And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, June 15, 2011

Laman GengBlogger Di Godam




Laman GengBlogger Di Godam

Semasa aku mahu melayari laman gengblogger.com sekitar 6.30 tadi terpapar satu gambar wajah seperti logo hacker anonymous (lihat gambar di atas), siap bagi link semua list blog dibawah laman gengblogger. tidak pasti siapa yang melakukan godaman ini.

ps : arinie semua laman web kerajaan ditutup...ganas2 malaysia punya  hacker...tapi aku harap korang semua jgn niat memberontak kerana tak dapat dlwd web porn  :) Best Blogger Tips

Pendedahan eksklusif bekas pemimpin Illuminati yang memeluk Islam



Leo Zagami : The Resistance
Menurut Zagami, Illuminati merancang melakukan “Penazian” negara-negara Barat pada tahun 2012 (mungkin juga 2013) dan akan menghukum semua orang beriman, dengan alasan bahawa mereka berperang melawan pengganas serta akan menghancurkan perekonomian dunia.

Zagami yang berasal daripada keturunan keluarga Illuminati, pada bulan Jun tahun 2008 telah menukar agama asalnya kepada Islam sebagai agama baru. Kemudian beliau nekad untuk melakukan counter attack terhadap Illuminati. Sewaktu beliau masih berkhidmat sebagai anggota keluarga Illuminati, beliau mempunyai banyak pengalaman mengikuti pelbagai ritual yang menakutkan, upacara black magic (sihir jahat), pengendalian fikiran (mind control) dan penyeksaan yang dilakukan di dalam lingkungan lodge tertutup.

Sekarang, pada setiap hari Sabtu, beliau menyimpan daftar nama-nama anggota Freemasonry tingkat tinggi dan dipanggil sebagai Illuminati Confessions. Beliau menyatakan persediaan berperang melawan para pengikut setan Illuminati. Di samping melakukan kawalan ketat, beliau juga memberikan nombor telefon peribadi untuk menjawab pelbagai pertanyaan penting mengenai ketulusannya melakukan hal tersebut. Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah akhir zaman, dan ini bukanlah main-main, tegasnya, Hal tersebut disampaikannya pada 3 Januari 2007 dalam sebuah wawancara.

“Perlu diingat bahawa akan terjadi perubahan posisi kosmik pada tanggal 21 Desember 2012, dimana situasi itu memerlukan waktu 6 tahun kepada kita untuk mempersiapkan diri. Jadi, sebaiknya waktu itu dipersiapkan diri kita masing masing, kemudian semuanya bangkit menentang Illuminati dan mempertahankan hak kita di bawah perlindungan dari Allah s.w.t sebelum Illuminati mengambil mengambil alih dan memulakan penganiayaan terhadap orang-orang beriman. Siapkan senjata kamu untuk mempertahankan keyakinan atau kita juga akan hancur binasa. Ini perang melawan Syaitan, jadi, wahai penduduk bumi belahan Barat, (termasuk di Timur juga) sedarlah, atau kamu akan bangun dari mimpi buruk di pagi hari bulan Disember 2012.

“Mulai tahun 2010, anda akan mula merasai perubahan suasana secara besar-besaran, akan tetapi pada tahun 2012, anda akan melihat dengan jelas berakhirnya peradaban ini dengan mata kepala kita sendiri, akan terjadinya 'penazian' negara-negara Barat pada tahun 2010. Sebelum itu, ekonomi akan mula jatuh ke tahap yang teruk yang kesannya (sudah berlaku-Greece, Sepanyol, Itali mengalami kejatuhan ekonomi yang sangat teruk) akan dirasakan setiap orang. Kemudian ketegangan sosial akan memuncak ketahap yang belum pernah terjadi sebelumnya, dan pada akhirnya menjadi konflik dalaman pada tahun 2012, iaitu perang saudara."

