And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, September 13, 2011

yahudi


Adakah anda seorang bisnesman kecil kecilan?

Adakah anda mempunyai kesukaran untuk membuat produk anda menembusi pasaran tempatan?

Mengapa perlu bersusah payah dan membazir wang dengan advertising yang memang tiada siapa pedulikan?



Yahudikanlah saingan anda!!
Sebarkan fitnah melalui internet dan media cetakan mengenai saingan anda dengan mengaitkannya dengan Israel!

BAGAIMANA?


sebagai contoh, bagaimana hendak mengyahudikan KISMIS LIGO
1) Nama produk


kaitkan nama produk saingan anda dengan perkataan-perkataan yahudi yang direka sendiri.

"ligo berasal dari perkataan ibrani yang bermaksud, butiran keras. Sememangnya jika anda membeli kismis ligo anda memberi sumbangan dana kepada Israel untuk membeli butiran keras iaitu peluru untuk membunuh rakyat Palestin"


2) Asal usul


Rekakan satu konspirasi bagaimana produk saingan anda boleh wujud dalam pasaran tempatan.

"kismis ligo yang ditanam di Israel yang tanahnya disuburi darah rakyat Palestin di hantar ke Brazil untuk dipackagekan dengan penipuan bahawa kismis ini berasal dari California"

3) Presiden syarikat

Pastikan rakyat tempatan akan gerun membeli barangan saingan anda dengan menyatakan yang presiden syarikat(reka nama supaya lebih susah rakyat tempatan untuk google) saingan anda adalah seorang Yahudi Zionis

"Presiden Ligo iaitu Zarsten kismisberg adalah seorang jutawan Israel yang kaya akibat penipuan kismis-kismisnya. Beliau menderma sebanyak 100 juta dollar setiap tahun kepada negara laknatullah Israel"

4) Kreativiti masing-masing

Jangan berhenti disitu sahaja! Gunakan akal minda anda untuk menjatuhkan saingan ada dalam pasaran domestik! Benda-benda kecil seperti barcode produk saingan anda juga boleh dijadikan sasaran!

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts