And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

berblog + komen = ?????


Memang tidak dinafikan, hampir setiap hari ada saja blog baru yang saya jumpa. Sebenarnya, saya menulis artikel ini disebabkan tertarik dengan salah satu artikel di blog kawan kita, Ariff Shah. Entri yang membiacarakan tentang etika dalam blogging, dan pastinya artikel sebegitu memang berguna bagi mereka yang baru dalam dunia blogging.
Daripada keseluruhan artikel yang ditulisnya, teguran mengenai komen amat menarik untuk dikongsi bersama anda semua. Secara umumnya, bagi blogger baru sudah pastinya mereka ada terbaca mengenai tips blogging dan salah satu perkara yang mereka ingin tahu adalah cara tingkatkan trafik blog. Setuju?
Salah satu cara dapatkan trafik blog dengan mudah dan paling berkesan adalah dengan meninggalkan komen di blog-blog lain. Sudahkah anda berbuat begitu? Kalau belum, bertindak sekarang.
Persoalanya, adakah anda meningalkan komen semata-mata kerana trafik atau menjaga hubungan sesama blogger? Jangan keliru dengan persoalan tersebut. Memang tujuan utama komen diblog lain adalah untuk mendapatkan trafik. Tetapi, adakah komen anda itu bermanfaat atau boleh dikelaskan sebagai komen spam?
Dalam blogging, etika dan peraturan haruslah dipatuhi kerana ia melibatkan dengan dunia luar. Begitu juga semasa anda meninggalkan komen di blog-blog, ianya memerlukan etika kerana ia melibatkan anda dengan pemilik blog dan pembaca blog tersebut.
Komen untuk trafik juga menjaga hubungan sesama blogger, bermakna bukan komen spam :
  1. Tinggalkan komen mengikut pendapat anda sendiri dan kongsi pengalaman anda. Sekiranya anda berada di sesebuah blog, anda tertarik dengan salah satu artikel di blog tersebut. Tidak kira ianya berkaitan dengan niche blog anda ataupun isu semasa, ambil sedikit masa untuk membacanya keseluruhan entri tersebut. Dan selepas itu cuba tinggalkan komen yang bernas dan bermanfaat berdasarkan apa yang disampaikan oleh penulis dalam artikel tersebut. Sekiranya pendapat anda boleh digunapakai dan pembaca lain sudah semestinya akan berminat dengan komen anda dan secara automatik mereka berminat dengan anda dan cuba untuk mengenali siapa anda. dengan ini mereka akan klik link anda dan seterusnya akan ke blog anda.
  2. Setelah singgah di blog anda dan mendapati artikel di blog anda bagus dan berkualiti, sudah pasti mereka  akan tertarik dengan blog anda itu dan tidak mustahil mereka ini akan menjadi pembaca setia blog anda. Trafik dan trafik yang anda dapat. Mudahkan?
Tolong jangan lakukan perkara ini :
  1. Komen berbetuk spam. Komen berbentuk spam ini boleh dikatakan semat-mata untuk trafik. Contohnya, ‘Hi, terima kasih, nice artikel’,  ’Salam, apa khabar?’ Sebenarnya komen seperti ini tidak berkait langsung dengan apa yang ingin disampaikan oleh penulis dan mereka menganggap anda tidak membaca artikel tersebut dan komen hanya untuk trafik atau suka-suka.
  2. Jangan sesekali letak link bersama komen anda kecuali link tersebut berkaitan dengan artikel dan info yang berguna untuk dikongsi. Bagi pengguna wordpress, mereka sebenarnya boleh setkan komen anda berserta link ituk masuk terus ke kotak spam. Tetapi kebanyakannya tidak berbuat seperti itu sebagaimana di blog ini. Saya menghormati setiap komen dari anda kerana satu komen anda lebih bermakna daripada 1000 komn spam.:) Tetapi perlu ingat, perkara sebegini harus dielakkan.
Anda sebagai blogger, sebenarnya tidak perlu risau akan trafik. Sekiranya anda tampil dengan kelainan, artikel yang menarik pastinya trafik ke blog anda boleh diibaratkan seperti coklat coco crunch mencurah-curah ke ladang gandum.
Kebanyakkan blogger mengambil mudah dan tidak menghiraukan sangat perkara kecil seperti ini, tetapi anda sebagai blogger harus tahu yang perkara kecil inilah senjata sebenar permulaan bagi kejayaan sesebuah blog. Dengan cara ini, anda bukan sahaja dapat meningkatkan trafik ke blog anda tetapi anda juga boleh mengeratkan hubungan anda dengan blogger-blogger lain hanya dengan ‘komen’.
Adakah anda salah seorang daripada ciri-ciri yang dinyatakan seperti di atas? Komen hanya untuk trafik atau juga menjaga hubungan sesama blogger?

ps; cara aku (cari bahan , edit + gambar + video)...x mnat nak tulis lebih2 takut jadi sbagian drpd tanda2 kiamat   ====>   banyaknya org memberi pendapat @ komen @ fatwa tak guna ilmu tapi guna nafsu....
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts