And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

Duit perkeso dilabur dlm syarikat arak

PERKESO dalam Syarikat Arak
Oleh Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
Berdasarkan laporan tahunan bermula 2007 hingga 2009 dari Syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad telah membuktikan bahawa Pertubuhan Keselamatan Sosial [ PERKESO ] merupakan pemegang saham di dalam syarikat tersebut .
PERKESO merupakan sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan polisinya adalah memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja – pekerja serta tanggungan yang layak . PERKESO memperolehi dananya melalui kutipan caruman yang dikutip setiap bulan dari potongan gaji pekerja .
Persoalannya ialah hampir 90% kakitangan PERKESO merupakan kakitangan yang beragama Islam dan ini akan menimbulkan kerunsingan dan kerisauan yang serius kepada mereka apabila sumber pendapatan mereka diragui halal dan bersih .
Sebagai sebuah negara ummat Islam , sepatutnya kerajaan peka perkara ini dan tidak meletakkan rakyat rasa terhina dengan perkara seperti ini . Apakah tidak syarikat lain untuk PERKESO miliki sahamnya sedang mereka menyedari sebahagian besar kakitangan mereka adalah muslim .
Kerajaan sewajarnya bertanggungjawab lantaran PERKESO adalah sebuah entiti kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia .
Laporan Tahunan 2007 – 2009
Syarikat Calsberg Brewery Malaysia Berhad .
sila klik url di bawah untuk melihat laporan yang lebih jelas :
[ http://www.carlsbergmalaysia.com.my/web/investor/pdf/ar/2009/ar09_120-121.pdf ]







Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts