And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, May 14, 2011

Perkara Harus menjadi Haram??

Bagaimana perkara harus boleh menjadi haram??
begini contohnya..tidur adalah sesuatu perkara yang harus dilakukan oleh umat islam..
namun..sudah menjadi trend anak muda sekarang ini untuk tidur lambat..

pelbagai alasan diberi untuk tidur lambat..contohnya..

"Exam da dekat,nak study lebih skit"

Akhirnya buku juga menjadi bantal anda


"Banyak kerja la kene buat,dateline pon da dekat ni"





"Ade movie best malam ni,rugilah kalau tak tengok"

dan kesan utama pada esok hari adalah..

ANDA AKAN LAMBAT BANGUN UNTUK SOLAT SUBUH ATAUPUN ANDA AKAN MENINGGALKAN SOLAT SUBUH

maksudnya ANDA TELAH MENINGGALKAN PERKARA YANG WAJIB iaitu SOLAT FARDHU SUBUH
Solat itu adalah tiang agama

disebabkan tabiat anda tidur lambat telah menyebabkan anda tertinggal solat subuh sbb terlajak tidur..jadi tidur lambat telah jatuh ke hukum haram ke atas anda..

Renung-renungkanlah..dan selamat beramal..  : )
Best Blogger Tips

the beautiful of math

this kinda cool for me...even some of it i already know..
check this out..


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
Best Blogger Tips

Ibadah menjadi dosa???

Bagaimana sebuah ibadah boleh menjadi berdosa apabila melakukannya??

dalam bahasa mudahnya adalah apabila ibadah sunat mengganggu ibadah yang wajib..

tak faham?? saya bagi 2 situasi..

situasi pertama
di dalam sebuah masjid, ade 2 orang sedang melakukan ibadah..

si A sedang membaca Al-Quran..(sunat)
si B pula sedang menunaikan solat fardu..(wajib)

bacaan al-Quran si A sangatlah merdu dan mendayu-dayu sehingga hampir seluruh masjid boleh mendengarnya..
maka solat si B pula ternganggu disebabkan bacaan si A td..maka si A telah berdosa kerana menganggu si B menunaikan solat fardunya.

situasi ke 2..
jemaah di masjid baru sahaja menyelesaikan solat fardu magrib..maka..seperti biasa imam akan mengetuai bacaan wirid..
datang pula jemaah lain yang bru hendak menunaikan solat magrib..
selalunya imam yang mengetuai wirid akan menggunakan microphone agar jemaah lain boleh dengar dan turut serta..
disebabkan penggunaan microphone ini..solat jemaah yang ke 2 terganggu..
maka..orang yang menggunakan microphone td akan berdosa sbb mengganggu solat orang lain walaupun secara tidak langsung..


situasi sebegini sering terjadi di dalam surau2 atau masjid2..
ramai pihak yang tidak sedar bahawa mereka telah melakukan dosa..
walaupun niat mereka baik,hendak melakukan ibadah..tetapi mereka perlu memikirkan keadaan orang lain..

wallahu'alam
Best Blogger Tips

K-Pop Fake @ M-Pop ????


Pengaruh K-Pop semakin menular di Malaysia..
Sehingga tertubuhnya kumpulan-kumpulan yang seakan-akan meniru gaya artis2 korea..
antaranya ialah
Gula Gula dan 24:7..




Kumpulan Gula Gula



Kumpulan Max 24:7


latar belakang kumpulan ni aku tak berapa nak tau sebab aku mmg tak nak amik tau melainkan orang yang bagi tau...


kalau nak cerita dari segi pakaian..ada yang mengalahkan artis korea itu sendiri..sehingga menampakkan seakan-akan perempuan murahan...(mungkin yer mungkin tidak)..
salah ker kalo pakai pakaian yang menutup peha dan betis tu...at least nampak la sopan skit..
korang da lah berasal daripada Malaysia,pastu nak jadi artis plak tu...
korang bukan tak tahu perangai kebanyakan rakyat Malaysia ni,(terutama remaja)..
ARTIS ADALAH IDOLA mereka...tambahan dengan gaya seakan-akan 'slut' tu..
agak-agak korang la..dapat mendatangkan kebaikan ker kepada semua orang??
kalau ade la kebaikan tu..(kalau ada), nak bandingkan ngan keburukan,agak-agak dalam nisbah berapa??


bukan nak mengutuk dan menjatuhkan artis yang baru nak up ni..tapi mereka kene sedar yang mereka tu membawa maruah Malaysia...tak salah kalau nak meniru gaya artis lain,tapi biarlah tiru part-part yang elok-elok jer..bukan nak kata aku ni baik or alim,tapi when the audience look you, you really turn them on..
bak kata kumpulan Balas daripada Maharaja Lawak.."...membuatkan pedang abang tak tentu arah"
that's the fact..(aku tau sebab aku seorang lelaki dan majoriti kawan-kawan aku adalah lelaki)..
unless, that's the thing you really want..


lastly,aku mungkin akan mendengar lagu korang..tu pun kalo sedap didengar dan dimainkan di radio..
kalo lagu tu annoying,aku akan buat macam aku dengar lagu justin bibir..macam mana??
aku akan maki hamun dlu..pastu tukar channel lain..hahaha...

Hitler pun marah ngan dorang ni..hahaha...




ps: adakah kumpulan Gula Gula dan Max 24:7 ni cuba meniru seperti Wonder Girls dan Super Junior...???
dengar kate Super Junior ni geng2 Illuminati..betul ker??? harap-harap geng K-Pop Malaysian ni takde kaitan ngan illuminati..
Best Blogger Tips

Amalan songsang masyarakat kita selalu buat..

Pernahkah anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?

8. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, pakai kain batik atau biasa-biasa saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts