And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, March 22, 2011

barak husin obama

 

Two Dreadful Facets of America for Muslims

This is the time for you to think what is right and what is wrong and with the advent of technology and media one is well aware of the facts around the world and this is where you are to learn and experience the true aspect and moral value of the life within oneself religion.
Whom to Believe: What To Trust: Two facets:
People are often unreasonable but let what can be done leaving them to their own destiny and moving forward might be the case for some, but for some it is time to make things work with the level of trust and integrity to explain one with the internal satisfaction to the very roots of one’s understanding of its belief helping to understand between righteous and wrongful.
Believe What You See:
It has been reported by CNN and other networks such as Facebook and other social networking websites hosting a event in American Church in which they are claiming to declare ISLAM as the religion of the devil and justifying themselves of their actions by posting comments that the  entire prospective for this event is to revenge themselves from the 9/11 attacks.
What Does Burning Quran Means?
Every Muslims is attached to their Holy Divine Book, Quran and as we know they would be burning that making it very obvious and clear that what they think about our religions, but let me tell you the educated but illiterate people are following such a person who is known to be a priest. My question to him would be that what religion denies the religion of ISLAM?
Well, to all my Brothers and Sisters it is evident that such a thing is being planned, but not to worry as to their surprise burning Quran is a permissible act in ISLAM, but not in this sense. However, millions of Muslims around the world are protesting to stop such a misery, but what do they know what in real they are up to.
Ramadan Welcome Fellow Muslims:
Here is the second facet, as they say America is known to be offering freedom of speech where one priest is actively busy in organizing to burn the sacred Book of Muslims and on the other hand the President of America congrats Muslims to welcome Ramadan and its great blessings that are to be started with a good note with festive ending.
We as Muslims are not to be hindered by these acts by the unbelievers and with cool minded have to follow the path of forgiveness making our practices worth the time and blessing and the rewards awarded to us on our good deeds. This is the time to loot the blessing of the upcoming month Ramadan Best Blogger Tips

Subhanallah

Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…
Sesungguhnya diri ni cemburu melihat mereka senyum riang mendapat anugerah syahid, kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga. Subhanallah..
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
paradigma mukmin
*Tidakkah anda cemburu dengan para syuhada ini? Saya amat mencemburui mereka.. Best Blogger Tips

WTC 2001

Paradigma mukmin
Minggu lepas saya terbaca satu maklumat tentang kejadian 9/11 di World trade Centre yang sebenarnya dirancang sebelum berlakunya bencana itu. Kesimpulan yang dapat dibuat adalah WTC itu sememangnya dilanggar pesawat tetapi itu hanyalah untuk mengalih perhatian dunia. Kebenarannya adalah WTC sebenarnya diletupkan dari dalam bangunan dan impaknya ditambah pula tengan tembakan missil.
Entri kali ini memaparkan beberapa fakta aneh yang dikesan sewaktu bencana ini berlaku. Namun,  fakta ini tidak dapat dapat sah kesahihannya samada benar atau tidak. Terserah kepada anda untuk menerimanya atau tidak.


Gadis Superhero Misteri
Paradigma mukmin

Perhatikan, didalam foto ini terdapat gadis perempuan yang masih hidup setelah gedung WTC yang dia ditempatkan telah dibinasakan dan mampu berjalan setelah bangunan itu  hangus hancur berlubang.
Respon lambat Bush
Paradigma mukmin
jam 8.45 wtc di bom. Sedangkan siBbush masih lagi bersama kanak – kanak tadika pada jam 9.05…
apakah selambat ini seorang presiden “dunia” menerima informasi  mengenai serangan terhadap negaranya?



Missing Twin
Paradigma mukmin

kembar WTC hilang bos…?! kan ini menara kembar, tetapi didalam gambar ini  cuma ada  satu. Tidak tahu la angle kameranya bagaimana.


Tiada bangkai pesawat
Paradigma mukmin
Setelah melangar bangunan, pesawat  seharusnya pecah berkecai dan jatuh ke tanah tetapi tiada sama sekali di gambar mana -mana bahagian  pesawat jatuh. Dan aneh sekali terdapat fuselage yang kotak hitamnya berada paling deket dengan sumber ledakan malah masih dalam keadaan elok, walaupun terbabit dalam ledakan yang dasyat.


Tiada saksi mata yang melihat pesawat
Paradigma mukmin
Paradigma mukmin
Penduduk New York City mengakui mereka tidak melihat pesawat semasa kejadian itu berlaku dan berpendapat ini adalah hanya perang psikologi (psychological warfare)


Terdapat missil
Paradigma mukmin
Paradigma mukmin
Paradigma mukmin

Misil kelihatan setelah gambar di zoom.

Tiada pesawat merempuh pentagon
Paradigma mukmin

Dalam kesemua foto yang merakam kehancuran Pentagon,  tidak terdapat satu pun gambar dari bahagian – bahagian pesawat. Menurut penjelasan pemerintah Amerika, itu terjadi kerana pesawat itu musnah kerana suhu yang terlampau tinggi. Persoalan disini adalah, suhu tersebut telah menghilangkan badan pesawat yang diperbuat daripada besi dan titanium itu sama sekali dari tempat kejadian, tetapi tidak berjaya pula melenyapkan mayat – mayat mangsa kejadian itu.

Point of impact
Paradigma mukmin

Ini efek rempuhan pada pentagon. Perhatikan lubang yang terhasil kesan daripada rempuhan itu sungguh aneh. Lubang terhasil pada bangunan sebelah sana dan tidak linear dengan tempat berlakunya rempuhan.


Potongan teratur
Paradigma mukmin
Berikut ini gambar tiang paksi WTC yang sudah runtuh. Potongan pada tiang keluli tersebut kelihatan sangat kemas seperti telah dipotong. Menurut pakar,  tiada bangunan yang roboh  yang potongan tiang paksi  sudah hancur terpotong sekemas ini..?
Best Blogger Tips

Melayu

akuislam.com
Kapten Ferdinand akhirnya mati terbunuh di Kepulauan Cebu, Filipina. Dia gagal untuk menyempurnakan pelayarannya dari Barat ke Barat tanpa berpatah balik dan akhirnya akan terus sampai ke Barat. Tetapi Enrique, Sebastian del Cano, Pigafetta dan beberapa orang lagi telah menjayakan misi itu.
Maka dengan itu, Enrique telah membuktikan bahawa bumi ini bulat. Kerana Enrique yang telah Berjaya menamatkan misi pelayaran pada titik yang sama bermula dari Barat terus ke Barat. Siapakah Enrique..?
Ya, Enrique sebenarnya orang melayu, orang kita. Atau nama melayunya Awang. Dia ialah seorang tawanan perang yang dibawa dari Melaka ke Lisbon, Portugis. Awang ditukar nama kepada Enrique bagi mengelakkan diskriminasi oleh kelasi kapal.
Peristiwa ini berlaku pada tahun 1521 yang jelas tercatat dalam buku sejarah yang dihasilkan oleh orang Itali sendiri, bertajuk “Ferdinand, Why They Became Famous”. Kisah ini juga terkisar didalam novel “Enrique Mengundang Jauh” dan “Hatimu Untuk Siapa” yang dikarang oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Antara laporan sahih pengembara sezaman yang terbaik tentang pelayaran Magellan mengelilingi dunia ialah laporan Antonio Pigafetta yang dikenali sebagai Primo Viaggio Intorno al Mondo (First Voyage Around The World). Penerbitan edisi pertama dalam bahasa Perancis pada 1525 berjudul Le voyage et nauigation, faict par les Espaignolz es Isles Mollucques, manakala edisi Itali hanya terbit pada 1536.
.
akuislam.com
Henrich atau Enrique, dikenali dalam sejarah pelayaran dunia sebagai “Enrique of Malacca”. Beliau pada mulanya merupakan hamba kepada tokoh yang dinobatkan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia, Ferdinand de Magellan. Sebenarnya beliaulah manusia pertama yang mengelilingi dunia dan mendahului rakan pelautnya yang lain untuk melengkapkan pusingan 360 darjah dengan mengambil masa selama sembilan tahun (dari 1511 hingga 1521).
Catatan sejarah di Lisbon membuktikan bahawa Enrique sememangnya wujud, tetapi kehadirannya samar memandangkan sebagai hamba, riwayat hidup dan pencapaiannya tidak diketengahkan mahupun disanjung. Oleh sebab itu, Magellan diangkat dan dinobatkan sebagai manusia pertama mengelilingi dunia dan fakta sejarah ini kekal hampir 500 tahun.
.
Bermulanya sejarah
Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia, sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.
Panglima Awang
Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda Melaka lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
dirantai tangan dan kaki
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
dirantai tangan dan kaki
lakaran panglima awang
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya.
Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
akuislam.com
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.
Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.
Charles I
Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Charles I
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
akuislam.com
Yang menariknya, Antonio Pigafetta didapati mengikuti ekspedisi Magellan  secara sukarela dan bertindak sebagai jurutulis. Pigafetta yang berbangsa Itali belayar bersama-sama Enrique  yang dinakhodai oleh Magellan sendiri. Berikutan itu, laporan Pigafetta merupakan rakaman pengalaman langsung setiap peristiwa yang berlaku dan disaksikan sendiri oleh penulisnya sepanjang ekspedisi tersebut.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes (Strait Of Magellan) yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
akuislam.com
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
akuislam.com
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.
Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
akuislam.com
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.
Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.
akuislam.com
Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.
Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.
Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing, menamatkan kisah perjalanan wira Melayu yang tidak didendang itu.
.
Fakta Panglima Awang
Asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih kekal misteri malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui.
‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.
Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Figafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu.
Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
.
Menjadi tanda Tanya..
Diari Pigafetta hanya menyatakan 18 orang yang selamat kembali ke pelabuhan Sanlucar de Barrameda, Sepanyol tetapi nama Enrique atau Panglima Awang tidak disenaraikan.
18 orang ini sampai pada 9 Jun 1522 dengan diketuai oleh Juan Sebastian Elcano dengan kapal La Victoria. Elcano dianggap sebagai orang yang berjaya melengkapkan pelayaran mengelilingi dunia.
Diari Pigafetta tidak menyatakan dengan jelas sama ada Enrique of Melaka kembali ke Melaka, kembali ke Sumatera atau menetap di pulau Cebu, Filipina.
Beberapa persoalan yang memerlukan kajian ialah :
  1. Apakah mungkin Enrique telah dikristiankan oleh Ferdinand Magellan dan menjadi orang Melayu pertama berjaya dimurtadkan?
  2. Di manakah letakkan kubur Panglima Awang ini jika telah kembali ke Melaka?
  3. Mengapa nama Enrique tidak termasuk dalam senarai 18 orang yang sampai ke Serville, Sepanyol itu.
  4. Mengapa sejarawan barat masih mengiktiraf Ferdinand Magellan sebagai orang pertama mengelilingi dunia dan bukannnya Elcano dan 17 sahabat yang lain dan seorang hamba Melayu bernama Enrique of Melaka atau Henry the Black?



** Maklumat – maklumat diperolehi dari:
  1. http://resam-melayu.com/2010/05/panglima-awang-siri-1.html
  2. http://ranjaudunia.blogspot.com/2008/11/enrique-mengundang-jauhsebuah-cerita.html
  3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Panglima_Awang
  4. Majalah Sirip Bil.71 – Ruangan Editorial
Best Blogger Tips

Bumi dan Langit

akuislam.com
Adapun terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj adalah kerana bumi merasa bangga dengan langit. Berkata dia kepada langit, “Hai langit, aku lebih baik dari kamu kerana Allah S.W.T. telah menghiaskan aku dengan berbagai-bagai negara, beberapa laut, sungai-sungai, tanam-tanaman, beberapa gunung dan lain-lain.”
Berkata langit, “Hai bumi, aku juga lebih elok dari kamu kerana matahari, bulan, bintang-bintang, beberapa falah, buruj, ‘Arasy, kursi dan syurga ada padaku.”
Berkata bumi, “Hai langit, ditempatku ada rumah yang dikunjungi dan untuk bertawaf para nabi, para utusan dan arwah para wali dan solihin (orang-orang yang baik).”
Bumi berkata lagi, “Hai langit, sesungguhnya pemimpin para nabi dan utusan bahkan sebagai penutup para nabi dan kekasih Allah seru sekalian alam, seutama- utamanya segala yang wujud serta kepadanya penghormatan yang paling sempurna itu tinggal di tempatku. Dan dia menjalankan syariatnya juga di tempatku.”
Langit tidak dapat berkata apa-apa, apabila bumi berkata demikian. Langit mendiamkan diri dan dia mengadap Allah S.W.T dengan berkata, “Ya Allah, Engkau telah mengabulkan permintaan orang yang tertimpa bahaya, apabila mereka berdoa kepada Engkau. Aku tidak dapat menjawab soalan bumi, oleh itu aku minta kepada-Mu ya Allah supaya Muhammad Engkau dinaikkan kepadaku (langit) sehingga aku menjadi mulia dengan kebagusannya dan berbangga.”
akuislam.com
Lalu Allah S.W.T mengabulkan permintaan langit, kemudian Allah S.W.T memberi wahyu kepada Jibrail A.S pada malam tanggal 27 Rejab, “Janganlah engkau (Jibrail) bertasbih pada malam ini dan engkau ‘Izrail jangan engkau mencabut nyawa pada malam ini.”
Jibrail A.S. bertanya, ” Ya Allah, apakah kiamat telah sampai?”
Allah S.W.T berfirman, maksudnya, “Tidak, wahai Jibrail. Tetapi pergilah engkau ke Syurga dan ambillah buraq dan terus pergi kepada Muhammad dengan buraq itu.”
Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di taman Syurga dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq?”
Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”
Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.”
Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Wallahu’alam.
Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj. Best Blogger Tips

BIBLE : SCIENTIFIC ERROS





GOSPEL OF LUKES CH.4 : V.5


http://www.youtube.com/watch?v=w0KW7FxOG_0&feature=related  Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts