And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

Berakhlak mulia


Daripada Abdullah bin Amru bin al-’As ra katanya: Bukanlah Rasulullah saw seorang yang bersifat keji dan Baginda tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji. Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang-orang yang terpilih antara kamu ialah orang-orang yang mulia akhlaknya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna. Baginda terpelihara dari sifat-sifat keji dan tidak pernah melakukan perbuatan keji.
Orang-orang yang berakhlak mulia adalah menjadi pilihan Allah dan mereka diberikan beberapa keistimewaan di dunia dan kedudukan yang tinggi di akhirat.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha menghindarkan diri daripada semua sifat-sifat yang buruk dan keji serta memperbaiki kualiti diri dengan menambahkan amal ibadat dan mengamalkan sifat-sifat mulia dari masa ke semasa. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts