Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin & Ansar, tiba-tiba datanglah rombongan orang Yahudi lalu berkata,
"Ya Muhammad, kami hendak bertanya kalimat yang telah diberi oleh Allah kepada Nabi Musa as yang tidak diberi kecuali kepada para Nabi utusan Allah/ malaikat muqarrab"
' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.' Berkata orang Yahudi,
"Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
Sabda Rasullullah saw,
"Solat Zuhur bila tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam as memakan buah khuldi.
Maghrib adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam as & setiap mukmin yang bersolat Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Isyak ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Subuh adalah sebelum terbit matahari kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara 2 tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir."
Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka berkata,
"Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang."
Rasullullah saw bersabda,
"Jagalah waktu sembahyang terutama sembahyang pertengahan iaitu Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.
Manakala solat Asar adalah saat di mana Nabi Adam as memakan buah khuldi. Orang mukmin yang mengerjakannya akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.
Solat Maghrib adalah saat di mana taubat Nabi Adam as diterima. Mukmin yang ikhlas mengerjakannya kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.
Solat Isyak (atamah). Kubur itu sangat gelap, begitu juga hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam gelap untuk menunaikan solat Isyak berjamaah, Allah SWT mharamkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.
Seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan oleh Allah SWT 2 kebebasan:
a) Dibebaskan daripada api neraka.
b) Dibebaskan dari nifaq/ sifat munafik."
Setelah Yahudi mendengar penjelasan Rasullullah saw, maka mereka berkata,
"Benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad saw. Kini katakan pula kepada kami semua, kenapa Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"
"Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam as selama 30 hari.
Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam as berlapar selama 30 hari dan diberi izin makan di waktu malam sebagai kurnia Allah SWT kepada makhlukNya."
Kata orang Yahudi lagi
"Wahai Muhammad, benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu."
Sabda Rasullullah saw,
"Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:Kata orang Yahudi,
a) Dicairkan daging haram (makanan) yang tumbuh dari badannya.
b) Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
c) Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
d) Dijauhkan daripada merasa lapar & dahaga.
e) Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
f) Diberi cahaya oleh Allah SWT untuk menyeberangi Titian Sirath.
g) Allah SWT akan memberinya kemudahan di syurga."
"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'
Sabda Rasullullah saw,
"Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi aku tetap menyimpan doaku (untuk memberi syafaat kepada umatku di hari kiamat)."Kata orang Yahudi,
"Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah)."
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (Surah Al-Baqarah: ayat 286)