And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)
Sunday, September 11, 2011
10 Jenis Makanan Anti-kolesterol
Berikut
ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol.
Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini.
1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.
5. IKAN TUNA
Termasuk
sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.
Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar
kolestrol LDL.
6. KACANG TANAH
Kacang
tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E.
Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL
dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.
7. MANGGA
Vitamin
C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,
betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah
kolestrol LDL dlm tubuh.
8. KISMIS
Mengandungi
sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn
400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah
sebanyak 8%.
9. OAT
Lebih
daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa
pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah.
Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung
sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.
10. JAMBU BATU
Ia
mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan
mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan
khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm
sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang
ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu
adalah pilihan yg sesuai.
- Ariel Sharon lahir di Kfar Malal, Palestin dengan nama Ariel Scheinermann pada 27 Februari 1928, ketika bapanya masih menuntut dalam bidang agronomi di Universiti Tbilisi, Georgia, sementara ibunya dalam bidang perubatan.
- Sharon
memang bersifat pelampau kerana sejak berusia 10 tahun lagi sudah
terlibat dalam pergerakan pemuda Zionis, Hassadeh (bererti, Medan). Pada
usia 14 tahun, Sharon menganggotai pula Gadna, iaitu batalion separuh
militer, kemudian Haganah, pasukan separa militer bawah tanah Yahudi.
Ketika era pembentukan negara Israel, Sharon dilantik menjadi komanden
platon briged Alexandroni, dan mengalami cedera teruk semasa bertempur
dengan tentera Jordan di Latrun, Israel.
- Pada 1949, Sharon dinaikkan pangkat menjadi komander kompani Briged Golani dan tahun berikutnya, pegawai perisik Central Command, seterusnya Ketua Unit 101, iaitu Unit Khas pertama tentera Israel (1951).
- Di bawah pimpinannya, Unit 101 melancarkan siri serangan yang tidak putus-putus ke atas Palestin dan negara-negara Arab lain. Unit ini dibenci kerana selain tentera, mereka juga menjadikan orang-orang awam sebagai sasaran. Unit 101 menjadi dalang operasi Qibya pada musim luruh 1953 menyebabkan 69 orang penduduk kampung di Tebing Barat, Palestin meninggal dunia, termasuk kanak-kanak.
- Isteri Sharon, Margalit mati dalam kemalangan kereta pada Mei 1962 menakala anak lelakinya, Gur mati pada Oktober 1967 kerana ditembak oleh kawannya semasa mereka bermain dengan selaras rifel. Selepas kematian Margalit, Sharon mengahwini adiknya, Lily. Lily pula mati pada tahun 2000 akibat kanser.
- Sharon menjadi komander Briged 202 Israel dalam perang Terusan Suez pada 1956, dan bertanggungjawab merampas kembali kawasan timur Sinai dan Genting Mitla. Sharon juga terlibat merancang dan memimpin pasukan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada Oktober 1973. Sharonlah juga yang mengesan lompang-lompang dalam kemaraan pasukan-pasukan tentera Mesir, lalu menyerangnya hingga tentera Mesir dan negara-negara Asia Barat lain yang bersekutu dengannya, tumbang.
- Karier politik Sharon bermula pasa 1940 dengan menjadi ahli Mapai (Parti Pekerja dan Tanah Israel), sebelum ditukar menjadi Parti Buruh. Beliau adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti Likud pada Julai 1973 dan dilantik Menteri Pertahanan pada 1981 di bawah Perdana Menteri, Menachem Begin.
- Dosa Sharon yang tidak akan dilupakan oleh seluruh dunia Islam ialah menjadi dalang pembunuhan keji terhadap pelarian-pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila pada 1982. Sebagai Menteri Pertahanan, Sharon telah mengapikan tentera Kristian Phalengis Lebanon menyerang penghuni khemah pelarian itu, menyababkan hampir 4,000 orang awam yang tidak bersalah, dibunuh dengan kejam.Suruhanjaya Kahan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut mengesahkan penglibatan Sharon. sharon akhirnya terpaksa melepaskan jawatan, (namun terus menjadi Menteri Tidak Berpotfolio dalam kabinet Menachem Begin), tetapi itu pun setelah puas didesak dan terjadinya pertempuran antara orang awam Israel dengan tentera negara tersebut.
- Sharon menjadi menteri di beberapa potfolio dalam kabinet Perdana Menteri-Perdana Menteri berikutnya, hinggalah beliau sendiri menduduki jawatan tertinggi itu pada Februari 2001 selepas Parti Likud pimpinnya memenangi pilihan raya.
- Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan lagi. Kematian di kalangan pejuang dan orang awam terus meningkat. Pada 14 Disember 2001, Sharon 'memenjarakan' pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.
- Sharon amat membenci Arafat, hinggakan sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkaat, dia menyesal kerana tidak membunuh Arafat, 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Lebanon pada 1982. Malah Sharon berkata, "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu".
- Sewaktu Arafat terpenjara, Sharon terus mengarahkan pihak tentara Israel mengganas , membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka. Pada 3 April 2004, Sharon mengeluarkan ancaman bahawa Arafat dan pemimpin pergerakan Hizbullah di Lebanon adalah sasaran pembunuhannya. Ancaman itu dikeluarkan dua minggu selepas tentera Israel membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin ketika ulama itu dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Seminggu selepas mengeluarkan ancaman tersebut, tentera Israel membunuh pula pengganti Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi.
- 11 November 2004, selepas dua tahun 'dipenjarakan ' di pejabatnya oleh tentera israel, Yasser Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri, dipercayai akibat diracun. Tidak lain tidak bukan, perencana kepada kesengsaraan dan kematian Arafat itu adalah lelaki pendek berbadan gempal yang bernama Ariel Sharon.
- Pada 16-30 Ogos 2005, Sharon melakukan suatu tindakan yang mengejutkan apabila mengusir 9,480 penduduk haram Yahudi di 21 petempatan haram di Gaza, dan empat lagi di utara Tebing Barat. Tindakannya itu membangkitkan kemarahan pelampau Yahudi, menyebabkan seorang abi bernama Yosef Dayan mengenakan sumpahan Pulsa di-Nura ke atasnya, dengan harapan malaikatmaut akan menyeksa serta mencabut nyawa Sharon.
- 18 Disember 2005, Sharon diserang strok dan doktor turut mengesan kerosakan pada saraf jantungnya . Beliau diminta berehat sementara menunggu hari pembedahan pada 5 Januari. Sharon enggan mematuhi arahan itu dengan pergi bekerja, dan sebagai imbuhannya, dia diserang strok sekali lagi pada 4 Januari, sehari sebelum dibedah. Pada 8 Januari, Sharon koma sampailah sekarang. Alhamdulillah.
Jurukamera Bernama TV ditembak , puncanya kerana Bendera Malaysia?
Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini
mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga
Malaysia yang diserang hendap.
Antara
yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang
membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.
"Kumpulan2
pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen
anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia)
sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti
Amerika Syarikat.
Tetapi
pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi
ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap
kerajaan Somalia.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
-
Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
-
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
-
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
-
Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
-
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
-
Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
-
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
-
( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.
Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.
Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.
Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.
Penemuan 2012 dalam al-Quran
Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;
13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77
dan jumlahnya
13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433
merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!
tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).
Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);
30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days
sumber: http://www.islamicfinder.org/H cal/hdate_year.php?year=1433&base=h
Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).
Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.
Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.
Apakah Peristiwa Itu?
Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.
"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟
فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ
But if you don’t do it, and you shall never do it,
then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.
"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ
فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ
These are they who buy the life of this world for the hereafter,
so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.
" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]
بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم
قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ
Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.
//////////////////////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )
Wallahua'lam