Album : Syukur 21
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com
Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Dajjal ialah seorang pemuda, berambut kerinting dan sebelah matanya tersembul. (buta sebelah). Dajjal itu dari bangsa Yahudi dan pengikutnya juga terdiri dari 70,000 bangsa Yahudi.
Di mana keluarnya Dajjal?
Dia akan muncul (dikenali) di antara Sham dan Iraq dan melakukan kemusnahan di serata tempat yang ia sampai.
Dakwaan Dajjal sebagai tuhan
Dajjal akan mendakwa dialah tuhan dengan menunjukkan bukti-bukti seperti dihidupkan orang mati setelah dipotong dua badannya. Dajjal akan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai tuhan menjadi mewah dan makmur. Dan kampung orang yang enggan menerima dakwaanya menjadi susah meleset. Namun orang yang kuat imannya akan berkata “kamulah Dajjal”.
Makanan Mukmin di zaman Dajjal
Pada masa itu orang mukmin yang enggan mengakui dakwaan Dajjal sebagai tuhan disekat bekalan makanan (tanah mereka terbiar, kering kongtang dan tiada tumbuhan untuk dimakan). Namun mereka tetap kenyang dengan bertasbih iaitu berzikir dengan mengucapkan “Subhanallah“. Seperti dalam hadith Nabi s.a.w:
Makanan orang Mukmin pada zaman Dajjal adalah makanan para malaikat, yakni memuliakan dan mensucikan Allah. Barangsiapa di zaman itu memuliakan dan mensucikan Allah, maka baginya, Allah akan menghilangkan kelaparan.
HADITH
Telah disampaikan kepada kami lbn Buraidah dan Amir bin Syurahbil asy-Sya’bi, kabilah Hamdan bahawa dia pernah bertanya kepada Fathimah binti Qais, saudara perempuan adh-Dhahhak bin Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama.
Amir berkata, ”Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah saw yang tidak engkau sandarkan kepada siapapun selain beliau. ”Fathimah berkata, "Jika engkau mahu nescaya aku lakukan. Amir berkata, "Tentu, sampaikanlah kepadaku.” Fathimah berkata, ”Aku menikahi lbn al-Mughirah. Dia termasuk pemuda plihan kaum Quraisy ketika itu. LaIu dia terkena musibah pada permulaan jihad bersama Rasulullah saw. Ketika aku telah menjadi janda, aku dilamar oleh Abdur Rahman bin ‘Auf untuk salah seorang sahabat Rasulullah saw. Sementara itu, Rasulullah melamarku untuk maulanya, Usamah bin Zaid. Aku pernah diberitahu bahawa Rasulullah saw bersabda, "Barangsiapa mencintaiku, maka hendaklah dia mencintai Usamah. Maka ketika Rasulullah saw bercakap kepadaku, aku berkata, "Urusanku ada di tangan Anda. Nikahkanlah aku kepada siapa saja yang Anda suka. Lalu Rasulullah saw bersabda. ‘Pindahlah kamu ke Ummu Syarik. ‘Ummu Syarik adalah perempuan kaya dan kalangan Ansar yang telah banyak memberikan sumbangan di jalan Allah dan disinggahi banyak tamu. Aku berkata, Aku akan melakukannya. Maka beliau bersabda. "Jangan engkau lakukan. Sesungguhnya Ummu Syarik adalah seorang wanita yang banyak tamunya. Aku tidak suka kain tudungmu jatuh atau baju tersingkap dan kedua betismu sehingga kaum itu akan melihat auratmu. Tetapi, pindahlah ke putra pamanmu, ‘Abdullah bin Amr bin Ummi Maktum, seorang Ielaki dani Bani Fihr’, Fathimah pun pindah kepadanya.
Ketika masa iddahku berakhir, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw. "Marilah solah berjamaah” Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda. "Hendaklah setiap orang tinggal di tempat salatnya. ’Selanjutnya beliau bersabda,’ Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui. ’Beliau bersabda, ’Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai’at masuk Islam. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal.
Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka dudukduduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.
Mereka berkata,
“Celaka kau, apakah kamu ini ?
Binatang itu menjawab.
‘Aku adalah mata-mata.’
Mereka bertanya,
‘Mata-mata apa?”
Dia menjawab,
‘Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu’
Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkala, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan, "Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab, ”kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini ?
Mereka menjawab,”Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini. Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya, ”Celaka kamu, binatang apa kamu ini?” ”Saya adalah mata-mata.” “Mata-mata apa?” ‘Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu.”
Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,”Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!”
(Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Lama dan merupakan salah satu kota di Palestin.)
Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?”
“Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.’
Lalu dia berkata lagi.
“Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!”
(Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu dan lebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapa/. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah dengan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.)
“Tentang apanya yang engkau nak tanyakan ?
“Apakah tasik itu masih berair ?
‘Ya Tasik ilu masih banyak airnya.””Sesungguhnya air tasik itu hampir habis,”
Dia berkata,
“Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!”
(Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.)
“Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?” “Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?”
“Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.” “Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?” “Dia telah keluar dari Mekah menuju Yatsrib,”
“Apakah orang-orang Arab memenanginya?”
Ya”
“Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7’ “Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya.”
“Apakah demikian?” “Ya”
‘Lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya.
Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggal selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat.”
Fathimah berkata, “Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda.”lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?”
o r a n g r a m a i menjawab :"Benar.”
Nabi Muhammad saw bersabda,”Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sesungguhnya Dajjal itu berada di Laut Syam atau di Laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur.” Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur.”Selanjutnya Fathimah berkata, ”Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah.” Hadis riwayat Muslim.
Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya. PENGIKUT2 SETIA dajjal
Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.
Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.
Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.
Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.
Sepintas lalu berkenaan Freemasons
Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;
Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.
Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.
Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.
Antara kegiatan-kegiatan mereka
Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.
Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati
Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu
Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya
Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.
Church of Satan
Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.
Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.
Bohemian Club
Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.
Skull and Bones
Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.
Bendera Israel
Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.
Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.
Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.
Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;
Pentagram kuno – bintang terbalik
Pentagram moden – bintang tak terbalik
Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.
Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;
Menjadi
Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga
Menjadi
Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.
Apa kaitannya dengan Dajjal?
Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.
Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.
Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.
Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.
Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.
Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”
Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal
1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.
‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)
2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,
اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”
Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam
Seperti yang diketahui, pengasas Walt Disney Picture dan Disneyland adalah seorang Yahudi Zionist yang sejati. Bukan itu sahaja, malah Walt Disney juga seorang gay atau homoseksual. Jadi tidak hairanlah semua filem-filem kartunnya menerapkan ciri-ciri homoseksual dan pornografi tanpa disedari oleh ibu bapa tetapi disedari oleh anak-anak mereka.
(Gambar) Pastor Josue Yrion
Di bawah ini saya pamerkan suatu pembentangan umum oleh saudara Pastor Josue Yrion yang membongkar matlamat rahsia kartun-kartun terbitan Walt Disney itu.
Pada gambar di bawah, dapat dilihat bahawa pereka kartun Roger Rabbit sengaja membuatkan watak perempuan tersebut berada dalam keadaan mengghairahkan. Kita mungkin tidak perasan perkara-perkara seperti ini kerana kita tidak menunggu gambar kartun berputar sehingga tamat bersama anak kita. Kita hanya membiarkan mereka melihat seorang diri.
Kekejiaan Yahudi Walt Disney ini tidak sahaja ditonjolkan dalam kartun tetapi diberikan penerapan di luar pawagam terutamanya di taman tema Disneyland. Lihat gambar budak perempuan di bawah yang menaiki patung mainan elektrik. Lihat pada gaya kedudukan Donald Duck tersebut. Dalam banyak-banyak kedudukan, kenapa pereka patung tersebut membuat gaya kedudukan sedemikian? Mungkin anda boleh jawab…
Kita biasanya tidak melihat design mesin elektrik tersebut kerana sibuk melihat telatah anak kita menaikinya. Tetapi lain bagi kanak-kanak, apabila mereka duduk di atas patung seperti itu atau mana-mana patung lain, mereka akan menghafal bentuk kedudukan patung dan rupa parasnya sekali.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak atau abang / kakak yang mempunyai adik-adik kecil, diharap agar lebih teliti dan sensitif dalam ruang persekitaran. Janganlah semata-mata untuk membuatkan anak-anak kita tida menganggu di dapur maka kita menyajikan mereka dengan kartun-kartun di Astro tanpa berfikir panjang.
PS: mudah-mudahan kita menjadi umat Islam yang sentiasa mengkaji dan memerhati bukannya menelan ludah Yahudi barat.
Jawapannya ringkas, di dalam ilmu konspirasi, bagi memahami bagaimana Yahudi mempengaruhi sejak ratusan tahun dahulu, adalah wajar bagi kita mengetahui dengan baik selok-belok agama Yahudi yang dicipta mereka. Mengetahui ciri-ciri agama dan budaya mereka akan menyelamatkan kita dari terikut-ikut akan ciri-ciri mereka. (Mengetahui bukanlah bermaksud “mengamalkannnya”) Misalnya, amalan meratapi kematian, jika tidak diketahui tentang amalan pengkebumian mereka (yahudi) maka kita berkemungkinan akan terikut-ikut tanpa disedari. Jikapun kita tahu ianya haram, kita hanya mengetahui ia dari segi hukum dan tidak mengetahui mengapa Rasulullah SAW mengharamkannya. Selain itu, maklumat-maklumat yang dibentang tentang Yahudi Orthodoks di bahagian ini juga adalah untuk membawa kita mengimani apa yang disebut Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 123;
“”Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”
Mengimani firman Allah di atas tidak boleh hanya sekadar sebutan mulut, haruslah bagi kita membuktikan keimanan itu dengan memahami intipati-intipati terselindung disebaliknya. Tidaklah Allah firmankan ayat di atas hanya sekadar untuk dibaca dan dihafal ketika sembahyang melainkan ianya merupakan satu tugas besar yang Allah campakkan ke dalam dada umat Islam untuk memahaminya. Takrifan Ringkas
Yahudi Orthodoks atau disebut juga Orthodoxs Judaism merupakan satu kelompok Yahudi yang mengamalkan ajaran Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa sejak sekian lama. Walaupun berlaku pelbagai perubahan dan olahan, namun mereka tetap percaya Taurat yang diamalkan sekarang adalah benar.
Kelompok Orthodoxs berselerak di seluruh dunia walaupun berada dalam komuniti yang cukup minoriti. Di dalam blog ini, kami cuba menumpukan khusus kepada kehidupan seharian Yahudi Orthodoks yang berada negara haram Israel sahaja.
Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi
Amalan berkhatan dikalangan kanak-kanak lelaki bukan lagi suatu yang luar biasa, ianya sudah menjadi lumrah dan harus dilakukan. Amalan ini juga ditakrifkan sebagai amalan wajib bagi setiap umat Islam sejak zaman Nabi Ibrahim a.s. lagi.
Berkhatan diamalkan oleh masyarakat Islam berdasarkan sabda Rasulullah SAW,
“Fitrah (sifat semula jadi) itu lima perkara; berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak.”
Kewajiban di dalam Islam tentang berkhatan pula adalah berlandaskan firman Allah SWT dalam surah an-Nahl (ayat 123) bermaksud;
“Kemudian kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh atas jalan yang benar.”
Di sini dapat kita fahami bahawa Allah memerintahkan setiap amalan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dahulu patut diamalkan juga oleh Nabi Muhammad dan umatnya khususnya dalam amalan berkhatan ini.
Pada usia lapan tahun, Nabi Ibrahim telah mengkhatankan dirinya sendiri sebagai mana yang disebut di dalam hadis riwayat Abu Hurairah daripad Rasulullas SAW yang berbunyi;
“Berkhatan Nabi Ibrahim a.s. ketika baginda berumur lapan tahun dengan alat qadum”
Berkhatan Dalam Masyarakat Yahudi
Pengikut agama Nabi Ibrahim ketika itu mengamalkan semua perkara yang diajarkan oleh baginda berdasarkan firman-firman Allah kepadanya. Salah satu amalannya ialah berkhatan atau difahami sebagai membuang sebahagian selaput kulit yang menutupi kepala zakar.
Masyarakat Yahudi terus-menerus mengamalkan amalan berkhatan tersebut sejak zaman Nabi Ibrahim sehinggalah sekarang. Golongan Yahudi yang mengamakan amalan wajib ini tidak hanya tertakluk kepada Yahudi Orthodokssahaja, ianya diamalkan juga oleh golongan Yahudi Sekular(Zionis), Yahudi Arab, Yahudi Eropah dan Kristian Orthodoks.
Ini kerana masyarakat Yahudi berpegang kepada semua ajaran-ajaran di dalam Taurat, manakala semua amalan Taurat adalah kelangsungan amalan dari kitab Zabur yang dipimpin oleh Nabi Daud.a.s.
Sebagai memenuhi objektif blog ini, maka di sini kami ingin mengkhususkan bicara kami tentang amalan berkhatan di dalam masyarakat Yahudi sahaja. Semua hal ehwal berkhatan dan hukum-hukumnya di dalam Islam anda boleh dapati dengan banyaknya di laman-laman web berkaitan hukum Islam. Kewajiban Amalan Berkhatan Masyarakat Yahudi
Amalan berkhatan di kalangan masyarakat Yahudi di dalam bahasa Hebrew disebut “brit milah”, manakala di dalam loghat ashkenazi disebut “Bris Milah”, loghat suku Sephardi disebut “Berit Milah” dan loghat Yiddish disebut “Bris”. Brit Milah atau bahasa Inggerisnya disebut circumcision merupakan amalan berkhatan yang dilakukan oleh penganut agama Judais sejak zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang. Amalan ini dilakukan dalam suatu majlis yang sempurna dan teratur serta dilengkapi penuh adat-adat agama Judais.
Masyarakat Yahudi melakukan khatan berdasarkan suatu ayat dalam kitab Taurat yang berbunyi;
“And God spoke to Abraham saying: …This is my covenant which you shall keep between Me and you and thy seed after you -every male child among you shall be circumcised.” (Bab Genesis, ayat ke-12)
Sehingga sekarang ini walau di mana masyarakat Yahudi itu tinggal walau di luar Israel, amalan Brit Milah harus dilakukan. Amalan ini dihukumkan wajib bagi masyarakat Yahudi kerana ia melambangkan identiti keyahudian seseorang Yahudi itu. Meninggalkan amalan ini dipercayai boleh menggugurkan identiti tulen seseorang Yahudi. Upacara Brit Milah
Upacara Brit Milah tidak boleh dilakukan oleh sebarangan orang, ianya perlu dilakukan oleh individu yang benar-benar layak yang digelar Mohel. Dikalangan masyarakat Melayu, orang yang berperanan dalam amalan berkhatan dipanggil ‘Tok Mudim’.
Menurut agama Judais, Mohel (Mudim) hendaklah orang yang faham tentang hal ehwal perubatan walaupun dia bukanlah seorang doktor. Menurut Rabbi Shulman, Mohel seharusnya mempunyai kemahiran asas dalam perubatan kerana ia bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman ketika upacara Brit Milah.
Setiap Mohel hendaklah melakukannya dengan pantas agar kesakitan itu dapat dikurangkan. Penggunaan krim-krim yang boleh melegakan kesakitan amat digalakkan tetapi seharusnya mendapat persetujuan dari kedua ibu bapa.
Pisau pemotong yang digunakan juga harus dibersihkan dengan sempurna agar tidak dijangkiti kuman. Amalan membersihkan pisau pemotong ini pula digelar sebagai Mit’zitzah. Di mana dan Bila Brit Milah Dijalankan?
Upacara Brit Milah dilakukan ke atas setiap kanak-kanak lelaki Yahudi ketika berumur 8 hari. Amalan itu perlu diteruskan walaupun hari ke-8 bayi lelaki tersebut jatuh pada hari-hari kebesaran Yahudi seperti Yom Kippur dan Sabbath (Sabtu). Dan brit milah juga boleh dilakukan pada waktu siang atau malam mengikut kesesuaian masa ibu bapa.
(Di dalam Islam, Yom Kippur adalah Hari Asyura atau sambutan 10 Muharram)
Bagi kes bayi yang dilahirkan secara pembedahan atau diletakkan inkabutor disebabkan tidak cukup umur, brit milah boleh ditangguhkan atas alasan-alasan kemudaratan kesihatan.
Bagi masyarakat Yahudi, tempat melakukan Brit Milah adalah bebas sama ada ianya ingin dilakukan di Synagogue (Kuil Yahudi), dewan orang ramai atau di rumah. Namun begitu, kenduri kesyukuran harus dilakukan sebagai memenuhi tuntutan agama Judais. Majlis Brit Milah
Semasa upacara ingin dijalankan, bayi lelaki akan dibawa oleh kvatter ke dalam bilik khas. Kvatter adalah gelaran kepada orang yang dipertanggungjawabkan membantu Mohel dalam amalan Brit Milah.
Semasa Brit Milah, dua kerusi disediakan sebagai tempat meletakkan bayi lelaki tersebut. Kerusi pertama digelar sebagai Sandek dan kerusi kedua digelar “Chair of Elijah” (Kerusi Ilias)
(Gambar:Chair of Elijah tidak semestinya lebar sebegini, ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan corak)
Menurut kepercayaan Judais, sesiapa yang membantu memegang bayi di kerusi Sandek akan memperoleh kerahmatan jiwa sesuci jiwa bayi tersebut. Meletakkan bayi ke atas kerusi Sandek juga dianggap penghormatan kepada orang yang melihat upacara Brit Milah. Biasanya antara individu yang digalakkan membantu di kerusi Sandek ialah datuk kepada bayi tersebut.
Kerusi kedua pula berperanan sebagai penerapan nilai-nilai kesucian peribadi Prophet Elijah (Nabi Ilias a.s.). Menurut kepercayaan Judais, roh Nabi Ilias akan hadir setiap kali berlakunya brit milah sebagai tanda menerangkan kepentingan brit milah sebelum Tuhan merestui amalan tersebut.
Semasa berada di atas kerusi Nabi Ilias ini, Mohel akan membacakan doa khusus yang memohon agar roh Nabi Ilias bersama-samanya memastikan upacara Brit Milah berjalan dengan lancar.
Selepas memotong sebahagian kulit zakar itu, Mohel akan mengangkat segelas minuman suci dan membacakan doa-doa khusus. Serentak dengan itu, kemudiannya nama bayi lelaki dalam bahasa Hebrew akan diumumkan kepada orang ramai yang hadir. Panduan Menamakan Bayi Di Dalam Masyarakat Yahudi
Menurut kepercayan masyarakat Yahudi dalam kitab Taurat, nama bagi bayi lelaki hendaklah diberikan ketika berlangsungnya majlis Brit Milah. Nama itu pula hendaklah diberikan dalam bahasa Hebrew bukannya bahasa asing walaupun bayi itu berketurunan Arab, Afrika dan lain-lain.
Bagi bayi perempuan pula, namanya hendaklah diberikan ketika hari pertama kelahiran dalam tempoh 24 jam pada hari yang sama. Ketika memberikan nama, si bapa hendaklah duduk atau berdiri di sebelah ibu dan bayi perempuan tersebut sambil membaca doa-doa khusus.
Nama-nama bayi bagi masyarakat Yahudi biasanya diberikan mengikut suku masyarakat tersebut sama ada Yiddish, Ashkenazi, Sephardi atau Mizrahi.
Pada zaman sekarang, sebahagian besar Yahudi Sekular yang tinggal di luar Israel tidak lagi menamakan bayi-bayi mereka dengan nama dalam bahasa Hebrew. Mereka gemar menukar nama setelah anak-anak mereka meningkat dewasa. Ianya bertujuan bagi menghilangkan identiti Yahudi di dalam keluarga mereka.
(Di bawah; nama berwarna biru adalah nama baru bagi menggantikn nama asal) Jack Benny- (nama Yahudi) Benjamin Kubelski (pelakon komedi Amerika terkenal era 1950-an)
George Burns- (nama Yahudi) Nathan Birnbaum (pelakon komedia, penulis skrip)
Groucho Marx- (Nama Yahudi) Julius Henry Marx (pelakon komedi)
Michael Landon – (Nama Yahudi) Eugene Marucie Orowitz (pelakon Hollywood)
Jerry Lewis- (Nama Yahudi) Joseph Levitch (pelakon komedi dan pengarah filem The Nutty Profesor)
Majlis Ulama Yahudi Antarabangsa
oleh Ibnuyaacob
Yahudi adalah bangsa bagi sesuatu kaum, dikalangan mereka juga ada yang beragama Islam, Kristian, Komunis dan sebagainya. Namun, agama rasmi bagi umat Yahudi ialah Judais sepertimana bangsa Melayu amat sinonim dengan agama Islam walaupun ada dikalangan orang Melayu bukan beragama Islam.
Di dalam agama Judais, pembuat keputusan terhadap sesuatu fatwa Taurat ditentukan oleh suatu majlis rasmi yang dianggotai oleh para Rabbi (Gelaran kepada paderi Yahudi) seluruh dunia. Fatwa-fatwa yang diputuskan ini akan meliputi pelbagai aspek yang diamalkan dalam ajaran Nabi Ibrahim a.s. tidak lama dahulu.
Majlis yang bertanggungjawab membuat fatwa untuk seluruh masyarakat Yahudi dipanggil Chief Rabbinate Council (CRC). Di dalam CRC terdapat peringkat-peringkat jawatan yang dipilih secara undian oleh rabbi-rabbi dari seluruh dunia. Pemegang jawatan tertinggi CRC atau ketua bagi semua ulama Yahudi digelar sebagai Rishon L’Tzion. Jawatan Rishon L’Tzion
Jawatan tertinggi ini dalam majlis ulama Yahudi ini dipilih melalui pilihanraya tertutup yang hanya diundi dikalangan rabbi-rabbi yang hadir. Pemegang jawatan Rishon L’Tzion berkuasa bagi menentukan fatwa untuk sebarang isu-isu yang berlaku didalam masyarakat Yahudi beragama Judais.
Namun begitu, jawatan ini bukanlah mudah untuk disandang, setiap calon yang bertanding untuk jawatan Rishon L’Tzion mesti mengambil ujian penulisan yang ketat. Ujian ini tidak dibuat sambil lewa tetapi dibina berasaskan sebuah kurikulum bersepadu (bukan KBSM) oleh rabbi-rabbi yang berpengalaman.
Sebelum mengambil ujian kelayakan itu, setiap calon mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu-ilmu taurat di dalam bahasa Hebrew (bahasa rasmi Israel). Ini bermakna walaupun calon tersebut warga Brazil, ia hendaklah fasih berbahasa Hebrew.
Jika di dalam Islam, seseorang yang mahu bergelar ustaz wajib fasih berbahasa Arab dan mantap dari segi Nahu Sorof serta beberap ilmu asas lain seperti Fekah, Tauhid dan Tasawuf. Manakala agama Judais menetapkan bahasa Hebrew adalah wajib dipelajari disamping beberapa ilmu-ilmu lain.
Berikut ialah kitab-kitab yang perlu dihafal dan dikuasai oleh calon-calon Rishon L’Tzion.
Bab Hichos Shabbos (8 kitab)
Bab Hilchos Niddah (4 kitab)
Bab Hilchos Issur V’Heter (3 kitab)
Bab Hilchos Mikvaos (1 kitab)
Bab Hilchos Eruvin (1 kitab)
Bab Hilchos Aveilus (1 kitab)
Perpecahan Suku Di Dalam CR C
Walaupun orang Yahudi pada dasarnya dilihat bersatu tetapi semangat asabiyah kaum tetap kuat dan menular sehingga ke dalam majlis ulama mereka iaitu Chief Rabbinate Council. Di dalam CRC sekarang, jawatan Rishon L’Tzion diwujudkan 2 kerusi iaitu untuk suku Ashkenazi dan suku Sephardi.
Memandangkan terdapat dua pemimpin dalam satu majlis peringkat antarabangsa maka berlaku juga beberapa perselisihan dari segi membuat keputusan dalam sesuatu perkara. Dua jawatan dalam satu majlis ini telah wujud sejak sebelum penubuhan negara Israel lagi. Kedua-dua suku ini mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun menetap di negara yang sama.
Pada masa sekarang, jawatan Rishon L’Tzion bagi suku Ashkenazi disandang oleh Rabbi Yona Metzger manakala suku Sephardi pula ialah Rabbi Shlomo Amar. (Gambar)Dari kiri; Rabbi Shlomo Amar, Paderi Dr. William dan Rabbi Yonah Metzger Kontroversi Rabbi Yona Metzger
Beliau yang dilahirkan pada 1953 adalah pemegang kuat fahaman Zionis dan pernah menang 2 anugerah melalui dua buah buku karangannya. Metzger banyak menulis doa-doa untuk dibaca di synagogue (kuil Yahudi) dan beliau amat terkenal sebagai orang yang banyak menulis.
Pada April 2005, Metzger bersama beberapa pertubuhan Islam dan Kristian bergabung untuk menentang pelancaran Festival Gay Sedunia yang dianjurkan oleh beberapa orang ternama. Walaupun Metzger kelihatan anti-homoseksual, beliau sendiri mempunyai masalah seksual yang kronik.
Pada 2005 juga, Metzger telah dituduh sebagai melakukan gangguan seksual yang teruk kepada seorang wanita dan juga meminta imbuhan secara haram bagi setiap upacara perkahwinan yang diuruskannya. Kes Metzger masih dalam perbicaraan hingga sekarang dan pendakwaan dibuat sendiri oleh Peguam Negara Israel iaitu Menachem Mazuz. Perbezaan CRC dan Yahudi Ultra-Orthodoks
Walaupun ketua ulama Yahudi dilantik secara undian dari semua rabbi-rabbi seluruh dunia, Yahudi Ultra-Orthodoks adalah berkecuali dalam hal ini. Mereka tidak bersetuju dan tidak bersependapat dengan kelompok-kelompok rabbi di dalam Chief Rabbinate Council (CRC).
Mereka menganggap CRC adalah mainan golongan politik di Israel yang majoritinya dikuasai oleh penganut fahaman Zionis. Maka disebabkan itu, kita dapat melihat fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh kelompok Ultra-Orthodoks seringkali bercanggah dan hanya diamalkan di Mea Sharim.
Ultra-Orthodoks dikenali sebagai kelompok Yahudi yang ekstrem dalam pengamalan ajaran-ajaran Taurat. Mereka agak tersisih dari kelompok Yahudi-Yahudi lain di Israel sehingga ada dikalangan mereka seringkali diejek hatta oleh masyarakat Yahudi sendiri.
Perbezaan paling ketara antara Ultra-Orthodoks dengan Yahudi lain ialah mereka tidak percayakan konsep Tuhan Zion yang dibawa oleh kelompok Ashkenazi dan Sephardi. Bagi mereka, Tuhan Zion adalah ideologi ekstrem yang bertentangan dengan ajaran Taurat sebenar. Peranan Lain Chief Rabbinate Council
Di antara peranan lain yang dimainkan oleh CRC ialah membuat keputusan bagi semua urusan-urusan;
Pengurusan pendaftaran perkahwinan dan penceraian
Membincangkan undang-undang agama
Mengawal pentadbiran kuil-kuil
Mengurus selia Kottel (Tembok di sempadan Masjid Al-Aqsa)
Menentukan sambutan hari-hari suci Judais.
Menentukan takwim sembahyang kalender Hebrew
lain-lain yang berkaitan agama Judais.
(Gambar)Di antara tempat ibadat terkenal Yahudi ialah Kottel. Di sini pengunjung beragama Judais akan bersembahyang dan memohon hajat sambil memegang tembok.
Bagi menjaga budaya agama Judais agar tidak dipengaruhi oleh arus sekular global, para Rabbi Yahudi Orthodoks memutuskan bermacam-macam peraturan yang ketat di daerah majoriti mereka di Mea Sharim. Sebahagian besar peraturan adalah yang sudah sedia terkandung dalam kitab Taurat.
Fatwa 1 : Mengharamkan HDTV
Menurut para Rabbi Orthodoks, terjahan visual gambar yang begitu realistik dan melampau akan merosakkan pemikiran masyarakat. Visual jenis High Defination (HD) yang luar biasa boleh mengkhayalkan seseorang yang melihat.
Mereka bimbang penampilan visual-visual luar biasa dari HDTV akan menyebabkan golongan muda tidak lagi berminat hadir ke kelas-kelas pengajian Taurat dan Mishnah. Ini kerana mereka akan sibuk menghadap televisyen sepanjang masa.
Bagi membendung gejalan ini, kempen-kempen yang keras dijalankan secara meluas, demonstrasi dan bantahan secara terbuka dilakukan hampir setiap hari. Tidak cukup dengan itu, mereka menerbitkan pula iklan TV yang menjalankan kempen mengharamkan penggunaan HDTV. Fatwa 2 : Pengharaman Memakan Babi
Golongan Yahudi ultra Orthodoks di Israel sering bersengketa dengan kelompok Yahudi Sekular (Zionis) tentang makanan. Para Rabbi Ultra Orthdoks menegaskan agama Judais mengharamkan penganutnya memakan babi.
Kesatuan Rabbi bersepakat membawa penguatkuasaan pengharaman memakan babi ke peringkat parlimen. Ketika itu Presiden Israel ialah Yitzak Shamir yang memimpin Parti Likud.
Lima pertubuhan Rabbi utama di Israel meminta agar dikuatkuasakan undang-undang peringkata persekutuan agar melarang semua penganut Judais dari memakan babi. Menurut mereka, penganut Judais perlu kembali kepada ajaran asal Taurat.
Larangan bukan sahaja tertakluk kepada memakan babi, tetapi juga menjual, membawa atau menyentuh binatang itu.
Cadangan undang-undang itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati golongan sekular Yahudi yang berfahaman Zionis. Mereka juga mendesak agar kerajaan Israel tidak melayan tuntutan Rabbi-Rabbi itu.
Kempen ini bermula pada Julai 1990. Fatwa 3 : Wajib Menutup Aurat Bagi Lelaki dan Perempuan
Peraturan pakaian di Mea Sharim, daerah ultra-Orthodoks di Jerusalem amat ketat dan mesti mengikut lunas-lunas syariat agama Judais. Peraturan pemakaian yang ketat itu tertakluk kepada lelaki dan perempuan.
Lelaki - wajib memakai baju berlengan panjang
- memakai stokin putih
- Berkasut penuh yang bertumit tinggi
- Berkot hitam
- Memakai topi hitam
- Tidak dibenarkan memakai rantai leher atau gelang tangan Perempuan - Memakai tudung kepala menutup keseluruhan rambut. Jika orang Islam dipanggil ‘anak tudung’.
- Tidak boleh memakai rantai leher yang keterlaluan
- Memakai baju berlengan panjang
- Memakai skirt panjang hingga bawah lutut
- Wajib memakai stokin
- Tidak boleh make-up wajah dengan berlebihan
- Diharamkan memakai pakaian yang berwarna garang dan menonjol yang boleh menarik perhatian lelaki.
Peraturan pemakaian bukan setakat ke atas masyarakat ultra-orthodoks sahaja, malah mereka juga melarang mana-mana individu yang memakai pakaian sekular agar tidak berjalan-jalan di kawasan mereka. Fatwa 4 : Mengharamkan Pembakaran Mayat
Para Rabbi ultra-Orthodoks menentang keras proses pembakaran mayat yang sering diamalkan oleh agama-agama lain. Pembakaran mayat juga diamalkan oleh para penganut zionis di Israel.
Pada akhir tahun 2007, telah berlaku suatu kejadian kebakaran Chomotarium di Mea Sharim Pihak berkuasa tempatan percaya ia dilakukan oleh kumpulan ekstremis Ultra Orthodoks.
Semenjak Chomotarium itu dibina oleh kerajaan tempatan, ia sering menerima bantahan daripada penduduk Ultra-Orthodoks di Mea Sharim.
(Chomotarium = rumah pembakaran mayat) Fatwa 5 : Mengharamkan Menyertai Tentera Rabbi Orthodoks tidak menggalakkan anak-anak muda mereka menyertai agensi pertahanan kerana ia adalah amalan yang melibatkan keganasan. Penyertaan itu dianggap bertentangan dengan ajaran Taurat yang mementingkan kehidupan yang harmoni. Fatwa 6 : Digalakkan menyimpan janggut dan misai
Amalan menyimpan janggut dan misai dikira amalan yang mendapat pahala dikalangan penganut agama Judais. Amalan ini bukan sahaja diamalkan oleh Orthodoks di Israel tetapi juga diseluruh dunia termasuk negara-negara arab.
Namun begitu, lelaki Yahudi Ultra-Orthodoks yang mempunyai janggut yang panjang, berpakaian kota hitam dan bertopi hitam amat dibenci oleh masyarakat Yahudi Sekular.
Sekiranya lelaki Ultra Orthodoks berjalan-jalan ke bandar Jerusalem atau Tel Aviv, mereka akan dipandang sinis dan sering menerima ejekan masyarakat setempat. Tindakan diskriminasi ini timbul ekoran anggapan bahawa amalan tersebut hampir menyamai amalan sunat umat Islam. Fatwa 7 : Mengharamkan Penggunaan Handphone Berkamera
Para Rabbi Ultra-Orthodox peringkat tertinggi sepakat mengharamkan handphone berkamera digunakan oleh masyarakat Yahudi ultra-orthodoks. Bagi menghalang handphone berkamera dibeli, pertubuhan Ultra Orthodoks telah melarang kedai-kedai handphone di Mea Sharim menjual produk yang mempunyai kamera.
Tujuan pengharaman adalah untuk menjaga maruah dan keselamatan golongan wanita Yahudi Orthodoks dari terdedah kepada tingkahlaku-tingkahlaku tidak bermoral.
Bagi menghalang penularan jualan telefon berkamera di daerah kediaman Ultra Orthodoks, para rabbi mereka mendesak agar telefon khusus untuk Yahudi Orthodoks dicipta.
Bagi merealisasikan ‘fatwa’ mereka, para Rabbi Orthodoks telah menghantar surat memorandum desakan kepada CEO syarikat Mirs Communication iaitu Abrasya Brustyn. Syarikat ini adalah wakil tunggal penjualan handphone jenis Motorola di Israel.
Desakan yang dibuat ialah pihak pengeluar harus membuang fungsi kamera kecil pada telefon. Selain itu, telefon itu juga haruslah mempunyai filter (penapis) bagi sebarang “sexual contents” yang mudah dicapai di talian internet.
Akhirnya sebuah telefon yang digelar “Kosher Phone” dikeluarkan. Telefon yang mempunyai fungsi panggilan keluar-masuk, simpanan mesej teks, memori buku telefon dan fungsi-fungsi asas. Fatwa 8 : Mengharamkan penjualan MP4 Player
Pemain MP4 diharamkan oleh pertubuhan-pertubuhan Yahudi Orthodoks kerana ia dikatakan boleh merosakkan akhlak penganut Judais khususnya golongan muda. Kempen ini dijalankan dengan cara mengedar poster-poster larangan membeli MP4.
Poster-poster kempen tidak sahaja diedarkan kepada masyarakat di Mea Sharim tetapi mereka juga turut berkumpul di kedai komputer di bandar tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kempen diluaskan lagi melalui radio rasmi mereka iaitu Kointrass.
Menurut editor berita di Radio Kointrass iaitu Rabbi Henri Khan, mereka tidak kisah jika alatan moden itu hendak dijual tetapi mereka perlulah menjualnya di luar kawasan Orthodoks. Mea Sharim dihuni oleh 99 % Yahudi Orthodoks, jadi mereka tidak mahu pengaruh budaya luar merosakkan akhlak masyarakat mereka. Fatwa 9 : Mengharamkan rakaman gambar secara terbuka
Masyarakat Yahudi Ultra Orthodoks tidak suka wajah dan tingkahlaku mereka diambil gambar atau dirakam menggunakan kamera video. Perbuatan tersebut dianggap menghina maruah komuniti mereka.
Situasi ini bagaimanapun hanya berlaku di Mea Sharim, Jerusalem dan tidak di lain-lain negara di dunia. Sesiapa sahaja yang mengambil gambar-gambar mereka kemungkinan besar akan dicederakan termasuk pelancong asing. Fatwa 10 : Mengharamkan penubuhan negara Israel
Para rabbi orthodoks percaya penubuhan negara Israel adalah agenda jahat kerajaan Zionis yang dipimpin oleh Yahudi suku Ashkenazi dan Sephardi. Bagi para Rabbi Orthodoks, konsep ideologi Zionis tidak wujud di dalam agama Judais dan ia bukanlah ajaran sebenar Nabi Musa. Fatwa 11 : Mengharamkan tingkahlaku Homoseksual dan Lesbian
Semenjak menularnya pengaruh ideologi Zionis di kalangan masyarakat Yahudi Orthodoks pada 1897 dahulu, para Rabbi juga bimbang akan gejala-gejala sosial yang dipromosikan oleh kerajaan Zionis.
Rabbi Dr. Aaron L. Mackler, profesor dari Pittsburg University telah membentangkan dengan panjang lebar kertas kerja berkenaan larangan homoseksual dan lesbian.
Kertas kerja beliau yang bertajuk “The Conservative Movement and Homosexuality : Finding a Middle Path”, menjelaskan mengapa setiap penganut Yahudi perlu berkahwin dan menjauhkan gejala homoseks dan lesbian.
Pada 1992, Comittee of Jewish Laws and Standards (CJLS) sebulat suara memutuskan akan perlunya setiap umat Yahudi yang beragama Judais mengelakkan sebarang aktiviti homoseks dan lesbian.
Namun begitu, kempen ini tidak berjaya. Umat Yahudi sejak dari zaman Nabi Lut memang sudah sebati dengan perilaku sejenis ini. Walaupun Bandar Sodom dan Gemorah sudah dimusnahkan oleh Allah. Darah hawa nafsu Syaitan itu tetap mengalir segar.
Akhirnya pada 2006, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi CJLS sendiri telah meletak jawatan dan keluar dari CJLS kerana tidak senang dengan peraturan melarang aktiviti homoseksual dan lesbian ini.
Mereka ialah Rabbi Joel Roth, Rabbi Leonard Levy, Rabbi Meyer Rabinowitz dan Rabbi Joseph Prouser. Kesimpulan
Walaupun golongan ultra orthodoks kelihatan begitu tegas mempertahankan hukum-hukum dalam Taurat, itu tidak bermakna mereka tidak mempunyai perasaan benci kepada Islam.
Selain itu, Agama Islam juga dianggap sebagai musuh utama kerana semakin ramai pemuda-pemudi Ultra Orthodoks di Mea Sharim yang kini memeluk Islam secara senyap-senyap. Wallahu’alam…
Setiap agama mempunyai tradisi dan amalan pengkebumiannya dengan cara-cara yang tersendiri. Amalan ini biasanya akan mengikut perkara-perkara yang telah pun diatur dalam sesuatu agama berdasarkan orang-orang terdahulu khususnya masyarakat Islam, Kristian, Yahudi dan Hindu.
Manakala masyarakat Yahudi pula adalah antara golongan yang paling hampir kaedah pengkebumiannya dengan masyarakat Islam. Ini kerana, kelompok ini adalah saki-baki pengikut agama Nabi Ibrahim hinggalah kepada Nabi Musa walaupun terdapat beberapa penyelewengan fakta kitab Taurat.
Di dalam bahasa Hebrew, amalan pengkebumian disebut sebagai “kevura”. Kumpulan Pengurus Jenazah Masyarakat Yahudi
Setiap penganut agama Judais yang mati akan diuruskan oleh suatu kumpulan yang digelar Chevra Kadisha. Kumpulan ini bertanggungjawab mengurus segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan mayat seperti pembelian kain kafan, tempat letak mayat, keranda, penyediaan ruang kubur, pemandian mayat, pengkafanan dan sebagainya.
Di dalam masyarakat Islam di Malaysia, peranan Chevra Kadisha adalah hampir sama dengan peranan yang dimainkan oleh Jawatankuasa Khairat Kematian yang biasa terdapat di semua kampung dan daerah. Seperti mana juga di Malaysia, ahli-ahli yang menganggotai pasukan Chevra Kadisha adalah ahli-ahli sukarela dan mereka terdiri dikalangan rabbi-rabbi dan orang-orang tua.
Di Israel, setiap ketua keluarga biasanya akan memberikan bayaran yuran khairat kematian kepada wakil-wakil Chevra Kadisha di tempat masing-masing. Bayaran yuran dikenakan pada kadar tertentu secara tahunan.
Bayaran-bayaran ini adalah bayaran untuk menguruskan semua bahan-bahan berkaitan upacara pengkebumian si mayat. Sekiranya ahli-ahli keluarga tersebut tidak menjadi ahli atau tidak membayar yuran, mana-mana anggota keluarga lelaki hendaklah mencari sendiri penggali kubur jika ada ahli keluarganya yang mati.
Selain itu, Chevra Kadisha juga berperanan menguruskan majlis makan untuk tetamu bagi ahli keluarga yang mati.
(Gambar)Ketua Rabbi suku Sephardi, Shlomo Amar (berjubah, duduk) menziarahi mayat seorang penduduk Israel. Kaedah Pengkebumian Mayat Menurut Agama Judais
Upacara pengkebumian mayat masyarakat Yahudi amat berbeza dengan masyarakat kristian. Mereka amat mementingkan sebarang amalan yang dituntut di dalam Taurat dan amalan-amalan yang telah dilakukan oleh Avraham (Nabi Ibrahim) dan Yaakov (Nabi Yaakob).
Berikut ialah peringkat-peringkat pengkebumian masyarakat Yahudi; PERINGKAT 1 : Rechitvah dan Taharah(Memandi dan Mewangikan)
Tindakan pertama yang dilakukan oleh Rabbi dari Chevra Kadisha ialah membersihkan seluruh anggota mayat dengan memandikannya. Proses memandikan mayat ini dipanggil Rechitvah. Mayat lelaki akan dimandikan oleh orang lelaki dan mayat perempuan dimandikan oleh orang perempuan.
Mayat akan diletak secara terlentang dan air biasa akan dijirus bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki. Sebelum memandikannya, semua barang-barang kemas akan ditanggalkan.
(Gambar)Suatu program mengajar cara-cara rechitvah dan taharah untuk orang-orang Yahudi di New Jersey oleh Persatuan Penduduk Yahudi New Jersey.
Selepas mandi dan dikeringkan badan mayat, proses seterusnya ialah Taharah (mewangikan mayat). Semasa proses ini, rabbi akan meletakkan badan mayat dengan wangi-wangian agar bau badan mayat tidak menganggu ahli keluarga dan tetamu yang hadir. PERINGKAT 2 : Halbashah (Mengkafan)
Selepas dimandi dan diwangikan, mayat akan dikafankan dengan menggunakan baju khas berwarna putih yang dipanggil Tachrichim berserta sehelai selendang bernama tallit. Tallit adalah sejenis selendang yang berwarna putih seakan-akan kain tuala kecil yang panjang.
Selepas proses halbashah, mayat akan diletakkan terus di dalam keranda.
(Gambar)Kawasan perkuburan Yahudi di Jalan Yahudi, Georgetown, Pulau Pinang. Kawasan ini agak terselindung dan dikelilingi tembok konkrit setinggi 6 kaki. PERINGKAT 3 : Kevura (Pengkebumian)
Selepas mayat dimasukkan ke dalam keranda, ianya akan dibawa ke kawasan perkuburan berdekatan. Di Israel, tanah-tanah perkuburan kebanyakan tidak dibina berdekatan synagogue (kuil Yahudi).
Biasanya individu yang hadir semasa pengkebumian adalah ahli-ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang mengenali si mati. Mereka tidak sama-sama meletakkan keranda di dalam lubang kubur kerana ianya dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Selepas pengkebumian, batu nisan atau di dalam bahasa Hebrew dipanggil Matzevah akan diletakkan di atas tempat yang ditanam. Urusan meletakkan Matzevah juga dilakukan oleh ahli-ahli Chevra Kadisha.
Terdapat juga suatu golongan lain di Israel yang lebih ekstrem apabila menanam mayat, mereka akan menanamnya secara berdiri. Mayat ditanam dengan cara ini sebagai melambangkan bahawa mereka tidak akan tunduk kepada Tuhan walaupun sudah mati.
Amalan Berkabung Dalam Agama Judais
Selepas selesai proses Kevura, setiap ahli keluarga diharuskan melakukan amalan Keriah atau berkabung. Proses ini penting kepada setiap ahli keluarga agar mereka sentiasa mengingati roh si mati dan segala kebaikannya sepanjang ia hidup.
Ahli keluarga yang terlibat dengan Keriah dipanggil Onen, maksudnya orang yang berkabung.
Dalam agama Judais, amalan berkabung mesti dilakukan selama 12 bulan bermula pada hari pertama individu tersebut meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga yang terlibat dengan tempoh ini biasanya yang tinggal serumah dengan si mati atau saudara-mara berdekatan.
Selepas mayat dikebumikan, para Onen tidak dibenarkan mandi selama seminggu, tidak boleh memakai barang-barang kulit atau bercukur. Ianya dikira menghina tempoh perkabungan.
Berikut ialah peringkat-peringkat berkabung dalam agama Judais: Shiva (Hari ke-7 ) – Pada peringkat ini, ahli keluarga tidak dibenarkan keluar bersiar-siar, mereka hendaklah menghabiskan masa dan berkumpul di rumah untuk melayan tetamu-tetamu yang hadir. Ahli keluarga lelaki tidak dibenarkan bercukur dalam tempoh.
Selain itu, ahli-ahli keluarga (onen) juga tidak boleh menghadiri sebarang upacara perkahwinan, menonton wayang, mendengar lagu-lagu hiburan dan menghadiri konsert muzik. Shloshim ( Hari ke-30) – Dalam tempoh ini, ahli-ahli keluarga si mati tidak dibenarkan berkahwin, bercukur dan memotong rambut. Shneim Asar Chodesh (Bulan ke-12 ) – selepas tempoh ini barulah para Onen dibenarkan melakukan aktiviti-aktiviti harian mereka seperti biasa.
Bagi sesetengah golongan Yahudi berfahaman Zionis, mereka hanya berkabung selama 3 hari atau mungkin sehari sahaja mengikut keselesaan masing-masing. Tempoh Pengkebumian Mayat
Mengikut para rabbi, setiap orang Yahudi yang mati hendaklah mayatnya ditanam pada hari yang sama juga mengikut kemampuan. Sekiranya ia mati pada pagi Isnin maka mayatnya hendaklah ditanam sebelum tenggelamnya matahari.
Para rabbi percaya, melengah-lengahkan pengkebumian mayat bermaksud menghina takdir Tuhan dan tidak redha akan ketentuan yang ditetapkan oleh Tuhan Israel. Amalan Yahudi Ketika Mendengar Berita Kematian
Bagi orang Islam, apabila terdengar kematian, kita digalakkan untuk menyebut suatu doa yang berbunyi “innalillahi wainna ilaihi raaji’uun….”. Kalimah ini biasa kita sebut dan amat sinonim dengan kematian walaupun ianya boleh dibaca untuk tujuan-tujuan lain.
Memandangkan kalimah ini sering disebut ketika mendengar berita kematian maka kebanyakan orang Melayu akan berasa janggal jika menyebut kalimah ini untuk tujuan-tujun lain.
Bagi masyarakat Yahudi pula, jika terdengar kematian yang berlaku ke atas orang-orang Yahudi seperti mereka, mereka akan menyebut “Baruch dayan emet”. Pantang Larang Dan Kepercayaan Dalam Amalan Pengkebumian Yahudi
Berikut ialah pantang-larang dan kepercayaan yang diamalkan oleh para penganut agama Judais:
Tidak dibenarkan membawa bunga ke tanah perkuburan kerana menganggap ianya membazir.
Tidak dibolehkan mengawet mayat.
Mesti menanam mayat pada hari yang sama atau secepat yang boleh.
Keranda hendaklah dibuat dari kayu bukannya kepingan logam atau plastik.
Di dalam keranda tidak dibenarkan meletakkan sebarang barang-barang kesayangan si mati. Menurut kepercayaan rabbi Yahudi, manusia lahir ke dunia tanpa apa-apa dan mereka perlu kembali ke tuhan tanpa apa-apa.
Berhenti 7 kali semasa keranda dibawa ke kawasan perkuburan. Setiap kali berhenti, ayat dari Kitab Taurat perlu dibaca. Biasanya mereka membaca Surah Psalm (ayat ke-91).
Setiap ahli-ahli berkabung (Onen) diharuskan memakai tanda khusus pada baju sebagai tanda berkabung atau kesedihan kematian seseorang. Tanda itu biasanya berupa pin baju.
Setiap Onen juga diharuskan meratapi kematian si mati sebagai tanda kasih sayang akan kehilangan si mati.
(Gambar)Rasulullah SAW melarang meratapi kematian secara berlebih-lebihan kerana ia menyerupai amalan agama Yahudi. Kesimpulan
Jika dilihat pada tatacara amalan pengkebumian mayat, terdapat beberapa bahagian yang kelihatan hampir sama dengan apa yang dilakukan oleh umat Islam. Ini bukanlah bermakna kita umat Islam telah meniru amalan Yahudi, ini bermaksud kaum Bani Israel lebih dahulu melakukan hal-hal demikian sebagai mengikut ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakob.
Hal ini telah dinyatakan Allah di dalam surah an-Nal (ayat 123) yang bermaksud; “Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut agama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar.”
Namun begitu, amalan-amalan di atas kebanyakannya hanya diamalkan oleh penganut-penganut Judais di Israel khususnya golongan orthodoks. Manakala sebahagian besar orang Yahudi berfahaman sekular di Israel lebih gemar menyerahkan urusan berikut kepada Syarikat Persendirian yang menguruskan mayat. Ada juga yang lebih suka membakar mayat dan menanam abu sahaja.
Atas perubahan ini maka berlakulah percanggahan amalan dalam masyarakat Yahudi sehingga golongan Orthodoks terpaksa pula membuat fatwa sendiri bagi menjaga masyarakat mereka.
P/S : Artikel ini dibina untuk sahabat-sahabat yang mengajar kitab Fekah berkaitan hal ehwal fardhu kifayah di surau-surau dan masjid-masjid. Mudah-mudahan maklumat ini dapat digunakan untuk menjelaskan hukum-hukum yang dikuliahkan terutamanya bagi membezakan amalan mengurus jenazah antara Islam dan Bani Israel.
Yahudi Orthodoks Dan HDTV
oleh Ibnuyaacob
Yahudi Ultra-Orthodoks di Israel amat bersungguh-sungguh dalam menghalang komuniti mereka dari terpengaruh dengan sebarang elemen yang boleh menyebabkan gejala sosial.
Berikut ialah kempen iklan yang dikeluarkan oleh pertubuhan Hassedic di Israel untuk mengelakkan komuniti mereka dari melanggan channel HD yang dikeluarkan oleh syarikat YES.
Di bawah ini adalah lirik yang dinyanyikan oleh mereka. Ia bercampuran bahasa Inggeris dan Hebrew.
(Rabbi speech) Be warned holy land
of the hi definition
go out and erase this “toeivah” Oy Vey, the “toeivah” is here
He said Oy Vey
now the detail’s so clear
YES brought HD
Groise Tate please help
It’s a “broch” this HD on YES Gevald it’s Sedom and Gemorah
HDTV… it’s against the torah
HDTV… oy vey vey vey vey
Now the shikses look well
you will all go to hell
Or in Hebrew Yishmor HoKel Cause the HD is now on YES
Maksud beberapa perkataan di atas
Toeivah = dosa
Oy Vey= Oh tidak!
Groise Tate = Tuhan Syurga
Broch = sejenis tembok besar yang tinggi yang diperbuat dari batu-batu. Ia adalah gelaran bagi dinding tembok bagi kota-kota lama zaman dahulu.
YES = nama sebuah syarikat televisyen satelit di Israel
Gevald = ia adalah perkataan seumpama doa yang disebutkan oleh penganut Judais untuk meminta diri dilindungi oleh Tuhan Yahweh mereka. Contohnya, penganut Islam apabila ingin memohon dijauhkan sesuatu bala kita akan menyebut satu kalimah sahaja iaitu Na’uzibillah. Bagi penganut Judais mereka menyebut Oy gvauld atau Gevald atau gvauld.
Sedom and Gemorah= ianya nama bagi dua buah bandar zaman Nabi Lut. Disebut juga sebagai Sodom & Gemorra, merupakan kisah kaum Bani Israel di perkampungan Sodom & Gemorra yang menerima bala tuhan . Kisah ini disebut dalam Taurat, Injil dan Al-Quran.
Torah = Taurat (Kitab Taurat)
Shikses = adalah sejenis Kata Nama (noun) dan jamak kepada Shikse. Ia adalah gelaran kasar kepada perempuan Yahudi yang suka melanggar peraturan agama Judais. Perkataan shikses biasanya hanya digunakan dikalangan Yahudi Orthodoks sahaja untuk menghina perempuan jenis ini.
Yishmor Hokel= Tuhan selamatkanlah kami!
Mengapa kempen ini timbul?
Bukan semua Yahudi bersetuju dan bersependapat dengan Zionist. Kelompok Zionist di Israel dikenali sebgaai kelompok Yahudi Sekular yang dikira sebagai perosak kepada agama Judais dan kesucian Taurat dan Talmud. Memandangkan kelompok Zionist adalah kelompok majoriti, maka pengamal sejati agama Judais menetap di daerah-daerahnya sendiri.
Kelompok pengamal tulen ini digelar sebagai Yahudi Orthodoks atau Ultra-Orthodoks. Mereka berpegang teguh dengan fatwa-fatwa Rabbi (Paderi) mereka. Golongan Orthodoks ini berpendapat kesucian agama dan budaya Yahudi hanya dapat dijaga jika kelompok orthodox tidak bergaul dengan Zionis.
Kempen ini bertujuan menentang penjualan HDTV di Israel khususnya daerah-daerah yang didiami oleh Yahudi Orthodoks. Bagi mereka, kualiti resolusi yang melampau daripada televisyen boleh memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, remaja lelaki dan perempuan.
Yahudi Orthodoks juga menganggap membeli dan melihat HDTV adalah suatu dosa besar menentang kesucian kitab Taurat. Mereka bimbang kemudian hari kelak anak-anak muda komuniti Yahudi Orthodoks tidak lagi berminat belajar kitab taurat di Synagogue (kuil Yahudi). Mengenai Syarikat YES YES adalah sebuah syarikat perkhidmatan televisyen satelit di Israel seperti mana Astro jika di Malaysia. Ianya ditubuhkan pada 1998 dan biasanya lebih dikenali sebagai D.B.S Satellite Service. Namun begitu, siaran yang disediakan tidaklah sebanyak ASTRO.
Setakat ini, YES hanya menyediakan 5 siaran satelit iaitu YES Star HD, National Geographic, MGM HD dan Sport 5. Sebelum Oktober 2008, YES telah melancarkan 4 siaran baru iaitu
yesSTARS
yesWEEKEND
yesREAL
Summer Nights
Malangnya semua siaran ini terpaksa dibatalkan di Israel atas sebab-sebab dikatakan melanggar peraturan Taurat dan mengandungi hiburan yang melampau. Wallahu’alam…
P/S : Di Malaysia rancangan hiburan dari Subuh hinggalah ke tengah Malam. Bicara Mufti yang penting itu diletakkan pula di tengah malam. Walaupun ada rancangan agama tetapi 80% siaran setiap hari dipenuhi hiburan maksiat percampuran lelaki dan wanita. Tidak cukup dengan itu, dimasukkan lagi dalam akhbar harian setiap hari. Paling menyedihkan isu hiburan dan artis diberi pula edisi khas bersaiz kecil pada hari tertentu lebih dari 12 muka surat walaupun majalah-majalah hiburan telah bertimbun-timbun di pasaran.