And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, March 20, 2011

sedar la wanita..jaga la maruah anda...lelaki tetap untung...anda yg terima akibat

                                                             inikah yg anda mahu???      
                                                                  
Sejahat-jahat lelaki tetap mereka akan cuba sedaya mungkin untuk memilih wanita yang baik dan soleh untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anak yang bakal diperolehi... selebihnya yang telah tergadai dara dan tubuh hanyalah menjadi persinggahan sementara buat lelaki untuk melampias hawa nafsu yang bergelora.


Ramai gadis-gadis yang tertewas dek pujukan anak adam yang penuh dengan tipu daya licik... untuk pengetahuan, walaupun orang lelaki diberikan 9 akal dan hanya 1 nafsu, hampir 24 jam sehari kehidupan lelaki berkisarkan seks baik dari segi pemikirannya, perbuatannya, penglihatannya, percakapannya dan sebagainya. Sesetengah lelaki akan timbul ghairahnya walaupun sekadar memandang perempuan. Justeru, islam menggariskan lelaki dan perempuan untuk menjaga batas-batas pergaulan dan juga menutup aurat bagi mengelak fitnah dan naik syahwat.


Gadis pula walaupun dikurniakan 9 nafsu tetapi Allah telah mengurniakan perasaan malu untuk mengimbangi tuntutan hawa nafsu yang bergelora. Namun jika dipujuk rayu, hilanglah sifat malu tersebut lalu diserahkan secara haram jiwa dan raga kepada lelaki-lelaki yang jahat.


Status dara adalah amat penting untuk mengambarkan ketinggian maruah serta kesucian pemiliknya. Saya sentiasa berdoa agar dikurniakan wanita yang masih mempunyai dara sebagai isteri dan alhamdulillah, ianya menjadi kenyataan. Para lelaki harus memilih bakal isteri yang baik dan suci demi meneruskan kesucian nasab keturunan anak-anak cucu di masa hadapan.


Jangan dipandang enteng pada status tiada dara kerana ianya banyak menimbulkan kesan yang buruk dalam kehidupan anda, wahai kaum-kaum perempuan.


Janganlah cuba disamakan status kehilangan dara dengan kenyataan berbau sekular seperti ' apa gunanya bertudung menutup aurat sedangkan hatinya hitam.... tengok diriku ini mendedahkan auratku tetapi hati dan amalku baik'. Menutup aurat adalah tuntutan wajib bagi setiap muslim dan tiada kaitan dengan perilaku tuan tubuh. lazimnya, penutup aurat yang melakukan ikhlas kerana allah merasa segan untuk melakukan kemungkaran kerana merasa diri mereka sentiasa berada di bawah pemerhatian allah. Sama juga dengan kenyataan 'ada dara atau tiada dara saya tidak kisah... asalkan kesediaan si dia untuk berubah menjadi isteri yang baik'... kehilangan dara akibat menurut hawa nafsu adalah satu perbuatan terkutuk yang sehina-hinanya di muka bumi ini. Mohonlah pada allah untuk keampunan sekiranya ada saudari-saudari yang sudah terlanjur. Berhati-hati memilih kawan insyaallah anda akan selamat.


Bagi yang masih dara... serahkanlah dara anda kepada suami anda yang tercinta. Insyaallah anda akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.. amin Best Blogger Tips

tutup la aurat kamu...




Ps ; anak hitler pun marah ngok


Pakaian Muslimah Sebenar...
Akan menutup aurat tubuh badan wanita Islam itu..
BUKAN sekadar membalut aurat itu..
Jika sekadar membalut dengan fabrik yang nipis dan ketat..
Maka, masih kelihatan jelas bentuk aurat wanita Islam itu..
Walaupun wanita itu mampu memberi alasan bahawa..
"Saya sudah tutup aurat saya..!"
Sedangkan lelaki-lelaki masih merenungnya dengan penuh nafsu..

Pakaian Muslimah Sebenar..
Sepatutnya akan merahsiakan unsur seksual pada tubuh wanita Islam..
Akhirnya, mampu menundukkan pandangan nafsu lelaki yang melihatnya..
Lantas akan membuatkan wanita Islam itu dimuliakan dan dihormati..

Anda setuju ?
**Sebarkan kenyataan ini**

Hukum Pakai LEGGING Di Dalam Rumah

Bolehkah wanita Islam memakai LEGGING ketat di dalam rumah sendiri ?


BOLEH !!

  1. Jika wanita itu hanya tinggal berdua dengan suaminya. Maka, hanya suaminya sahaja yang akan 'terangsang secara seksual' melihat isterinya memakai LEGGING ketat berkilat itu.
  2. Jika wanita itu tinggal hanya bersama anak-anak perempuan dan suaminya di dalam rumah itu. (tak bagus juga, nanti anak gadis ikut..)
  3. Jika mahu memakai LEGGING di dalam bilik sendiri sebagai baju tidur contohnya dan tidak akan keluar bilik dalam waktu yang lama. Bila keluar dari bilik, harus memakai pakaian yang lebih longgar.


TIDAK BOLEH@TIDAK SESUAI@HARAM !!
  1. Jika wanita itu tinggal bersama anak-anak bujang lelakinya yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  2. Jika adik/abang ipar (lelaki) turut berada di dalam rumah itu kerana adik/abang ipar juga boleh tertarik secara seksual terhadap kakak iparnya.
  3. Jika tinggal bersama adik-beradik kandung lelaki yang telah sedar apa itu tarikan seksual.
  4. Jika ada tetamu-tetamu lelaki bukan suami yang datang ke rumah.
  5. Jika mahu keluar berlegar di hadapan rumah dengan kebarangkalian besar ada jiran-jiran lelaki yang akan melihat LEGGING itu.



Bayangkan adik ipar, abang ipar dan
jiran lelaki anda melihat bentuk peha
dan punggung ANDA seperti gambar
di atas akibat memakai LEGGING
dan kemudian
mereka terangsang secara seksual..?
Di mana maruah anda...?

LEGGING itu:

-terlalu ketat hingga mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka
-tidak sopan dipakai di khalayak ramai
-menyalahi hukum pemakaian wanita Islam
-bedosa besar sama seperti membuka aurat
-memberi kesan 'fetish seksual' kepada nafsu lelaki
-alur betis dan peha yang nampak dari legging ketat merangsang nafsu lelaki

Tetapi, segelintir wanita Islam buat-buat tidak tahu sahaja. Mereka sudah tahu tidak elok di sisi agama, tetapi masih memakainya di tempat awam untuk tontonan orang ramai kerana mereka lebih mengutamakan fesyen dan untuk menunjuk kecantikan.
Erti kata lain, mereka sengaja buat-buat BODOH...

**Gambar-gambar di sini adalah dari hasil carian secara rambang di ruang internet untuk dijadikan contoh dan pengajaran kepada anda.
...................................................
CONTOH-CONTOH KEJAHILAN FESYEN:









Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts