And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, July 11, 2011

Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?



Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)




Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.



Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.



Ada banyak lagi sampel makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda.
Best Blogger Tips

Rahsia Membuka Pintu Rezeki

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”……… nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”


Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris….. . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. …insyallah , – rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)… ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..
Best Blogger Tips

Syirik..ramai yang tidak sedar….maka bacalah!


Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz
Seperti yang kite ketahui… Negara kite  nie banyak tugu…. Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah
kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkanfatwa bahawa ‘ segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram…. ciri-cirinya menyerupai berhala…dan melawatnya juga adalah haram.. ‘  Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi   sayang2… pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu… Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu… Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja… tiada tindakan undang2 yang boleh diambil… Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik… Beliau berkata… ‘ bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang   itu…’ dan kata beliau lagi… ‘ walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita ‘redha’ atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa   syirik…’ Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa  syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan… ‘ Menurut kamus dewan… indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu   bersemayam.. ‘  Menurut beliau… Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik… Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara… Tahukah kawan2 bahawa… Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud… iaitu undang2 yang dicipta oleh   Allah. Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh…

1. Mempertahankan perlembagaan serta   undang2 ciptaan manusia dan  membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.


2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.


3. Mereka yang berdiam diri .


4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM  HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

 

Dengan ini selesailah tanggungjawab saya.Tolong sebarkan perkara ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :


1) AL-IMAN


2) AL-WASAYA


3 ) AL-TAJASU


4) DANAL-MUSLIMOON


Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran. com< http://www.thequran .com / > (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan perkara ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!

Sebarkan jika anda sayangkan ISLAM…. jika sebaliknya.. .

nauzubillah. ..

Best Blogger Tips

Hari 7 Langit

Disebutkan didalam kisah Rasulullah saw ketika baginda melakukan Israk dan Mikraj baginda telah melalui 7 lapisan langit. Setiap langit itu mempunyai jalan cerita yang sendiri. Jika ditanya kisah Israk dan Mikraj Rasulullah, semua mengetahuinya. Tetapi apa yang ingin dilontarkan disini adalah berapa ramai yang mengimani kisah ini.

Kisah ini adalah satu mukjizat besar yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah saw. Ia adalah pembuktian yang menyatakan Allah itu wujud sama sekali. Perjalanan Rasulullah yang mengambil masa hanya satu malam menguatkan lagi pembuktian kekuasaan Allah S.W.T. Seharusnya jika tahu dan memahami kisah ini maka seorang manusia itu bukan sahaja mengagumi kebesaran Allah bahkan bertambah takut dengan Allah kerana dalam Israk dan Mikraj ini telah di perlihatkan kepada baginda tentang siksaan yang akan diterima kepada umatnya yang melaku perkara mungkar. Malangnya manusia sekarang hanya mendengar cerita ini sekadar mengaguminya.

Mengapa jadi begini? Ini adalah kerana hatinya sudah mati dan hitam. Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1. Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
4. Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya
7. Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya.

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah. Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati. Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. 

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan “zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.
(Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

…dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu.”

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang. Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan.
Wallahualam.. 

Best Blogger Tips

Apakah Kita Mempunyai Alasan Untuk Meninggalkannya?


Ya Allah ... di ruang Mu aku di sini .. ku sujud pada Mu untuk mengEsakan Mu. Terimalah solat ku dan ibadah ku tanda kasih dan cintaku pada Mu, Wahai Yang Maha Memiliki Dzat Yang Mutlak.

Di jalanan yang sibuk

Di bumi yang tak pernah aman

Pada setiap ruang yang Kau berikan

Di hamparan yang terlalu luas

Di mana jua

Dinginnya salju .. tetapi dingin lagi hatiku

Ku manfaatkan setiap 'ruang' ini

Untuk fana

Di mana saja Kau kiblat ku

Di sini aku

Aku kan tetap sujud

Terima lah ibadah ku kerana aku terlalu rindu pada Mu

Panasnya cuaca namun hatiku tetap sejuk

KeranaNya, wujudnya aku

Yang ada hanyalah Esa

Terimalah ibadah ku

Tiadalah aku punyai daya upaya

Melainkan dengan izin Mu .. wahai Yang Maha Pengampun .. ampunilah aku .. ampunilah aku .... ampunilah aku
Best Blogger Tips

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat?


Sehingga ke hari ini maseh belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”. Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.

Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:

1) Teori-1: “retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.

2) Teori-2: perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dasyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan.

3) Teori-3: sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!

Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).
“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” 
(Riwayat Muslim)

Teori Al-Quran

Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .

Bulan merekah menyebabkan sifat bumi menjadi tidak stabil

Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.


Teori Quran Vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.

Kesimpulan

Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts