segala amalan mereka sewaktu berada di alam fana (dunia) dahulu. 

Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan bahawa alam barzakh ini merupakan satu taman dari taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman dan beramal soleh) atau ia juga akan menjadi satu jurang dari jurang-jurang neraka (bagi mereka yang membuat maksiat dan derhaka).

Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
"Seseorang ahli kubur itu akan diperlihatkan oleh Allah Taala tempat kediamannya di akhirat kelak. Sekiranya dia menjadi calon ahli syurga, maka akan diperlihatkan syurga itu kepadanya pada setiap pagi dan petang. Sebaliknya jika dia menjadi calon ahli neraka, maka akan diperlihatkan kepadanya neraka itu pada setiap pagi dan petang.'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim). 
Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan umatnya tentang kematian serta persediaan menghadapinya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis-hadis baginda yang banyak menyebutkan tentang hal ini. Baginda bersabda yang bermaksud:
"Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia.'' (Riwayat Abi al-Dunya). 
Pernah suatu ketika Aisyah r.a. didatangi seorang wanita yang mengadu tentang kekerasan hatinya (tidak mahu melakukan amal kebajikan). Aisyah menasihati wanita tersebut, "Banyak-banyaklah mengingati mati, tentu hatimu akan menjadi lembut.'' Wanita itu lalu melakukannya sehingga hatinya berubah menjadi lembut dan dia datang lagi mengucapkan terima kasih kepada Aisyah. Berbicara soal mati bukanlah untuk melemahkan jiwa umat Islam. Ia sebenarnya sebagai motivasi dan dorongan supaya kita sentiasa melakukan pekerjaan dengan penuh amanah, ikhlas dan bertanggung jawab. Ini kerana kita tidak tahu bilakah kematian akan menjemput kita. 

Marilah lihat diantara 20 orang ini, siapakah sebenarnya diri kita dibawah ini.

1. Siapakah orang dunggu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya. 

2. Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

3. Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu. 

4. Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.

5. Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya. Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya. 

6. Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

7. Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman. 

8. Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya. 

9. Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

10. Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

11. Siapakah orang yang cerdik?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

12. Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan. 

13. Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

14. Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu. 

15. Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

16. Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan. 

17. Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua. Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

18. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

19. Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. 

20. Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Wasallam.



Best Blogger Tips

Ingatkan rakyat mengenai kematian

paradigma mukmin
Maka, hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah para khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” — Abu Daud dan Tirmizi.
Kalau kita melihat perkembangan hari ini, masyarakat kita sudah jauh daripada agama. Dan, sifat menjauhi agama ini adalah sikap orang-orang yang suka menjauhi akhirat. Sedangkan kewujudan akhirat itu adalah suatu kepastian.
Menjauhi akhirat ertinya kita seperti berusaha mengelak menemui kematian. Kematian menjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Mati mengejut secara tiba-tiba ini sepatutnya meresahkan kita kerana kita mungkin terheret dalam kancah kematian tanpa memiliki sebarang persediaan untuk menemui Tuhan.
Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah bersabda bahawa orang yang pintar dan bijaksana itu ialah mereka yang selalu berfikir mengenai kematian. Mengapakah mereka yang kerap mengingati mati itu dinilai dan diperhitungkan sebagai manusia yang bijaksana? Ini kerana, mereka selalu berasa resah, gelisah, khuatir dan bimbang kalau-kalau amalan mereka masih tak mencukupi untuk dibawa pulang ke akhirat.
Tambah merisaukan mereka, jika amalan itu dibungkus oleh pakaian ujub, riak, sum’ah dan tidak ikhlas mengerjakan amalan itu kerana Allah. Kekhuatiran yang semacam inilah yang akhirnya menyebabkan seseorang itu terdorong pula untuk berdoa meminta keampunan dan beristighfar semoga amalan mereka itu diberikan pakaian ikhlas oleh Allah s.w.t.
Mengingatkan rakyat mengenai kematian adalah sunnah nabi dalam pemerintahan
Berdasarkan hadis di atas yang menyingkap perihal sunnah, maka kita melihat bagaimana pemimpin terdahulu seperti baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda Khulafa’ ar-Rasyidin al-Mahdiyyin kerap mengingatkan rakyat berhubung kematian dan alam barzakh.

Maka, tindakan mengingatkan rakyat berhubung kematian dan segala persiapan untuk menempuh ke alam barzakh ini, termasuk dalam sunnah-sunnah nabi dan para sahabat baginda dalam menjalankan tanggungjawab dan kewajipan mereka dalam pentadbiran Islam. Pemerintahan Islam bukan sekadar memperihalkan hal urusan dunia.
Bahkan, hal yang menyangkut membangunkan kesedaran untuk membangunkan persiapan ke akhirat adalah termasuk dalam urusan pemerintahan Islam juga. Antara kisah termasyhur adalah kisah Umar r.a melihat umat Islam zaman beliau yang kurang dalam mengingati mati.
Maka, suatu hari Umar perintahkan umat Islam datang ke masjid dan mereka langsung disoal dengan soalan-soalan di dalam kubur. Diringkaskan cerita, semua umat Islam mula terkesan dengan latihan dan tarbiyah seumpama itu. Maka meningkatlah amalan mereka kerana terkesan dengan corak latihan tarbiyyah dari Umar itu. Maka, inilah sunnah Umar yang wajar diikuti.
Umar juga berkata, ajarkanlah anak-anak kalian dengan ilmu pengetahuan semasa dan terkini. Jika Umar masih hidup lagi pada zaman kita dan beliau melihat perkembangan teknologi seperti Imej Janaan Komputer (CGI) dan lain-lain teknologi yang kreatif dalam usaha membangunkan kesedaran untuk mengingatkan rakyat berhubung kematian, nescaya Umar akan guna semua peralatan itu untuk tujuan membangunkan kesedaran betapa perlunya persiapan menempuh akhirat.
paradigma mukmin
Tiada salahnya pemerintah berkreatif mengingatkan rakyat atau rakyat mengingatkan pemerintah mengenai persiapan untuk menempuh kematian.
Menteri Besar Kelantan melalui kuliah dan tazkirahnya, segala ceramahnya itu telah dibukukan dan kebanyakan rakaman itu berkisarkan soal hidup selepas kematian di padang mahsyar. Ini adalah teknologi buku-buku dan kitab-kitab.
Di Kampung Tok Selehor, seorang ulamak terkenal yang hidup sezaman dengan Tok Kenali, iaitu Tok Selehor telah mengguna teknologi tersendiri, iaitu membina lubang kubur yang mana dia sendiri masuk ke dalamnya untuk mengingatkan dirinya tentang kematian.
Teknologi, laluan lebuh raya bahasa, lapangan sastera untuk ingat kematian
Tiada salahnya menggunakan peralatan teknologi terkini dalam usaha mengingatkan orang-ramai mengenai kematian. Ada juga yang menggunakan jalan sastera seperti Sajak Kematian. Jadi, hal ini merupakan lebuh raya dan landasan yang boleh diterima juga untuk mengingatkan rakyat mengenai kematian.

Ajarlah generasi muda mengingati mati.  Didiklah, asuhlah, adabkanlah pelajar-pelajar sekolah agar selalu cenderung mengingati mati dan secara tidak langsung mereka akan terdorong membanyakkan amalan dan selalu melatih diri agar bersifat ikhlas dalam beramal. Best Blogger Tips

Istikarah cinta

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah dengan pasangannya. Jadi jangan merasa berkecil hati jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
Menemukan pasangan menuntut sejumlah usaha aktif yang komprehensif. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA. 


Diatas Sajadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam,
meraba rahsia Mu Ya Allah atas jodoh yang kan kau pilihkan untukku
istikarah mencari jawapan untuk menggapai alhub fillah wa lillah
dalam doa ku bersimpuh pasrah
memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi hidayah
bila jawapan itu masih menggantung di langit
maka turunkanlah
bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi
maka keluarkanlah
bila jawapan itu sulit ku raih
maka mudahkanlah
bila jawapan itu masih jauh
maka dekatkanlah


Duhai kekasih sejati, Engkau Maha cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput CINTA,
Cinta Seseorang Yang telah kau pilihkan semoga kan abadi di dunia dan Akhirat


“Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.
Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah, maka aku memohon kepadaMu YaAllah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah, pasti terbaik buat diriku Ya Allah.
Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba YaAllah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah. Amin

Jadi, bagi yang belum bertemu jodoh, bersikap optimislah, temui serta jemputlah calon jodoh anda dengan ikhtiar yang maksimum. Yakinlah bahawa Allah telah menentukan segala sesuatu berpasang-pasangan. Mudah-mudahan Allah membimbing usaha anda untuk sampai kepada jodoh yang ditakdirkan. Amin.
Jangan menyerah kegagalan yang pernah terjadi dalam menjemput jodoh bukan bererti kegagalan selamanya.
Satu prinsip yang kan selalu melekat dihati ” La Tahzan Innalloha Ma’ana”
Senyum terindah untuk jodoh yang Allah telah persiapkan Best Blogger Tips

Cinta kepada kematian

paradigma mukmin
Ketika orang-orang kafir menyalib Khubaib bin Adyadi atas pohon kurma sebelum membunuhnya, dia sama sekali tidak takut dan gentar. Bahkan dengan mata tajam, ditatap orang-orang kafir sambil berkata:
“Sekelompok pasukan bersekutu berkumpul di sekelilingku dan membentuk satu kumpulan besar. Mereka merasa senang dengan kabilah-kabilah mereka.”
“Hanya kepada Allah aku berkeluh kesah tetapi bukan kerana serang yang dilancarkan musuhku pada saat bertempur.”
“Aku tidak peduli dengan cara apa aku mati, selama aku mati dalam keadaan Muslim kerana semuanya tetap kembali kepada Allah. Semoga Dia memberkati pada setiap tulang dan daging yang tercincang.”
Demikian juga Saad bin Abi Waqqash RA ketika menemui raja Parsi. Dengan gagah dia berkata:
“Aku akan datang dengan suatu pasukan yang sangat mencintai kematian, sebagaimana kamu semua cinta pada kehidupan.”
Dalam peperangan Uhud, ramai kaum Muslimin terbunuh sementara anak panah pasukan kafir begitu deras menyerang Rasulullah SAW. Saat itu Abu Thalhah RA membuka dadanya menjadi benteng Rasulullah SAW. Dia berkata, “Wahai Rasulullah, anak panah itu tidak akan mengenaimu. Kami akan mengorbankan diri kami, agar engkau tidak terkorban.”

Ya, selama kematian membawa keredhaan Allah, ucapkanlah selamat datang kepadanya.

Berbeza dari orang soleh, ahli maksiat dan mereka yang tenggelam dalam syahwat dan kenikmatan dunia amat takut menghadapi kematian. Mereka tidak pernah mengingatinya kerana ketakutan yang luar biasa. Padahal sepatutnya, Allah SWT lebih mereka takuti dari yang lain.
Ingatlah, kita perlu mati untuk mencapai Syurga. Dan mati itu perlulah pula dalam kedaan beriman Best Blogger Tips

Ketika cinta tak mampu bersama

paradigma Mukmin
Saat cinta berputik, semua terasa indah. Tak mungkin dimungkiri,
Bahawa kerana cinta ini dipercayai banyak orang memilki kekuatan yang unik dan dahsyat.
Boleh mendekatkan yang jauh.
Boleh menyatukan yang berbeza.
Boleh menukar yang sederhana menjadi sangat istimewa.
Kerja cinta memang mengikat. Mengikat antara dua insan sehingga menjadi sepasang kekasih.
Mengikat dua insan sehingga menjadi saudara. Mengikat dua insan sehingga menjadi sahabat.
Semua  itu adalah kerana kerja cinta.


Dalam kehidupan berumah tangga, cinta perlu dihadirkan di sana.
Bukan hanya memberi warna, namun juga menjadi roh yang senantiasa menjaga nadi pernikahan agar tetap berdenyut. Jika cinta sudah tak ada, maka biasanya selesailah sebuah rumah tangga, kerana tak ada lagi kekuatan yang mendorong masing-masing untuk tetap bersama atas nama cinta.
Perselisihan bukanlah akhir dari segalanya di antara kita
Berapa banyak perselisihan yang  melahirkan kebersamaan
Kalimat syair di atas hanya akan terjadi jika masih ada cinta yang terus bekerja
dan menyemai antara seseorang dengan pasangannya.


Namun, melihat dimensi keagungan cinta, apakah ia sudah merupakan segalanya dalam kehidupan rumah tangga kita?
Perlu kita sedari, bahawa keluarga muslim adalah keluarga yang berorientasi akhirat.
Ertinya, kebersamaan bersama dengan pasangan kita tentu juga harus diorientasikan jauh ke akhirat sana.
Bukan hanya sebatas kehidupan dunia saja.
Ketika jiwa meregang nyawa kemudian kebersamaan menjadi selesai begitu saja.
Namun kebersamaan di sini harus berhujung kebersamaan kelak di syurga.


Apakah cinta saja mampu menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di akhirat? Mari kita semak baik-baik firman Allah Taala,”Orang yang saling mencintai pada hari itu sebagiannya akan menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (QS. Az-Zukhruf [43] : 67)
Kata Al-Akhillaa’ (Orang-orang yang mencintai) berasal dari kata al-khullah (cinta). Namun kata khullah ini ertinya adalah cinta yang bukan hanya sekadar cinta. Khullah ertinya adalah cinta yang begitu dalam dan besar. Kerana itulah Nabi Ibrahim  mendapatkan gelar Al-khalil (Kekasih Allah).
Akan tetapi, meskipun mereka di dunia memiliki kualiti cinta yang luar biasa, ternyata itu tidak cukup untuk membuat mereka boleh bersanding di syurga. Tentu ada kekuatan lain, selain cinta, yang boleh menyatukan kita dengan pasangan kita kelak di syurga.
Tetapi apa kekuatan itu?
Allah mengatakan, “kecuali orang-orang yang bertakwa.” Ertinya, orang-orang yang bertakwa mendapatkan kesempatan untuk melanjutkan cintanya sampai kelak di syurga. Pasangan suami isteri yang bertakwa kelak akan terus memadu cinta sampai ke syurga.
Bagaimana hal itu boleh terjadi?
Itu kerana mereka berlandaskan cinta mereka kepada pasangannya di atas paksi ketakwaan kepada Allah Taala. Bangunan rumah tangga muslim memang harus berdiri di atas paksi takwa.


Cinta, mengikat dan menyatukan kita dengan pasangan kita.
Kerana itu memang kerja cinta, bukan sebagai paksi. Paksinya adalah takwa. Jika itu tidak kita lakukan, maka bangunan rumah tangga kita terlalu ‘rapuh’ dan lemah untuk  menopang kebersamaan sampai kelak di syurga.

Sebuah rumah tangga yang dibina di atas paksi takwa akan hidup dengan penuh kebaikan di dalamnya.
Mereka akan saling mengingatkan untuk senantiasa meniti jalur ketaatan kepada Allah.
Bila pasangan khilaf dan kurang dalam beribadah kepada Allah,
maka dia mengingatkannya dan memotivasinya agar terus meningkatkan kualiti  ibadahnya.
Inilah cinta yang hakiki. Cinta di atas tunggak takwa. Cinta yang membuat seorang suami tidak tenang  jika isterinya kelak sengsara di akhirat. Cinta yang membuat seorang isteri tidak rela jika suaminya kelak dijadikan bahan bakar api neraka. Sehingga kekuatan takwalah yang kini bicara.
Kekuatan takwa yang akan mendorong isteri untuk selalu taat kepada suami. Kekuatan takwa yang akan membuat suami selalu berusaha memberikan yang terbaik untuk masa depan akhirat isteri. Konteks bicaranya adalah akhirat.
Untuk keluarga yang seperti ini, kelak Allah akan berkata kepada mereka, “Masuklah kamu ke dalam syurga dan isteri-isterimu (lalu) kamu akan dimuliakan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 70)
Ar-Razi mengatakan, kata tuhbaruun (kamu akan dimuliakan), maksudnya kemuliaan disitu bukan hanya sekadar ‘ikram’ (kemuliaan biasa), tapi kemuliaan yang benar-benar dilebihkan.
Hal itu diperkuat dengan penjelasan ayat setelahnya tentang bagaimana orang-orang bertakwa dilayan di syurga, “Diedarkan kepada mereka piring-piring dari emas dan cangkir-cangkir.
Di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata, dan kamu akan kekal di dalamnya. Dan itulah syurga yang diwariskan kepadamu disebabkan amal-amal yang dahulu kamu kerjakan. Di dalam syurga itu ada buah-buahan yang banyak untukmu yang sebagiannya kamu makan.” (QS. Az-Zukhruf [9] : 71-73)
Ternyata ada kekuatan yang lebih dahsyat dari cinta iaitu kekuatan takwa.
Sehingga sangatlah layak jika kita sampaikan risalah hati kita kepada pasangan kita.

Cintaku kepadamu menjadi tidak bererti
Jika tidak melahirkan rasa takut pada Ilahi
Biarkan cinta tetap bersemi. Biarkan takwa selalu memberi erti.
Kerana sesungguhnya aku ingin kita kelak tetap boleh bersama sehingga meraih syurga-Nya
Best Blogger Tips

Langit yg menakjubkan

paradigma mukmin
Saya gemar menangkap gambar berlatar belakangkan langit. Kenapa saya gemarkan langit? ini adalah kerana langit adalah ciptaan Allah yang penuh dengan keindahan, keanehan, keluarbiasaan dan misteri tentunya. Seseorang yang suka memperhatikan langit di malam mahupun siang hari, akan merasakan ketakjuban yang luar biasa terhadap keindahannya.
Dan mungkin akan merasakan betapa besarnya kekuasaan Allah. Bahkan kini manusia sudah sampai menembus angkasa, mengeksplorasi bulan dan planet lain yang dapat dicapainya. Bahkan seorang atheis sekali pun mungkin akan merasakan getaran jiwa bahawa Tuhan itu ada. Kerana memang fitrah manusia diciptakan untuk percaya akan adanya Tuhan.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi setelah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan di antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kekuasaan Allah) bagi kaum yang berakal”.
(Al-Baqarah: 164).
Air hujan yang diturunkan Allah ke bumi merupakan nikmat yang tak terhingga. Bahkan di era teknologi yang sudah boleh membuat hujan buatan, hujan semulajadi ciptaan Allah tetap tidak terganti. Lihatlah apa yang terjadi pada belahan bumi yang tak terkena hujan dalam jangka waktu yang melampaui batasnya, ia akan kering kerontang, tak berkehidupan. Lalu, lihatlah tatkala hujan menyiraminya, ia seakan-akan bangkit dari kematiaan dengan mulai tumbuhnya berbagai jenis tumbuh-tumbuhan. Marilah kita sejenak merenungkannya.
paradigma mukmin
Suatu kurnia dan nikmat yang tiada tara yang diberikan Allah kepada manusia adalah “akal”. Betapa bernilainya akal adalah hal yang tidak dapat dinafikan oleh siapapun. Yang menjadi topik pembahasan kita adalah bagaimana memanfaatkan akal dengan benar dan sesuai dengan tujuan penciptaannya yang telah digariskan oleh Sang Maha Pencipta, Allah subhanahu wa ta’ala.

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,”( Ali ‘Imran : 190)

Salah satu penggunaan akal yang utama kalau bukan paling utama adalah merenungi, memikirkan dan memahami ayat-ayat Allah, dengan tujuan untuk mengenal Allah, beriman kepada-Nya dan menyembah-Nya. Adalah celaka, jika seseorang tidak menggunakan akalnya untuk mendapatkan hidayah Allah.
Dan lebih celaka lagi, orang yang diberi akal dan kemampuan menggunakannya dengan baik, namun tidak membimbingnya menuju hidayah Allah. Hal itu terjadi kerana keengganan dan kesombongannya untuk mengakui kekuasaan Allah. Na’udzu billahi min dzalik. Dan tentunya ada yang sangat beruntung dengan menjadi orang yang mendapatkan hidayah Allah, menggapai nikmatnya iman kepada Allah, dengan menggunakan akal.
Best Blogger Tips

ke langit bersama malaikat maut


Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Firman Allah SWT bermaksud: Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu.
Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran?
Malaikat Maut menjawab: “Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.:
Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan?

Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
akuislam.com

Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?
“Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
“Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu?
“Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya”.
“Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan”.
akuislam.com

“Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu”.
“Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT”.
Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut.
Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.

Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut:
akuislam.com

“Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!”


Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud: “Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud: “… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)


Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud“Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57) Best Blogger Tips

11 jenis manusia didoa malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

akuislam.com
tidur
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

akuislam.com
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
akuislam.com
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
akuislam.com Best Blogger Tips

KOLEKSI HADITH




Sabda Nabi Muhammad SAW
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Senyumam kepada saudaramu adalah
sedekah"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Semua amal anak Adam A.S.
dilipatgandakan kebaikan (pahala) dari 10 sampai 700 kali ganda kecuali ibadah
puasa. Ada pun puasa itu adalah untuk Allah s.w.t.. danDia akan terus memberikan
pahala kepada sekelian" (Riwayat Muslim)

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada
malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang tidak meninggalkan
kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk
meninggalkan makan minumnya. (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang menunaikan suatu
fardhu pada bulan (Ramadhan) itu, adalah dia sebagai seorang yang telah
menunaikan 70 bulan fardhu pada bulan-bulan lainnya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat,
pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah
kebebasan dari api neraka"
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bagi orang yang melaksanakan ibadah
puasa, baginya ada dua saat kegembiraan.Pertama pada waktu berbuka dan kedua
ketika menghadapIlahi"

Dari Khalifah Umar bin Abdul Aziz berkata,Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa ketengah jalan, berpuasa memajukan kamu kehadapan
dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu kedalamnya"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang bangun pada malam hari raya
(Aidil Fitri) dengan ikhlas kerana Allah s.w.t., maka tidak akan mati hatinya saat hati
semua orang telah mati" (Riwayat Ibn Majah dari Abu Umamah)
Dari Abu Ayub al-Ansari berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia berpuasa pula sebanyak enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang masa" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiga doa yang sangat mustajab iaitu doa
orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir" (Riwayat
Ahmad, Bukhari,Abu Daud &al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa
ia berpuasa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia menyempurnakan
puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah s.w.t."
(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga
dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi
keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)


Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bukan yang bermakna puasa itu sekadar
menahan makan, minum tetapi puasa yang sungguh itu menahan diri dari langha
(perkataan tidak berguna) dan kata-kata yang keji" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan
sembahyang Jumaat tiga kali (berturut-turut) makan Allah s.w.t. mengecap hatinya
(sebagai munafik atau orang yang melengah-lengahkannya)" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang melihat
wanita lalu dia memejamkan matanya, melainkan Allah s.w.t. akan memberi pada
rasa lazat beribadat dihatinya" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Jika kamu berpuasa maka bersiwaklah
(gosok gigi) diwaktu pagi dan jangan diwaktu petang,maka sesungguhnya tiada orang puasa yang kering bibirnya diwaktu petang melainkan akan menjadi cahaya didepan matanya pada hari kiamat" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Allah s.w.t. telah berfirman: Hamba-Ku
yang lebihAku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata maghrib)"
(Riwayat Al-Tarmizi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Riba itu mempunyai 73 cara (jalan), yang
amat ringan dosanya sama dengan seorang berzina dengan ibu kandungnya"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang mustajab
(berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang
Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Satu dirham riba yang dimakan oleh
setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah s.w.t.daripada dosanya tiga puluh
enam kali penzinaan" (Riwayat Ahmad & Al-Tabrani dari Abdullah bin Hanzalah r.a.

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Barangsiapa yang berperang untuk
menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah" (Riwayat Bukhari,
Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang
jirannya tidak aman dari gangguan-gangguannya" (Riwayat Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sinarilah rumah kamu dengan
mendirikan sembahyang dan membaca Al-Quran" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Roh orang mukmin akan tergantung
dengan sebab hutangnya sehinggalah diselesaikan hutang tersebut" (Riwayat
Ahmad,Al-Tarmizi,Ibn Majah & Al-hakim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jika seorang berzina maka keluarlah iman
daripadanya bagaikan payung diatas kepalanya dan bila menghentikannya maka
kembalilah iman kepadanya" (Riwayat Abu Daud, Al-Baihaqi & Al-Tarmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sekiranya tidak menjadi keberatan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka
bersugi (menggosok gigi) setiap kali mereka hendak mengambil wudhu" (Riwayat
Ahmad, Malik & An-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang yang memulakan salam adalah
terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-Khatib)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia bercakap baik ataupun diam" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang benar beriman kepadaAllah
s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai anak perempuan dan tidak membunuhnya hidup-hidup, tidak menghinakannya dan tidak
sayang anak lelakinya melebihi anak perempuan, nescaya akan dimasukkan dia
kedalam syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Berapa banyak jiran yang memegang
tetangganya pada hari kiamat untuk diajukan kepada Allah s.w.t. lalu berkata: Ya
Allah orang ini telah menutup pintunya daripadaku dan tidak membantu aku"
(Riwayat Bukhari)

Dari Aisyah, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Saya tidak pernah melihat
Rasulullah s.a.w. menyempurnakan puasa satu bulan cukup kecuali bulan Ramadhan  dan saya juga tidak melihat Baginda s.a.w. berpuasa pada bulan lain lebih banyak dari bulan Syaaban" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Ayub al-Ansari, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Jangan kamu
mengadap kiblat dan jangan membelakangi ketika membuang najis atau air kencing,
tetapi hendaklah kamu menhalakan diri kearah timur atau barat" (Riwayat Abu
Daud)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Seorang Mukmin melihat dosanya
bagaikan seorang duduk dibawah gunung dan takut kejatuhan gunung itu" (Riwayat
Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Firman Allah s.w.t. {Dalam Hadis Qudsi} "Wahai anak Adam belanjakanlah harta
kamu, nescaya akan digantikan semula olehAllah kepadamu" (Riwayat Bukhari &
Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Keberkatan sesuatu makanan itu ialah
dengan berwuduk sebelum dan selepas makan" (Riwayat Ahmad, Daud, Al-Tarmizi &
Hakim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t.
akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan
menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan
keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas
r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah s.w.t. akan merahmati seorang yang lapang dadanya ketika
menjual,membeli dan menagih hutang" (Riwayat Bukhari dari Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wuduk dan khusyuk serta
rukuk,sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu
selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa" (Riwayat
Muslim dari Uthman r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dua malaikat yang mencatat amal itu menghadap
 Allah s.w.t. membawa sembahyang seorang dua kali sembahyang,
melainkan Allah s.w.t. berkata pada dua malaikat itu:Aku persaksikan kepada kamu
bahawaAku telah mengampunkan pada hamba-Ku dosa-dosa yang telah terjadi
diantara dua sembahyang itu" (Riwayat Al-Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa yang belajar ilmu agama yang
seharusnya untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. tiba-tiba dipelajarinya hanya untuk mencapai tujuan dunia, maka dia tidak akan dapat bau syurga pada hari
kiamat" (Riwayat Al-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
Daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad s.a.w
pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi
umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiap orang yang diberikan Allah s.w.t. ilmu agama,
 lalau disembunyikan maka Allah s.w.t. mengendalikan mulutnya pada hari kiamat dengan kendali dari
api neraka" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Mas'ud r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan Allah s.w.t.
 seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak
diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al-
Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sembahyang berjemaah itu lebih afdal
daripada sembahyang bersendirian dua puluh tujuh darjah" (Riwayat Bukhari &
Muslim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Jika berdiri bulu roma seorang hamba Allah, maka akan
 berguguran daripadanya dosa-dosanya bagaikan gugurnya daun
dari pokok yang telah kering" (Riwayat Abu Syaikh & Al-Baihaqi dari Abbad bin
Abdul Muttalib r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang membaca (Surah Al-Ikhlas) dalam kesakitan dan matinya ,tiadalah dia akan menderita fitnah didalam kubur,
terpelihara dari tekanan kubur dan dihari kiamat kelak dia akan dipapah oleh
malaikat dengan telapak tangan hingga terlepas dari titian (sirat) dan selamat dia
memasuki syurga" (Riwayat Al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Dan perumpamaan orang yang datang terlebih dahulu (ke Masjid pada hari Jumaat) bagaikan orang yang sedekah unta, kemudian bagaikan yang sedekah lembu, kemudian bagaikan sedekah kambing, kemudian bagaikan sedekah ayam, kemudian bagaikan sedekah telur" (Riwayat Bukhari & Muslim)




Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan semua makhluk, maka menulis tulisan yang ada diatas Arsy yangberbunyi:Rahmat-Ku mendahului murka-Ku (Rahmat-Kumengalahkan murka-Ku)"
(Riwayat Bukhari, Muslim & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Seandainya seorang kamu keluar
membawa tali (kehutan) lalu pulang membawa seberkas kayu api lantas kayu itu  dijualnya dimana dia dapat kehormatannya, maka perbuatan itu adalah lebih baik
daripada dia meminta-minta, sama ada diberi ataupun tidak" (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tidak dihalalkan seorang Muslim
memulau sesama Muslim lebih dari tiga hari tiga malam, maka siapa yang memulau lebih dari tiga hati tiga malam lalu mati akan masuk kedalam api neraka" (Riwayat Abu Daud & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Siapa wuduk pada hal dia masih berwuduk
maka dicatat untuknya sepuluh hasanat (kebajikan)" (Riwayat Abu Daud dari Ibn
Umar r.a.)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang berwuduk pada hari Jumaat
maka menyempurnakan wuduknya kemudian pergi kemasjid untuk solat Jumaat dan
mendengarkan khutbah dan memperhatikannya, maka diampunkan baginya dosa-
dosa yang terjadi antara Jumaat itu dengan Jumaat yang sebelumnya" (Riwayat
Muslim & Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang
Mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik
akhlaknya..."(Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah
malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a)
Dari Ummu Mukminin Aisyah r.a. "Pilihlah tempat air mani kamu dan nikahilah
orang-orang yang sepadan" (Riwayat Ibnu Majah daripada Imam Al-Hakimi)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sebaik-
baik saf bagi orang lelaki ialah dihadapan dan seburuk-buruknya ialah dibelakang.
Sebaik-baik saf bagi orang perempuan ialah dibelakang dan seburuk-buruknya
dihadapan" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih besar disisiAllah
s.w.t.sesudah syurik daripada titisan mani yang diletakkan didalam rahim yang
haram baginya" (Riwayat Ibn Abid Dunya)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya yang berzina atau minum
khamar maka terlepaslah iman daripadanya sebagaimana orang melepaskan gamis
(baju) dari kepalanya" (Riwayat Al-Hakim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya Rejab adalah bulanAllah
s.w.t. Sya'aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku" (Riwayat Abu Al-Fatah bin
Abu Al-Fawaris)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang berwuduk sahaja untuk
menghadiri sembahyang Jumaat adalah sudah baik (memadai) akan tetapi siapa yang
mandi,maka adalah terlebih baik" (Riwayat Abu Daud)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang membaca Surah Al-Waqi'ah
pada tiap malam, maka tidak akan menderita kemiskinan untuk selamanya" (Riwayat
Al-Baihaqi dari Ibn Mas'ud r.a)
Dari Anas r.a. katanya bahawa Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesiapa
yang tidur atau terlupa hingga luput sembahyang hendaklah dia menunaikan
(sembahyang) sebaik-baik sahaja dia ingat (sedar) kembali" (Riwayat Al-Bukhari)
"Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik" (Surah An-Nur : 26)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Pedagang yang amanah, yang jujur, yang
Muslim, kelak pada hari kiamat akan berkumpul dengan para syuhada (orang-orang
yang mati syahid)" (Riwayat Al-Hakim & Ibn Majah dari Ibn Umar r.a)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari
atau malam Jumaat melainkan Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari ujian
kubur" (Riwayat Ahmad & Al-Tirmizi)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Apabila manusia membaca ayat Syajadah kemudian sujud, terhindarlah syaitan
laknatullah seraya menangis dan berkata,'celakalah aku, disuruh manusia (anak
Adam) sujud, sujudlah dia, balasannya syurga. Saya juga disuruhnya sujud,tetapi saya
enggan maka balasannya bagi saya ialah neraka" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Pilihlah untuk tempat nuthfah kamu atau
air mani kamu, kerana pembuluh darah ini merupakan sinar pancaran" (Riwayat Ibn
Majah dan Ad-Dailami)
"Carilah tempat-tempat yang sepadan untuk air mani kamu kerana seseorang itu
boleh jadi akan lebih menyerupai keluarga pihak isteri" (Mutiara Kata)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada dosa yang lebih layak untuk disegerakan oleh Allah s.w.t. seksanya didunia disamping apa yang disediakan kelak diakhirat daripada aniaya dan memutuskan hubungan kekeluargaan" (Riwayat Al- Tarmizi & Ibn Majah dari Abu Bakar Al-Siddiq r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bukan seorang Mukmin orang yang
kenyang sedangkan tetangga disebelahnya kelaparan (sedang dia mengetahui)"
(Riwayat Al-Hakim & Al-Baihaqi)


Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Kahwinilah wanita-wanita yang berada
didalam lingkup/naungan yang baik kerana pembuluh darah itu laksana cahaya"
(Riwayat Ibn-'Adi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas Ramadhan
ialah puasa dalam bulan Muharam" (Riwayat Muslim, Bukhari, Abu Daud,
Tarmizi,Nasai & Ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Janganlah engkau nikahi orang-orang yang masih berkerabat kerana anak dicipta laksana cahaya. Carilah wanita-wanita
yang jauh dan janganlah engkau memilih yang dekat hubungannya" (Riwayat
Ahmad, Malik & Al-Nasai)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur didalam neraka dapat mengganggu ahli neraka lainnya kerana sangar busuk" (Riwayat Al- Bazzar)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bukanlah kemuliaan itu dengan memakai
pakaian cantik dan bersegak tetapi ia adalah dengan ketenangan (sopan santun) dan
merendah diri" (Riwayat Ad-Dailami)
Usamah bin Zaid r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Siapa yang meninggalkan sembahyang Jumaat hingga tiga kali tanpa uzur,maka
akan dicatat dari golongan orang munafik" (Riwayat Al-Tabrani)
Dari Abu Dzar al-Ghifari r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Wahai Abu Dzai, jika engkau hendak berpuasa tiga hari sebulan puasalah pada
13,14 dan 15"(Riwayat Ahmad & Al-Nasai)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Empat (macam manusia) tidak Allah s.w.t. masukkan merka ke syurga dan tidak akan merasai kenikmatannya, peminum arak, pemakan riba, menzalimi (memakan) harta anak-anak yatim dengan tiada hak dan derhaka pada ibu bapanya" (Riwayat Al-Hakimi)
Dari Abu Qatadah ketika Nabi Muhammad s.a.w tentang hari Asyura bahawasanya
Nabi Muhammad s.a.wmenjawab: "Puasa hari Asura boleh menghapuskan dosa
satu tahun yang lalu" (Riwayat Muslim)

Allah s.w.t. berfirman: "Harta dan anak-anak itu perhiasan penghidupan dunia tetapi
amal-amal soleh yang tinggal (buahnya) itu lebih baik disisi Tuhanmu tentang
ganjarannya dan tentang harapannya" (Surah Kahfi:46)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Barangsiapa yang memelihara sembahyang lima waktu dengan sempurna wuduknya dan diwaktunya, adalah baginya
cahaya dan tanda pada hari akhirat dan barangsiapa mensia-siakan, nescaya
dikumpulkan ia (kelak dineraka) dengan Firaun dan Hamam" (Riwayat Ahmad)
Allah s.w.t. berfirman: "Dan orang-orang yang berkata'Ya Tuhan, anugerahkan lah
kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami) dan
jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang bertakwa" (Surah Furqan:74)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kewajipan seorang Muslim keatas Muslim yang lain iaitu lima perkara, menajwab
salam, melawat orang sakit, mengiringi jenazah, menerima undangan dan mendoakan
orang yang bersin" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Setiap isteri yang minta cerai dari
suaminya tanpa apa-apa (tanpa alasan yang dapat dibenarkan) maka haram atasnya
bau syurga" (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi)

Dari Ibn Umar r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Ingatlah
tiap sesuatu yang memabukkan itu khamar (arak) dan tiap khamar itu haram"
(Riwayat Ahmad & Abu Ya'la)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang menjadi saksi untuk
merugikan seseorang dengan persaksian yang tidak benar, maka hendaklah
menyiapkan tempatnya dalam neraka" (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang mebuat ibubapanya gembira
(memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat redha Allah s.w.t. Sesiapa
yang menyakiti hati ibubapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencianAl lah
s.w.t." (Riwayat Bukhari)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bila tertusuk seorang dengan jarum kecil
atau jarum besar dari besi, maka baik baginya daripada menyentuh wanita yang tidak
halal baginya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ma'qil bin Yasar r.a.)

Allah s.w.t. berfirman: "Dia bersembunyi dari manusia lantaran kejahatan yang dikhabarkan kepadanya, apakah dia akan pelihara dia dalam kehinaan ataukah dia akan sumbat dia dalam tanah? Sungguh jelek apa yang mereka hukumkan" (Surah An-Nahl:59)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Semua dosa-dosa dilambatkan Allah s.w.t.
(pembalasannya) sesukanya dari akhirat melainkan derhaka kepada kedua ibubapa maka sesungguhnya Allah s.w.t.menyegerakan (bala siksaan) bagi yang bersangkutan sewaktu hayatnya didunia ini sebelum matinya" (Riwayat Al-Tabrani)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Orang yang mencekik dirinya sendiri sampai mati akan mencekiknya juga didalam neraka, dan orang yang menikam
dirinya juga akan menikam dirinya dalam neraka dan orang yang melemparkan diri
dari tempat tinggi untuk membunuh diri maka akan selalu dia melemparkan dirinya
didalam neraka" (Riwayat Bukhari & Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa hingga
dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat, nescaya Allah s.w.t. memberi
ampun kepada kamu" (Riwayat ibn Majah)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika
meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Allah s.w.t.. telah berfiman "Dan sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami
kepada Ibrahim dengan (membawa) khabar gembira sambil mereka berkata:
"Selamatlah"Dia menjawab: "Selamat" Surah Hus:69)
Berkata Umar Ibn Abdul Aziz bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahyang itu membawa kamu menempuh ketengah jalan,puasa memajukan
kamu kehadapan pintu dan sedekah (saling membantu) memasukkan kamu
kedalamnya."
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sembahyang sunat dua rakaat ditengah
malam dapat menghapuskan dosa-dosa" (Riwayat Ad-Dailami dari Jabir r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Semua anak Adam (manusia) itu sering
membuat kesalahan (dosa) dan sebaik-baik manusia yang membuat kesalahan (dosa)
itu ialah orang-orang yang suka bertaubat" (Riwayat Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Sesungguhnya kamu sekelian pada hari
kiamat akan dipanggil dengan nama kamu sendiri dan nama bapa kamu,kerana itu
hendaklah kamu perindahkan nama kamu" (Riwayat Abu Daud)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang menyiapkan keperluan orang yang berjihad fisabillah maka bererti dia telah berjihad dan siapa yang menjaga
keluarga orang yang pergi berjihad dengan baik maka bererti dia telah ikut berjihad
fisabilillah" (Riwayat Bukhari & Muslim dari Zaid bin Khalid al-Juhani)
Dari Abu Qatabah bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Puas pada hari Arafah itu boleh menghapuskan dosa yang dikerjakan selama dua tahun iaitu tahun yang telah lalu dan tahun yang akan datang" (Riwayat Muslim)


Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Dosa yang paling besar ialah syirik,
derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang tanpa hak" (Riwayat Anas r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sebaik-baik puasa ialah puasa Nabi Daud
Alai-His-Salam, ia berpuasa sehari dan berbuka sehari..."(riwayat Al-Tirmizi & Al-
Nasai)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Gunakanlah lima sebelum tibanya lima iaitu gunakan masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sihatmu sebelum masa sakitmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum masa matimu" (Riwayat Al-Hakim & Al- Baihaqi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Setiap bayi tergadai pada akidahnya,
disembelih pada hari ketujuh dan pada hari itu pula dicukurkan dia dan diberi nama"
(Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Untuk bayi lelaki dua ekor kambing kibas
dan untuk bayi perempuan seekor kambing kibas dan tidaklah merugikan kamu yang
jantan atau pun yang betina" (Riwayat Ahmad dan Al-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua ayat yang diberikan kepadaku dari perbendaharaan
dibawah Arsy, amka pelajari olehmu dan ajarkan pada isteri dan anak-anakmu sebab
itu sebagai solat dan basaan serta doa" (Riwayat Al-Hakim dari Abu Dzar r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu yang ada
aibnya lalu tidak dijelaskan kepada pembelinya maka tetap berada dalam murkaAllah
s.w.t. dan selalu dikutuk oleh malaikat" (Riwayat Ibn-Majah)
Allah s.w.t. berfirman "Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan" (Surah Al-
Baqarah:233)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Pakailah antara pakaianmu yang putih,
kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanlah orang-
orang mati kamu dengan kain putih" (Riwayat Ahmad)
Dari Kaab bin Iyad r.a. berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku
ialah harta" (Riwayat Al-Tirmizi)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "SesungguhnyaAllah s.w.t. tetap menerima
taubat seorang hamba selama dia belum nazak dan mati" (Riwayat Al-Tirmizi dari Ibn
Umar r.a.)


Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang berperang untuk menegakkan
khalimat Allah s.w.t. maka itu fisabi lillah" (Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Musa
al-Asyari r.a.)
Allah s.w.t. telah berfirman "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana
apa yang telahAllah lebihkan sebahagian mereka diatas yang lain dan kerana belanja
yang telah mereka keluarkan daripada harta mereka" (Surah An-Nisa:34)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari kemudian maka janganlah mengganggu jirannya dan berpesan-pesan
baiklah kamu terhadap jiran" (Riwayat Bukhari) Nabi Muhammad s.a.w pernah
bersabda: "Tidak akan masuk neraka orang yang didalam hatinya ada seberat biji
sawi daripada iman dan tidak akan masuk syurga yang didalam hatinya ada seberat
biji sawi dari sombong" (Riwayat Muslim & Abu Daud)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Kalau tidak kerana ada wanita dan anak-anak didalam rumah sedangkan aku
bersembahyang isya, nescaya aku suruh pemudaku membakar rumah-rumah (yang
penghuninya tidak hadir berjemaah itu)" (Riwayat Ahmad)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Lima macam dosa yang tidak ada tebusannya iaitu Syirik terhadap Allah s.w.t., membunuh orang tanpa hak, membuat
tuduhan palsu terhadap seorang Muslim, lari dari barisan Muslimin dalam
peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil hak orang lain" (Riwayat Ahmad)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang membaca seratus ayat (dariAl-
Quran) pada suatu malam, maka akan dicatat pahalanya seperti pahala sembahyang
semalam" (Riwayat Ahmad dari Tamim r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Orang yang memulakan memberi salam
adalah terlepas daripada sifat sombong dan takabbur" (Riwayat Al-Baihaqi & Al-
Khatib)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai orang-orang yang beriman!janganlah kamu
mengangkat suara kamu keatas suara Nabi" (Surah Al-Hujurat:3)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang yang sombong lagi
mengangkat diri" (Surah Luqman:18)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram!kembalilah kepada
Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan
hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurga" (Surah Al-Fajr:27-30)
Ali bin Abu Talin k.w.j berkata Allah s.w.t. berfirman "Allah yang mengambil jiwa
(manusia) ketika wafatnya dan ketika tidurnya sebelum wafat, lalu ditahan-Nya jiwa yang telah wafat, serta dilepaskan-Nya jiwa yang lain sampai kejanji yang ditentukan"
(Surah Az-Zumar:42)
Nabi Muhammad s.a.wmembaca firman Allah s.w.t. bermaksud: "Barangsiapa yang mempersekutuAllah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit, lalu disambar oleh burung, ataupun dia akan menjunam dibawa angin ketempat yang paling jauh" (Surah Al-A'araf:40)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada dibunuh jiwa secara
aniaya,melainkan keatas anak Adam yang pertama jaminan darahnya, disebabkan
dialah orang pertama yang memulakan pembunuhan itu"

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Apabila kamu bersembahyang keatas si
mati, hendaklah kamu mengikhlaskan doa kepadanya" (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Salam sejahtera keatas kamu, wahai
penghuni kubur dari kaum Mukminin dan Muslimin, dan kamu Insya-Allah akan
mengikuti kamu, kami memohon keselamatan untuk kami dan kamu juga!" (Riwayat
Buraidah bin Al-Khushaib)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Apabila mati seseorang hamba, maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga: Sedekah yang jariyah (terus-menerus manfaatnya), ataupun anak yang soleh mendoakan baginya, ataupun ilmu yang dimanfaatkan sesudah itu"

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiada boleh seorang bersolat bagi pihak
yang lain, dan tiada boleh seseorang berpuasa bagi pihak yang lain, akan tetapi dia
hendaklah memberi makanan setiap satu mud (gantang Baghdad) dari gandum"

Allah s.w.t. berfirman "Barangsiapa yang membuat perbuatan baik sebesar atom akan
dilihat-Nya, Dan barangsiapa yang membuat perbuatan jahat sebesar atom akan
dilihat-Nya juga" (Surah Az-Zalzalah:7-8)
Allah s.w.t. berfirman "Walai manusia, sesungguhnya engkau mesti bekerja keras
dengan bersungguh-sungguh menuju kepada Tuhanmu yang akan engkau menemui-
Nya" (Surah Al-Insyiqaq:6)
Allah s.w.t. berfirman "Jika kamu bertelingkah pendapat pada sesuatu, maka kembalilah dia kepadaAllah dan Rasul, jika kamu beriman kepadaAllah dan hari akhirat, kerana itulah yang lebih baik, dan lebih bagus kesudahannya" (Surah An- Nisa:59)
Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika Tuhanmu menjadi keturunan anak-anak dari punggungmu, danTu h an mengambil kesaksian dari mereka, kata-Nya, Bukankah
aku iniTu h an kamu? Mereka menjawab: Ya! Kamu menjadi saksi" (Surah Al-
Araf:172)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul,
ciptaanTu h a n yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada
pertukaran bagi ciptaanTu h a n itu" (Surah Ar-Rum:30)

Allah s.w.t. berfirman "Maka hadapkanlah wajahmu kepada agama dengan betul,
ciptaan Tuhan yang telah menjadikan manusia sesuai dengan agama itu, tiada
pertukaran bagi ciptaan Tuhan itu" (Surah Ar-Rum:30)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Kamu akan dapati sejahat-jahat orang itu
ialah yang bermuka dua, yang datang kesini dengan satu muka dan kesana dengan
satu muka lain" (Riwayat Bukhari & Muslim)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Orang iktikaf itu bererti mengurangkan
dosa-dosa dan berlaku pahala untuknya bagaikan pahala orang yang melakukan
semua hasnat (kebajikan)" (Riwayat Al-Baihaqi & Ibn Majah dari Ibn Abbas r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Wahai manusia! Kalau kamu masih ragu tentang hari
kebangkitan, maka ketahuilah bahawaKamilah yang mencipta kamu dari tanah,
kemudian dari setitik air mani" (Surah Al-Hajj:5)

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketika kamu mengatakan: Hai Musa! Kami tidak akan
percaya kepada kamu sehingga kami melihatAllah secara terang-terang, lalu kerana
itu kamu disambar petir, sedangkan kamu ada melihatnya" (Surah Al-Baqarah:55)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari sari
ranah. Kemudian kami jadikan dari tanah itu air mani yang tersimpan didalam tempat
simpanan yang teguh" (Surah Al-Mukminun:12-13)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepada
manusia suatu masa, ketika itu dia belum ada sesuatu apa pun yang dapat disebut"
(Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Hassan bin Ali r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut-perut ibu kamu,
sedangkan kamu tiada mengetahui apa pun, lalu dijadikan bagi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati moga-moga kamu berterima kasih" (Surah Al-Nahl:78)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta
(bohong semasa puasa) maka Allah s.w.t. tidak berhajat padanya untuk meninggalkan
makan minumnya" (Riwayat Bukhari)

Allah s.w.t.. berfirman "Katakanlah, bahawa Malaikat Maut yang telah diserahi
perkara kamu akan mewafatkan kamu, kemudian itu kamu akan kembali pada Tuhan
kamu" (Surah As-Sajadah:11)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan keterangan
Kami, dan memandang rendah terhadapnya, tidak akan dibukakan pintu-pintu langit
kepada mereka" (Surah Al-Araf:40)
Allah s.w.t. berfirman "Diatas orang yang berpengetahuan itu ada lagi yang Maha
Tahu" (Surah Yusuf:78)
Allah s.w.t.. berfirman "Dan diantara kamu ada yang disampaikan Allah kepada usia
tua bangka, supaya dia tiada ketahui lagi sesuatu yang dahulunya dia katahui"
(Surah Al-Nahl:70)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati
mereka. Ingatlah dengan mengingatiAllah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah
Ar-Rad:28)

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan
kehendakAllah, dan siapa yang percaya kepadaAllah nescaya dipimpinAllah
hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Bukan dari umatku orang yang percaya nasib pada burung atau diusahakan dengan burung atau berdukun atau didukunkan atau menyihir atau disihirkan untuknya. Dan siapa yang datang kepada dukun lalu yakin kepadanya bererti telah kafir terhadap apa yang diturunkan padaNabi
Muhammad s.a.w "(Riwayat Al-Bazzar dari Imran bin Hushain)

Allah s.w.t. berfirman "Kalau tiada kerana kemurahan dan rahmat Allahkepada
kamu, nescaya tiada seorang pun diantara kamu yang suci buat selama-lamanya"
(Surah An-Nur:21)

Allah s.w.t. berfirman "Syaitan itu menjanjikan kemiskinan kepada kamu, dari
menyuruh kamu mengerjakan perbuatan yang keji" (Surah Al-Baqarah:268)

Allah s.w.t. berfirman "Hanyasanya Allah akan menerima amalan itu daripada orang-
orang yang bertakwa" (Surah Al-Maidah:27)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya saat yang paling mustajab
(berdoa) itu diantara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang
Jumaat" (Riwayat Muslim & Abu Daud)

Allah s.w.t. berfirman "Jika engkau membaca Al-Quran, maka mohonlah
perlindunganAl lah daripada syaitan yang terkutuk" (Surah An-Nahl:98)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau syaitan (orang jahat) membisikkan kepada engkau
sesuatu kejahatan, maka berlindunglah kepadaAl lah, sesungguhnya dia itu Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Surah As-Sajadah:36)

Allah s.w.t. berfirman "(Mereka bersumpah):Kami hanya mengkehendaki niat baik
dan taufik! Mereka itulah orang-orang yang diketahuiAl lah akan isi hati mereka"
(Surah An-Nisa:62-63)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Tiada dikira Mukmin yang sempurna
keimanannya, orang yang tidak menganggap bala itu nikmat dan kemewahan itu
musibah (bala)" (Riwayat al-Tabrani)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa pada suatu malam dia mengalami
kesakitan dimana dia bersabar dan redha kepada ketentuan Allah s.w.t. maka
terkeluarlah dia daripada dosa-dosanya seperti keadaan dikala dia dilahirkan ibunya"
(Riwayat Al-Hakim)

Allah s.w.t. berfirman "Dan katakanlah:Tuhanku!Aku berlindung diri kepada
Engkau daripada bisikan syaitan. Dan aku berlindung diri kepada Engkau, Tuhanku,
supaya mereka tiada mendekatiku" (Surah Al-Mukminun:97-98)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesiapa yang mati tidak sempat
menqadha'kan puasanya hendaklah keluarganya (walinya) menggantikan puasa
tersebut" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Dari Imam Ahmad bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Seburuk-buruk yang terdapat pada jiwa manusia iaitu sifat pengecut yang
menanggalkan dan sifat kikir yang melampau" (Riwayat Amru bin al-Ash r.a.)
Allah s.w.t. berfirman "Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu
ketengkukmu, dan jangan pula bentangkannya seluas-luasnya, sehingga engkau
duduk tercela dan sensara" (Surah Al-Isra:29)

Allah s.w.t. berfirman "Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya
melampaui batas, dan tiada pula bersifat kikir, tetapi pertengahan antara keduanya"
(Surah Al-Furwan:67)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa menghulurkan kepadamu suatu
kebaktian maka balaslah dia, jika kamu tiada apa-apa balasan, maka hendaklah kamu
doakan kepadanya" (Riwayat Al-Tabrani)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya manusia itu dicipta sentiasa gelisah. Jika
disinggung bahaya dia berkeluh kesah, Dan jika disinggung kebaikan dia kikir pula"
(Surah Al-Maarif:19-21)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Takutlah firasat orang Mukmin kerana
sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah s.w.t."

Allah s.w.t. berfirman "Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang
didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan" (Surah Al-Baqarah:235)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kenanglah kurnia kepada kamu dan ingatlah perjanjian
yang telah kamu ikat denganDia ketika kamu mengatakan:kami dengar dan kami
taat" (Surah Al-Maidah:7)
Daripada Anas r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiga
perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya. Maka
dua perkara akan kembali dan yang kekal hanya satu sahaja, iaitu keluarga dan
hartanya akan pulang danyang tinggal hanyalah amalannya sahaja" (Riwayat Al-
Bukhari & Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Apabila tetamu masuk kerumah maka dia
masuk dengan rezekinya dan jika keluar, dia membawa pengampunan dosa orang-
orang rumah itu" (Riwayat Ad-Dailami dari Anas r.a.)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
"Sembahynng fardhu lima waktu, sembahyang Jumaat ke Jumaat, puasa Ramadhan
ke Ramadhan akan menghapuskan dosa-dosa diantara jarak-jarak tersebut sekiranya
dijauhkan daripada dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Siapa yang pada petang harinya berasa
letih dari amal usaha yang dilakukan dengan kedua tangannya sendiri, maka dia pada
petang itu telah diampunkan dosanya" (Riwayat Al-Tabrani dari Ibn Abbas r.a.)

Nabi Muhammad s.a.wpernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan
menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan
keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan" (riwayat Abu Ya'la dari Anas
r.a.)

Allah s.w.t. berfirman "Dan kalau engkau tanya mereka: Siapakah yang menciptakan
langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, nescaya mereka akan mengatakan
'Allah', jadi bagaimana pula kamu berputar dari kebenaran" (Surah Al-Ankabut:61)

Allah s.w.t. berfirman "Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, kemudian
Kami bentuk rupa kamu, kemudian Kami katakan kepada Malaikat: Sujudlah kepada
Adam" (Surah Al-A'raf:11)
Ps:semoga korg semua mendapat pengajaran dan mengambil iktibar atas segala nasihat dan petunjuk nabi kesayangan kita semua…semoga kita mendapat berkat dan syafaat di akhirat kelak…wallahua`lam
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts