And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, June 18, 2011

Cara Nabi Jaga Kesihatan Diri



Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
 


Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)



Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.



Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang *hendak kita pergi.




Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.




Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.




Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”


Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat. Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.

Best Blogger Tips

Hukum dan Balasan Orang Yang Tidak Membayar Hutang



Dalam Islam, berhutang memang dibolehkan. Islam memberi galakan kepada umatnya, agar memberi bantuan kepada saudara-saudaranya. Persoalannya sekarang ialah, sebahagian orang Islam sengaja melambat-lambatkan membayar hutang apabila tiba waktu hendak membayarnya. Berbagai-bagai alasan akan diberikan untuk mengelak atau menangguhkan pembayaran hutang tersebut. Sesungguhnya melambat-lambatkan bayaran hutang, amatlah besar sekali akibatnya dalam kehidupan manusia, bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat.



Orang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak berbuat demikian semasa hidupnya dikira telah melakukan dosa besar. Kerana hutang inilah orang-orang yang mati syahid sekalipun tidak dapat memasuki syurga sebaliknya hanya berada di pintunya sahaja. Rasulullah SAW menjelaskan orang yang tidak membayar hutang doanya tidak diperkenankan oleh Allah SWT. Nabi SAW sendiri tidak menunaikan solat jenazah ke atas sesuatu jenazah jika didapati ia ada hutang yang belum dijelaskan.

Setelah dipastikan mayat terlibat telah menjelaskan segala hutangnya ketika masa hidup, barulah Nabi SAW menyolatkan jenazahnya. Jika orang yang berhutang tidak membayar hutangnya sewaktu hidup di dunia ini, maka sesetengah amalan kebaikan yang dilakukan olehnya akan diberikan kepada si pemberi hutang pada hari kiamat kelak. Tindakan yang boleh dilakukan orang yang memberi hutang hendaklah meminta supaya hutangnya dilangsaikan dengan baik.

Jika tidak mampu hendaklah menggunakan tenaga orang tengah menggesanya supaya si peminjam membayar hutang itu. Jika tidak mampu juga, yang terlibat boleh mengambil tindakan mahkamah, kerana itu melibatkan haknya yang boleh dituntut di mahkamah, dan pihak yang berhutang hendaklah mematuhi keputusan mahkamah. Bagaimanapun jika seseorang itu mempunyai iman yang tinggi dan kuat, lalu memaafkan orang yang berhutang itu dan menghalalkannya sebelum orang yang berhutang itu meninggal dunia, ia akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah.



credit :
deunique4

Best Blogger Tips

Islamic Couple vs Babi Islam?

SOLIHINZUBIR

Aku adalah cina muallaf. Sebelum aku memeluk Islam dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, dah macam orang ketagih ganja. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah.. Sekarang Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan babi, haram. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni? Seminggu aku terlantar di hospital lepas masuk Islam. Jadi, masa kat hospital tu aku berfikir cara mengatasi masalah aku tu.

Akhirnya, aku mendapat satu idea. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia bagai binatang minyak yang penuh. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisik kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Bila dia berak saja, aku terus vacuum. Begitulah kehidupan aku dan babi tu selama 2 tahun.

Selepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ketika aku nak sembelih babi ni, baru aku tahu yang babi ni tak ada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi. Sangap gila! Lagipun aku dan bisik 2 kalimah syahadah dan bagi tazkirah kat babi ni. Apa ada hal. Lepas tu, aku pun goreng babi tu dan makan.

Tengah sedap melantak, aku nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. "Ustaz! Jom makan. Babi Islam ni. Halal!" Tergamam ustaz tu. Lantas ustaz tu memberi penjelasan kepada aku. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Sekarang aku dah faham. Aku dah bertaubat dan menjadi seorang muslim sejati.

Kesimpulan

Begitu juga dengan soal couple. Kononnya islamic couple. Bila dating, dating kat tempat orang ramai, bukannya tempat gelap. Si Gadis pakai jubah bertudung labuh. Si Jejaka pula berjubah dan serban di kepala. Dating bukan untuk buang masa. Keluar bawak Al-Quran. Bila berhenti makan, siap Taddarus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Kat rumah, sms atau call pagi-pagi buta suruh bangun qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu? Hahaha..

Kalau benda itu haram, ia tetap haram walau kita cuba apa cara sekalipun untuk menghalalkannya. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Allah melarang perhubungan lelaki-perempuan bukan mahram tanpa sebab yang dibenarkan syarak! Islam halalkan couple sekiranya sudah bernikah, bukannya sebelum kahwin.

artikel asal : everlasting eternity

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan. Ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya berjalan (menuju ke tempat maksiat). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman ( hadis Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada perzinaan.
Best Blogger Tips

Rahsia Lima Jari

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik tangan dan jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.


1. Genggam tangan kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan..."Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

2. Luruskan jari ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.


3. Lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil. Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya".


4. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.


5. Naik kepada 'middle finger', jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.


6. Beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan teladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.


7. Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas.
Best Blogger Tips

Kisah Pemanjat Pokok Kelapa



Seorang pemanjat kelapa berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Ketika dia berada di puncak pokok kelapa, ribut melanda beserta angin kencang sehingga kakinya tergelincir, tetapi dia sempat berpaut pada pelepah kelapa yang terjuntai. Keadaannya seperti telur di hujung tanduk. Dalam keadaan yang genting itu dia berseru, “Ya Allah , selamatkanlah aku dari jatuh. Jika selamat ,aku akan sedekahkan seekor lembu untuk seorang miskin.”

Sejurus kemudian, tangannya dapat berpaut kembali pada batang pokok. Namun ribut masih bertiup kencang. Keadaannya walaupun agak lebih baik daripada sebelumnya, tetapi dia masih belum selamat. Berpaut sekuat-kuatnya pada batang pokok, dia berseru lagi, “Ya Allah, sekiranya Engkau selamatkan aku daripada jatuh, aku akan sedekahkan seekor kambing untuk orang miskin.”

Setelah bersusah payah, dia berjaya turun hingga ke bahagian tengah pokok kelapa. Harapannya untuk selamat kian cerah, walaupun angin ribut masih bertiup kencang. Kali ini dia berseru, “Ya Allah, kalau Kau selamatkan aku, aku akan sedekahkan tiga ekor ayam.”

Akhirnya dia sampai pada kedudukan yang lebih rendah, dan doanya berubah lagi, “Ya Allah , sekiranya aku selamat aku akan sedekahkan seekor ayam.”

Ribut telah berhenti dan dia telah berada di kedudukan yang selamat. Dia pun melepaskan tangannya dari batang pokok lalu berpura-pura jatuh. “Ya Allah, rupa-rupanya aku jatuh juga,maka tidak jadilah aku sedekahkan apa-apa pun.”

Moral : Dalam keadaan susah, manusia sering ingatkan Allah tetapi apabila senang, manusia mudah melupakan-Nya. Adakah kita tidak malu mengharap bantuan Allah ketika susah sedangkan sewaktu kita senang kita melupakan-Nya?
Best Blogger Tips

Ubat Gigi Fluorida Bahaya







APA ITU FLUORIDA?
Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.


MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?


Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai "ubat baru yang tidak diluluskan" kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.
Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai "ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan" disebabkan kadar keracunannya tinggi.

Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.
Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.


MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?


Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.


KES MAHKAMAH


Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex,England yang menderitai masalah "Dental Fluorosis" (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.


PENYELIDIKAN AWAM


Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.
Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia."


AMARAN & PANDUAN


Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

"WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTERIMMEDIATELY."

“AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA”

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

- Kematian
- Kanser
- Ruam Kulit
- Luka Kanser
- Kelunturan Warna Gigi
- Masalah Gastrik
- Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
- Keracunan Saraf
- Kanser Tulang
- Keretakan Tulang
- Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
- Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit


BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?-SEMESTINYA!


Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.


http://www.muslimconsumer.org.my/fluorida/

SUMBER MAKLUMAT:
Panduan CAP, Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik & Produk Kegunaan





UBAT GIGI BERTOKSID

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut




Sumber:
Panduan Cap –
Bahan Penyebab Kanser Dalam Kosmetik &
Produk Kegunaan Harian





UBAT GIGI BERTOKSIK - PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).

Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai 'sodium monofluorophosphate' (smlp) atau 'sodium fluoride' dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya. Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan CAP ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik?



APA ITU FLUORIDA?

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.



MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai 'ubat baru yang tidak diluluskan' kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya.

Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai 'ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan' disebabkan kadar keracunannya tinggi.


Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3 - 0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi.

Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.



MENGAPA KITA TIDAK PERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambah fluorida ke dalam sistem bekalan pengairan. Oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada.

Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin.

Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur, dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.




KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate - Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah 'Dental Fluorosis' (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.



PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas Ketua Bahagian Kimia, Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat.

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.



AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun / bahaya :

"WARNING : KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY."

"AMARAN : JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA"



FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN :

1. Kematian

2. Kanser

3. Ruam kulit

4. Luka kanser

5. Kelunturan warna gigi

6. Masalah gastrik

7. Penyebab atau membantu punca Kerapuhan Tulang

8. Keracunan saraf

9. Kanser tulang

10. Keretakan tulang

11. Menyebabkan kekurangan IQ di kalangan kanak-kanak

12. Meransang masalah buah pinggang di kalangan pesakit



BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK

Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida.
Best Blogger Tips

Jangan Hilangkan Pen Anda


Best Blogger Tips

Kedudukan Negara Malaysia ke-83

Malaysia boleh berbangga dengan Unifi yang dikatakan mampu mencecah kelajuan sehingga 20Mbps. Namun adakah ini cukup untuk menyenaraikan Malaysia sebagai salah satu negara yang mempunyai pembekal perkhidmatan yang terbaik ? Sama-sama kita lihat senarai kedudukan dibawah. Top 10 ?? Top 20 ?? Top 50 ??

Anda cari sendiri.




Best Blogger Tips

Tips dan petua untuk khusyuk dalam solat



 
Mengapa aku tidak khusyuk?

Banyak sebabnya… aku tidak malu untuk kongsikannya di sini. Antara sebab musabab kenapa aku tidak khusyuk ialah aku tidak hadirkan diri aku sepenuhnya ketika sembahyang. Kalau hadirkan diri pun, selalunya dalam rakaat pertama dan kemudian, fikiran mula menerawang.
Menerawang?
Iya… apalagi kalau bukan hal duniawi. Sekejap teringatkan pasal perniagaan, sekejap teringatkan pasal keluarga dan sekejap teringatkan pasal nasib diri. Tapi macam yang aku katakan, itu semuanya duniawi.
Aku pernah mendapat seronok dalam sembahyang pada waktu muda dulu. Waktu itu memang indah, sebab aku langsung tak fikir apa-apa tentang tanggungjawab, tak fikir mengenai beban yang harus di pikul dan juga untung nasib diri. Yelah… semuanya di tanggung oleh keluarga.
Bila dah besar panjang ni, kadang-kadang kepala ni rasa semak dengan tuntutan duniawi. Otak sepertinya tidak pernah berhenti berfikir, tidak seperti dahulu. Walaubagaimanapun, aku tak letak alasan itu untuk lepaskan diri… jauh sekali untuk point finger. Dah diri sendiri tidak kuat iman, inilah natijah yang sebenar.
Tapi alhamdulillah, lepas membaca tips-tips di bawah ini… aku rasa ada sesuatu yang motivate untuk “back to basic” atau kembali kepada perkara asas.
Jom kita apply sama-sama…
1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat. Jika sukar, cuba untuk membayangkan ayat yang di baca… seperti baris atas, baris di bawah, tanwin, di mana sabdunya dan yang lainnya.
Best Blogger Tips

Dosa yang lebih besar dari berzina!

Penulis: rohaizad - Kategori: Renungan Hari Jumaat 
 
Pada senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya.
Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam, “silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk.
Air matanya berderai tatkala dia berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s terkejut.
“Saya takut mengatakannya” jawab wanita cantik itu.
“Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun terpatah bercerita, “Saya… telah berzina.”
Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.

Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya pun……lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya… cekik lehernya sampai… meninggal”, ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.
Nabi Musa berapi-api matanya.
Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut, “Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!” Teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya.
Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Ia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.. lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan itu?”
“Ada!” jawab Jibril dengan tegas.
“Dosa apakah itu?” tanya nabi Musa .
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina!”
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa sesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Jangan sesekali kita semua permudahkan solat, kerana terlalu besar nisbah dosa meninggalkan solat. Kalau tertido atau terlupa khodo je solat tu… jagan sesekali tidak berasa bersalah. Yang mana ada tertinggal masa muda-muda atau saja-saja tak nak solat… janganlah putus asa.
Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perbanyakkan “solat sunat” untuk menampung semua solat yg kita tinggalkan, Insya Allah.
**********************************
* Ini tidak bermakna kita boleh jatuhkan hukuman berzina itu lebih baik dari tinggalkan solat ya!
* Jangan sesekali menghukum orang lain dari kesalahannya yang lepas, kerana kita belum tentu lagi akan kekal berbuat baik sepanjang hidup.
Best Blogger Tips

Di Sebalik Kemasyhuran iPad





Video ini memaparkan kebenaran di sebalik kemasyhuran iPad, ada cerita sedih di sebaliknya.

Foxconn, sebuah kilang di China yang membekalkan barangan Apple ke seluruh dunia termasuklah iPad 2 yang menjadi kegilaan dewasa ini.

Kerana mahu memenuhi permintaan iPad 2 dari seluruh dunia, kilang Foxconn ini sanggup mengabaikan kebajikan dan keselamatan pekerja kilangnya. Dengan keadaan kilang yang separuh siap dan kurang ciri-ciri keselamatan serta pekerja-pekerja tidak disediakan pakaian keselamatan yang sesuai, kehidupan pekerja-pekerja ini menjadi tertekan. Disebabkan itu, ramai pekerja-pekerja kilang Foxconn mengambil jalan mudah dengan membunuh diri.

Tontonlah video di atas dan setiap kali anda menggunakan iPad, ingatlah mereka-mereka yang berkorban demi untuk menghasilkan iPad.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts