And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, July 12, 2011

RAHSIA PERGERAKAN WANITA



Image
p/s gambar sekedar hiasan

1. JIKA BERJALAN,DARI BELAKANG KELIHATAN SEPERTI TIDAK MEMIJAK TANAH.
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. JIKA BERJALAN,SERING MENOLEH KE KANAN DAN KE KIRI.
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3.JIKA BERJALAN SUKA MENUNDUK.
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4.JIKA BERJALAN MENATAP LURUS KE DEPAN..
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


5.JIKA BERJALAN BADAN BERGERAK KE KANAN DAN KE KIRI..
Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6.JIKA BERJALAN BADAN TAMPAK TEGAK.
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7.JIKA BERJALAN SEPERTI ZIRAFAH.
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Best Blogger Tips

RAHSIA PERGERAKAN LELAKI


Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.(Lelaki yang rajin berbual dengan wanita tanpa keperluan mungkin terlupa dia akan disoal oleh Allah di akhirat nanti) 

MENGGANGGUKKAN KEPALA 
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.(sudahkah dia mengambil berat terhadap keluarga atau ibunya atau umat islam yang miskin atau umat islam yang melakukan maksiat) 

MENDEKATKAN BADAN 
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.(dia mungkin ingin menghampiri zina dan mendekatkan dirinya ke neraka Allah) 

MERENUNG 
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.(ini adalah salah satu cabang sihir ain,iaitu menggunakan kekuatan mata) 

MENGGERAKKAN TANGAN DAN BADAN 
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.(Bolehkah dia menggerakkan badannya untuk bersolat jemaah dan berjihad menentang golongan sekular) 

SUKA BERDIRI 
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.(Adakah dia mampu mengalahkan keegoan pihak Yahudi) 

MEMANDANG MATA 
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.(Jika terlalu lama sama dengan merenung di atas.Orang yang suka memandang wanita mudah rosak pandangan hatinya kepada kebenaran) 

SENSITIF PADA JARAK 
Bila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.(Mudah-mudahan dialah lelaki soleh yang mencintai Rasul saw sepenuh hati) 

MENIRU GERAK 
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.(Imannya lemah kerana dikuasai oleh persekitaran,sepatutnya dia mengubah persekitaran dengan kepanasan iman yang memancar dari hatinya) 

Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



(Dan mengenali nilai iman pada manusia bukan pada penampilan luaran yang bergaya)
Best Blogger Tips

Dr. Ismail Al-Faruqi : Mangsa Konspirasi Dajjal

Nama sebenar beliau ialah Ismail Raji Al-Faruqi, dilahirkan ketika Perang Dunia Pertama iaitu 1 Januari 1921. Beliau merupakan anak kelahiran campuran Palestin-Amerika tetapi menetap dan menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Dr. Ismail amat berpengaruh dan terkenal sebagai tokoh pemikir dunia Sains Sosial. Maka tidak hairanlah jika dikatakan ia mahir semua jenis bidang dalam Sains Sosial seperti Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Sejarah, dan sebagainya.

Kemasyuran beliau sebagai tokoh pemikir Islam membuatkan Malaysia terdorong untuk menubuhkan Insititut Pemikiran Islam Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Institute of International Islamic Thought (IIIT). Penubuhan IIIT di Malaysia telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
Semua latar belakangnya boleh dilihat dalam wikipedia.org
Dr. Ismail Membongkar Konspirasi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Sebab utama beliau dibunuh bukanlah kerana rumahnya dimasuki pencuri seperti yang dilaporkan media Amerika. Kematiannya sememangnya dirancang oleh agen-agen Dajjal. Bagi mereka, Dr. Ismail perlu mati bagi memastikan strategi konspirasi Dajjal dalam dunia ilmu sains sosial berjalan lancar.
Apa yang dibongkarkan beliau ?
Dalam setiap karya, kajian, disertasi dan bukunya, beliau tidak menyebut langsung tentang Dajjal, dan beliau bukanlah pengkaji hal ehwal Dajjal. Tetapi beliau amat menyedari bahawa pihak Yahudi sejak 300 tahun dahulu merancang untuk menghancurkan warisan sejarah tokoh-tokoh Islam.
Beliau sedar bahawa ahli-ahli akademik berbangsa Yahudi yang berselerak di Harvard dan Oxford sedang bertungkus-lumus memadamkan sumber-sumber ilmu sarjana Islam dari pengetahuan pelajar-pelajar muslim.
Dr. Ismail al-Faruqi menjelaskan bahawa,
“Disiplin yang dipanggil oleh Barat sebagai sains sosial hanya baru menjangkau usia satu abad.”
Beliau menegaskan lagi seterusnya,
“Walaupun disiplin-disiplin ini telah mencapai status autonomi di universiti-universiti hanya pada abad lepas, tetapi tekanan yang membawa kepada kemunculan dan kejayaannya telah pun bermula sejak dua abad sebelum itu.”
Pendedahan Dr. Ismail:
  • Dr. Ismail juga menyatakan bahawa semua pemikiran-pemikiran pelajar Islam di universiti-universiti di negara Islam sekarang sedang mengalami proses pembaratan ilmu walaupun ilmu yang dipelajari itu sebenarnya berasal dari sarjana Islam.
  • Pelajar-pelajar muslim diasak dengan maklumat-maklumat buku rujukan yang diimport dari barat. Buku-buku itu tidak lain hanya menonjolkan kelebihan penulis barat berbanding sumbangan sarjana Islam.
  • Buku-buku rujukan cetakan univerisiti Barat secara berstrategi tidak meletakkan langsung sejarah tokoh-tokoh Islam yang menjadi pengasas ilmu tersebut. Misalnya bidang Psikologi, pengasasnya ialah Abu Nasr al-Farabi yang menulis buku bertajuk Opinion of Citizens of Uthopia pada 950 M. Tetapi masyarakat tidak mengiktirafnya, mereka meletakkan tokoh Yahudi mereka sebagai pengasas iaitu Sigmund Freud yang hanya memperkenalkan teori Psikonalasis pada 1890-an.
  • Pensyarah-pensyarah muslim berpendidikan barat adalah agen penyebab kepada proses pembaratan ilmu-ilmu sains sosial di negara-negara Islam. Mereka ini tanpa usul periksa terhadap apa yang dipelajari akan mempromosi semua idea-idea profesor-profesor mereka yang mereka jumpa di barat.
Strategi Dajjal Dalam Ilmu Sains Sosial
Dajjal amat berkehendak untuk memastikan semua masyarakat dunia menghormati umat Yahudi. Dajjal bukan sahaja mahu dunia mengkagumi Yahudi dari segi kuasa ekonomi, tetapi menghormati mereka dalam ruang ilmu pendidikan khususnya Sains Sosial.
Dalam konteks ini, Dajjal melalui agen-agennya di Oxford dan Harvard berusaha menerbitkan buku-buku teks rujukan untuk universiti-univerisiti tempatan. Oxford dan Harvard cuba dipopularkan agar menjadi istana impian para siswazah seluruh dunia.
Dajjal juga berusaha memadamkan pengaruh tokoh-tokoh Islam dalam arena pendidikan. Walaupun usaha ini kelihatan baru berusia 100 tahun tetapi hasilnya kini amat memberansangkan.
Sehingga sekarang, pensyarah-pensyarah bidang Sains Sosial menjadikan univerisit barat sebagai kiblat utama bidang mereka. Mereka berasa bangga sekiranya mampu berbicara hal ehwal teori sains sosial di depan pelajar-pelajar, padahal teori-teori yang dibanggakan itu sarjana Barat sebenarnya diciplak dari sarjana-sarjana Islam sendiri.
Serangan Balas Dr. Ismail Al-Faruqi
Menyedari akan tahap kritikal masalah ini, Dr. Ismail bersama rakan-rakannya telah menghimpunkan 315 orang cendekiawan Islam dari seluruh dunia dalam satu seminar di Universiti Jeddah, Arab Saudi pada April 1977.
Dalam seminar ini, masing-masing tokoh dalam bidang sains sosial masing-masing cuba memperkenalkan kaedah ilmu alternatif bagi menandingi pengaruh sains sosial barat.
Pada 1982, maka terlaksanalah satu gagasan baru yang dilancarkan untuk menyekat kemaraan unsur-unsur penipuan Sains Sosial barat. Gagasan itu diberi nama“PengIslaman Ilmu” (Islamization of Knowledge).
Gagasan ini diterima pakai di seluruh dunia. Malaysia adalah antara negara yang aktif menganjurkan seminar-seminar berkaitan gagasan tersebut. Kebanyakan kertas kerja dikeluarkan oleh pensyarah-pensyarah luar negara yang berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Komplot Pembunuhan Dr. Ismail
Dajjal tahu gagasan ini ancaman besar kepada strateginya dalam dunia Sains Sosial. Suatu konspirasi dijalankan agar memastikan Dr. Ismail dan isterinya Dr. Louis Lamya berhenti dari berdakwah menggunakan gagasan ini.
Akhirnya suatu peristiwa dirancang di mana seseorang telah diupah untuk memasuki rumah Dr. Ismail bagi membunuh beliau sekeluarga. Dalam kejadian tersebut anak perempuannya Anmar al-Zein terselamat tetapi menerima 200 jahitan.
Pihak polis Pennsylvania mengklasifikasikan kes pembunuhan ini sebagai kes samun bunuh. Namun yang menjadi persoalan berbagai pihak khususnya pertubuhan-pertubuhan Islam, mengapa tiada satu pun barang berharga dicuri? Malah yang hilang bukannya duit tetapi kertas-kertas kerja beliau.
Kes ini ditutup dan tidak dibuka semula walaupun diminta oleh sesetengah pihak. Sekarang ini, anak perempuan beliau bertanggungjawab menyebarkan baki-baki kertas kerja ibu bapanya di universiti-universiti Islam.
Ramai pihak mengesyaki pembunuhan itu dilakukan oleh kumpulan Jewish Defense League (JDL). Ini berdasarkan teks ucapan presiden JDL seminggu sebelum kejadian yang mengatakan dalam ucapannya “…seorang profesor Palestin harus disingkirkan..”
Sebelum kematian Dr. Ismail al-Faruqi pada 1986, rakannya yang bernama Alex Odeh iaitu pengasas bagi Arab-American Anti Descrimination Committee juga disyaki telah dibunuh oleh ahli kumpulan JDL. Laporan menyebut sebuah bom telah meletup ketika Alex sedang membuka pintu pejabatnya di Santa Ana. Kejadian ini berlaku pada 6 Februari 1985.
Kesimpulan
Dajjal tidak hanya menyerang dalam bentuk penguasaan ekonomi, teknologi, politik dan peperangan tetapi dunia pendidikan juga menjadi intipati utama dalam konspirasinya. Dunia pendidikan penting dikonspirasikan oleh Dajjal kerana ia merupakan dunia yang melahirkan cendikiawan yang mampu melaras bentuk-bentuk pemikiran diri sendiri dan orang lain.
Maka input untuk individu-individu yang bakal bergelar cendekiawan harus dibina dari akar umbi agar individu tersebut menjadi agen Yahudi tanpa ia sendiri sedari.
Best Blogger Tips

