And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, April 9, 2011

Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?




Konspirasi Dunia, Obelisk di Putrajaya?

Pernahkan anda mendengar tentang Obelisk? Saya pasti ramai daripada anda pernah terlihat binaan ini.

Tetapi apa sebenarnya Obelisk ini? Kenapa ia berada di serata dunia, termasuklah di negara kita, Malaysia sendiri? Tidak percaya? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kebenaran yang tersirat.

Obelisk ini sebenarnya berasal dari Tamadun Mesir Purba dibina untuk melambangkan Tuhan Matahari mereka (Ra) dan mereka percaya Ra wujud bersama Obelisk ini. Mereka telah membina lebih kurang 29 buah obelisk untuk Tuhan Ra mereka. Obelisk juga dikenali dengan nama ‘Cleopatra Needle’ dan diasaskan dari ‘Sun Pillar’.


Sun Pillar


Tahukah anda kenapa umat Islam wajib melontar batu di Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah? Ini adalah kerana tiang tersebut merupakan sebuah “obelisk” hasil dari tiang yang menjadi simbol pemerintahan Firaun pada zaman dahulu.

Dajjal dan tenteranya mengguna dan memanipulasi tenaga piramid (piramid pada hujung obelisk) dengan kaedah sains untuk tujuan yang jahat. Sebab itulah umat Islam wajib membaling batu di Jamratul sebagai tanda protes kepada manipulasi ini dan juga benci dengan iblis serta kejahatannya. Tidak ramai umat Islam yang memahami maksud simbolik kenapa perlunya membaling batu di Jamratul.

Semasa menunaikan Haji, umat Islam akan membaling batu sebanyak 7 kali dengan 7 biji batu dimulai dengan tertib di ketiga-tiga Jamratul bermula dari Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah dengan niat:
Bismillah, Allahuakbar Rajman Lisyaitani wahizbih (Dengan nama Allah, Tuhan Yang Maha Besar, aku melontar syaitan dan pengikut-pengikutnya)

Melontar


Obelisk pada zaman dahulu kala dibuat dari seketul batu yang diukir (monolith).

Perkataan ‘obelisk’ berasal dari ketamadunan Greek. Obelisk yang berasal dari Egypt (semasa zaman Firaun) dan merupakan yang tertinggi sekali terletak di hadapan bangunan Basilica of St. John Lateran, Rome, Italy. Semasa zaman kegemilangan Constantinople, maharajanya iaitu Theodosius I bagi bahagian timur Turki, telah meletakkan sebuah obelisk di Hippodrome of Constantinople, Turki. Tidakkah kamu sedar wahai penganut Kristian, agama kamu telah diubah menjadi agama Pagan? Ajaran asal Nabi Isa a.s tidak mengajar kamu mengagungkan binaan syaitan ini!

Terdapat 28 lokasi yang terletaknya obelisk asal dari zaman Firaun iaitu di:

Mesir (8 buah)
Pharaoh Tuthmosis I, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Ramses II, Luxor Temple
Pharaoh Hatshepsut, Karnak Temple, Luxor
Pharaoh Senusret I, Heliopolis, Cairo
Pharaoh Ramses III, Luxor Museum
Pharaoh Ramses II, Gezira Island, Cairo, 20.4 m
Pharaoh Ramses II, Cairo International Airport, 16.97 m
Pharaoh Seti II, Karnak Temple, Luxor, 7 m

Perancis (1 buah)
Pharaoh Ramses II, di Place de la Concorde, Paris

Israel (1 buah)
Caesarea obelisk

Italy (11 buah termasuk 1 di Vatican City)
8 di Rome
Piazza del Duomo, Catania (Sicily)
Boboli Gardens (Florence)
Urbino

Poland (1 buah)
Ramses II, Poznan Archaeological Museum, Poznan (pinjaman dari Ägyptisches Museum und Papyrussammlung, Berlin)

Turki (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, in Square of Horses, Istanbul

United Kingdom (4 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Victoria Embankment, London
Pharaoh Amenhotep II, in the Oriental Museum, University of Durham
Pharaoh Ptolemy IX, Philae Obelisk, at Kingston Lacy, near Wimborne Minster, Dorset
Pharaoh Nectanebo II, British Museum, London

Amerika Syarikat (1 buah)
Pharaoh Tuthmosis III, “Cleopatra’s Needle”, di Central Park, New York

Adakah Obelisk ini wujud di Malaysia? Pasti ramai antara kita yang tidak tahu dan perasan sebenarnya di Malaysia tidak terlepas dari binaan dajal ini. Obelisk di Malaysia terletak di Precint 2, Putrajaya. Berikut adalah petikan dari laman web Malaysia Travel Guide:

This is the city’s own version of the Washington Monument in Washington, DC. Considered to be the national monument of Putrajaya, the Millennium Monument is a metal obelisk that stands 68 meters tall and is located within a 25-hectare park situated in Precinct 2. The etchings adorning the monument depict key moments and events of Malaysia’s history.


Sabda Rasullulah: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka (iaitu kaum berkenaan). – Hadis Riwayat Abu Daud


National Millennium Monument, Precint 2 Putrajaya

Berikut adalah gambar-gambar obelisk di serata dunia.

St. Peter Square, Vatican.

Luxor Obelisk, Paris

Central Park, New York

Buenos Aires, Argentina

Pheonix Park, Dublin

Sao Paolo. Brazil

Istanbul, Turki

London, England


Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. – Luqman 13
Best Blogger Tips

Suruhanjaya Diraja mahu diperalatkan lagi?



Ketika anggota keluarga dan seluruh negara berkabung di atas kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani Mohamed di bangunan pejabat SPRM, Jemaah Menteri mahu menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) untuk menyiasat sama ada wujudnya unsur zina dalam video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEDalam keghairahan Umno untuk “mengenakan” Anwar, Jemaah Menteri, seperti yang dijangka mengelak daripada memberikan pembelaan tegas kepada keluarga Sarbani.

Keputusan muktamad mesyuarat Jemaah Menteri semalam adalah: RCI untuk Anwar (jika siasatan polis tidak “meyakinkan”) dan “kemungkinan” siasatan inkues diadakan untuk Allahyarham Sarbani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dikenali sebagai seorang yang tidak pernah ambil peduli reaksi rakyat terhadap kenyataan-kenyataannya selagi beliau kekal memegang jawatan berstatus Menteri.

NONEJusteru, sekalipun seluruh rakyat berkumpul di luar Parlimen membantah penubuhan RCI untuk menyiasat fitnah video lucah Anwar, ia tidak memberi sebarang kesan kepada Nazri mahupun Jemaah Menteri.

Bagi Nazri, tidak ada keperluan menjelaskan kepada rakyat kenapa kes Altantuya tidak ada RCI. Begitu juga dalam kes Sarbani.

Nazri dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab kepada keluarga Sarbani kenapa Jemaah Menteri menganggap kematian Allahyarham “tidak sama” dengan kematian Teoh Beng Hock walhal kedua-dua mereka mati dalam perkarangan pejabat SPRM.

Yang jelas, kes Sarbani menerima reaksi yang begitu hambar daripada Najib dan Jemaah Menteri sendiri kerana fokus mereka adalah sebuah video lucah yang dipergunakan untuk mengaib musuh politik utama Umno-BN iaitu Anwar.

NONERamai pihak menggeleng kepala dengan persoalan sama - Kenapa video lucah memerlukan penubuhan RCI manakala kematian seorang pegawai kastam dibiarkan “mengikut prosedur undang-undang yang ada”.

Oh ya, kerana Anwar mungkin jadi PM, kata Nazri dan juak-juak Umno.

Mungkin Anwar akan jadi PM… hakikat adalah Najib sudahpun menjadi PM sementara kematian Altantuya dan pembayaran komisyen untuk kapal selam masih belum terjawab.

Hakikat juga adalah satu lagi nyawa sudah diragut di pejabat SPRM dalam keadaan mencurigakan.

NONEUcapan takziah untuk keluarga Allahyarham Sarbani diiringi dengan persoalan di mana letaknya keutamaan Jemaah Menteri dalam memberi pembelaan kepada rakyat.

Namun, semua pertanyaan ini tidak akan memberi kesan kepada Umno dan BN.

Kematian seorang pegawai kanan Kastam tidak akan mengalih Umno daripada misi mengaibkan Anwar sebaik mungkin.

Nazri berkata jika “rakyat” tidak puas hati dengan hasil siasatan polis terhadap isu video lucah itu, maka RCI akan ditubuhkan untuk menyiasat siapa pelakunya dan sama ada unsur zina berlaku.

Bagi mereka yang arif dengan simpang siur Umno, kenyataan Nazri itu dilihat sebagai satu ugutan halus untuk polis memastikan siasatan mereka mendapati Anwar adalah pelaku yang melanggan khidmat pelacur dalam rakaman berkenaan.

NONESebarang hasil siasatan polis yang tidak merumuskan sedemikian akan mengundang limpahan memorandum daripada PERKASA, GAPS dan badan-badan yang kononnya mewakili rakyat, menuntut di tubuhkan RCI.

Inilah “rakyat” jati yang dimaksudkan oleh Nazri dan suara mereka menjadi pedoman kepada beliau dan Jemaah Menteri pimpinan Najib.

Persoalannya kenapa badan-badan ini dan Nazri begitu gah membawakan isu RCI ketika polis masih menjalankan siasatan?

Kenapa tidak tunggu sehingga siasatan polis selesai dan biar polis sendiri mempamerkan ketelusan siasatan bersabit video lucah itu sebelum langkah susulan dipertimbangkan?

Jawapannya adalah terikat kepada keinginan dan keghairahan Umno untuk mengaibkan Anwar seberapa lama yang boleh.

Tidak puas hati dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang sekadar mengesahkan video itu tulen namun pelakunya belum dikenalpasti, Umno mengatur langkah mempersiapkan sebuah RCI pula untuk memastikan Anwar terus diaibkan.

azlanMalah Nazri sudah pun mengumumkan bahawa antara terma rujukan RCI itu adalah untuk memastikan sama ada berlaku jenayah zina oleh pelaku dalam rakaman itu! Nampaknya semua sudah pun ditentukan. Hanya anggota panel RCI sahaja belum didedahkan.

Umno sengaja lupa bahawa Anwar sendiri membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan terhadap video fitnah itu dijalankan selepas menolak beliau kononnya adalah pelaku dalam rakaman itu.

Anwar dan pejabat PKR turut mengemukakan bukti-bukti berkaitan untuk mensabitkan video itu adalah fitnah semata-mata oleh dalang yang disokong pimpinan tertinggi Umno .

NONENamun Tan Sri Rahim Thamby Chik, Datuk Sharzyl Eskay dan Datuk Shuib Lazim yang mengaku menayangkan video kepada media masih bebas.

Hubungan mereka dengan Umno adalah amat jelas, malah mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri pada 22 Mac, sehari selepas video berkenaan disebarkan dan identiti mereka terbongkar.

Haruskah rakyat percaya bahawa Najib dan Kabinetnya, termasuk Nazri bertindak atas kepentingan nasional semata-mata dalam mengusulkan penubuhan RCI bersabit sebuah video lucah.

azlanBagaimana pula dengan keperluan untuk memberi pembelaan setimpal kepada Allahyarham Sarbani dan mendiang Altantuya?

Dalam dunia politik matlamat menghalalkan cara, lebih-lebih lagi apabila kelangsungan Umno bergantung kepada agenda memusnahkan Anwar Ibrahim baik dari segi politik mahupun maruahnya sebagai seorang insan. Best Blogger Tips

Lampu Merah.....berhenti la


Suatu Hari.......

Dari kejauhan, lampu lalulintas di satu persimpangan itu masih menyala hijau. Harun segera menekan pedal minyak kenderaannya. Dia tak mau terlambat. Apalagi ia tahu penempatan di situ cukup padat sehingga lampu merah biasanya menyala cukup lama. Kebetulan jalan di depannya agak lengang. Lampu berganti kuning. Hati Harun berdebar berharap semoga ia boleh melepasi lampu hijau itu dengan segera.

Tiga meter sebelum garis jalan, lampu merah menyala. Harun bimbang, haruskah ia berhenti atau terus saja. "Ah, takkan nak brake mendadak," fikirnya sambil terus memandu laju.
Priiiiiiiiiiiiiiit! Di seberang jalan seorang pegawai polis melambaikan tangan memintanya berhenti. Harun menepikan kenderaannya agak jauh sambil mengumpat dalam hati. Dari cermin pandang sisi ia melihat pegawai polis itu. Wajahnya tak terlalu asing baginya.

Jamal rupanya! Sahabat baiknya semasa di sekolah menengah dulu. Hati Harun agak lega. Dia cepat cepat keluar sambil melambai mesra.
"Pekabo, Jamal! Lamanya tak jumpa...last jumpa masa aku kawen dulu"
"Aku baik je." Tanpa senyum.
"Alahai...aku ndak cepat nih. Bini aku dah lama menunggu di rumah."
"Oh ye ke?" Nampaknya Jamal ragu.
"Ye la Mal, hari ini bini aku punya birthday. Dia dan anak-anak sudah menyiapkan semuanya. Tentu aku tidak boleh terlambat, kawan-kawannya pun sedang menunggu "
"Aku paham. Tapi, sebenarnya aku dah lama peratikan kau...selalu sgt kau langgar lampu merah di persimpangan ini." Harun mesti ganti strategi.
"Jadi, kau nak menyaman aku ker? Tapi tadi aku tidak melanggar lampu merah. Sewaktu aku jalan lampu kuning masih menyala." Berdusta sedikit boleh melancarkan keadaan fikir Harun.

"Ok. Sebenarnya aku nampak jelas. Tolong keluarkan lesen dan kad pengenalan."
Dengan kesal Harun menyerahkan lesen dan kad pengenalan lalu masuk ke dalam kenderaan dan menutup kaca tingkapnya. Sementara itu Jamal menulis sesuatu di buku catatannya. Beberapa saat kemudian Jamal mengetuk kaca tingkap kereta harun. Harun memandang wajah Jamal dengan penuh kecewa. Diturunkan tingkap sedikit saja.
"Ah, satu inci cukup untuk memasukkan surat saman." Fikir Harun. Tanpa berkata-kata Jamal terus kembali ke tempat dia bertugas. Harun mengambil surat saman yang diselitkan Jamal. Tapi, hei apa ini. Ternyata lesen memandu dan ic dikembalikan bersama sebuah nota. Kenapa ia tidak menyaman aku. Lalu nota ini apa? Semacam gurauan atau apa? Tergesa-gesa Harun membuka dan membaca nota yang berisi tulisan tangan Jamal.


"Harun...

Kau tahu kan aku dulu ada seorang anak perempuan dan seorang isteri yang cantik. Sayang, mereka sudah meninggal dunia. Dilanggar pemandu yang tidak memperdulikan lampu merah di
persimpangan ini. Pemandu itu dihukum penjara selama 3 bulan. Sekarang pemandu itu bebas bertemu isteri dan memeluk ketiga2 anaknya lagi. Sedangkan anak dan isteriku sudah tiada. Hari ini aku sendirian menyesali peristiwa itu. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Beberapa kali aku cuba memaafkan pemandu itu tetapi sangat sukar. Begitu juga kali ini bila sahabatku sendiri memandu seperti pemandu itu. Aku kecewa teramat sgt. Berhati-hatilah ketika memandu Run" - Jamal

Harun terkedu. Ia segera keluar dari kenderaan mencari Jamal. Namun, Jamal sudah meninggalkan pos tempat ia bertugas. Sepanjang jalan pulang ia memandu perlahan dengan hati tak tentu sambil berharap kesalahannya dimaafkan.

Tak semestinya anggapan kita adalah sama dengan pengertian orang lain. Boleh jadi suka kita adalah duka rakan kita. Hidup ini sangat berharga, jalanilah dengan penuh hati-hati, mengerti perasaan orang lain dan bertimbangrasa. Best Blogger Tips

Perempuan seksi



Aurat Wanita
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat Best Blogger Tips

ALLAH SANGAT HEBAT...;p


Akhir 2008, saya bertemu dengan sebuah pencarian panjang iaitu hidayah. Ceritanya bermula dengan saya mengikuti jemaah tabligh. Saya mengenal Islam yang sebenar dengan cara yang sangat santai, iaitu mengenal Allah terlebih dahulu.
Pada awalnya, saya sangat tidak impressive dengan mereka kerana melalui ceramah-ceramah mereka, mereka keep on emphasizing, "Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa".
Hampir semua orang keep on saying that short sentence- Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.
Jika sedang makan, saya dididik, "Allah bagi kenyang, makanan hanya sebab". Jika naik kenderaan, saya diajar, "Allah bagi sampai, kenderaan ini hanya sebab".
Begitulah, dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang besar-besar, semua dikaitkan dengan Allah.
Saya pernah beranggapan bahawa golongan ini kurang menekankan aspek ilmu, tapi nyata saya tersilap. Apakah ilmu yang lebih besar selain daripada ilmu mengenal Allah?
Alhamdulillah. Saya wajib berterima kasih kerana mereka melayan saya seperti kanak-kanak. Apa tidaknya, saya diajar bahawa bukan pisau yang memotong, tapi Allah yang potong. Saya dilatih, 'Jika kamu memandang kepada pokok/ haiwan/ kapal terbang atau apa-apa saja, kaitkan ia dengan Allah'.
Benda yang remeh, kan? Tapi secara tak langsung, 'perkara remeh' inilah yang membuka mata saya, seolah-olah saya 'melihat Allah'. Maksud saya, merasakan sangat hampir dan dekat dengan Dia.
Subhanallah.
Saya mahu kiranya kalian juga dapat menikmati perasaan ini. Iaitu rasa kagum kepada Tuhan.
Sunnatullah.
Pernah kalian belajar tentang ini? Saya bukan nak ajar, cuma nak berkongsi. Dalam dunia ini, Allah telah meletakkan ketentuan yang dipanggil sunnatullah. Dalam erti kata lain, ia ialah 'sebab dan akibat'. Sebagai contoh : Kita makan (sebab), kita kenyang (akibat). Ini fahaman kita sejak dari nenek moyang kita lagi.
Maaf. Fahaman bahawa semua 'akibat' adalah berpunca dari 'sebab' ialah satu fahaman yang tersilap. Ini adalah kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai fahaman bahawa bukan sebab yang membawa kepada akibat, tetapi Allah yang membawa akibat.
Sebagai contoh: Kita makan (sebab) dan kita kenyang (akibat).
Ahli Sunnah Wal Jamaah berfahaman bahawa yang memberi kekenyangan bukanlah nasi atau makan, tapi Allah yang beri kenyang.
Cuma, kita perlu ikut ketetapan yang ditentukan tadi, iaitu Sunnatullah.
Ini adalah kerana Allah berfirman :
'Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.'  (surah al-Kahfi ayat 84)
'Jalan' yang dimaksudkan ialah 'cara'. Sebagai contoh - Kamu mahu kenyang, kamu harus makan. Kamu mahu berjaya, kamu harus berusaha. Kamu mahu masuk syurga, kamu perlu buat amal soleh. Ini syaratnya. Ini requirement nya dan inilah ketetapannya. Kejayaan tidak datang dengan melepak. Kenyang tidak datang dengan menonton televisyen. Sembuh tidak datang dengan tidur. Semua telah ditetapkan.
'Yang demikian adalah menurut "sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah yang telah lalu; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "sunnatullah" itu'.- (Al Ahzaab ayat 62)
Dalam erti kata yang lain, Allah mengajar kita bahawa semua benda berlaku bersebab, tapi bukanlah sebab itu yang membawa kepada akibat. Hakikatnya ialah Allah.
Kerana itu, api yang panas yang sifat dan kebiasaannya membakar, menjadi sejuk dan nyaman dalam peristiwa Nabi Ibrahim a.s dihumbankan ke dalam api oleh Raja Namrud.
Kerana itu jugalah, Nabi Isa a.s dilahirkan oleh Mariam tanpa bapa. Kerana hakikat sebuah akibat (kelahiran) ialah Allah.
Kerana itu juga, kita melihat bahawa ada orang makan sepinggan sudah kenyang, ada orang perlu makan lima pinggan baru kenyang. Ini bukti bahawa Allah telah menetapkan bahawa yang Dia yang memberi kenyang, bukan makanan. Jika makanan yang memberi kenyang, mudah dunia ini. Setiap orang hanya perlu makan sebiji kacang setiap orang, jika benar ia (kacang) ada kemampuan memberi kenyang.
Nyata tidak, kerana kuasa memberi kenyang hak mutlak Allah sahaja.
Kerana memahami sunnatullah inilah, saya diajar supaya apabila saja menerima wang dari ibubapa saya, saya wajib berterima kasih kepada mereka dan wajib saya berterima kasih kepada Allah. Memang zahirnya, ibubapa saya yang beri saya wang, tapi hakikatnya Allah yang beri.
Inilah yang dinamakan konsep usaha-tawakkal.
Saya wajib berusaha- iaitu mewujudkan sebab. Contoh: saya belajar. Maka, selepas saya melakukan 'sebab' maka saya wajib bertawakkal. Jika Allah mahu, Dia boleh beri saya berjaya atau jika Dia tidak mahu, saya gagal. Inilah yang dinamakan "tawakkal dengan berbekal"
Kesimpulan
Saya mahu kita menanam satu budaya, iaitu 'melihat Allah'. Kita tanam rasa kagum dan rasa nampak kehebatan Allah dalam setiap yang kita buat dan kita nampak. Caranya, jika nampak kucing yang comel, kita kaitkan dengan hebatnya Allah yang ciptakan kucing ini.
Kita juga harus faham benar bahawa 'hakikat akibat' ialah hak Allah. Allah beri kenyang. Allah beri sembuh. Allah beri sakit. Makan ialah makhluk. Rehat ialah makhluk. Riadah ialah makhluk. Ia cuma menjadi cover luar sahaja.
Mudah nak faham, cuba bayangkan jika dunia ini tiada ketentuan (peraturan). Maka, kita akan lihat ada manusia akan makan racun serangga, tak mahu makan nasi. Tapi kenapa sekarang, manusia makan nasi dan tidak makan racun? Kerana Allah telah menetapkan bahawa fungsi racun ialah membunuh serangga dan fungsi nasi ialah memberi tenaga.
Dan ingatlah juga peristiwa apabila Firaun bertanya kepada Nabi Musa a.s, "Siapa Tuhan kamu?" Musa a.s menjawab, "Tuhan kami ialah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu, kejadian semulajadinya yang sesuai dengannya, kemudian Dia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya" (20;50)
Maka, lihatlah diri kita. Bukankah itu tanda bahawa Allah hebat?
Perut yang kembali lapar selepas beberapa jam makan, rambut yang kembali panjang selepas sebulan digunting, kuku yang kembali panjang selepas seminggu dipotong, tanda bahawa Allah telah menetapkan segala sesuatu. Jika manusia hebat, katakanlah kepada perut, "Hai perut, janganlah kau lapar selama seminggu". Boleh begitu?
Jelas, Allah sangat hebat. Cuma kerana kita tertipu dengan 'sebab' , kita tidak nampak bahawa 'akibat' ialah datang dari Allah. Kita tak nampak yang Allah itu hebat. Sangat malang!
Allah sangat hebat.
Maka, mari sama-sama kita 'melihat Allah'. Kita kaitkan makan, minum, dan tidur dengan Allah. Sesungguhnya Allah sangat berkuasa, makhluk tiada kuasa. Makhluk hanya 'sebab' dan 'akibat' ialah segalanya dari Allah.
Ya, Allah sangat hebat. Best Blogger Tips

Cinta Dunia dan Cinta Akhirat


Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dan menyintai. Cinta itu juga mempunyai tafsiran yang luas dan berbeza-beza. Rasa cinta dan sayang itu bukanlah hanya terbatas kepada lelaki dan wanita sahaja. Cinta itu sangat universal dan boleh dizahirkan dalam apa jua bentuk dan apa jua keadaan. Rasa cinta itu boleh diterjemahkan kepada rasa cinta terhadap kerjaya atau kerja, harta, ilmu dan sebagainya.
Namun dalam dunia serba moden ini, apabila menyentuh mengenai cinta ia akan ditujukan kepada sama ada cinta antara lelaki dan wanita ataupun cinta manusia kepada kebendaan iaitu harta dan kemewahan. Pemikiran jumud begini boleh menjadikan manusia hamba duit tanpa memikirkan mengenai akhirat.
Namun begitu masih ada yang bijak menguasai dunia dan mengharapkan kebaikan di akhirat. Mereka ini adalah golongan yang beruntung kerana diberikan ni'mat untuk merasai kedua-duanya. Dan seharusnya mereka memperolehi keberkatan ini hanyalah kerana pencarian mereka yang seimbang antara dunia dan akhirat tanpa lalai walaupun dalam seminit.
Sesungguhnya mereka seperti ini telah disebutkan oleh Allah SWT yang bermaksud, "Dan bersabarlah kamu bersama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batasnya ." (Surah al-Khafi : 28)
Sebagai seorang Muslim yang akan dibangkitkan pada hari kiamat kelak perlu mempersiapkan diri untuk mendapat kecintaan yang hakiki di akhirat nanti. Memang benar, kehidupan di dunia juga perlu dititikberatkan bagi membawa satu imej yang hebat di mata-mata musuh Islam. Namun begitu, segala kekayaan dan kemewahan itu pula, hendaklah jangan kedekut untuk dibelanjakan bagi mencapai kesenangan di akhirat.
Itulah yang dinamakan keseimbangan antara kehendak dunia dan keperluan akhirat. Namun, ramai yang pada hari ini apabila sudah menemui kejayaan di dunia akan melupakan kehidupan selepas kematian nanti. Ketika itulah segala amalan di dunia akan diambil kira. Segenap 'sen' harta akan dihisap sama ada digunakan ke jalan Allah ataupun segala kemewahan itulah yang melalaikan hamba-Nya ini.
Penuhi amal dan iman
Satu jalan mudah untuk menjauhi sifat kedekut yang menandakan itulah perasaan terlalu cintakan dunia ialah penuhi dengan amal dan iman. Dua perkara ini mampu membersihkan jiwa dan hati daripada menjadi keras daripada hanya memikirkan dunia semata-mata.
Pernah berkata, Al-imam Sufyan al-Tsauri r.h.m. "Telah sampai kepadaku bahawasanya akan datang satu masa kepada umat manusia di mana pada masa itu semua hati-hati manusia dipenuhi oleh kecintaan terhadap dunia, sehingga hati-hati tersebut tidak dapat dimasuki rasa takut terhadap Allah SWT.Dan itu dapat engkau ketahui apabila engkau telah memenuhi sebuah bakul kulit dengan sesuatu hingga penuh kemudian engkau cuba memasukkan barang lain ke dalamnya namun engkau tidak mendapati ruang untuknya lagi,". Best Blogger Tips

Wanita solehah



"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat." Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah swt?
Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik ? Setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?

Sabda Rasulullah Saw: Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Harta Paling Berharga

Bagi orang yang berpuasa, mereka akan memasuk syurga melalui pintu puasa yakni pintu Ar-Rayyan, begitu juga yang syahid, dermawan dan sebagainya. Tetapi bagi wanita solehah, mereka ada peluang untuk memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang mereka sukai. Sungguh tinggi darjatnya disisi Allah swt. Abaikanlah andai darjat anda disisi manusia diperosok ke dasar yang paling bawah kerana sifat solehah anda. Utamakan apa sahaja di sisi Allah Swt.
1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.
3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Best Blogger Tips

Bomoh? Dah Memang Kerja UMNO Dari Dulu




Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh

Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.

“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.

“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.

“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.

Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.

“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.

Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.

“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya. -mk

Ulasan GB

Sesetengah pemimpin UMNO diketahui memang menggunakan perkhidmatan bomoh.

Malah ada yang teah berbunuhan dan terbunuh lantarannya.

Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.

Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.

Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh untuk melakukan proses mandi bunga kira-kira jam 10 malam.

Sewaktu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, beliau menemui kerts manderam terlekat di bawah mejanya. Sehingga kini belum diketahui siapa melakukannya tetapi dipercayai ia hasil kerja isteri kepada orang yang ingin Pak Lah cepat berundur sebagai PM supaya suaminya dapat menjadi PM ketika itu. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu.

Perkhidmatan bomoh amat laris apabila tiba musim pemilihan parti UMNO dan pilihanraya.

Bagi mereka, kerja syirik itu berbaloi jika tujuan mereka tercapai sedangkan Allah mengizinkan perlakuan mereka untuk menjadi mereka bertambah sesat sebelum dihantar ke neraka jahanam yang kekal abadi.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts