And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, May 28, 2011

Siapa Layak Poligami.


Kalau sebelum ini saya menyatakan berita baik untuk lelaki tetapi kali ini sa ya hendak perluaskan lagi skop ini kepada siapa sebenarnya yang layak berpoligami dan siapa pula yang tidak layak.


Dengan tulisan ini, diharapkan anda yang disenaraikan boleh membuat persiapan sama ada untuk meneruskannya atau menarik diri daripada poligami.



Tidak layak
1 Takut kepada isteri
2 Kurang komunikasi lalu menyalahkan isteri
3 Tidak sayang isteri lalu suka memukulnya
4 Isteri lebih kaya lalu hidupnya dikawal isteri
5 Putus hubungan dengan Allah

Layak
1.Takut kepada Allah
2.Selalu komunikasi dan mendidik iman isteri
3.Cintakan isteri kerana Allah
4.Suami kaya dan kehidupan isteri ditentukannya
5.Selalu berhubung dengan Allah apatah lagi waktu susah

Anda boleh nilai diri sendiri di mana kedudukan anda. Terpulanglah kepada anda sama mahu buat perubahan atau tidak. Untuk lebih jelas, saya perpanjangkan dua bahagian tersebut supaya alasannya dapat diterima oleh semua pihak.

Takut kepada Isteri, ini penyakit kebanyakan suami sama ada suaminya kaya atau miskin. Dia tidak berani berterus terang dengan isterinya tentang dia mahu berkahwin lagi. Akhirnya dia buat keputusan untuk kahwin di luar negara.

Memang lelaki ini tidak layak berkahwin kerana lazimnya suami ini akan menipu isterinya atau berlaku zalim terhadap isterinya sama ada isteri pertama atau isteri baru.

Takut kepada isteri juga berlaku kepada suami yang apabila menyatakan hasrat hendak berkahwin lain kepada isterinya, lalu ditentang oleh isterinya itu. Dengan tentangan itu dia jadi kecut lalu tidak berani untuk meneruskan hasratnya lagi.

Dengan hati yang sedih bakal isteri barunya akan mendesak. Maka untuk memuaskan desakan dia berkahwin di luar negara. Dengan perkahwinan ini dia sekali lagi akan menipu isterinya. Bukan itu sahaja, kehidupannya juga tidak selesa kerana asyik dengan penipuan sepanjang hidup.

Takut kepada isteri juga berlaku kepada suami yang tidak mampu buat keputasan untuk kebaikan dirinya dan isterinya. Setelah dia memberitahu isterinya tentang hasrat berkahwin lagi, isterinya meminta dia menceraikannya atau mengugut untuk bunuh diri.

Kerana sayangkan isteri dia batalkan perkahwinan keduanya. Suami ini memang tidak layak berkahwin lagi kerana tidak pandai mendidik isteri ke arah takut kepada Allah.

Kurang komunikasi dengan isteri secara baik, tidak melayakkannya berkahwin lain kerana keadaan yang sama akan berlaku kepada isteri yang baru. Suami ini akan selalu menyalahkan isterinya atas kegagalan rumah tangganya. Dia tidak ada masa untuk mendidik isterinya supaya takut dan bertaqwa kepada Allah. Atau isterinya tiada peluang untuk berbincang dengannya apa yang terbaik untuk rumah tangga mereka.

Kalau begitulah sikapnya, berapa ramai isterinya sekali pun, amalan yang sama akan berlaku. Salahnya bukan pada isteri tetapi kepadanya yang tidak pandai berkomunikasi yang terbaik. Dia mungkin boleh berkumunikasi dengan orang ramai apatah lagi wanita yang dia inginkan, tetapi itu sekadar lakonan. Nanti setelah menjadi isteri, semuanya akan terbongkar.

Tidak sayangkan isterinya mungkin berlaku setelah lama berkahwin apatah lagi setelah bertemu orang lain yang boleh dijadikan mangsanya. Lelakilah yang diibaratkan “habis madu sepah dibuang”. Kesan daripada tidak sayangkan isteri dia suka mendera isterinya. Padahal dia tidak pernah memberitahu isteri apa yang dia mahu kepada isteri untuk mengembalikan kasih sayang kepada isterinya.

Kalau dia tidak sayangkan isteri dalam keadaan itu, tidak mustahil setelah dia berkahwin dengan isteri baru, perkara yang sama akan berlaku. Dia juga akan rasa jemu kepada isterinya lalu tidak sayang kepadanaya. Penderaan juga akan dilakukan jika dia mahu. Oleh sebab itu dia tidak layak berpoligami. Jadi, mana-mana wanita yang mahu menerima tawaran poligami harus melihat sejarah bakal suaminya itu.

Isteri yang lebih kaya daripada suami malah isteri yang membiayai kehidupannya sememangnya tidak layak untuknya berkahwin lagi. Logiknya, kalau dia berkahwin lain, dengan apa pula dia boleh memberi nafakah kepada isteri barunya?

Putus hubungan dengan Allah merujuk kepada agama suaminya. Kalau si suami tidak pernah sujud kepada Allah atau sesekali sahaja sujud kepada Allah, bagaimana dia boleh berhubung dengan Allah. Mereka yang putus hubungan dengan Allah, dia akan putus hubungan dengan manusia.

Mereka ini akan gelap masa depannya kerana tidak dapat bantuan Allah. Jelas, lelaki ini tidak layak berpoligami kerana orang yang berpoligami adalah orang hampir dengan Allah.

Adakah anda layak?

Jika anda tersenarai sebagai tidak layak dan boleh membuat perubahan seperti yang dijelaskan di atas, tidak mustahil anda layak untuk berpoligami. Tapi ingat, bukan senang untuk berubah, kalau anda tidak benar-benar memiliki ciri-ciri orang yang layak seperti yang disenaraikan di atas.

Secara mudahnya saya nyatakan di sini, mereka yang layak ialah orang yang ada iman dan taqwa yang mendalam terhadap Allah. Oleh sebab itulah kalau anda lihat realiti pada hari ini, siapa yang berjaya dalam poligami. Kita boleh lihat di kampung-kampung pak lebai yang sering ke masjid ada empat isteri atau sekurang-kurangnya dua isteri.

Kalau kita pergi ke pondok-pondok pengajian, kita lihat tok-tok gurunya ada dua atau tiga isteri. Begitu juga ustaz-ustaz yang merata di dunia ini, boleh memiliki dua isteri atau lebih. Mereka ini sudah pasti memiliki ciri-ciri di atas. Yang pasti isteri mereka bahagia dengan suami mereka.

Mahukah anda jadi seperti mereka? Jika mahu tingkatkan iman dan taqwa. Untuk itu belajarlah dengan mereka yang berjaya. Wallahu aklam......
Best Blogger Tips

4 Benda Pelik Dekat Malaysia dan Beberapa Benda Pelik Yang Lain





Aku tak tau kalau korang nampak benda ni...

1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang semua sisa dan sampah,letak balik tray dekat tempat letak tray,orang akan pandang pelik kat kau.Kau try buat camtu masa kau makan dengan member,member kau pun akan pandang pelik dengan kau.


2. Lepas shopping,kau pulangkan balik troli dekat trolley bay....akan adalah mata yang memandang dengan berminat kelakuan kau itu.


3. Kalau kau perasan,kat mana-mana tempat yang parking dia selalu packed,akan ada kereta-kereta mewah yang parking dekat parking untuk orang yang kurang upaya.Aku tak pasti sama ada diorang ni memang kurang upaya atau orang kaya memang kurang upaya nak berjalan.Mesti kereta mewah.Aku rasa diorang bajet pakai kereta mahal,orang tak berani sound.


4.Kalau anda semua perasanlah,apa-apa saja barang-barangan yang dijual oleh orang Melayu khasnya produk Melayu yang diendorsekan oleh seseorang yang kelihatan "kuat ibadat" atau "cerdik pandai," khasiat produk tu mesti melampau-lampau.

Tambahan Lain

1. Mr.Edz - kalau orang melayu berniaga mesti nak buat cara MLM


2. Encik Sood - kalau kita bangun bagi seat kat makcik/pregnant ladies/OKU... mesti ada orang pandang satu macam


3. Anon - kalau berborak mengenai perkara serius/kena berfikir mesti dipandang slack, kalau pasal artis, laju je


4. Anon - kalau cakap join persatuan/badan kebajikan, buat kerja amal/sukarela kena tanya 'banyak masa ko'...'ko takde keje lain ke?'...'ko dapat payment ke buat keje tuh?'


5. Mantot - Mana-mana mata air yang tiba-tiba wujud adalah "mata air ajaib" yang mampu mengubat apa2 jenis kesakitan sambil berduyun2 orang ramai pegi nak tadah air kat situ
Best Blogger Tips

LiTraCon : Konkrit Telus Cahaya

Konkrit ialah bahan binaan yang sudah wujud dari zaman Mesir lagi. Tapi seperti yang kita sedia maklum tamadun Rom ialah tamadun yang menggunakannya secara ekstensif. Hingga hari ini anda boleh melihat Pantheon, bangunan berusia hampir 2000 tahun yang dibina dari konkrit. Konkrit ialah bahan binaan yang banyak digunakan kerana ianya tahan lasak. Masalah utama konkrit ialah ianya bahan binaan yang boring. Dengan sebab itulah LiTraCon dicipta oleh Aron Losonczi seorang jurubina dari Hungary. LiTraCon ialah singkatan kepada Light Transmitting Concrete. Ianya telus cahaya tidak seperti konkrit yang kita biasa gunakan dalam pembinaan. Aron Losonczi membesar di Hungary yang dulunya sebuah negara Blok Timur. Negara blok timur banyak dibina menggunakan konkrit kerana ianya murah dan low tech. Akibatnya kebanyakkan bangunan di Budapest nampak monyok, suram, bosan dan gelap. I think the same applies to buildings in Pyongyang and old Moscow. Damned commies!


Oleh sebab itulah Aron Losonczi merasakan pasti ada cara untuk membuatkan konkrit menjadi bahan binaan yang lebih menarik. Dengan menggunakan gentian optik sebagai agregat didalam bancuhan konkrit (instead of batuan kecil), LiTraCon menjadi telus cahaya. Kalau dulu bangunan konkrit memerlukan lampu bagi mencahayai ruangan dalaman kini tidak lagi. Ini bukan sahaja menjadikan bangunan lebih ceria malah menjimatkan penggunaan elektrik di siang hari. Eco Friendly yeah!



Best Blogger Tips

Petikan Ucapan Tuan Guru Nik Aziz.

Sudah berkali-kali saya sebutkan kepada pemimpin Umno agar tinggalkan perjuangan kebangsaan dan terimalah perjuangan Islam. Kalau hari ini Umno berbuat demikian, maka hari ini juga saya sanggup bubar PAS untuk sama-sama berjuang Islam dengan Umno.


"Namun sampai sekarang mereka tidak sanggup mengubah dasar parti Umno itu kepada dasar Islam! Di manakah duduknya roh Islam dalam Umno? Saya tanyakan persoalan ini untuk dijawab oleh seluruh umat Malaysia,"

 ps : nia antara salah seorg pencacai UMPORNO Best Blogger Tips

Mari Belajar Sifat Haiwan Paling Rakus Di Dunia.

Lu orang pernah ambik tau tak...pasal ujudnya haiwan/binatang yang rakus seantero dunia..??? Kalau tak tau meh sini gua nak bagitau, so... kita bermula dengan haiwan/binatang yang terkenal kerakusannya dari tangga ke sepuluh hingga yang paling unggul di dunia ini...;  

10. Ulat Beluncas;


Ulat ini mungkin yang terkecil di antara 10 haiwan lainnya. Ulat ini dikenali sebagai "eating machine". Sepanjang menjadi ulat, ulat ini akan memakan daun-daun dengan amat rakus. Membesar 1000 kali hanya dalam masa 2 bulan. Persiapan sebelum berubah menjadi kupu-kupu yang indah.
9. Paus Biru;


Dengan berat 200 ton dan panjang 100 kaki, paus biru bukan hanya haiwan terbesar di planet bumi, mungkin haiwan terbesar yang pernah ada. Makanannya adalah krill (invertebrata kecil mirip udang yang panjangnya 1 inci). Paus biru memerlukan 40 juta krill sehari... nampak tak kerakusannya...
8. Burung Kolibri;

Haiwan ini memerlukan makanan setiap 10 minit sekali. Dengan sayap yang berkepak sebanyak 200 kali tiap minit dan jantung yang berdetup 1200 kali tiap minitnya, Kolibri akan membakar 14.000 kalori, sama dengan kalori yang diperlukan manusia untuk berlari marathon. Rakusnya... setiap 10 minit nak makan jer...
7. Kodok Mulut Lebar Argentina;

Juga dikenali sebagai kodok bertanduk, Argentinean wide-mouthed frog ini sangat tidak gentar maupun takut semasa menyambar makanannya. Haiwan ini makan apa saja seperti tikus, kadal kecil dan ular. Malah kerana rakusnya, perutnya boleh robek kerana kekenyangan.
6. Ular Piton;

Haiwan tidak berkaki ini boleh menelan makanan yang lebih besar daripada kepalanya sendiri. Ular ini memiliki sistem pencernaan yang perlahan, maka piton memerlukan masa yang lama untuk makan lagi, kira-kira dalam beberapa hari malah mencapai bulan.
5. Kelawar Vampire;

Haiwan "imut" ini besarnya hanya seperti lengan orang dewasa, tapi gigi tajamnya boleh merobek pembuluh darah dan menghisap darah kita, sebanyak 5 sudu teh sekali gigit. Haiwan ini sebelum menyedut darah, dia akan "mengencingi" mangsanya terlebih dahulu.
4. Tasmanian Devil;

Haiwan asli Australia ini dapat melahap makanan sebanyak 40% berat tubuhnya hanya dalam tempoh 30 minit. Mungkin biasa sahaja, tapi sebenarnya jika dibandingkan dengan manusia, sama saja dengan manusia yang melahap 216 hamburger dalam tempoh yang sama. Betul2 rakus punya binatang nih... grrrrr....
3. Burung Pemakan Bangkai;

Burung ini merupakan karnivor nombor satu. Makanannya adalah daging, hanya daging dan cuma daging walaupun daging itu terhidang "setengah matang" ataupun sudah membusuk. Burung ini akan melahap bangkai binatang sebanyak mungkin, secepat mungkin, sehingga beratnya menjadi 20% lebih berat selepas makan. Burung nih... bukan kira halal haram beb...
2. Babi;

Haiwan ini sangat rakus, walaupun perutnya sangat kecil. Satu fakta tentang babi ini ialah suka tidur di atas najisnya sendiri, sehingga badannya penuh dengan najisnya.
1. Hiu Macan;

Haiwan buas ini akan memakan apapun yang ada di depannya, dari kasut, piring hingga serpihan kelengkapan perang pernah ditemui dalam perutnya. Kadang kala juga haiwan ini menggigit sesuatu yang mustahil dikunyah. Kerakusan hiu macan ini sebenarnya telah dimulai sebelum lahir ke dunia bawah laut. Di dalam perut ibu haiwan ini, haiwan ini saling lahap melahap antara satu sama lain.
Daaaaannnnnn.... haiwan/binatang yang paling unggul terkenal dengan sifat RAKUSnya adalah haiwan/binatang di bawah ini..., kerana ianya mengcakupi sepuluh sifat rakus haiwan/binatang di atas... apa yang tiada daripada haiwan ini... semuanya ada... ianya tak lain tak bukan..... adalah... (di iringi bunyi drum... hahaha...)...

Haiwan Paling Top Tahap Rakusnya di dunia berasal dari Malaysia (bangga beb...) - umPORno

Apa yang takda kat haiwan/binatang umPORno nih... semuanya ada beb...!!!! dari sifat bergelumang dengan najis seperti babi, kencing rakyat terlebih dahulu sebelum menghisap darah rakyat seperti kelawar, melahap bangkai dan daging rakyat, melahap sesama gang dalam parti pun diorang jugak... malahan anak bini orang pun diorang sapu... cer..citer.. cer.. citer... apa yang takda kat binatang bernama umPORno nih....!!!!

So... itulah serba sedikit ilmu berkaitan haiwan/binatang yang paling RAKUS di dunia terutamanya Malaysia, yang dapat gua kongsikan bersama lu orang semua... harap dapat menambahkan pengetahuan.

Sumber ilham dari Tulahan. Best Blogger Tips

Punca Team Iblis Merah Kalah =='








ps : hahahhaha padan muka SETAN Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts