And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)
Tuesday, April 19, 2011
Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita
Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung t...api sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala. Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah. "Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak. Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak. You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya. Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni: Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN TUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah. Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan
ps : takkan la lelaki nak berjalan sambil tutup mata???
helah setan
share ramai2...jgn dgr ckp setan... 1)Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je.. 2)Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga. 3)Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah. 4)Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan. 5)Saat Anda men...gamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke. ............ Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke . Yang ini anda pikirilah sendiri > Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !" ~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan……
Kejadian Lucu di Awal Era Komputer
Jim Cartlon, seorang wartawan Wall Street Journal, baru-baru ini mengumpulkan keluhan dari para pengguna komputer di Amerika.
Dan ternyata keluhan mereka jauh lebih “tolol” daripada yang kita kira. Berikut petikan keluhan-keluhan pengguna yang super konyol & “super dungu” itu :
1. Compaq pernah mempertimbangkan untuk mengubah perintah “Press ANY Key” menjadi “Press ENTER Key” disebabkan ramai yang menelefon menanyakan di mana letak kunci “ANY” di keyboard.
2. AST Technical Support menerima laporan pengguna kerana kesulitan menggunakan tetikus. Ketika pihak Techinal Support mengunjunginya, mereka menemukan mouse tersebut tidak boleh digunakan… karena masih terbungkus rapi di dalam plastiknya. Penggunanya (seorang wanita) takut dengan mouse (tetikus) sehingga tidak berani mengeluarkannya dari dalam plastik. Takut diserang tetikus komputer?
3. Di tahun 1980-an, ketika disket masih berukuran besar, ahli teknikal Compaq pernah menerima keluhan seorang pengguna yang disketnya tidak dibaca oleh drive-disk komputer. Setelah diselidiki, ternyata pengguna itu sebelumnya memasukkan disket ke dalam mesin tik dan mengetikkan label yang tertempel di disket itu.
4. Sebuah keluhan lain dari pengguna AST yang mengatakan disket mereka terkena virus yang sulit dibersihkan. Petugas AST meminta orang itu mengirimkan sesalinan disket yang terkena virus itu untuk diselidiki. Beberapa hari kemudian, petugas AST menerima fotokopi disket dari pengguna tersebut.
5. Seorang pengguna DELL mengeluhkan kalau dia tidak dapat mengirimkan fax melalui komputer. Setelah diarahkan selama 40 minit melalui telefon, petugas DELL menemukan yang pengguna itu telah cuba menghantar fax melalui komputer dengan cara memegang kertas yang akan di fax di depan monitor, sambil menekan tombol “SEND” di monitor.
6. Seorang pengguna DELL lain mengeluh kerana keyboard yang digunakannya sudah tidak dapat berfungsi sejak dibersihkan. Ketika ditanya caranya membersihkan keyboard, dia menjelaskan, “Saya mencuci dan menggosok semua bahagian keyboard dengan sabun, dan membilasnya dengan air, lalu menjemurnya.”
7. Seorang pengguna DELL marah besar kerana tidak boleh menyalakan komputer yang baru dibelinya. “Semua sudah terpasang dengan baik. Tapi setiap kali saya tekan pedal kaki, tidak terjadi apa-apa.” Setelah diselidiki ternyata “pedal kaki” yang dimaksud orang itu adalah : mouse.
8. Seorang lagi pengguna DELL marah besar kerana komputer barunya tidak nyala. Dia menjelaskan semua sudah terpasang dengan benar, dan ketika dia menunggu selama 20 minit, tidak terjadi apa-apa pada komputernya. Ketika ahli teknikal DELL menanyakan apakah “power switch” sudah dinyalakan, dia balik bertanya, “Power switch apa?”
9. Berikut adalah tanya-jawab antara petugas Novell NetWire dengan seorang pengguna :
Penelefon : Hello, dengan Tech Support?
Novell : Ya, boleh saya bantu?
Penelefon : Tempat letak cawan di PC saya patah. Apa mungkin saya dapat menggantinya?
Novell : Tempat letak cawan? Apakah itu hadiah semasa anda membeli komputer?
Penelefon : Tidak. Tempat letak cawan ini sudah ada di komputer saya. Dan ketika saya meletakkan gelas saya di atasnya, tempat letak cawan itu patah. Yang saya tahu, di bahagian depan Tempat letak cawan itu ada tulisan “CD-ROM, 16X”.
(Saat itu juga, petugas Novell langsung mematikan telefon dan tertawa terbahak-bahak…)
Kesan PRN Sarawak: Harga Minyak Bakal Naik, Anwar Dalam Video Seks
Kemenangan BN di dalam pilihanraya negeri Sarawak akan membuka laluan yang luas untuk Najib dan kerajaan BN melakukan apa yang tertangguh.
Pertama, harga minyak RON95 akan dinaikkan. Sebelum pilihanraya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak dapat menjamin harga minyak RON95 kekal ketika diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter awal bulan ini.
Itu sebelum pilihanraya.
Kini pilihanraya sudah berakhir dan BN diberikan semula mandat untuk menerajui negeri Sarawak.
Riak untuk kenaikan harga minyak sudah jelas apabila menteri berkenaan menyatakan:
Pada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.
"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.
Kedua: Isu video seks. Nampaknya kini perancangan untuk mengenakan Anwar akan bertambah hebat.
Esok atau lusa, tidak mustahil akan diisytiharkan "lelaki bertetek labuh" itu Anwar.
Kemudian akan berlakulah lagi satu tangkapan. Untuk mendakwanya. Bukan untuk mendakwa Datuk T yang telah terang-terang melakukan kesalahan undang-undang, memiliki dan menyiarkan video seks kepada ornagramai.
Demikian keadilan ala Malaysia yang diamalkan oleh PDRM.
Pegawai Kastam, Ahmad Sarbini akan dikatakan terjun membunuh diri dari bangunan SPRM.
Lebih mengejutkan lagi nanti, kesan dari keputusan pilihanraya Sarawak semalam akan memberikan endorsement kepada kerajaan Najib untuk melakukan apa saja yang menekan rakyat.
Apa ada hairan untuk melakukan itu semua? Rakyat tetap sokong BN... katanya
Banyak Yang Palsu Sekarang Ini
Untuk sesiapa yang ada telur oleh ABDUL JALIL ALI
Sengaja atau tidak, hidup kita memang penuh dengan seribu kepalsuan. Ada duit palsu, ada kad pengenalan palsu. Ada cinta palsu, ada janji palsu. Ada ijazah palsu, cukai jalan palsu, sijil nikah palsu.
Ada bomoh palsu, Ph.D palsu. Selalu juga kita dengar pengakuan palsu. Malah, video seks sepanjang 21 minit itu pun setakat ini masih belum disahkan ketulenannya, mungkin juga palsu.
Di tubuh kita sendiri banyak yang palsu. Ada gigi palsu bagi mereka yang rongak. Sekiranya malu sebab kepala botak berkilat atau penuh uban, ada rambut palsu. Kalau hendak bergaya tetapi tidak ada duit, boleh pakai jam tangan berjenama palsu.
Bagi wanita, jika tidak yakin dengan wajah asal, boleh sahaja palsukan wajah anda dengan suntikan botox. Ada orang tidak mengaku telah dibotoxkan, tetapi yang melihat boleh cam, sebab wajah botox seakan-akan sama.
Hairan juga, wajah sudah cantik apa perlunya suntikan botox? Tetapi bagi orang berduit mereka tidak rasa membazir berbelanja RM ribu-ribu untuk menukar rupa yang tulen menjadi kecantikan palsu.
Apakah benar suntikan tersebut menjadikan wajah bertambah cantik? Tidak semestinya begitu. Sesetengah wanita yang sudah memang asal cantik, menjadi tidak cantik setelah menjalani suntikan. Tetapi mereka tidak yakin yang asli, sebaliknya lebih bangga kepada yang palsu.
Tidak sahaja pada wajah, sudut-sudut lain tubuh juga boleh dipalsukan. Kalau bahagian dada kurang berisi, boleh dipalsukan dengan pembedahan plastik. Ada duit semua boleh jadi. Tetapi bukan semua berjaya.
Masih ingat kes seorang wanita yang tidak puas hati sebab payudaranya kecil? Dia ke ‘klinik pakar’ untuk mendapat rawatan, belanja berpuluh ribu RM. Benar setelah menjalani pembedahan, dia mendapat sepasang payu yang segar.
Tetapi, tidak sampai sebulan dia mengalami kesakitan dan terpaksa dibedah semula. Salah satu dari payunya makin mengecil setiap hari, akhirnya hilang. Dia berbelanja besar untuk memalsukan payunya, akhirnya payu yang dua tinggal satu; yang satu lagi kesep dan rata.
Pinggang yang bentuknya menyakitkan mata dan hati, boleh dipalsukan supaya ramping seperti biola, menerusi pembedahan. Punggung, paha, betis, kaki, lengan, semua boleh diubah dari bentuk asal kepada bentuk palsu yang lebih cantik.
Pendek kata mana-mana sahaja bahagian tubuh kita yang tidak sesuai – dari hujung rambut hingga hujung kaki – boleh diubah kepada bentuk palsu menggunakan pembedahan dan lain-lain kaedah saintifik.
Tidak kira lelaki atau wanita, muda atau tua, tubuh kita boleh dibonzaikan mengikut bentuk yang kita mahu. Bagi mereka yang berduit semua boleh dipalsukan untuk mengabui mata setiap orang.
Kemudian ada Datuk palsu. Apabila Datuk palsu dengan sendirinya Datin pun palsu. Ada orang mencari duit secara mudah dengan memalsukan Datuk. Contohnya seperti yang telah dilaporkan media beberapa hari lalu.
Seorang wanita, 31, dan lelaki, 51, telah menerima bayaran RM50,000 dan RM75,000 daripada beberapa individu sebagai dorongan untuk mendapat anugerah kebesaran bergelar Datuk dari istana.
Pembayaran yang diterima pada 8 Disember 2010 itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Perkara ini telah dibawa ke mahkamah. Bayangkan bagi orang berduit, mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapat gelaran tersebut, tidak kiralah sama ada gelaran yang diterima itu tulen atau palsu. Siapa tahu mungkin sudah ramai Datuk palsu dalam negara kita!
Sekiranya orang sanggup membayar beribu-ribu RM untuk Datuk palsu, Ph.D palsu, kad kredit palsu, pasport palsu, wajah palsu, payudara palsu, jadi apa luar biasanya kita ada telur palsu?
Sekiranya gigi, rambut, bulu mata, paha boleh dipalsukan, tentu sekali telur yang besar sedikit dari bola pingpong itu boleh dipalsukan. Jadi, mereka yang mempunyai telur janganlah gundah gulana atau marah-marah jika mendapati telur mereka adalah palsu.
Jangan fikir yang bukan-bukan, saya bercakap mengenai telur betul, telur ayam. Ada dakwaan bahawa telur tiruan @ palsu berada di pasaran tempatan dan ditemui di beberapa kedai di Pulau Pinang.
S M Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menjalankan kajian mendapati telur palsu mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan. Tetapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian awal yang dilakukan mendapati hampir 400 butir telur yang dirampas dari kedai-kedai berkenaan adalah telur tulen, bukan palsu.
Oleh sebab isu telur palsu dihebohkan dalam media dan internet sehari dua ini, makin ramai orang ragu-ragu setiap kali melihat telur.
Jangan terkejut sekiranya sehari dua ini ada pihak tertentu mendesak ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat telur kita!
Gadis Turki Islam Pertama Berbogel Untuk Playboy
Berlin - Selama ini, seorang gadis berusia 25 tahun berketurunan Turki yang menetap di sini, Sila Sahin menjadi contoh teladan tentang kelakuan baik wanita Islam moden dalam masyarakat berbilang budaya di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.
KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi
KULIT depan majalah Palyboy yang menunjukkan Sila Sahin berbogel.
Dia yang merupakan seorang aktres yang membintangi drama telenovela Jerman, Bad Times disenangi ramai peminatnya dan membuatkan keluarganya berasa bangga.
Namun, langkah terbarunya mengejutkan para peminatnya dan turut menyebabkan mereka yang rapat dengannya naik berang.
Beraksi berahi untuk kulit majalah Playboy Jerman dengan satu payu daranya terdedah, Sila sengaja mahu menyampaikan mesej yang jelas kepada keluarganya yang mengamalkan cara hidup Islam.
"Saya berbogel untuk Playboy kerana saya mahu bebas," kata Sila.
"Gambar-gambar ini merupakan bukti kebebasan saya daripada semua halangan yang terpaksa diikuti semasa zaman kanak-kanak saya," tambahnya.
Keluarganya, bagaimanapun, tidak dapat menerima perbuatan Sila dengan ibunya bertindak memutuskan perhubungan dengan aktres berkenaan.
"Ibu saya masih marah. Ia lebih sukar dengan datuk dan nenek saya, serta ibu dan bapa saudara saya," kata wanita jelita itu di laman web siri televisyen berkenaan.
Dia bagaimanapun, berjaya bercakap dengan ayahnya yang juga seorang pelakon.
Ayah Sila bimbang anak gadisnya akan dibenci bukan sahaja oleh masyarakat Turki di Jerman, tetapi oleh seluruh umat Islam akibat tindakannya.
Sila berkata, dia berbogel untuk majalah Playboy bagi menyeru wanita-wanita Islam yang selama ini hidup terkongkong dan tidak dibenarkan membuat pilihan, termasuk dalam menentukan calon suami serta keperawanan mereka, supaya bangkit untuk bersuara dan bertindak.
Tindakan Sila menjadikannya sebagai wanita Turki pertama yang berbogel untuk Playboy. Dia bagaimanapun kesal dengan tindakan keluarganya yang menyisihkan dirinya kerana isu tersebut.
Dalam satu wawancara, Sila merayu keluarganya supaya memahami punca dia membuat keputusan untuk bergambar tanpa seurat benang itu.
Aktres berkenaan turut merayu keluarganya supaya memaafkan dirinya.
"Saya berharap mereka (keluarganya) dapat memaafkan saya," kata Sila.
"Tolonglah terima saya semula," tambahnya. - Agensi
Menyelak Kejahilan & Kezaliman UMNO Selepas PRN Sarawak
Memahami kejahilan politik BN Oleh Hafiz Zainuddin
Kita tidak boleh menuduh rakyat Sarawak telah silap membuat pilihan. Atas kefahaman dan penilaian tertentu, mereka telahpun menggunakan ruang demokrasi yang disediakan sebaik mungkin. Yang pasti, Pakatan Rakyat nyata kecundang apabila gagal menggantikan BN malah menafikan majoriti 2/3 pun masih jauh.
Sama sekali PRN Sarawak kali ini sedikit sebanyak memberi tamparan kepada PR yang begitu yakin untuk menafikan majoriti 2/3 BN sekaligus membuktikan bahawa congakan awal oleh Zentrum meleset. Walau bagaimanapun, keputusan pilihanraya menunjukkan peningkatan undi kepada PR adapun BN masih selesa dengan kemenangan 55 kerusi dari 71 kerusi bertanding.
Secara umum, rakyat Sarawak masih selesa dengan BN dengan mandat baru yang telah diberikan.
Pada masa yang sama menjelaskan bahawa strategi kempen BN nampaknya gagal mempertahankan majoriti sedia ada walaupun jentera BN bertungkus lumus berkempen. Isu video seks nyata tidak memberi kesan kepada minda rakyat Sarawak malah populariti Najib dan Muhyiddin juga tidak mampu membendung kecenderungan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat. Kemenangan beberapa kerusi tambahan untuk Pakatan Rakyat juga melucutkan gelaran Sarawak sebagai fix deposit buat BN.
Kemenangan DAP menggusarkan?
Hampir 80% dari 15 kerusi yang di menangi Pakatan Rakyat didominasi oleh DAP. Ternyata, DAP berjaya mengubah sentimen rakyat yang selama ini menyokong SUPP yang mewakili sebahagian besar masyarakat Cina Sarawak. Kesimpulan pertama yang boleh dibuat dari kemenangan besar DAP ini ialah, masyarakat Cina komited dalam meneruskan agenda perubahan dengan memberikan sokongan padu mereka kepada calon-calon Pakatan Rakyat manakala PAS dan PKR pula telah mula diterima di Sarawak dengan peningkatan undi di kawasan-kawasan tertentu. Atas kejayaan besar ini DAP telah dimangsakan oleh media.
Apa lagi yang oleh diperkatakan dengan kemenangan besar DAP ini baik di Semenanjung mahupun di Sarawak? Sudah tentu kemenangan DAP ini menimbulkan rasa kurang senang dari BN yang telah hilang sokongan dan kepercayaan dari masyarakat Cina seolah-olah masyarakat Cina memberi signal kepada kerajaan bahawa "kami tidak perlu lagi diwakili di peringkat federal", "kami boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan sesiapa".
Perubahan berani yang dilakukan oleh masyarakat Cina Sarawak telah disalah erti sebagai sebuah "kebangkitan Cina". Malah kemenangan DAP ini digambarkan sebagai menularnya "politik perkauman". Persoalannya, apakah jika masyarakat Cina memberi kemenangan kepada SUPP dianggap kemenangan untuk Melayu? Walhal calon-calon yang bertanding mewakili SUPP juga di kalangan masyarakat Cina. Apakah yang sebenarnya cuba digarapkan oleh media perdana negara ini dengan dakwaan yang begitu dangkal dan menjatuhkan imej profesional mereka. Sekiranya kita benarkan dakwaan ini, apa pula yang boleh dijelaskan dengan kemenangan PAS di Kedah dan bertahannya kerajaan PAS di kelantan selama lebih 20 tahun?
Kemenangan PAS dicemburui
Situasi politik dan budaya di Malaysia masih lagi berlegar disekitar faham perkauman sempit malah BN sangat selesa dengan "tradisi" ini. Isu kaum sering kedengaran di negara ini untuk mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar. Sepertimana yang telah diungkapkan oleh Syed Husin Ali dalam bukunya Orang Melayu: Masalah dan Masa Depan menyatakan bahawa "persaingan kelompok atasan diberi wajah kaum".
Masyarakat Bumiputera dan Melayu harus disedarkan dari salah faham ini. Ayuh kita lihat sebagai contoh; Jika PAS yang memenangi sesebuah kawasan atau negeri, orang Melayu akan dituduh sebagai golongan yang tidak mahu bersyukur dengan jasa kerajaan, jika PKR yang menang, rakyat akan dituduh pula sebagai menyokong pengkhianat bangsa dan jika kemenangan itu di pihak DAP (sudah tentu kawasan Cina), kemenangan itu ditafsir sebagai "kebangkitan Cina" Dan menunjukkan seolah-olah masyarakat Cina tidak tahu berterima kasih kepada kerajaan atas dominasi ekonomi yang diperoleh. Apakah kita rakyat Malaysia juga perlu termakan dengan isu-isu sebegini?
Bukan kaum, tapi diskriminasi politik
Saya ingin bertanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi; apakah rakyat tidak punya hak untuk memilih sehingga jika ia tidak berpihak kepada pemerintah mereka akan dituduh sedemikian rupa? Haruskah rakyat di negara ini terus diperbodohkan dengan pandangan-pandangan berbaur perkauman yang tidak sihat dan ia dibiarkan berleluasa?
Kita masih lagi dalam bahang suasana PRN Sarawak. Kemenangan besar DAP sebenarnya menjelaskan bahawa masyarakat Cina mahu untuk berubah dan berani melakukan perubahan. Apa yang berlaku kepada masyarakat Bumiputera pula, mereka punya azam untuk berubah tetapi masih terperangkap dengan hegemoni Melayu-Melanau dan dibatasi dengan sikap sinikal dan takut apatah lagi masih dimainkan dengan politik projek "jalan raya" yang nampaknya masih belum selesai.
Soalnya sekarang bukanlah "kebangkitan Cina". Orang Cina telahpun bangkit dari kemiskinan mereka sejak selepas merdeka lagi. Keputusan PRN Sarawak sebenarnya menunjukkan bahawa masyarakat Cina cuba bersikap lebih realistik dan berani melakukan perubahan. Selain itu, ia juga membuktikan kepada kita bahawa masyarakat Cina lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan politik tanah air. Saya bukanlah memuji tetapi inilah yang harus kita semua fikirkan bersama. Ya, agar kita seluruh rakyat Malaysia lebih realistik dan berani menyatakan pendirian terhadap isu-isu penyelewengan dan salah urus tadbir pemimpin-pemimpin negara.
Memang, Bumiputera-apalagi orang Melayu diutamakan dalam arus pembangunan nasional agar dapat bersaing dengan masyarakat yang lain. Akan tetapi, dilema yang dihadapi bukan diskriminasi dari sisi kaum tetapi apa yang berlaku adalah diskriminasi politik. Lihat sahaja apa yang pernah berlaku di Terengganu berkaitan royalti minyak yang ditukar kepada Wang Ihsan apabila PAS berjaya membentuk kerajaan di sana. Begitu juga diskriminasi berbelas-belas tahun kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri Kelantan dalam hal peruntukan kewangan dalam projek bekalan air bersih yang sehingga kini menjadi tanda soal.
Nampaknya isu perkauman ini sengaja terus dibangkit dalam mempertahan monopoli politik BN agar dilihat perjuangan mereka relevan sehingga sekarang. Apakah kemiskinan sebahagian masyarakat bumiputera di bandar dan di kawasan pedalaman di hadapan mata kita membuktikan BN benar-benar memperjuangkan nasib golongan ini? Dan apakah kita masih tidak malu kerana masih dicengkam dengan hegemoni kaum ini? Sejarah telahpun membuktikan kebenaran dan telah sampai masanya untuk kita merevolusikan minda! -MR
*Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas.
Email 1Malaysia Untuk Selamatkan Syarikat Bermasalah?
SSyarikat Tricubes Bhd yang diberikan kontrak RM50 juta untuk melancarkan perkhidmatan emel 1Malaysia merupakan sebuah syarikat bermasalah.
Syarikat yang tidak berapa dikenali itu merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk."
Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya.
Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya.
Kontrak bernilai RM50 juta itu pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.
Najib beri kontrak 50juta kepada syarikat bermasaalah kendali e-mail 1malaysia
Tricubes Berhad, syarikat yang meraih kontrak perkhidmatan emel 1 Malaysia bernilai RM50 juta dilaporkan menghadapi masalah kewangan dan berkemungkinan dilucutkan dari Bursa Malaysia.
Meskipun menghadapi permasalahan sebegitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan firma berkenaan diberi kontrak lumayan untuk menyediakan khidmat emel rasmi antara rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan kerajaan, lapor Malaysian Insider.
Ramai pihak menyifatkan langkah itu sebagai membazir kerana sebilangan besar masyarakat yang celik komputer sudah pun memiliki e-mail peribadi.
Mereka juga mempersoalkan keselamatan maklumat peribadi dalam sebarang transaksi menerusi e-mail 1Malaysia itu.
Justeru mereka menolak projek e-mail 1Malaysia dan mempertikaikan kenapa ia diberi kepada sebuah syarikat yang dipantau oleh Bursa Kuala Lumpur.
Tricubes sebelum ini diberi amaran dan diletakkan di bawah status Nota Bimbingan Keselamatan 3 oleh Bursa Malaysia (GN3) tahun lalu.
Sebagai Syarikat GN3, Tricubes perlu memberikan laporan kewangan kepada Bursa setiap bulan serta melantik penaja sehingga ia bukan lagi berstatus GN3.
Menurut laporan itu jika syarikat (Tricubes) gagal berbuat demikian, mereka boleh digantung dan disingkirkan dari papan oleh Bursa Malaysia.
Sumber Bursa juga menyatakan, sehingga 1 April lalu, Tricubes masih dalam proses meguruskan aliran kewangannya dan 'tiada sebarang perkembangan besar' yang memungkinkan status GN3 syarikat itu ditarik balik. -tvsnews
Cara Perempuan Bagi Hint Untuk Dimengorat
Untuk entri ini, anggaplah anda seorang lelaki yang begitu hensem dan kacak sekali..ha3.
Ceritanya..
Suatu hari anda pergi ke shopping complex berjalan² mencari barang. Selepas penat anda ke food court untuk menjamah makanan. Dihadapan anda ada seorang awek berseorangan atau bersama kawan², yang mungkin bagi anda itu perempuan biasa. Tetapi adakah anda tahu di dalam hati perempuan tersebut sebenarnya dia ingin berkenalan dengan anda.?
Untuk kali ini aku berpikir apakah hint² yang mungkin diberi oleh seorang perempuan, memandangkan itu kali pertama ternampak anda. Sebab situasinya bukan seperti di sekolah, universiti atau asrama yang dia boleh jumpa anda lagi. Mungkin ini pertama dan terakhir dia jumpa anda di shopping comlex itu.
So dia tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan anda. Tetapi takkan perempuan hendak mengorat anda pula kan. Perempuan biasanya malu untuk mendekati lelaki berbanding lelaki mendekati perempuan. Tetapi mereka biasanya akan memberi hint. Sebab dalam majalah pun, ruangan cinta cantun pun akan galakkan perempuan memberi hint kan..ha3.
Berikut point² yang aku pikirkan. anda semua tidak kira lelaki atau perempuan digalakkan untuk memberi komen anda kerana point² ini aku pikir sendiri je. Mana tau salah atau korang ada point² lain untuk dikongsi, terutamanya dari kaum hawa sendiri..ha3.
1. Asyik tengok / curi pandang anda.
Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku.
Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik tengok/curi pandang anda.:)
2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.
Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)
Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka dimengorat..:)
3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia.
Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)
Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian anda.
Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.
Bonus:
Buat gaya macam gedik/mengada sikit.
Gambar sekadar hiasan.ha3
Aku tak tahu la betul atau tidak, tetapi mungkin juga perempuan akan buat gaya yang menggedik sedikit, bukan setakat lentuk tubuh, mungkin suara pun akan menggedik sedikit.:) Tujuan adalah sama seperti point ke tiga, iaitu untuk menarik perhatian..:)
------------------------------------------------
Cepat sungguh la 3 point yang aku bagi ini. Rasa banyk je lagi hendak menaip ni.ha3. Tetapi tidak mengapalah ye 3 point je pun, takut entri terlebih panjang pulak nanti.:)
So, selepas baca cara perempuan bagi hint untuk dimengorat ini,. soalan yang aku hendak tanya.
1)Lelaki : Adakah anda pernah perasan apa² hint dari perempuan yang macam hendak diri mereka dimengorat.?..ha3
2) Perempuan : Kalau ada nak betulkan atau korang ada hint lain yang korang biasa praktikkan, apa kata bagitahu. Leh kitaorang lelaki ni tambah pengetahuan sikit cara² korang bagi hint untuk dimengorat kepada lelaki.:)
Dan satu lagi, penting juga ni, istilah 'dimengorat' aku tidak tahu boleh diguna pakai atau tidak, aku letak je apa yang terlintas dalam pikiran aku. Oleh itu jangan gunakan dalam karangan bahasa melayu anda.ha3.
Ceritanya..
Suatu hari anda pergi ke shopping complex berjalan² mencari barang. Selepas penat anda ke food court untuk menjamah makanan. Dihadapan anda ada seorang awek berseorangan atau bersama kawan², yang mungkin bagi anda itu perempuan biasa. Tetapi adakah anda tahu di dalam hati perempuan tersebut sebenarnya dia ingin berkenalan dengan anda.?
Untuk kali ini aku berpikir apakah hint² yang mungkin diberi oleh seorang perempuan, memandangkan itu kali pertama ternampak anda. Sebab situasinya bukan seperti di sekolah, universiti atau asrama yang dia boleh jumpa anda lagi. Mungkin ini pertama dan terakhir dia jumpa anda di shopping comlex itu.
So dia tak nak lepaskan peluang untuk berkenalan dengan anda. Tetapi takkan perempuan hendak mengorat anda pula kan. Perempuan biasanya malu untuk mendekati lelaki berbanding lelaki mendekati perempuan. Tetapi mereka biasanya akan memberi hint. Sebab dalam majalah pun, ruangan cinta cantun pun akan galakkan perempuan memberi hint kan..ha3.
Berikut point² yang aku pikirkan. anda semua tidak kira lelaki atau perempuan digalakkan untuk memberi komen anda kerana point² ini aku pikir sendiri je. Mana tau salah atau korang ada point² lain untuk dikongsi, terutamanya dari kaum hawa sendiri..ha3.
1. Asyik tengok / curi pandang anda.
Perempuan juga seperti lelaki, kalau suka pada lelaki dia akan tengok juga. Mungkin pandangan berbeza sedikit berbanding lelaki sebab lelaki biasanya tengok perempuan cantik, tetapi perempuan dia boleh tengok lelaki pada rupa, penampilan dan juga tingkah laku.
Kalau terpandangan kali pertama normal la. Tapi kalau perempuan asyik tengok anda, kadang² curi² pandang, so berkemungkinan dia hendak berkenalan, tetapi dia malu. So dia bagi la hint permulaan ini, iaitu asyik tengok/curi pandang anda.:)
2. Senyum kepada anda, bukan sekali tapi banyak kali.
Mungkin apabila anda perasan dia tengok anda, kali pertama mungkin dia alihkan pandangan, kedua senyum kepada anda. Kali ketiga, keempat dan seterusnya, setiap kali pandang, setiap kali senyum kepada anda.:)
Kalau macam ni, semakin kuat firasat menunjukkan perempuan ini berminat dengan anda, dan mungkin dalam hatinya berkata 'kalaulah dia tegur aku'..ataupun boleh dikatakan dalam fasa ini, mereka berharap agar diri mereka dimengorat..:)
3. Dia akan cuba untuk tonjolkan diri dia.
Mungkin jarang jumpa perempuan jalan seorang diri. Biasanya mereka akan bersama kawan perempuan mereka yang lain, selain dengan kawan² lelaki. Kalau dorang pergi shopping, biasa memang dengan kawan perempuan la:)
Apabila berkumpul, ada yang memang semula jadi sikapnya. Tetapi ada juga yang apabila perasan anda berada di depan, dan dia berminat hendak berkenalan dengan anda, dia akan cuba menonjolkan dirinya. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian anda.
Mungkin dia menggunakan cara ketawa kuat, cakap kuat² walaupun sebelum ini dia senyap je, alih kerusi biar pandangan lebih jelas terhadap anda, buat² bangun, betulkan kasut, dan macam² lagi la asalkan anda perasan adanya dia di hadapan anda. Lepas buat perkara², dia akan tengok anda untuk perhatikan samada anda perasan atau tidak perlakuan dia tadi.
Bonus:
Buat gaya macam gedik/mengada sikit.
Aku tak tahu la betul atau tidak, tetapi mungkin juga perempuan akan buat gaya yang menggedik sedikit, bukan setakat lentuk tubuh, mungkin suara pun akan menggedik sedikit.:) Tujuan adalah sama seperti point ke tiga, iaitu untuk menarik perhatian..:)
------------------------------------------------
Cepat sungguh la 3 point yang aku bagi ini. Rasa banyk je lagi hendak menaip ni.ha3. Tetapi tidak mengapalah ye 3 point je pun, takut entri terlebih panjang pulak nanti.:)
So, selepas baca cara perempuan bagi hint untuk dimengorat ini,. soalan yang aku hendak tanya.
1)Lelaki : Adakah anda pernah perasan apa² hint dari perempuan yang macam hendak diri mereka dimengorat.?..ha3
2) Perempuan : Kalau ada nak betulkan atau korang ada hint lain yang korang biasa praktikkan, apa kata bagitahu. Leh kitaorang lelaki ni tambah pengetahuan sikit cara² korang bagi hint untuk dimengorat kepada lelaki.:)
Dan satu lagi, penting juga ni, istilah 'dimengorat' aku tidak tahu boleh diguna pakai atau tidak, aku letak je apa yang terlintas dalam pikiran aku. Oleh itu jangan gunakan dalam karangan bahasa melayu anda.ha3.
Perempuan itu memang @$#@#$@$#@$# kalau ????
- Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.
- Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT.
- Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak yang mana kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Ia adalah seperti pelacur. Bersederhanalah.
- Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
- Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengumpat baik lelaki atau perempuan kerana dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.
- Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya lalu menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.
- Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.
Bonggol Unta Yang Lemah Gemalai tetap Laknat!
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad.
Rasulullah s.a.w bersabda:
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
p/s : 2 pegangan yang xkan bawa kita ke jalan yg sesat, Al Quran & Al Hadith...
Solat Atau Sembahyang?
Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."
Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah
berhala yang bernama Hyang."
Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."
Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."
Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya.
Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.
p/s : its 2 different things..with 2 different meaning..be careful my brothers & sisters..
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
-
Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
-
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
-
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
-
Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
-
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
-
Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
-
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
-
( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...