WUJUD KAH TUHAN


Assalamualaikum



Seorang atheist yang juga professor falsafah bercerita dalam kuliahnya mengenai masalah yang dihadapi oleh sains berkenaan dengan Tuhan. Dia meminta seorang pelajarnya bangun dan beliau bertanya…

Prof: Kamu percayakan Tuhan?

Pelajar: Sudah semestinya professor.

Prof: Adakah Tuhan itu baik?

Pelajar: Ya

Prof: Adakah Tuhan itu amat berkuasa?

Pelajar: Ya

Prof: Saudara saya meninggal kerana kanser walaupun dia berdoa kepada Tuhan agar dia boleh sembuh. Kebanyakan kita akan cuba membantu mereka yang sedang sakit tetapi Tuhan tidak. Jadi macamana Tuhan itu baik? Hmmm?

(Pelajar berdiam diri)

Prof: Kamu tidak boleh menjawabnya ya? Mari kita teruskan lagi anak muda. Adakah Tuhan baik?

Pelajar: Ya.

Prof: Adakah syaitan baik?

Pelajar: Tidak.

Prof: Siapa yang mencipta syaitan?

Pelajar: Tuhan.

Prof: Tepat sekali, beritahu saya anak muda, wujudkah kejahatan didunia ini?

Pelajar: Ya.

Prof: Kejahatan ada dimana-mana bukan? Dan Tuhan mencipta semuanya, betul?

Pelajar: Ya.

Prof: Jadi siapa yang mencipta kejahatan?

(Pelajar tidak menjawab)

Prof: Bukankah terdapat penyakit? Keruntuhan moral? Kebencian? Keburukan? Semua perkara yang dasyat ini wujud didunia ini bukan?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Siapa yang menciptanya?

(Pelajar tiada jawapan untuknya)

Prof: Science menyatakan yang kamu ada 5 deria untuk mengenalpasti dan melihat dunia disekeliling kamu, beritahu saya anak muda, pernahkah kamu melihat Tuhan?

Student: Tidak pernah professor.

Prof: Sila beritahu jika kamu pernah mendengar akan Tuhan itu?

Pelajar: Tidak pernah professor.

Prof: Pernahkah kamu perasankan akan Tuhan itu? rasaiNya, menghiduNya? Adakah pada kamu itu apa-apa deria yang boleh membuat kamu kenal akan Tuhan itu?

Pelajar: Tiada professor, saya tidak pernah mengalaminya.

Prof: Dan kamu masih percayakan Tuhan itu?

Pelajar: Ya professor.

Prof: Berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang Tuhan itu tidak wujud. Apa pendapat kamu mengenainya?

Pelajar: Saya tidak boleh berkata apa2 professor, saya hanya ada kepercayaan dan keimanan kepada Tuhan itu sendiri.

Prof: Ya.. percaya.. iman, itulah dia masalah yang dihadapi oleh sains.

(Pelajar termenung dan berfikir lantas bersuara..)

Pelajar: Professor, wujudkan apa yang dipanggil panas?

Prof: Ya.

Pelajar: Dan juga apa yang dipanggil sejuk?

Prof: Ya.

Pelajar: Tidak professor, tidak ada sebenarnya apa yang di panggil sejuk itu.

(Semua didalam dewan kuliah terdiam)

Pelajar: Professor, kita boleh ada banyak haba kepanasan, panas yang teramat sangat, yang sedikit atau pun tiada kepanasan. Sebenarnya kita tiada apa yang dipanggil sejuk. Kita boleh mencapai 458 darjah dibawah takat beku tetapi kita tidak boleh pergi rendah daripada itu. Sebenarnya tiada apa yang dipanggil sejuk. Kepanasan itu adalah tenaga, sejuk bukanlah lawan kepada panas, hanya ketiadaan panas itu sendiri.

(Dewan kuliah menjadi sunyi sepi)

Pelajar: Bagaimana pula dengan kegelapan? Adakah wujud apa yang dipanggil gelap itu?

Professor: Apalah malam jika tiada kegelapan?

Pelajar: Sekali lagi professor silap. Kegelapan hanyalah ketiadaan sesuatu. Kita boleh ada cahaya yang malap, cahaya normal, cahaya terang, cahaya berkilau… tetapi jika kita tiada cahaya, itu yang dipanggil kegelapan. Realitinya "gelap" itu tidak wujud. Kita tidak boleh membuatkan gelap itu menjadi semakin bertambah gelap bukan?

Prof: Jadi apa sebenar yang kamu ingin sampaikan disini?

Pelajar: Apa yang saya ingin nyatakan adalah, falsafah professor itu salah.

Prof: Salah? Bolehkah kamu jelaskannya?

Pelajar: Profesor membuat perhitungan menggunakan konsep yang berlawan, antara hidup dan mati, Tuhan yang baik dan tidak. Professor melihat konsep ketuhanan itu pada suatu yang nyata, sesuatu yang boleh kita ukur. Professor, sains masih tidak boleh menjelaskan dari mana datangya "ruh atau nyawa" dan apakah "minda" atau "fikiran" itu sendiri. Sains menggunakan elektrik dan magnetism tetapi ianya suatu yang tidak kelihatan dan nyata, malah kita masih tidak memahaminya secara keseluruhan. Untuk melihat mati itu sebagai lawan kepada kepada hidup adalah sesuatu yang tidak tepat kerana sebenarnya mati tidak wujud sebagai suatu bentuk yang nyata. Mati itu bukan lawan kepada hidup, mati hanyalah ketiadaan apa yang memberi kehidupan itu sendiri iaitu nyawa.

Sekarang beritahu saya professor, adakah kamu mengajar bahawa manusia asalnya dari monyet?

Prof: Jika kamu rujuk kepada proses evolusi semulajadi, ya.

Pelajar: Pernahkah professor melihat evolusi itu sendiri?

(Professor menggeleng kepala dan tersenyum kerana mula merasakan perbincangan ini semakin hebat)

Pelajar: Disebabkan tiada siapa pernah melihat proses evolusi itu sendiri sedang berjalan dan tidak boleh membuktikan yang ianya adalah suatu proses yang berlaku secara berterusan, adakah professor mengajar pendapat professor sahaja? Adakah professor saintis atau penceramah?

(Dewan kuliah menjadi gempar)

Pelajar: Ada tak sesiapa didalam dewan ini pernah melihat otak professor?

(Pelajar lain tertawa)

Pelajar: Ada tak sesiapa yang perasan akan otak professor itu? Rasainya, menghidunya? Saya pasti tiada siapa yang pernah berbuat demikian… jadi berdasarkan kepada pemerhatian, pada kajian, pada suatu yang boleh didemonstrasikan, sains menyatakan yang otak professor tidak wujud. Maaf saya katakan, bagaimana kami semua boleh percayakan kuliah2 professor selama ini?

(Seluruh dewan menjadi senyap.. Professor merenung lama kepada pelajar tersebut)

Prof: Saya rasa kamu semua hanya perlu percayakan kepadanya.

Pelajar: Itulah dia professor, hubungan antara manusia dan Tuhan adalah kepercayaan dan keimanannya dan itulah yang membuatkan kita dan seluruh alam ini hidup dan berfungsi sepertinya.


PS : TONTON LA SAMPAI HABIS



















Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts