thisisit

And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, June 8, 2011

Kilang Perangkap MAUT di Gebeng Kuantan. LYNAS


Sebagai seorang ayah kepada 3 orang anak yang masih kecil, menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi mereka walaupun terpaksa berkorban nyawa. Saya rela mati untuk tujuan itu. Sebagai seorang Hamba dan Khalifah di bumi Allah ini, saya merayu belas ihsan dan redha dari Allah sebelum saya pergi menemuinya. Selagi Nafasku di Kandung Badan, selagi itu Jihad Pena ini akan saya teruskan.
Setiap wanita yang bergelar ibu, dengan derita 9 bulan memikul beban di badan dan bercengkang mata setiap malam pasti tidak akan rela dengan apa pun ancaman lebih-lebih lagi ancaman sisa radioaktif yang terbukti banyak berlaku di setiap negara yang melombong ‘nadir bumi’ atau ‘rare earth’ khususnya di China. Kanser, Leukemia, Kecatatan malah kematian khususnya dari kalangan kanak-kanak cukup ketara dan tidak dapat dijankau oleh setiap akal manusia yang waras untuk membiarkan tamak haloba menguasai jiwa dan seterusnya menodai sifat kasih sayang itu, lebih-lebih lagi kepada zuriat keturunan empunya diri.
Ringkasan isu Lynas di bawah diolah untuk memberi kefahaman menyeluruh dan terperinci dari sumber-sumber yang sahih kepada setiap insan  manusia yang  sayangkan nyawa dan persekitaran sebelum bumi yang kita pinjam ini dipulangkan kembali kepada generasi yang akan datang.
Terserah kepada pembaca untuk menilai semua fakta-fakta ini. 

  1. Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
  2. 100% milik Lynas Australia.
  3. Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
  4. Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
  5. Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja.
  6. Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
  7. Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
  8. Bebas Cukai selama 12 tahun.
  9. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
10. Harga satu tan pada RM364, 800.
11. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
12. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi.
13. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
  1. Ore dilombong di Mount Weld Australia.
  2. Ore tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan.
  3. Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan seterusnya.
  4. ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk.
  5.  Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
14. ‘Rare earth ore’yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear.
15. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium for every metrik tan.
16. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
17. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
  1. Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
  2. Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
  3. Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
  4. Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
  5. Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
  6. Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
  7. Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
18. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta.
19. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
20. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rabut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
21. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
22. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
  1. Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
  2. Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
  3. Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
  4. Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
  5. Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
  6. Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
23. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
  1. ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
  2. Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif yang dipaparkan di halaman web.
  3. Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
  4. Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
  5. Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
  6. Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik.
  7. Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
  8. Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
  9. Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini.
  10. Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
  11. Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa.
  12. ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
  13. Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
  14. Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
 Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.  
Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.
Katakan Tidak Pada LYNAS!!! Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 9:22 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

When Ferrari gets involved in accident!!!

What Happens To The Driver If A Ferrari Enzo Hits A Pole At 290+kmph?
The answer: Nothing ! The man only had some bruising & nose bleeds (due to seat belt) that's all!! Estimated Loss = 1.3 MILLION USD. Waiting list for a new Ferrari (same model) = 2 years +


Driver Talking to the Cop, Just After the Accident!!!!




No Serious Damage in the Cockpit!!!!

The Engine is at the back of the Car so that the driver doesn't gets crushed at high speed!!!


And That's the power of Ferrari

ps : mcm kejadian kemalangan kereta potong kt malaysia ++'
Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 9:15 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kEISTEMEWAAN WANITA YG ALLAH KURNIAKAN RAHIM

Wanita hiasan dunia... sila klik


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari  sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang... sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia  mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.  Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala ekstra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.



Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala ekstra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi  dengan dosa-dosa yang lain.

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka dengan-Nya. Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 6:50 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Jika dahi tidak mencecah sejadah didunia

PEMBURU SHAHID


Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan, Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tak guna lagi berseri

Walau orang hadir itu merintih Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan 4 kali takbir dan satu salam Beserta fatihah, salawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan Seumur hidup Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu Dapat membayar hutang ruku' dan sujud Yang telah luput Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat

Usunglah dirimu untuk solat Sebelum engkau diusung ke liang lahat Menjadi makanan cacing dan ulat Dirimu ke masjid Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah.

Sucilah kamu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail Yang menakutkan Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ia berguna untuk yang tinggal Dan bukan yang mati Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan.


Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan Ingatlah di mana jua kau berada Kau tetap memijak bumi Tuhan Dan dibumbungi langit Tuhan Serta menikmati rezki Tuhan Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya .


Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air Yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membentuk tulang-tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti

Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air Yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membentuk tulang-tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti .

Sambutlah seruan haiya `alalsolah Dengan penuh rela dan bersedia Sahutlah seruan haiya `alalfalah Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal Menjadi bekal sepanjang jalan Menjadi teman di perjalanan Untuk kembali kepangkuan Tuhan.

Pada hari itu Tiada berguna harta, tahta, dan putra Isteri, kad kredit dan kereta Kondominium, saham dan niaga Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia .

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 6:46 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Setiap manusia ada pasangan


1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 6:40 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Upah lori naik 18%...

pengusaha lori naikkan kadar sewa Upah Sewa Pengusaha Lori Pula Naik 18 Peratus!
Selepas kerajaan Malaysia mula mengurangkan subsidi dan membenarkan kenaikan harga tarif eletrik, kini tiba pengusaha lori pula ingin naikkan upah sewa lori sehingga 18 peratus.
KUALA LUMPUR – Pengusaha lori komersial dijangka menaikkan kadar upah sewa pengangkutan sebanyak 18 peratus ekoran pemansuhan diesel super subsidi oleh kerajaan.
Menurut Naib Presiden Persatuan Pengusaha Lori Tangki Bumiputra Malaysia Berhad, Samiron Safar, kenaikan itu wajar memandangkan kadar upah RM13.50 satu tan bagi setiap perjalanan ketika ini tidak pernah dinaikkan sejak 20 tahun lalu.
“Kalau tidak naik memang kami akan gulung tikar sebab selama ini kadar yang dikenakan paling minimum dan pengusaha terpaksa tanggung kos diesel sebanyak RM200 sehari tidak termasuk kos tayar dan upah pemandu.
“Justeru, kami akan berbincang dengan pelanggan untuk menaikkan kadar upah yang baru tidak kurang RM3 satu tan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Nampaknya, kenaikan harga barang selepas ini, tidak dapat dibendung lagi.Sejak penarikan subsidi super diesel, pengusaha lori juga tidak lagi mampu membendung kadar sewa yang lama.Dan akhirnya, kepayahan dan keperitan akbiat kenaikan harga, terpalit kembali kepada rakyat.
Macam biasalah, sekiranya ada apa-apa kenaikan, yang selalu nak lari dari masalah adalah kerajaan dan juga peniaga atau pengusaha.Semua kos kenaikan itu juga, akan dilepaskan kepada rakyat untuk ditanggung.Kami nak tanya anda, adakah ini langkah yang sesuai sebenarnya?
Kalau kita lihat senario kuasa wang dalam zaman ini di Malaysia, harga barang-barang keperluan serta asas sudahpun meningkat hampir 3 atau 4 kali ganda.Memang harga barangan sekarang dah macam negara maju.Tapi, adakah kadar purata pendapatan rakyat Malaysia, tak kiralah yang bekerja sebagai kakitangan awam atau swasta, seperti ke arah negara maju juga?
Harga barang dah macam negara maju, tapi gaji macam negara kelas ketiga.Adakah ini perancangan yang betul dalam memastikan Malaysia akan menuju ke arah negara maju? Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 6:29 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pengguna Telefon Prepaid Pun Kena Tax 6 Peratus



in Berita Malaysia




cukai telekomunikasi Pengguna Telefon Prepaid Pun Kena Tax 6 PeratusDulu, masa cukai yang dikenakan hanya 5%, pihak telekomunikasi berbesar hati untuk menyerap kos tersebut untuk pelanggan bagi pengguna telefon prepaid. Tapi, sejak diumumkan bahawa cukai naik 15 kepada 6%, akhirnya pihak telekomunikasi dah tak boleh nak serap lagi.Cukai tersebut sekarang dibebankan pula kepada pengguna telefon prepaid bermula Julai ini.

Untuk pengguna telefon postpaid, memang cukai tersebut dah dikenakan.Dengan pengguna yang semakin bertambah dan juga persaingan yang kompetetif, penyerapan nilai cukai untuk pengguna prepaid telahpun menjadi satu beban yang besar bagi korporat telekomunikasi.

Kita tahu bahawa, terdapat 3 syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia iaitu Digi, Celcom dan juga Maxis.Jumlah pengguna talian prepaid adalah 43%, merangkumi ketiga-tiga syarikat telekomunikasi terbabit iaitu sebanyak 13.2 juta orang..Dengan Digi mewakili hampir 83% untuk pengguna prepaid, dan cuma 23% bagi Celcom (AXIATA) dan Maxis.

Sekiranya setiap pengguna prepaid mengisi purata RM 40 setiap bulan, jualan prepaid menjangkaui RM 6.3 bilion sebulan.Memang banyak!.Dan daripada jumlah besar tersebut, selama ini syarikat telekomunikasi mensubsidi hampir RM 378 juta sebulan hanya untuk menyerap kos cukai yang dikenakan kerajaan.

Oleh kerana jumlah yang tersangat besar itu,syarikat telekomunikasi gergasi yang ada, sudah tidak mampu lagi untuk menyerap cukai tersebut setelah dinaikkan lagi sebanyak 1% oleh kerajaan bermula 1 Januari 2011 lalu.Jadi, terpaksalah sekarang, pengguna telefon prepaid menyerap kos tersebut.



Bagi yang selama ini pakai talian postpaid, mungkin dah terbiasa dengan caj cukai ini, namun kalau yang selama ini menggunakan prepaid, mungkin akan ada terasa kesannya.Yelah, selepas ini, kalau beli topup RM 10, baki yang tinggal dah jadi RM 9.40.Nampak macam sikit, tapi kalau dah 13.2 juta orang, dah berapa banyak pula.

Apa pandangan anda mengenai isu ini?


P.S. Hatta najis pun kena cukai dengan Indah Water.

P.S.S. Tak nak kena cukai, kenalah bela burung merpati lepas ni nak hantar mesej.
Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 6:22 PM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

LEE KUAN YEW



Hi saya LEE KUAN YEW



Saya ingin mendapatkan Malaysia bagi memajukan lagi negara Singapura sebab negara saya sudah habis sumber asli.. Saya dapati inilah masa terbaik pada Zaman Abdullah ini kerana pada zaman Mahathir dulu dia selalu sahaja dapat menghidu taktik saya. Pak Lah saya dapati dia mudah dipengaruhi. Anak didik saya LIM KIT SIANG daripada DAP yang akan melaksanakan perancangan saya

Cara dia saya guna strategi 3 Fasa:

FASA PERTAMA

1) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam UMNO
Khairy Jamaluddin= Oleh kerana saya nampak dia begitu bercita-cita tinggi didalam UMNO saya tolong dari sudut kewangan dengan TEMASIK HOLDING dan ECM LIBRA. Saya berhabis berjuta-juta dollar pun saya tak kisah kerana habuan akan datang lebih besar dan saya pesan pada bangsa-bangsa saya di Malaysia supaya sokong dia dari sudut kewangan. Saya perhatikan dalam UMNO siapa yang ada hubungan dengan PM boleh naik dengan begitu pantas. Cth Najib dengan Tun Razak, Hishamuddin dengan Tun Hussien Onn

2) Menguasai secara tidak langsung melayu-islam di luar UMNO
Anwar Ibrahim : Saya dapati anwar ini disokong oleh 50% melayu kerana karisma dia. Saya dapati dia sangat marah ngan pada BN dan UMNO kerana pernah dipenjarakan dan hanya dia seorang tahu korupsi dalam UMNO. Ini adalah peluang saya dan saya tolong dia dengan media. Saya tahu di media Malaysia dia disekat. Saya pesan pada bangsa saya didalam PKR supaya sokong habis-habisan Anwar. Bila dia dah takde jawatan PRESIDEN KEADILAN tu kita punya. Slogan Anwar : JGN PANGKAH BARISAN NASIONAL amat menguntungkan kita . Secara tak langsung jika ada pertandingan dalam pilihanraya 1 vs 1 rakyat akan pangkah DAP
PAS : Saya dapati parti PAS payah dikuasai dan biarkan Khairy mengapi-apikan permusuhan antara PAS ngan UMNO dan yg paling penting PAS menguasai dinegeri melayu miskin dan itu bukan sasaran utama saya.

3) Ekonomi
Naik Harga Barang : Harga barang kita naikkan habis-habisan supaya rakyat marah dengan kerajaan. Kita gunakan alasan minyak Ini mudah saja sebab ekonomi di Malaysia bangsa saya yang pegang.

4) Sosial
Kita timbulkan suasana tidak selamat di Malaysia . Kita gunakan dadah, pelacur, kongsi gelap. Bukan susah hampir 80% mereka ni bangsa saya.. Memang saya tidak suka mereka ni tapi pada saat2 ni kita mesti menggunakan mereka. Lepas kita berkuasa nanti kita hapuskanlah mereka-mereka ni


5) Menjatuhkan Cina & India & Kaum lain yang menyokong BN
Kita keluarkan semua DVD lucah dan isu-isu pemimpin-peminpin mereka supaya mereka tidak percaya pada MCA & GERAKAN. Kita api-apikan India miskin supaya mereka marah ngan MIC. India-india hindu begitu fanatik kalau kita sentuh bab kuil. Takpe2 saya gunakan sentimen tu.


FASA KEDUA

Saya akan lihat keputusan pilihanraya nanti

Jika Barisan Nasional Menang
1)Kita naikkan khairy dan kita mintak Jawatan TPM 2.

Jika Barisan Pembangkang Menang
2)Kita naikkan Anwar dan bila dia dah takde nanti.. Kita bertanding jawatan Presiden Keadilan. Kita biarkan dulu dia bentuk kerajaan


FASA KETIGA

Bila kita dapat Malaysia ini apa tindakan kita:
1) Kita jadikan Singapura role model kita dan kita tiru mereka.


Saya ada jumpa sahabat saya ARIEL SHARON di Israel ari tu. Dia sokong saya dan dia ramal bangsa cina akan menguasai dunia satu hari nanti. Dia kata satu hari nanti semua bangsa Cina akan bergabung diketuai oleh Negara China . Dia kata kebangkitan kita diramalkan didalam TAURAUT, INJIL & ALQURAN. Dalam Al-Quran kita digelar Yakjuj(Cina) Makjuj(Majusi) . Ingat saudara sebangsa saya, Cina di Malaysia dan seluruh dunia USA dan EUROPE amat gerun dengan kita sekarang. Org Islam ingat musuh diorang USA dan diorang masih belum sedar kita akan tikam dari belakang. Dia menawarkan bantuan pada kita…..


INGAT SEMUA

PERJUANGAN MENDAULATKAN BANGSA CINA BELUM SELESAI.
KITA BUAT NI BUKAN UNTUK KITA TAPI ANAK CUCU KITA..







INI STRATEGI JANGKA PANJANG KAMI.

1) KEHADIRAN MCA DALAM BN JUGA SEBENARNYA UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN CINA

2) DI SITU KAMI BOLEH MENINTA2 DARI UMNO DAN KERAJAAN PUSAT UNTUK PELBAGAI KEPENTINGAN ANAK2 CINA

3) ATAS NAMA PEMBANGUNAN, KAMI MEMINTA TANAH2 MELAYU UNTUK DIBANGUNKAN - SEBENARNYA KAMI MAHU MEMPERLUASKAN TANAH MILIK KAMI. INI UMPAMA MERMBESARKAN TERITORI PEMERINTAHAN KAMI

3) APABILA ORANG2 CINA DILETAKKAN DI LEBIH BANYAK KAWASAN, MAKA UNDI2 ORANG CINA AKAN LEBIH BANYAK DI PELBAGAI TEMPAT.

DALAM BEBERAPA DEKAD LAGI, TABURAN BANGSA KAMI, BANGSA CINA, AKAN BERADA DI MERATA2 DI MALAYSIA

4) KAMI JUGA PERJUANGKAN SEKOLAH-SEKOLAH CINA AGAR ANAK2 CINA DITERAPKAN DENGAN NILAI2 KECINAAN, UNTUK MEMBENCI MELAYU SEJAK MEREKA LAHIR LAGI.

SATU HARI NANTI KAMI AKAN MENUKAR BAHASA KEBANGSAAN - BAHASA PERTAMA, INGGERIS, BAHASA KEDUA MANDARIN, BAHASA KETIGA CANTONESE DAN BAHASA KEEMPAT HOKKEIN

BERSEDIALAH UNTUK MELIHAT PAPAN2 TANDA JALANRAYA DITUKAR BAHASANYA

5) KAMI JUGA BISA MEMPUNYAI HUBUNGAN BISNES YANG KUKUH DENGAN TANAH BESAR CHINA

6) KAMI MEYOKONG PADU TONY FERNANDES YANG MENYEDIAKAN PENERBANGAN TAMBANG MURAH KE CHINA DAN INDIA . INI MEMBOLEHKAN KAMI MENYELUDUP LEBIH RAMAI RAKYAT CHINA UNTUK MASUK KE MALAYSIA . MEREKA AKAN TERUS TINGGAL DI KAW2 SEPERTI JINJANG DAN BALAKONG. POLIS TAK AKAN KENALI SIAPA YANG OVERSTAY DI MALAYSIA INI - MAKA JUMLAH ORANG2 CINA AKAN BERTAMBAH.

APABILA KAMI TELAH TINGGAL DI SINI SECARA HARAM, KAMI AKAN MEINTA2 PULA KEPADA JABATAN IMMIGRATION AGAR MEMBERI KAMI STATUS PENDUDUK TETAP.

KALAU TAK BAGI, KAMI BUAT BISING.

JUMLAH KAMI AKAN SEMAKIN RAMAI..... YEAHH!!!!

ORANG MELAYU AKAN KAMI TINDAS SEBAB KAMI KUKUH DALAM EKONOMI.

ORANG INDIA DAN MELAYU AKAN KAMI JADIKAN HAMBA UNTUK MEMBUAT KERJA2 KOTOR KAMI.

7) KAMI DI DALAM BN INI SEBENARNYA TAK KISAH DAP MENANG - KAMI HANYA BERTUKAR2 TANGAN UNTUK MENGUASAI NEGARA INI DAN MENJAGA SERTA MEMBANGUNKAN KEPENTINGAN CHINA.

KAMI SENYUM MELIHAT ITU KOH TSU KOON DAN LIM GUAN ENG BERJABAT TANGAN - ITU TANDANYA PERSAHABATAN.

TRANSLATION UNTUK PENGETAHUAN ENGKAU SEMUA ORANG2 MELAYU -

'lu jaga kita punya olang aaa.."


8)8) KAMI BINA RUMAH2 YANG MAHAL SUPAYA ORANG MELAYU TAK BOLEH BELI


9) KAMI MAHU BUKA LEBIH BANYAK KANDANG BABI

10) KAMI JUGA MAHU ITU SUPERMARKET TAK ADA SEKSYEN HALAL-HARAM. SENANG MAU SHOPPING.

11) ITU MCDONALD KA BURGER KING KE... TAK PAYAH GUNA AYAM HALAL. LECEH MAHU IKUT PROSEDUR INI ORANG2 ISLAM. LAGI MAHU BAYAR ITU TANDA HALAL DARI JAKIM..

12) MEMANG KAMI SOKONG ITU ABDULLAH BODOWI - DIA LEMAH. DIA BAGI SAJA APA KAMI MAU

13) KAMI JUGA SOKONG ITU KHAIRY JAMALUDDIN. ORANG MELAYU TAK SUKA DIA SEBAB DIA LEBIH2.. JADI ORANG MELAYU AKAN BERPECAH. ITU YANG KAMI MAHU TENGOK.

UNTUK KAWAN KAMI DALAM DAP...

BILA SUDAH AMBIL KAWASAN2.. DAP AKAN LAKSANAKAN JANJI2 KAMI SEMASA KEMPEN.

BILA SUDAH 5 TAHUN, RAKYAT TENGOK ADA PEMBAHARUAN.. . NANTI NEXT ELECTION, MEREKA UNDI LAGI DAP. KEMUDIAN KAWASAN2 YANG KAMI MENAGN AKAN LEBIH BANYAK.

LU JANGAN INGAT KAMI TAK ADA WANG. KAMI BANYAK SUMBER2 KEWANGAN.

BUAT MASA INI, KAMI BISING2 SAHAJA NAK BERLAKU ADIL. JADI KAMI TUNJUKKAN YANG KAMI BAGI KONTRAK2 SECARA TELUS.

BILA SAMPAI MASA, LU JANGAN HARAP KAMI NAK BAGI BISNES DEKAT ORANG MELAYU.

DALAM BEBERAPA ELECTION LAGI, KAMI AKAN MENGUASAI PARLIMEN.

BILA KAMI ADA KUASA DALAM PARLLIMEN.. MASA ITULAH KAMI AKAN CADANG TUKAR ITU PERLEMBAGAAN ORANG MELAYU.

ITU MACAM, MELAYU AKAN KAMI HAPUSKAN SEBAB KUASA DI TANGAN KAMI.

LEPAS ITU BILA KAMI BERKUASA.. KAMI LETAK BALIK ITU I-S-A TAPI TAK PANGGIL I-S-A.. PANGGIL NAMA LAIN, MACAM DI SINGAPORE , IKUT DATUK KAMI PUNYA STYLE DEKAT SINGAPURA. MASA ITU ORANG MELAYU BILA CAKAP2 RACISTS, BUAT DEMO JALANAN.. KAMI AKAN SUMBATKAN LU ORANG DALAM JAIL.b





p/s:sape la yg rajin ngat buat surat nie
Best Blogger Tips
Posted by Junaidi b Sjofjan at 10:10 AM 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

  • gereja terbesar telah dibina di bukit jalil
    terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
  • Beza air mazi , air mani dan air wadi (LELAKI)
    Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
  • Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah : Rahsia Tapak Tangan.
    Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
  • Kerja Gila, Beberapa Gambar Perempuan Bertudung Diedit Jadi Seksi
    Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
  • 4 Benda Pelik Dekat Malaysia dan Beberapa Benda Pelik Yang Lain
    Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
  • Kisah Iskandar Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj - Part 2
    DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
  • MENGAPA ADA PERHAMBAAN DALAM ISLAM?
              Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
  • KELEBIHAN AYAT KURSI...KELEBIHAN SOLAT DHUHA...KELEBIHAN BERZIKIR DENGAN KALIMAT LAILAHAILLALLAH
    Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
  • Bahaya Nafsu lelaki
    ( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...

Asmaul Husna

Kalendar Islam

demi masa

Total Pageviews

al-quran

  • panduan waktu solat
  • al-quran al-quran al-quran

BANTU KAMI

rumah anak yatim

My Mafia

Cerita2 menarik

get this widget here

Search This Blog

Blog Archive

  • ▼  11 (937)
    • ►  February (5)
      • ►  Feb 08 (1)
      • ►  Feb 10 (2)
      • ►  Feb 11 (2)
    • ►  March (97)
      • ►  Mar 20 (2)
      • ►  Mar 21 (6)
      • ►  Mar 22 (6)
      • ►  Mar 23 (4)
      • ►  Mar 24 (4)
      • ►  Mar 25 (3)
      • ►  Mar 26 (4)
      • ►  Mar 27 (27)
      • ►  Mar 28 (10)
      • ►  Mar 29 (5)
      • ►  Mar 30 (8)
      • ►  Mar 31 (18)
    • ►  April (339)
      • ►  Apr 02 (4)
      • ►  Apr 03 (3)
      • ►  Apr 04 (7)
      • ►  Apr 05 (6)
      • ►  Apr 06 (16)
      • ►  Apr 07 (6)
      • ►  Apr 08 (2)
      • ►  Apr 09 (8)
      • ►  Apr 10 (23)
      • ►  Apr 11 (18)
      • ►  Apr 12 (6)
      • ►  Apr 13 (24)
      • ►  Apr 14 (12)
      • ►  Apr 15 (42)
      • ►  Apr 17 (1)
      • ►  Apr 18 (52)
      • ►  Apr 19 (12)
      • ►  Apr 20 (6)
      • ►  Apr 21 (13)
      • ►  Apr 22 (12)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 24 (10)
      • ►  Apr 25 (6)
      • ►  Apr 26 (14)
      • ►  Apr 27 (4)
      • ►  Apr 28 (15)
      • ►  Apr 29 (2)
      • ►  Apr 30 (14)
    • ►  May (183)
      • ►  May 01 (22)
      • ►  May 02 (13)
      • ►  May 03 (4)
      • ►  May 04 (12)
      • ►  May 05 (7)
      • ►  May 06 (15)
      • ►  May 07 (3)
      • ►  May 08 (1)
      • ►  May 10 (6)
      • ►  May 13 (8)
      • ►  May 14 (5)
      • ►  May 15 (10)
      • ►  May 16 (3)
      • ►  May 19 (12)
      • ►  May 20 (4)
      • ►  May 21 (3)
      • ►  May 22 (14)
      • ►  May 23 (3)
      • ►  May 24 (7)
      • ►  May 25 (8)
      • ►  May 26 (1)
      • ►  May 27 (2)
      • ►  May 28 (6)
      • ►  May 29 (6)
      • ►  May 30 (4)
      • ►  May 31 (4)
    • ▼  June (125)
      • ►  Jun 01 (3)
      • ►  Jun 02 (13)
      • ►  Jun 03 (9)
      • ►  Jun 04 (4)
      • ►  Jun 05 (3)
      • ►  Jun 06 (3)
      • ►  Jun 07 (5)
      • ▼  Jun 08 (8)
        • LEE KUAN YEW
        • Pengguna Telefon Prepaid Pun Kena Tax 6 Peratus
        • Upah lori naik 18%...
        • Setiap manusia ada pasangan
        • Jika dahi tidak mencecah sejadah didunia
        • kEISTEMEWAAN WANITA YG ALLAH KURNIAKAN RAHIM
        • When Ferrari gets involved in accident!!!
        • Kilang Perangkap MAUT di Gebeng Kuantan. LYNAS
      • ►  Jun 09 (1)
      • ►  Jun 10 (4)
      • ►  Jun 11 (5)
      • ►  Jun 12 (1)
      • ►  Jun 14 (3)
      • ►  Jun 15 (5)
      • ►  Jun 16 (4)
      • ►  Jun 18 (11)
      • ►  Jun 19 (4)
      • ►  Jun 20 (3)
      • ►  Jun 22 (11)
      • ►  Jun 23 (1)
      • ►  Jun 24 (2)
      • ►  Jun 25 (1)
      • ►  Jun 26 (2)
      • ►  Jun 27 (11)
      • ►  Jun 28 (4)
      • ►  Jun 30 (4)
    • ►  July (80)
      • ►  Jul 02 (4)
      • ►  Jul 04 (1)
      • ►  Jul 05 (2)
      • ►  Jul 06 (21)
      • ►  Jul 08 (4)
      • ►  Jul 11 (6)
      • ►  Jul 12 (4)
      • ►  Jul 15 (1)
      • ►  Jul 16 (5)
      • ►  Jul 17 (4)
      • ►  Jul 19 (11)
      • ►  Jul 21 (1)
      • ►  Jul 22 (10)
      • ►  Jul 24 (1)
      • ►  Jul 26 (1)
      • ►  Jul 28 (2)
      • ►  Jul 29 (1)
      • ►  Jul 30 (1)
    • ►  August (48)
      • ►  Aug 01 (1)
      • ►  Aug 02 (2)
      • ►  Aug 03 (4)
      • ►  Aug 04 (8)
      • ►  Aug 05 (6)
      • ►  Aug 07 (3)
      • ►  Aug 08 (3)
      • ►  Aug 11 (3)
      • ►  Aug 12 (2)
      • ►  Aug 13 (3)
      • ►  Aug 16 (1)
      • ►  Aug 18 (1)
      • ►  Aug 21 (1)
      • ►  Aug 22 (2)
      • ►  Aug 26 (2)
      • ►  Aug 27 (2)
      • ►  Aug 28 (3)
      • ►  Aug 29 (1)
    • ►  September (20)
      • ►  Sep 05 (2)
      • ►  Sep 06 (1)
      • ►  Sep 07 (3)
      • ►  Sep 08 (3)
      • ►  Sep 11 (4)
      • ►  Sep 12 (2)
      • ►  Sep 13 (1)
      • ►  Sep 14 (1)
      • ►  Sep 19 (1)
      • ►  Sep 20 (2)
    • ►  October (28)
      • ►  Oct 01 (2)
      • ►  Oct 03 (2)
      • ►  Oct 04 (5)
      • ►  Oct 05 (2)
      • ►  Oct 11 (3)
      • ►  Oct 12 (1)
      • ►  Oct 13 (1)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 16 (4)
      • ►  Oct 17 (3)
      • ►  Oct 19 (1)
      • ►  Oct 24 (1)
      • ►  Oct 30 (1)
      • ►  Oct 31 (1)
    • ►  November (7)
      • ►  Nov 01 (2)
      • ►  Nov 04 (3)
      • ►  Nov 06 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
    • ►  December (5)
      • ►  Dec 01 (1)
      • ►  Dec 08 (2)
      • ►  Dec 28 (2)
  • ►  12 (19)
    • ►  January (10)
      • ►  Jan 03 (2)
      • ►  Jan 05 (1)
      • ►  Jan 06 (1)
      • ►  Jan 08 (1)
      • ►  Jan 10 (1)
      • ►  Jan 13 (1)
      • ►  Jan 17 (1)
      • ►  Jan 25 (2)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 21 (1)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 08 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 11 (1)
    • ►  July (3)
      • ►  Jul 05 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
      • ►  Jul 18 (1)
    • ►  August (2)
      • ►  Aug 01 (1)
      • ►  Aug 09 (1)

kaki chat

on9

aku yang sederhana. Watermark theme. Powered by Blogger.