“Apakah anda bersedia mati untuk Allah SWT dan dengan keyakinan agama Islam untuk melakukan perubahan positif untuk dunia, atau adakah anda semua hanyalah sekumpulan pengecut yang berada di bawah kekuasaan syaitan (al-Wahn), atau hanya tahu cakap saja dengan tidak ada bukti nyata”

Leo Zagami ialah mantan anggota the Comitato Esecutivo Massonico - Masonic Executive Committee (MEC) of Monte Carlo. Beliau juga adalah anggota Freemasonry tingkat 33, dan sebagai salah seorang pimpinan dalam kelompok Lodge P2 (Propaganda 2) Freemasonry. Dia juga adalah seorang 'pemimpin' yang dipersiapkan untuk mengambil alih kepimpinan Illuminati daripada 'raja' Licio Gelli yang kini sudah tua.

Illuminati adalah seperti kumpulan-kumpulan besar. Tiada masalah jika keluarga Chicago, London atau New York yang melakukan tugas. Mereka merupakan lingkaran keluarga yang hidupnya diabadikan untuk kepentingan tujuan yang sama, iaitu menguasai dunia dengan sistem Luciferian.
'Pementasan Teater' karya Illuminati

Zagami menjelaskan bahawa dunia merupakan pertunjukan boneka global yang dikendalikan oleh tangan-tangan manusia bodoh, yang tidak pernah berubah cara hidupnya selama berabad-abad di bawah naungan ajaran Lucifer (golongan Freemason, Illuminati dll).

 Obama bersama mantan Presiden Amerika Syarikat
Barack Obama menerima buku daripada Hugo Chavez

Jelas Zagami, golongan tersebut bekerja bersama-sama, dan ini termasuk Hugo Chavez (Presiden Vanuzuela) yang dengan bersungguh-sungguh membantu melaksanakan agenda kepimpinan Amerika Syarikat dengan penampilan 'theatrical' nya. Hugo Chavez dikendalikan oleh Vatican yang sekarang ini telah dipengaruhi oleh Jesuit dan bekerja untuk The New World Order sebagaimana juga dilakukan oleh hampir semua pimpinan pemimpin kerajaan dan agama lain di dunia.

“Begitulah cara mereka bekerja bersama-sama diperingkat atas hanya untuk satu tujuan yang mereka fikir merupakan suatu cover-up yang sempurna. Wahabi atau Wahibi [the Saudis] telah diciptakan oleh Zionis dan British secara zahirnya dan oleh Freemason batinnya. Tentu saja Ikhwanul Muslimin (Persaudaraan Islam) juga yang berada dibelakang kepimpinan Iran dan Iraq. Semuanya hanyalah satu sandiwara untuk mengelirukan orang-orang awam.

“Pertunjukkan yang dicanang oleh pertubuhan rahsia” dan Ahmadinejad dikenali sebagai pengikut aliran syaitan yang tidak jelas hubungannya dengan Islam”. Tidak hairanlah jika puak Sunni di Iran telah di seksa oleh kepimpinan Syiah Iran, lebih teruk daripada bangkai binatang.





Beliau juga mengatakan bahawa konflik Putin dengan Rothschild hanyalah sebuah “permainan”. Putin juga pada hakikatnya dikendalikan oleh Illuminati. Ini terbukti apabila Karl Mark yakni pengasas ideologi komunis sebenarnya adalah salah seorang ahli Freemason.

Zagami juga mencabar bekas rakan-rakannya yang merupakan anggota Freemason/Illuminati dan pengamal sihir hitam, untuk berdialog secara terbuka. Bagi menguasai rakyat disegenap pelusuk, para Aristokrat Eropah dalam melaksanakan pemerintahannya, selalunya akan dibantu dengan sorcery dan sihir hitam. Mereka mempelajari ilmu sihir sembahan syaitan ini daripada para guru di Rome yang diambil ilmunya pula dari Yunani, Mesir, dan Sumeria. Mereka tidak pernah berhenti melakukan penipuan berterusan terhadap umat manusia.

Beliau juga menyatakan bahawa George W. Bush adalah anak 'orang paling berkuasa' dalam Illuminati dan dia telah dididik oleh ayahnya serta CIA untuk menjadi seorang boneka. Antichrist Vatican dan Zionist, tidaklah menjadi masalah bagi Illuminati sama ada mereka menjadi presiden atau tidak, kerana keluarga Bush akan selalu tampil berperanan sebagai pemimpin keadaan. Ingat tokoh setan Anton LaVey, pengasas Gereja Setan dan pengendali perang pemikiran (perang saraf) CIA adalah teman rapat George H. Bush. Mereka bersama-sama menyusun rencana untuk menjadikan anak George H Bush iaitu George W. Bush sebagai pengikut syaitan, untuk melakukan peranan penting apabila datangnya 'era Dajjal' selepasn trajedi 11 September 2001. Trajedi tersebut dirancang rapi sejak lama dulu, sewaktu Anton LaVey masih hidup lagi.

“Ketika ini hampir semua ajaran agama dirosak dari dalam oleh Illuminati, termasuk Islam (melalui mazhab Wahabi yang berjaya jatuhkan Turki Uthmaniyah klik di sini), Yahudi, Evangelis, Protestan, the Born-Again Kristian, semuanya di kuasai secara rahsia oleh Freemasonry, Knight Templar, dan Jesuit. Jadi dialog antara agama secara murni juga sangat mustahil untuk dilakukan."

Protokol Jesuit

Leo Zagami menganggap dirinya sebagai "the last idealist in the Illuminati." Beliau juga mengakui bahawa beliau memimpin satu pemberontakkan umat manusia terhadap Illuminati dan telah memperolehi sokongan padu daripada rakan-rakannya yang lain yang turut sedar akan bahayanya Illuminati, Freemason, Skull and Bones, Jesuit, Bohemian dll.

Leo Zagami bergaya diatas lambang The Key to Kingdom of Heaven

Adalah penuh harapan dalam situasi seperti sekarang ini munculnya seorang yang berani dan seperti Leo Zagami. Ingatlah, Illuminati selalu merancang huru-hara dan kemudian mereka juga menjadi penyelamat keadaan. Umpama mereka menghantar satu virus seperti H1N1, dan mereka juga akan berperanan sebagai negara pembekal vaksin. Contoh lain, adalah seperti Hitler yang telah berjaya menjebakkan rakyat Jerman ke dalam perangkap Illuminati. Beliau jugalah yang menjadi hero sebahagian rakyat Jerman.
Best Blogger Tips

Projek besar Illuminati pada tahun 2012. Beringat lah kita...

HHRS 2.0 - Puak iluminati biasa melakukan pelbagai ritual atau upacara penyembahan syaitan. Jadi tidak hairanlah jika mereka dapat berkomunikasi dengan Jin (syaitan). Mereka telah merancang suatu kejadian besar agar terbentuknya New World Order. Mereka dan syaitan (JIN) akan bekerja sama melakukan rancangan ini.

Apakah rancangannya??

Untuk mengetahuinya, kita harus menjawab soalan ini:

1. Bagaimanakah caranya supaya bumi ini boleh bersatu di bawah satu payung pemerintahan? Pasti sukar bukan? Kerana kita semua dipisahkan oleh banyak perbezaan: bangsa, nasionalisme, suku, dll

2. Bagaimana cara supaya boleh menyatukan seluruh negara di bawah satu pemerintahan?? (penggunaan: Lihatlah filem Independence Day!).
Tepat Sekali! Dengan membuat bumi seolah-olah diserang oleh mahluk asing!! Dengan begitu mereka akan menyuruh semua bangsa bersatu di bawah pemerintahannya untuk melawan mahluk asing tersebut ..... akhirnya terbentuklah NEW WORLD ORDER ... (ingat bagaimana cerita di film independence day, saat seluruh dunia bersatu menentang Alien di bawah pimpinan Amerika ?...).


Lalu bagaimana mereka melakukan hal itu?

1. Dengan bantuan jin dan kawan2nya (UFO = JIN)

Jin merupakan makhluk halus yang boleh berubah bentuk.
* Sebahagian ulama menyifatkan jin sebagai:
"Dan adapun jin, ia merupakan jisim-jisim halus, sebangsa hawa, yang boleh berubah-ubah bentuk yang berlainan dan dapat nyata daripadanya perbuatan-perbuatan yang aneh (ingat ciri-ciri api?)"

Perkataan disebut jin kerana ijtinan iaitu tertutup dari penglihatan manusia sebagaimana keadaan perasaan hati (jinan) pada manusia. Makhluk ini tidak boleh dilihat oleh manusia kecuali orang-orang tertentu yang terkena keadaan itu. Perhatikan ayat berikut:

"Dan Allah menciptakan jin dari kobaran api" (QS Ar-rahman: ayat 15)

"... sesungguhnya dia dan pengikutnya melihat kamu, dari sesuatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka ..." (QS Al-a'raf: ayat 27)

2. Dengan teknologi tentera amerika yang dirahsiakan ... Projek blue beam (pesawat UFO-nya)

Boleh juga rujuk kepada projek Haunebu :
HAUNEBU II DoStra
Projek Haunebu
Projek ini dikendalikan oleh beberapa orang yang tergabung dalam SS E-IV (Entwicklungsstelle 4) dan dipimpin oleh Viktor Schauberger di tahun 1939, yang berusaha membuat electro-magnetic-gravitic engine yang diupgrade dari Hans Coler’s free energy machine ke dalam energy converter digabung Van De Graaf band generator dan Marconi vortex dynamo.

3. Dengan PROPAGANDA MEDIA MASSA! (Ini yang paling berbahaya)

Semua media massa yg dikuasai mereka akan membuat pelbagai propaganda untuk meyakinkan kita bahawa
1). UFO itu ada ..
2). Pada tahun 2012 akan terjadi kiamat ..

(nota: anehnya produser film Independence Day dan 2012 adalah orang yg sama. Kebetulan?). (Maklumat lebih lanjut nonton "The Arrivals" di youtube atau di http://www.wakeupproject.com/) 

UFO Haunebu II

Best Blogger Tips

Scandal PKFZ : Kita kerugian sebanyak rm12 billion ...duuuymmmm


PERLABUHAN KLANG DAN PM KENA TIPU

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat Best Blogger Tips

Kartun Utusan Hina Islam, PUM Mahu Pelukis & Penerbit Didakwa






Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mencadangkan pelukis kartun bertajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang disiarkan di Utusan Malaysia hari ini diheret ke mahkamah kerana menghina Islam.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam," kata Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan lewat petang tadi.

Katanya, penyiaran kartun di akhbar milik Umno itu secara jelas menghina ulama dan Islam dan tidak harus dibiarkan.

Sheikh Abdul Halim berkata kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama. Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

“Sehubungan dengan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,”
katanya.

Sheikh Abdul Halim mengulas kartun pada halaman 15 akhbar itu dengan tajuk 'Kekeliruan Kes Rogol' yang dilukis oleh 'Miko'.

Lakaran pertama mengambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh pegawai Jabatan Agama kerana tidak mempunyai empat saksi.

Lakaran kedua itu pula menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada seorang anggota polis yang menerima duan itu.

Dia hanya Besi

Dialognya berbunyi “Bagus...Alat itu pun boleh jadi bukti!”

Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: “Peralatan itu tak boleh jadi saksi, sebab dia tak ada telinga dan tak ada mata! Dia hanya Besi.”

Menurut Sheikh Abdul Halim Utusan sepatutnya mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan seumpama itu.

“PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan adakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama,” katanya.

Turut membidas penyiaran kartun oleh akhbar milik Umno itu ialah Dewan Pemuda PAS negeri Melaka yang mahu Utusan meminta maaf kepada umat Islam.

"Inilah akibatnya apabila akhbar Utusan Malaysia di-umno-kan. Tidak lagi seperti dahulu. Campur tangan Umno akan merosakkan semua, paling menyedihkan apabila agama sendiri dipersenda, kata ketuanya, Aizat Baharuddin dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Ruangan kartun itu, kata Aizat jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam iaitu hukum tentang persaksian kes zina.

"Dalam hukum Islam jelas dinyatakan bahawa apabila seseorang Islam dituduh melakukan zina orang yang menuduh perlu dibawakan empat orang saksi yang tidak fasiq."

Begitu jahil

Katanya, dialog kartun yang cuba digambarkan oleh pelukis langsung tidak sensitif pada hukum Islam bahkan mempersendakan hukum Islam.

“Ia menggambarkan seolah-olah hukum membawa empat orang saksi itu tidak boleh diguna pakai tetapi video dan gambar boleh dijadikan sebagai bukti.

“Kartun tersebut juga menggambarkan bahawa golongan agamawan begitu jahil dan tidak serius berbanding pihak polis," kata Aizat.

Menurut beliau tindakan akhbar itu jelas cuba mempermain-mainkan hukum Islam yang datangnya dari Allah.

"Ia dipercayai berkaitan tentang isu video seks dan liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim yang menjadi bahan utama (persendaan) akhbar itu,"
katanya.

Menurut Aizat, Utusan perlu meminta maaf kepada umat Islam kerana sesungguhnya penghinaan seumpama itu hanya akan merugikan umat Islam.

"Cukuplah Islam dihina oleh musuh Islam, janganlah orang Islam sendiri yang menghina hukum yang Allah tetapkan disebabkan kejahilan sendiri." katanya. -mk





Persatuan Ulama kecam karikatur Utusan Malaysia, dakwa hina Islam


KUALA LUMPUR, 15 Jun – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengecam karikatur bertajuk “Kekeliruan Kes Rogol” yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini sambil menyifatkan ia menghina agama Islam.


Yang Dipertuanya Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, penyiaran karikatur (gambar) itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada pihak dalam dua situasi berbeza secara jelas menghina golongan ulama dan Islam.


Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.


Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video.

Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Dialognya berbunyi “Bagus... Alat itu pun boleh jadi bukti!”



Jelas Sheikh Abdul Halim, tindakan Utusan Malaysia melepaskan karikatur itu adalah tidak wajar dan boleh menyebabkan perpecahan antara umat Islam.


“PUM memandang serius penyiaran kartun dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam ... perkara ini tidak harus dibiarkan.

“Kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.



“Sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat,” katanya dalam satu kenyataan.


Justeru beliau mahu Majlis Fatwa Kebangsaan memandang serius perkara ini dan mengambil tindakan susulan ekoran keberanian pelukis dan Utusan Malaysia menyiarkan karikatur begitu.


“PUM meminta supaya para mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.


“Sehubungan itu PUM meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara ini,” katanya.


Selain itu, tegas Sheikh Abdul Halim, pihaknya juga mahu pelukis dan Utusan Malaysia didakwa kerana menghina Islam.


“Sepatutnya perkara sebegini sepatutnya mereka perlu mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.


“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini di dakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya yang turut menyarankan agar kerajaan mengadakan lebih banyak program untuk menyelesaikan isu berkaitan agama Islam.


Setiausaha Agung PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor pula berkata sepatutnya pelukis karikatur itu perlu tahu bahawa tindakannya akan mengundang rasa marah umat Islam yang lain.


“Kartun ini hina Islam sebab dalam kes zina memang rakaman video tidak boleh dijadikan bukti tapi dalam kes rogol ia boleh dipertimbangkan dengan rakaman video itu disahkan dulu.


“Kes rogol bukan perbuatan zina, saya rasa pelukis ini silap dan tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider. -TMI

Pandangan Nik Aziz :


[Setiausaha Akhbar] Saya tertarik dengan pandangan Dr Asri berkenaan isu kartun Utusan semalam. Menurutnya .."..kartun Utusan itu memang salah faham tentang perbezaan zina dan rogol..tapi apakah dia menghina Islam? atau itu satu sendaan kepada mereka yg salah faham tentang hukum tersebut? atau dia menggambarkan kesalahan faham sesetengah pihak..atau dia hendak berpolitik sahaja..atau memang menghina agama? semua itu perlu diteliti sebelum hukuman dijatuhkan..."

Pandangan Dr Asri yang saya kasihi itu saya hormati. Namun, dalam hal ini saya ingin memberikan pandangan yang agak berbeza. Jika pandangan Dr Asri digunapakai dalam isu kartun Denmark dulu, maka kartun itu pun tidak menghina Islam. Ia cuma menggambarkan salah faham sesetengah 'orang beserban' terhadap Islam. Maka dilukis wajah orang beserban dengan bom berada di atas kepala. Justeru, kartun itupun tidak menghina Islam. Begitukah?

Oleh yang demikian, Utusan wajar menarik balik kartun tersebut kerana ia mempersendakan syariat Islam samada dengan niat atau tidak di pihak pelukis.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts