And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Thursday, April 21, 2011

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat

LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berdehem
selepas buang air kecil!)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' (solat & puasa) yang
tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh
ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. a. w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya Best Blogger Tips

Tanda - tanda berbohong!

Menyentuh hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan
dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali
sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda
dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu
yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila
berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari
segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak
berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba
menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap
merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada
apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti
sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut
berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan
sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas
tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang
tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan
dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga
keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan
banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang
berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal
sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta
pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya
merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila
seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan
tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini
berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu
berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya
dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya
berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin
merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Best Blogger Tips

Cerita tali gantung dan bilik "Abadi".

Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.

"Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan," jelas
Samuel.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.


APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

"Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza," kata Samuel.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

"Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung)," kata
Samuel.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk "perjumpaan terakhir."

Lazimnya suasana  dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk "hidangan terakhir" bernilai
RM7.50.


HARI PENGGANTUNGAN

Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung "poie dengan rela" setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.

"Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

"Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu," katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

"Jangan ikut tabiat buruk ayah" antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.

"Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya. Banduan itu kata dengan
jenaka," cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.


BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila "gear" ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik "gear" yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.

"Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.

"Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu," kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

"Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas," katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah. Best Blogger Tips

Fakta atau Auta?



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


 
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkanmasih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


 
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku...


p/s : jangan ingat dah tau...haa, kan baru tau tu... 

Best Blogger Tips

Perlukah kita memanaskan enjin dahulu sebelum perjalanan?

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan  hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit.


Semuanya demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top. Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?

Berdasarkan pemerhatian dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk kita start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa kita pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk kita masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa kita pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila kita dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ?
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.

Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.

Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.

Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya.

Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, kita perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic
Converter ini tidur dan tak bekerja.

Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin.

Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.

Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?


p/s : ape jadi kalu kita bersenam tanpa warming up?
Best Blogger Tips

Kebaikan buah pisang.

Fakta mengenai pisang : 

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan : 
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.
PMS : 

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia : 

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi :

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kecekapan :

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman : 

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan :

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Paras Jantung :

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi :

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk :

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf : 

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti :

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser : 

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu :

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
Best Blogger Tips

AMBILLAH PENGAJARAN DARI KISAH INI



Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikan solat Asar berimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti di kampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untuk pulang.Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yang dipandu meluncur di jalanraya. Perjalanan dijadualkan akan mengambil masa lebih 2 jam..Bersama dengan isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu.

Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata.Rashid tidak memikirkan sangat soal zuriat kerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja. Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untuk menerima cahaya mata.Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasuki lebuhraya. Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum. Zakiah sudah terlena.

Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasi perasaan mengantuk. Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Maghrib. Kalau tidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Maghrib. 

“Dah Maghrib, bang. Berhenti sekejap.” 

Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurang senang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan di depan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.

Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solat Maghrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Dia menghentikan kereta, meminta Zakiah turun.

“Abang tak turun sekali?” tanya Zakiah penuh harapan.

“Kiah pergilah… abang tunggu kat sini. Tak ada parking,” 
jawab Rashid mudah. Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung, Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika, terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.
“Abang tidur?” tegur Zakiah.
“Ha… terlelap sekejap. Letih rasa badan ni.”
“Kalau abang letih, biar Kiah bawak.”

“Tak apa… kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti.” 
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasa penat.
Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta. Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau. Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran. Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah. Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku, Rashid berusaha keluar. Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidak sedarkan diri.

“Ya Allah… selamatkan kami… ” bisiknya perlahan. Terasa mukanya basah, darah merah mengalir. Orang ramai datang membantu mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kaki Rashid tersepit.

“Tersepit… tak boleh tarik… Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan ke hospital.” Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.

“Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!”
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya. Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
“Tolong saya, encik… ” pinta Rashid dengan nada sayu.
“Mengucap… cik… berdoa kepada Allah… cik akan selamat.”
“Sabar encik… tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai.” Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya.Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yang mahu membantu. Syukur.
Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakai jubah serba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
“Ya Allah… selamatkanlah aku… “

Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskan Rashid dari himpitan. Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.
“Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik… kenapa tak boleh keluar?”

Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada di situ kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidak ada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yang sedang menimpanya.

“Ini bukan kerja manusia macam kita… kena panggil orang yang tahu… ”
terdengar sebuat pendapat. Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.

“Tuan… tolong saya tuan… “
“Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah Allah Taala… “
“Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya, tuan… “
“Kamu berdoa kepada siapa?” Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu. Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau. Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
“Sudah tentulah pada Allah.”

“Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!”
Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota. Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.

“Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah. Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan di belakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah. Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!”

Tenggorok Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara, memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar.

Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa.Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidak mampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia. Tidak lama kemudian dia tidak sedarkan diri.

“Abang… bang! Abang!!” , sayup-sayup terdengar suara memanggilnya dari jauh.
“Abang !!! … bang !! Abang !!!, suara tersebut didengarinya semakin jelas. Itu suara Kiah.
Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhi pandangan.
Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkan kesyukuran di dalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
“Sedapnya tidur… naik serak suara Kiah mengejutkan abang… “
Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. Ya Allah!
Dia masih berada di tempat rehat.
“Kiah tunggu sekejap… abang nak solat Mahgrib!” kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta. Zakiah tercengang, senyuman merekah di bibirnya.

Anas menceritakan beliau mendengar Rasulullah S.W.T bersabda :-
“ALLAH S.W.T BERFIRMAN : AKU TANGGUHKAN MALAPETAKA YANG SEHARUSNYA DITIMPA KE ATAS SESUATU DAERAH APABILA AKU LIHAT DI SITU ADA ORANG YANG KERAP KEMASJID, KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN DEMI KEPENTINGAN DAN BERSEDIA MEMOHON AMPUN PADA WAKTU TENGAH MALAM”.
Best Blogger Tips

Miskin hati antara sifat Mazmumah





Pernahkah anda rasa lebih miskin setelah mendapat sesuatu? Ramai yang pernah  saya tanyakan mengakui pernah. Bila saya tanyakan lagi, mengapa?  Mereka  menjawab,  sebab  keinginan  jadi semakin bertambah. Ketika duit sedikit keinginan mungkin hanya satu. Tetapi  bila duit mula bertambah, keinginan jadi 2, 3, 4 dan seterusnya. Dan paling malang  bila  kadar  pertambahan duit  itu  adalah  rendah berbanding  kadar  peningkatan keinginan dan kita akan menjadi lebih “kurang”  dan “miskin’  daripada sebelumnya! Inilah sifat tabie manusia yang diceritakan dalam al Quran, “sangat mendalam cintanya kepada kepada  harta”. Tanpa kawalan iman, keinginan itu akan menjahanamkan.


Psikologi ini malangnya dieksploitasi semaksimumnya oleh para kapitalis. Mereka tahu sebaik manusia  mendapat  sesuatu, keinginan mereka mula berpindah  kepada  sesuatu  yang lain pula. Inilah sebalik penciptaan  produk dan perkhidmatan yang begitu laju. Fesyen pakaian, jenama produk, eksesori alat telekomunikasi, menu makanan  yang sentiasa dinamik.

Dibius  atas  nama “kemajuan”, manusia disiksa dengan pelbagai keinginan yang  tidak  bertepian. Lalu  kapitalis  memperalatkan  kehendak nafsu manusia yang tidak ada batas dan tidak mengenal puas walaupun di sana  Al Quran ada  mengingatkan,  “tidaklah  kehidupan dunia ini melainkan mata benda  yang  menipu  daya! Mari ikuti tulisan ini “jangan dicari neraka dunia. Carilah syurga dunia”. Tetapi sebelum itu ikuti kisah ini. 

Cerita ini pendek dan ringkas sahaja. Namun  pengajarannya  cukup  relevan dan padat. Ia mengisahkan seorang  budak  yang  telah kehilangan sejumlah wang dalam perjalanannya ke kedai untuk membeli gula-gula. Setelah puas mencari wangnya yang hilang tetapi  tidak  juga ditemuinya, maka budak itu kecewa lalu menangis teresak-esak   di  tepi jalan. Tangisannya itu telah menarik perhatian seorang tua yang  kebetulan  sedang  berjalan  di  situ. 

Orang tua itu berhenti dan lalu bertanya  “mengapa  engkau  menangis wahai budak?”.

Budak itu menjawab,  “saya  kehilangan wang untuk membeli gula-gula.” 

Orang  tua  itu pun  bersimpati  lalu  berkata,  “hentikanlah tangisanmu dan ini wang Pak Cik sebagai  gantinya.” 

Budak itupun menerima wang tersebut. Namun sejurus  kemudian  dia menangis lagi. Malah kali ini tangisannya jauh lebih kuat.  

Pak  Cik  tadi  kehairanan  lalu bertanya, “kenapa engkau menangis lagi? Bukankah  wangmu  yang hilang  itu  telah  kugantikan?

Budak itu terus  menjawab,  “saya menangis kerana jika wang sebelumnya tidak hilang, maka sudah  tentu  sekarang  saya memiliki lebih banyak wang!”

Iktibar dari  kisah  ini  sebenarnya  adalah  berkisar  di sekitar sifat tamak dan kerakusan manusia. Budak dalam kisah ini adalah lambang tabiat manusia yang tidak sabar dengan apa yang hilang dan tidak pernah puas dengan apa yang  ada.  Pada  dasarnya,  keadaan  ini  berlaku kerana dua sifat yang semakin pupus dalam jiwa manusia yakni sifat sabar dan sifat syukur.

Tangisan  pertama,  menunjukkan  budak itu tidak sabar dengan kehilangan wangnya.  Manakala tangisan  kedua  pula  menunjukkan  budak  itu tidak bersyukur  dengan  apa yang ada. Dalam kedua-dua keadaan kanak-kanak itu susah  hati.  Susah  hati  inilah  yang  menyebabkan  ia menangis. Susah hatinya  kerana  tidak  sabar. Susah hatinya kerana tidak syukur. Pendek  kata cerita  ini membuktikan bahawa lebih atau kurangnya harta bukanlah  faktor yang menentukan ketenangan jiwa.


Timbul  pertanyaan  dihati  kita,  apa sebenarnya ketenangan itu? Dan ia terletak  di  mana? Adalah  sesuatu  yang biasa jika manusia susah hati apabila  ditimpa  kemiskinan. Tetapi sangat aneh, mengapa  ada orang yang masih  susah  hati  ketika  dilimpahi  kekayaan? Ini satu persoalan yang menarik  untuk  dibincangkan.  Sebenarnya  dalam  Islam hakikat kekayaan ialah  kaya hati. Inilah  kekayaan  yang  hakiki.
Rasulullah SAW telah bersabda:  “Tidaklah  orang itu kaya lantaran banyak harta. Sesungguhnya   orang  kaya  itu  ialah  orang  yang kaya jiwa.”
Rasulullah SAW bersabda  lagi:  “Bukanlah  dinamakan  kaya  itu  kerana  berlimpah ruahnya harta,  tetapi yang dinamakan kaya itu ialah kaya jiwa.”
Apakah yang dimaksudkan dengan kaya hati? Kaya hati ialah hati itu mampu bersabar apabila ditimpa kemiskinan dan mampu bersyukur apabila mendapat kekayaan.  Dan  dalam  apa  jua keadaan  orang  yang memiliki hati yang sedemikian  akan  mendapat  ketenangan dalam hidupnya. Ketenangan inilah  yang  menjadi  asas  dan  teras  pada  kekayaan  hakiki  pada seseorang individu. Dan Maha Adil Tuhan yang telah menentukan bahawa kekayaan hati  itu  boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja tidak kira simiskin atau sikaya.  Asalkan  sahaja  hati  itu  dihubungkan dengan Allah, maka hati itu akan tenang.
Firman  Allah:  “Ketahuilah  dengan  mengingati  Allah hati akan menjadi tenang.” 
Al  Ra’d Soalnya bagaimana hati seseorang boleh menjadi tenang dengan  mengingati  Tuhan?  Ini kerana apabila hati seseorang mengingati Tuhan  maka  seseorang  individu  itu akan sedar, insaf dan faham apakah maksud  ketentuan  dan  takdir  Tuhan  yang  telah menimpa dirinya. Bila ditimpa  musibah,  katalah  kemiskinan,  dia  sedar  bahawa  itu  adalah ketentuan  dari  Allah yang  wajib diterima atas sifatnya sebagai hamba Allah.

Walaupun  dia  telah  berusaha  segigih  dan sekuat mungkin, tetapi jika ditakdirkan miskin diterimanya ketentuan itu dengan hati yang sabar.   Dalam hatinya dia berkata, “takdir sentiasa mengatasi tadbir. Tentu ada hikmah  di sebalik  kepahitan ini.”Dia tidak aka n menyalahkan dirinya,   orang lain, apalagi Tuhan atas nasib yang menimpanya. Kerana apa? Kerana  dia  sedar sebagai  hamba  dia hanya mampu berusaha tetapi ketentuan di  tangan Allah.  Maka  dengan keyakinan yang sebegini orang tersebut akan merasai satu  ketenangan dan kelapangan yang menjadikan dia tidak mudah  untuk marah-marah dan kecewa dalam hidupnya.

Dia  yakin,  bahawa  semua takdir Allah itu adalah baik kerana ia datang dari Allah (Yang Maha Pengasih) walaupun jika dilihat secara lahiriahnya kelihatan negatif. Sebab itu kita diajar mengucapkan “innalillah wa inna ilahirajiun…”  ertinya  kami  datang dari Allah dan kepada Allah kami  akan  dikembalikan. Tegasnya,  ucapan ini mengingatkan kita bahawa kita adalah  hambaNya. Maka jika kita sedar akan hakikat itu, layakkah kita  sebagai  hamba untuk ‘memberontak’ menentang sebarang ketentuan Allah? Walaupun  patuh kepada-Nya bukanlah alasan untuk tidak berusaha menolak  kemiskinan, kesakitan dan kegagalan namun jika ia berlaku juga tentulah  ada kebaikan yang tersembunyi.

Dan  hakikat itu pastinya tidak dapat kita singkap dengan akal kita yang sejengkal  berbanding  dengan  ilmu  Allah  yang Maha luas.

Lupakah kita bahawa  Allah SWT pernah mengingatkan bahawa,“Dan ada perkara yang kamu benci tetapi  itu  membawa  kebaikan bagi kamu dan ada perkara yang kamu sukai  tetapi  itu  tidak baik bagi kamu. Allah lebih mengetahui dan kamu tidak  mengetahui.” 

Orang  yang  hatinya  mengingati  Allah juga akan bersifat  syukur  apabila mendapat nikmat. Hatinya tidak terlalu melonjak-lonjak,  sombong,  zalim dan memandang rendah kepada orang lain. Dia sedar bahawa  kelebihan  yang diberikan  kepadanya  hakikatnya  adalah  satu  amanah  daripada  Allah yang  mempunyai  maksud  tertentu  untuk  difahami  dan dilaksanakannya.

Syukur ertinya, menyedari bahawa nikmat itu adalah dari Allah SWT seterusnya menggunakan   nikmat   itu  selaras  dengan  tujuan  pengurniaan  nikmat tersebut.  Jika  dia diberi  kekayaan, dia sedar itu adalah amanah dari Allah untuk  membantu  hamba  Allah  yang lain. Maka  dibelanjakanlah kelebihan itu untuk membantu fakir miskin melalui ibadah zakat, sedekah dan hibah. Jika dia pandai, dia rasa kepandaian itu datangnya dari Allah lalu  digunakannya kepandaian itu untuk mengajar orang lain dan membantu masyarakat.

Dia  tidak  sombong seperti Qarun, yang merasai kekayaannya adalah hasil kepandaiannya berniaga. Sebaliknya dia mewarisi sifat Nabi Sulaiman yang apabila  dipuji  dia  berkata:  “Semua ini  adalah  pemberian Tuhanku.” Justeru   apabila  kita  dikurniakan  nikmat,  kita  akan  diajar untuk mengucapkan  Alhamdulillah,  ertinya, Segala Puji Bagi Allah. Apa rahsia di  sebalik  ucapan ini? Ertinya, kita diminta memuji Allah bukan memuji  diri  kita apabila mendapat nikmat. Bila dikurniakan harta, kita ucapkan  ‘segala  puji  bagi Allah’ yang bermaksud Tuhan itulah yang mengurniakan  harta  kepada  kita  dan  kepada-Nyalah kita wajib berterima-kasih. Hati  kita akan puas dengan apa yang diberikan-Nya. 

Sebaliknya  jika  kita tidak rasakan itu pemberian dari Tuhan, maka kita akan ditimpa  oleh  dua kemungkinan  –  satu  rasa sombong diri dengan kelebihan dan  kurniaan  itu.  Atau  yang  kedua, rasa belum cukup puas dengan  apa yang ada dan terus haloba dengan apa yang tiada. Mencari dan terus mencari, umpama  orang  yang minum air laut, makin diminum makin haus.  Fenomena inilah  yang  melahirkan amalan ‘jenayah kolar putih’  rasuah,  penyelewengan dan  berbagai-bagai skandal  kewangan dikalangan  orang atasan.

Sudah kaya harta, tapi masih tamak kerana miskin hatinya. Hakikat inilah yang  pernah digambar oleh maksud hadis bahawa jika dunia ini diserahkan kepada seorang yang tamak, maka dia akan menuntut sebuah lagi dunia yang seumpanya.  Inilah  bahana  kerakusan nafsu yang tidak pernah kenal erti cukup  dan  puas.  Ya, jika direnung dalam-dalam, ramai manusia hari ini tidak  kira di mana, walau siapapun dirinya, dan pada bila-bila masapun, telah  mengalami  ‘sakit  rohani’  seperti yang tertera dalam kisah ini.
 
Memang, sifat sabar dan syukur jarang dimiliki oleh manusia. Manusia selalunya  bersifat keluh-kesah  bila  ditimpa musibah, tetapi  lupakan  diri apabila menerima nikmat. Tidak sabar dan tidak syukur ini menyebabkan manusia  menderita  dalam  apa jua keadaan – sama ada dalam kekurangan atau  dalam  kelebihan. Benarlah kata hukama bahawa, “barang  siapa yang tidak cukup dengan yang sedikit, pasti tidak akan puas dengan  yang banyak.”  Sama  seperti  budak dalam  cerita  ini  hilang wang menangis, dapat wang pun masih menangis. Jelaslah bahawa wang dan harta bukanlah ukuran ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup.

Ya,  wang  tidak  dinafikan  perlu  untuk  kebahagiaan  hidup  tetapi ia bukanlah  satu-satunya faktor yang menjamin kebahagiaan. Dunia masakini telah  dihuni  oleh  ramai  orang  miskin  yang kecewa, marah dan hasad terhadap  kekayaan  orang  lain.  Dan  dengan sifat-sifat negatif itulah mereka terdorong untuk melakukan perbuatan mencuri, merompak dan rasuah. Kemiskinan  harta yang dialami diiringi juga oleh kemiskinan hati. Dunia masakini  juga telah dipenuhi oleh orang kaya yang tidak bersyukur, yang terus  merasa  miskin  walaupun  ditimbuni  oleh wang ringgit dan harta. Akibat kemiskinan hati, orang kaya ini sentiasa merasa kurang dengan apa yang ada.

Akibatnya,  berlakulah penyelewengan, rasuah, riba dan lain-lain jenayah kewangan  yang dilakukan  oleh orang yang telah kaya. Dengan adanya dua kelompok  manusia  ini,  dunia  menjadi semakin  huru-hara.  Tidak ada hubungan  yang  harmoni  antara  yang miskin dan kaya. Yang miskin hasad dengki  manakala  yang  kaya  pula terus  tamak dan sombong. Moral dari cerita ini ialah carilah kekayaan hati di samping mencari kekayaan  harta. Kekayaan  hati  bukan sahaja penting di akhirat sebagai jaminan keselamatan  dan  kebahagiaan  di  sana.  Namun  ia juga  penting untuk kebahagiaan kita di alam dunia ini lagi.

Percayalah,  ketenangan  di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat.  Justeru dunia adalah ‘ladang’ akhirat. Bagaimana kita akan dapat menuai  hasil  yang baik dan lumayan di akhirat nanti, jika pokok yang  kita tanam  di  dunia bantut dan kering layu? 
Sebab itu ahli sufi pernah  berkata: “Carilah  syurga  yang disegerakan di dunia (Ajjanatul Ajilah)  yang  berupa  ketenangan  hati  kerana  barangsiapa  yang tidak mendapat  syurga  di  dunia  lagi,  maka  sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti!”
Nikmatnya syurga dunia hati sentiasa lapang, tenang. Kaya, syukur.  Miskin, sabar. Inilah hakikatnya perjuangan kita di dunia.
 
Best Blogger Tips

Jiwa yang tidak tenang


Wahai jiwa-jiwa yang tidak tenang,


Dengarkan ini, isi hati yang hampa dan kosong. Bukan kerana dia merasakan sunyi. Tapi kerana kosong kerana sedih melihat engkau terus-terusan merasa ‘hampa dan sempitnya’ hidup (katamu). Engkau bertanya-tanya, berbisik-bisik, meminta-minta pada Tuhan :

“Tuhan kami, mengapa Engkau susahkan kami?”

“Tuhan kami, mengapa Engkau sempitkan urusan kami?”

“Tuhan kami, mengapa Engkau biarkan kami?”

Ya, engkau, jiwa-jiwa yang tidak tenang, engkau pantas bertanya kepada Tuhan atau apa-apa kepercayaanmu. Engkau bersusah hati kerana kesempitan hidup kononnya. Engkau bersusah hati kerana keterdesakan hidup kononnya.

Tapi ada engkau berfikir selepas didatangkan kepadamu ingatan dari hamba-hambaNya? Engkau tahu, engkau faham, tapi adakah engkau tahu dan faham dengan sebenar-benarnya? Adakah engkau berani menidakkan selain Dia jika diletakkan mata pedang di batang lehermu? Engkau berdoa minta dijauhkan dari fitnah akhir zaman. Namun zahirnya, bila engkau diletakkan di sedikit ujian, engkau mengalah. Engkau tidak bersabar. Engkau membenarkan lakumu (katamu terpaksa). Namun adakah keterpaksaan akan membenarkan tindakan? Adakah keterdesakkan mengiyakan kelakuan?


TIdak dan tidak akan sekali-kali menjadi ‘ya’!!!


Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…Engkau tidak akan bertemu jawapan. Engkau tidak akan berjumpa kebahagiaan jika itu caramu berfikir dan bertindak.


Engkau tidak akan dapat mencari jalan keluar dari rimba ‘keterdesakan’ jika engkau hanya melihat sebatang dari pohon ‘masalah’. Jika engkau bertemu jalan (yang kononnya jalan keluar), percayalah, itu cuma jalan yang akan membawa engkau lagi jauh dari jalan keluar, jauh dari jawapan, jauh dari kebahagiaan. Engkau tidak akan dapat memahami erti sabar jika engkau mudah mengalah dengan keadaan. Engkau tidak akan faham erti tawakal jika engkau tidak berani menyerahkan nyawamu kepadanya bila engkau ‘didesak’.

Engkau tahu, tapi engkau tidak mahu mengaku. Engkau sedar tapi engkau mahu mengingkar.

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang, dengarkan nasihatku. Ya aku bukan manusia-manusia hebat, Aku bukan para wali. Aku bukan mahasiswa ilmu agama, jauh sekali aku seorang aulia. Tapi aku tahu, engkau tahu aku tahu, tapi engkau tetap mahu mengalah…mahu membiarkan keadaan terus-terusan mempermainkanmu. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Jawapkan aku….

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang, tahukah engkau kenapa kita diajar tentang doa, sabar dan tawakal? Tahukah engkau kenapa? Kerana kita hamba, kita mahluk yang hina, yang kurang serba serbi. yang tak berdaya dan berupaya. Kita tak berkuasa apa-apa. Kerana kita punya batas daya dan usaha. Kita punya batas masa dan nyawa. Sehebat mana manusia , tetap
kita dibataskanNya. Kenapa? Supaya nanti kita akan sedar, Hanya DIa yang berkuasa. Hanya Dia yang berupaya.Hanya Dia yang ada. Jadi, bila kita diletakkan dalam keadaan ‘terdesak’, ‘sempit’, putus asa dan harap, digagalkan usaha, kita akan menyerahkan sepenuhnya nyawa dan masa kita kepadaNya. Jadi kenapa engkau mengalah? Apa engkau tidak percaya pada
janjiNya?

Engkau angkat tangan dan doa. Tapi sedikit sekali engkau benar-benar faham apa yang engkau minta. Jauh sekali engkau kenal kepada siapa engkau meminta. Jangan katakana engkau tahu dan faham, kerana engkau tidak berani berserah kepadaNya bila mata pedang diletakkan di batang lehermu. BIla nyawamu kononnya ditangan hambanya atau keadaan. Engkau tidak mengenalNya jadi bagaimana engkau mahu mengharap pertolonganNya?

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…. kembalilah pada asal dirimu. Kenalilah siapa Tuhanmu. Fahamilah janji dan ‘pesananNya’. Dalami ilmu yang sedia ada di dadamu…. Engkau tidak akan sekali-kali mengalah kepada keadaan jika engkau tahu siapa dirimu dan siapa diri Tuhanmu….

Oh jiwa-jiwa yang tidak tenang…. jangan terus-terusan menipu hatimu. jangan terus-terusan menidakkan hatimu. Engkau tahu apa yang engkau lakukan ialah sesuatu yang tidak akan sekali-kali mendatangkan jawapan dan kebahagiaan. Engkau tahu apa yang aku sampaikan cuma hendak engkau tenang dan tenteram dengan janji Tuhanmu… Jadi janganlah engkau berbuat sesuatu yang nanti akan menarik engkau lagi jauh kedalam ketidakbahagiaan dan kebuntuan….

Ingat, janji Tuhanmu tidak salah dan tidak akan sekali-kali salah. Dan ingatlah jangan sekali-kali membeli dunia walaupun nyawamu dihujung mata pedang Jangan sekali-kali berputus asa mengalah walaupun engkau tidak melihat apa-apa harapan untukmu…kerana Dia sudah mengajarkan, mintalah kepadaNya dengan sabar (solat dan doa) kerana Dia PASTI akan mendengar dan menunaikan permintaan hambaNya yang sabar dan berserah sepenuhnya
kepadaNya….

Kerana Islam itu bukan cuma agama. Islam itu nyawa, darah dan nafas. Islam itu pengharapan dan kasih sayang. islam itu bukan nama yang diambil cuma bila perlu dan dibuang jika tidak.

Best Blogger Tips

Engkaulah Suami Yang Aku Impikan



Ketika engkau mencintaiku, engkau menghormatiku. Dan ketika engkau membenciku, engkau tidak mendzalimiku. (Dr. Ramdhan Hafidz)

Aku masih ingat saat malam pertama kita, saat itu engkau mengajakku soalat Isya’ berjamaah. Setelah berdoa engkau kecup keningku lalu berkata: “Dinda, aku ingin engkau menjadi pendampingku Dunia-Akhirat”.

Mendengar ucapan itu, akupun menangis terharu. Malam itu engkau menjadi sosok seperti Sayidina Ali yang bersujud semalam suntuk kerana bersyukur mendapatkan sosok isteri seperti Siti Fatimah. Apakah begitu berharganya aku bagimu sehingga engkau mensyukuri kebersamaan kita?

Malam itu, aku tidak dapat mengungkapkan rasa syukurku ini dengan ucapan. Aku hanya mampu mengikutimu, bersujud di atas hamparan sajadah. Tanpa bisa aku membendung air mata ini tiada hentinya mengalir kerana mensyukuri anugerah Allah yang diberikan padaku dalam bentuk dirimu.

Akupun berikrar, aku ingin menjadi sosok seperti Siti Fatimah, dan aku akan berusaha menjadi isteri sebagaimana yang engkau impikan.

Dan ternyata sujud itu bukan hanya di saat malam pertama, setiap kali aku terbangun pada akhir sepertiga malam, ku lihat engkau sedang bersujud dengan penuh kekhusu’an.

Aku kadang-kadang iri dengan kesolihanmu, engkau terlena dalam sujudmu sedang aku berbaring di atas katil yang empuk dengan sejuta mimpi. Kenapa engkau tidak membangunkan aku? Padahal aku ingin bermakmum padamu agar kelak aku tetap menjadi isterimu di surga. Aku hanya merasakan kecupan hangat melengkapi tidur malamku saat engkau terbangun untuk melakukan solat malam. Apakah kecupan itu sebagai isyarat agar aku terbangun dari tidurku dan melaksanakan solat berjamaah bersamamu? Atau kerana engkau tidak tega membangunkan aku saat engkau melihat begitu pulasnya aku dalam tidurku?

Aku yakin, dengan ketaatanmu pada agama, engkau akan membahagiakanku dunia-akhirat. Tidakkah agama kita mengajarkan bagaimana suami harus menyayangi isteri, membuatnya bahagia, melindungi dan membuatnya tersenyum. Dan sebaliknya, isteri harus berbakti, melayani dan membuat suaminya terpesona padanya.

Aku tidak peduli siapakah engkau, miskin dan kaya tidak ada bezanya bagiku. Aku hanya tertarik pada sosokmu yang bersahaja dan sederhana. Raut wajahmu yang penuh dengan keikhlasan membuatku ingin selalu menatapnya. Lembutnya sifatmu membuatku yakin bahwa engkau adalah suami yang dapat menerima segala pemberian Tuhan dan akan menyayangiku apa adanya.

Aku tidak peduli dengan rumah comel dan sederhana yang engkau persembahkan untuk kita tempati bersama. Rumah yang hanya terdiri dari ruang tamu, kamar kita, dan satu ruangan yang berisi buku-buku terutama buku agama. Namun dari rumah yang comel ini, aku melihat taman surgawi menjelma di sini. Aku yakin engkau adalah sosok suami yang tekun belajar dan memahami agama, dan dengan bekal ini aku yakin engkau dapat membimbingku untuk meraih syurga ilahi. Sebagaimana agama kita telah mengisyaratkan bahawa, barang siapa berjalan dijalan ilmu, maka Allah akan mempermudah jalan menuju ke syurga.

Saat kulihat engkau begitu berbakti kepada kedua orang tuamu dan senang menjalin silaturahim, aku yakin engkau akan berlaku baik pada anak-isterimu. Aku lihat engkau jarang sekali berbicara, tapi masya Allah kalau sedang bekerja, engkau menjadi sosok yang tekun dan rajin.

Dan dari cara tutur katamu, aku mendengar kata-kata mutiara yang penuh hikmah, sehingga yang tergambar dalam fikiranku adalah sosok Lukmanul Hakim, sosok suami dan ayah yang selalu mendidik keluarganya, mengajarkan anaknya untuk tidak menyekutukan Allah.

Sungguh aku bangga mempunyai suami sepertimu melebihi kebanggaanmu padaku. Aku lebih memerlukanmu jauh melebihi keperluanmu padaku. Terima kasih suamiku, kerana engkau telah membimbingku…
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts