And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, August 3, 2011

Datin vs Ustazah..




Dunia itu indah, cukup indah..
Tapi akhirat lebih bahagia..


Datin Hasnah dan Ustazah Rahmah merupakan dua sahabat karib yang sudah berkawan sejak kecil lagi..sudah hampir 5 tahun mereka tidak berjumpa...suatu hari, Ustazah Rahmah datang melawat Datin Hasnah di rumah beliau..mereka berborak panjang..antara perkara yang mereka bincangkan..


Datin Hasnah : laki aku bakal jadi tan sri tau!
Ustazah Rahmah : suami saya seorang ustaz..
Datin Hasnah : kesiannya kau..mesti hidup susah kan...
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : anak sulung aku bakal jadi engineer!
Ustazah Rahmah : anak sulung saya bakal jadi cikgu..
Datin Hasnah : tak standardnya..engineer profesion kelas pertama tau!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : anak aku yang no.2 kat paris sekarang..belajar fashion designing..
Ustazah Rahmah : anak no.2 saya kat mesir..belajar pasal syariah..
Datin Hasnah : Syariah je?..ada keje ke esok lusa nanti..
Ustazah Rahmah : InsyaAllah..

Datin Hasnah : anak aku yang bongsu dapat SBP..terbaik dalam Malaysia..
Ustazah Rahmah : anak bongsu saya masuk sekolah pondok...
Datin Hasnah : ish ish...sekolah pondok je?
Ustazah Rahmah : alhamdulillah...

Datin Hasnah : Harijadi aku hari tu, aku dapat Ipad..kau dapat apa?
Ustazah Rahmah : Al-Quran..
Datin Hasnah : emm..Ok la tu daripada tak dapat apa-apa kan..
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : masa lapang, aku selalu pegi shopping kat pavilion, driver aku hantar naik kereta Ferraro..
Ustazah Rahmah : saya tak banyak masa lapang, sebab saya kene pergi masjid ajar kelas fardu ain..naik bas..
Datin Hasnah : ooo..kesian!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..

Datin Hasnah : Rumah banglo ni aku beli sendiri tau..guna duit aku..bayar cash!
Ustazah Rahmah : alhamdulillah..murah rezeki awak..
Datin Hasnah : Kau ada rumah yang kau beli sendiri tak?
Ustazah Rahmah : Kat dunia ni takda la..kat akhirat nanti, InsyaAllah...




Sesetengah orang lebih berbangga dengan harta dan kelebihan yang Allah pinjamkan di dunia..tapi sesetangah orang memilih untuk bersederhana di dunia kerana bagi mereka, dunia hanyalah persinggahan sementara..kehidupan di alam sana lebih mereka nantikan..kita bagaimana?
Best Blogger Tips

Cinta : Geli Geli : Seks




Ok first of all, aku nak bagitahu entri berdasarkan cinta, seks dan perempuan whatsoever ini akan di hasilkan di dalam dua entri mengikut permintaan sebahagaian daripada kalian di page Facebook 1001Perempuan tempoh hari.

Ok di dalam dunia yang serba moden dan di kelilingi dengan pertumbuhan serta kemajuan teknologi. Err macam shit betei je kan ayat macam karangan SPM.
Dalam dunia sekarang nie, yang macam macam kes di laporkan nie, yang semakin ramai perempuan nie korang agak agak berapa ramai yang pernah melakukan sex-before-marriage?
Dalam jumlah 1000 responden kalau di buat kajian, aku boleh kata around 80% surely akan kata diorang pernah lakukan One Night In Paris  dengan dia punya awek/pakwe.

Pernah tak korang terfikir camna boleh jadinya macam nie? Apa sebab utama?
Nak kata kurang pendidikan, sangat sangat @#@@*& bunyinya ye dak?
Nak kata kurang kasih sayang, boleh juga.

Kebiasaannya ada stage dalam perhubungan yang berkaitan dengan seks ni.


Baru Kenal
Ok masa nie masing masing perangai dah macam malaikat dah. Bila mesej segala hadis keluar. Nak nak pihak lelaki. Ayat manis gula batu! Biasalah nak dapat pelanduk kena pakai umpan terbaik ye dak? Masa nie kalau tersentuh tangan pun mintak maaf segala kata tak sengaja.


 Dialog tipikal
L : You tau tak kenapa lelaki lebih dalam segalanya? Sebab lelaki itu seorang Imam.
P : Itu I taulah. Tapi you boleh ke jadi imam I nanti nie?
L : Eh boleh la. I dah biasa jadi imam dalam hostel dulu. Eh terpegang dada u pulak. Maaf.
P : Kalau ada perkataan TER tu takpe. *blushing.


Sebulan Keatas 
Masa nie perempuan biasanya sudah gila bayang habis dengan pakwe diorang. Semua rasa kasih rasa sayang dah di curahkan kepada pasangan. Masa nie jugaklah diorang anggap pasangan diorang tu lah their-future-husband. So ringan ringan or geli geli bukan satu masalah. Jantan tu future husband, so segala bekas bekas finger print dekat tubuh tu, jantan tu jugaklah yang kena mamah kena hadam bila dah jadi husband nanti. Keluar malam berdua pun dah jadi halal. Tengok wayang pilih seat paling hujung sekali. Orang tengok filem yang dia dok buat filem jugak. Skrip dalam filem tu takdelah mendesah mendengus segala. Tup tup ada sound effect suara gaya gaya Sora Aoi. Keluar wayang bagi yang free hair tutup leher pakai rambut lurus rebonding dia tu cover takut orang nampak gigitan pelesit kat leher tu. Bagi yang bertudung, tudung pun habis serabai anak tudung pun hilang.


Dialog Tipikal
L : Cantiknya body you. Boobs you menawan macam Megan Fox!
P : *blushing. Mana ada. Biasa je. Anugerah Tuhan.
L : Tapi serius perfect! Rasa nak usap je. Boleh? *senyum kambing.
P : *tutupmuka. Nantilah tunggu tempat gelap.




Melebihi Tiga Bulan
Inilah tempoh klimaks. Dan ini jugalah masa yang sesuai kepada jantan bertanduk halimunan untuk menuai hasil setelah berbulan menabur kata kata manis. Tapi masa nie lah kata kata super-duper-manis akan di gunakan. Kiranya last shoot untuk mendapat hasil buruan. Ada yang lebih hebat, jantan belum mengayat pihak perempuan dah offer diri. Lagi lagi kalau yang sorry to say la. Yang muka tak berapa nak lawa tu, nak pikat jantan pakai muka confirm confirmlah tak laku ye dak? So aset apa yang ada tu lah yang di guna sebagai pemikat. Syurga dunia kata mereka.


Dialog Tipikal
L : You, I kan dah janji nak jadi husband terbaik untuk you macam Seth Tan tu.
P : I tau you baik sebab tu you suka peluk I erat erat kan taknak I pergi dari you. hikhik.
L : Pandai! I tengok video Ria Sakurai nie macam best je you. Jom cuba? Alaa nanti I juga yang jadi husband you. Takpalah I rasa dulu. Kan?
P : hikhik. Nakal la you nie. Btw ada tempat clear ke you? I nak bilik tanak kebun. Banyak nyamuk. hikhik.


Aku tak salahkan sesiapa dalam perkara ini. Tapi aku boleh kata perkara nie macam dah menjadi lumrah dalam masyarakat. Budak tingkatan satu pun ada video 3gp. Kalau simpan blue dalam fone tu lagilah toksah cerita.
Kepada cik cik awek atau bakal menjadi awek, aku nasihat jagalah diri baik baik. Simpan baik baik untuk suami yang di cintai. baru lah ada feel malam pertama. Talak di tangan suami. Buatnya masa malam pertama kena cerai tak ke haru jadinya? Lelaki nie kejam sebenarnya. Tapi tak semualah ye dak? Sesetengah.
Aku tegaskan lagi sekali. SESETENGAH. Err aku tak kejam.

Best Blogger Tips

RAMADHAN: Batalkah Puasa Kita Jika................

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.


Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam. 


Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87) 

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa & Mendapatkan Keampunan : Sangat jelas arahan Allah dan RasulNya menegaskan keperluan kita berusaha meraih taqwa dan keampunan di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih. 


2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat. 

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.
4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.
Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.
Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.
Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :
Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:
Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak
Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.


13 ) Mandi
Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh, namun mandi junub adalah wajib, bagaimana pula mandi sunat atau harian yang biasa?.  Jawapnya ia tidak membatalkan puasa malah sahabat besar seperti Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Anas bin Malik pula adakalanya merendam kepalanya di dalam batu dipenuhi air (seperti telaga) akibat bersangatan panas. (Rujuk Fath Al-bari). Cuma  puasa hanya boleh batal apabila seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.
Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.
Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Qudamah menolak pandangan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175) Best Blogger Tips

Baca,hayati, mengerti,fahami intipati..bahagia sampai mati...

Oleh Sham Love Nurul pada pada 22hb Jun 2011 pukul 7.43 ptg

Ramai isteri salahkan suami tak balik makan t/hri di rumah, kerana mereka mngatakan dah ada skandel dgn pompuan lain, Ramai isteri menyalahkan suami balik lewat kerumah ada kalanya tak balik langsung.. Ramai isteri menuding jari menyalahkan suami kerana kahwin lain... tapi, pernahkah para isteri terfikir??? Bila kali terakhir anda bertanyakan " Abg Penat? abg nak minum air apa, syg buatkan..." , " Abg bru balik kerja ye, abg rehat kejap, mandi, pastu kita makan ye sayang..". Bila kali terakhir anda mengucapkan perkataan "sayang, Rindu, cinta" pada suami anda? suami bukan hanya mahukan isteri sebagai teman tidurnya saja, tp lelaki mcm kami mahukan ketenangan bila bersama isteri, untuk pengetahuan para isteri, bkan mudah untuk melaksanakan perkataan "Hal Kerja Jgn bawa balik rumah..." kadang-kadang bila tension kt tempat kerja lelaki mcm kami perlukan tempat untuk tenangkan fikiran, ini tak, bila balik kerja untuk rehat dan melihat wajah isteri tersayang bgi menenangkan fikiran yang serabut kat tempat keja, tengok-tengok kena perli,saya ada cerita untuk berkongsi dengan anda.....
 Pada suatu petang, si suami balik kerja untuk rehat sebentar kerana si suami mesti bekerja hingga pukul 10:00 mlm.., jadi dia pun terus balik umah untuk menatap wajah isterinya yang tersanyang... tp sebelum balik isterinya ada pesan utk belikan 'ABC' bila sampai umah, bkn isterinya nk tanya penat ke, nk air ke, tp tanya nak makn pizza, pastu si suami bg thu, "sabar gaji tak masuk lg, nanti kita g makn la... ni kan dah ada ABC yang syg suruh  beli tadi.."kata si suami,  " ala..... RM22 je...." kata si isteri, "nanti kena cas penghantaran lagi, mahal juga jadinya syg..", kata si suami, "eleh... kami selalu beli la masa dulu...mana ada kena cas pun.." si isteri dengan nada yang agak kurang menyenagkan hati si suami, " takpayahla.. nanti kita g makn kt sana...."kata si suami, " Mati kataklah takdapat mkn pizza..." di perlinya si suami.. tp krn sayang,hati si suami masih sabar... Bila si suami melawak dan terkasar sikit, mungkin menyakiti si isteri(terjentik bekas luka), si suami pun minta maaf, tapi di tepis tngan si suami, patut ke mcmtu.. siap dengan kata-kata" argh!!! senang la mcmtu, salah je minta maaf.." tersntak hati suami...si suami merasakan mcm sudah satu kesahan yang besar dia telah lakukan... si suami terus duduk sambil memicit-micit kpalanya, kerana sakit.. tp si isteri buat tak endah pada si suami.. si suami dengan hati yang duka, terus bingkas bagun dan pergi ketempat kerja.. tanpa isteri mencium tangan si suami seperti hari2 biasa..tp dari dasar hatinya.. dia terlalu sayangkan isterinya...
Sampai dtmpat kerja kepala si suami bertambah sakit, ditahan sakitnya, dan digagahinya jaga untuk kerja.. dia melihat handphon di pinggangnya, hanya tersenyum kerana isterinya tidak hantar satu sms pun untuk meminta maaf padanya... dgn senyuman dan iklas di hatinya,dia telah memaafkan semua dosa isterinya.... di capai bag laptopnya, dan terus naik ke kelasnya kerana mahu menyambung kerjanya semula... bila dia duduk di mejanya... mata sebelah kirinya mula kabur... kepalanya berdenyut2....dua hai lepas dia ada mengadu pd isterinya, tp dia telah tenangkan dan yakinkan isterinya yang dia tak ada apa2.. kepalanya makin kuat berdenyut, matanya makin kabur, di gagahinya pula untuk membuka komputer ribanya... setelah di 'onkan' switchnya... dia terus menaip seperti biasa tentang apa yang isterinya lakukan padanya hari ini.. tapi dari sudut yang lain dia terlalu sayangkan isterinya.. sambil menaip..air matanya mengalir melalui kelopak mata si suami...kerana bersyukur dia masih di beri peluang untuk memiliki seorang wanita yang bergelar ISTERI.... dumm..dumm..dumm.. Pintu kelasnya di ketuk, disuruhnya masuk kedalam.. rupa2nya student nya.. yang bernama adifa.. seorang pelatih wanita dalam jurusan elektrik.. "knp cikgu???" tanya adifa... "takda apa kepala saya sakit sikit.., knp awk nk jmpa saya..?" tnya si suami pd anak murudnya.. " saya cuma nk check bengkel, tkut ada lampu yg belum ditutup, tp dah ada cikgu, cikgu nak penadol ke?? "tanya adfa, " takpe saya ok.." kata sisuami pada anak muridnya,"emmm.. takpelah.. saya balik dulu ye.. kalau ada apa2.. cikgu bgthu sya ye.." dengan perasaan ambil berat pd cikgunya.. kemudian adifa terus meninggalkan kelas untuk pulang... si suami terus menyambung untuk menaip di papan monitor komputer ribanya.. tiba2 tgn nya terus menggigil... darah keluar melalui hidungnya... sisuami tersandar ke kerusi... di capai lagi hanphone bimbitnya , tp isterinya masih tidak mengirimkan sebarang sms untk meminta maaf kepadanya...di lihatnya jam sudah menunjukkan pukul 8.00mlm.. dia pun terus menekan botton phon untuk mengirimkan sms kepada isterinya.. belum sempat menekan botton 'SEND...' darah menyembur keluar dari mulutnya.. di gengamnya phon itu sampai akhir hayatnya.....
       Sampai Di Hospital.. bertungkus lumus doktor cuba menyelamatkan si suami.. tp tidak berdaya.. yang amat menghairankan.. doktor tak dapat membuka gengaman tangan si suami yang masih memegang erat hanphonenya... 
       si isteri sampai di hospital, di cari sisuami.. setibanya dia katil suaminya yang sudah tidak bernafas.. si isteri terus menangis di dada jenazah suaminya.. tersentuh tangan si isteri akan tangan suaminya yang masih memegang erat hanphone sony nya.. dengan perlahan tangan suaminya melepaskan genggaman itu..perlahan-lahan hanphon jatuh di tangan isterinya... si isteri melihat akan hanphone itu.. terlihatnya ada tulisan di skrin phon tersebut... terkedu si isteri melihat sms yang tidak smpat dihantar oleh suaminya kepadanya... menangis air mata darah pun sudah tidak berguna lagi... doktor mengesahkkan suaminya mengalami hightpressure pada otak... kerana terlalu stress..dan mengalami tekanan kehidupan sejak dari kecil lagi... tp yang sebenarnya si suami telah mengubat isterinya tanpa pengetahuan drinya yang terkenna buatan orang ssejak mereka mula berkenalan dahulu...luka dalaman si suaminya amat parah..hingga memakan semua organ dalaman suaminya...hingga membawa maut....



Sms Terakhirnya.....
"Sayang...papa minta maaf.. papa terjentik bekas luka mama.. papa minta maaf tak sempat temankan mama mkan Pizza, papa thu papa bukan yang terbaik untuk mama.. tp papa berterima kasih.. kerana sudi menjadi isteri pada papa.. halalkan makn minum papa..papa minta maaf sekali lagi kerana mengubati penyakit mama yang terkena buatan orang, tnpa meminta izin dari mama.. tp allhamdulillah.. papa berjaya.. jga diri mama baik2 dan jagalah syarikat kita ...papa dah maafkan semua kesalahan mama.... I love you until the end of my life..."

"....Hargailahlah suami anda selagi dia masih di sisi...."       



Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts