And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

Air mineral + Holy water... Cerita layu.. Aduhai Melayu...


.
Pernah tak anda sama ada menerima, membaca atau mendengar cerita tentang air mineral yang dicampur dengan holy water?

Pertama kali saya mendapat maklumat ini adalah melalui sms yang dihantar kepada saya pada tahun 2008. Kemudian dihantar lagi ke email saya pada tahun yang sama. Topik hangat katanya. Minta seluruh umat Islam berhati-hati, katanya sesiapa saja umat Islam yang terminum air mineral ini, nescaya dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah.

Aduhai Melayu... bilalah engkau nak berubah? Benda macam ini pun mudah sangat percaya tanpa usul periksa. Pergilah periksa dulu dengan Jabatan Agama atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Bila saya buat search di internet, rupanya cerita tentang air mineral yang dicampur dengan holy water ini telah terbit dan disensasikan semenjak tahun 2006 lagi. Oleh kerana ramai yang tak tahu maka cerita ini berulang terbitlah secara tidak berjadual ia di blog-blog bebas khususnya blog orang M pada tahun 2007, 2008 sampailah sekarang ini 2009, pun masih terbit lagi.

Pada tahun 2006, terdapat tiga (3) jenama air mineral yang dikatakan dicampur holy water:
  1. Al Barakah
  2. Al Mansur
  3. Bestari (ada yang kata al Bistari)

Petikan dari sebuah blog bebas (2007). Sila lihat bilangan paderi dan jenama air mineral
Bila masuk tahun 2007, 2008 dan 2009, macam-macam versi pula muncul. Ketakseragaman cerita tersebut boleh dilihat dari jumlah paderi dan ejaan jenama air mineral itu.
  1. dari 19 orang Paderi menjadi 1900 orang Paderi
  2. Nama jenama air mineral al-Barakah menjadi al-Baramkah, al-Mansor menjadi al-Mansori dan al-Bistari menjadi al-Bistaria.

Petikan dari sebuah blog bebas (2008). Sila lihat bilangan paderi dan jenama air mineral

Kini yang terbaru, jenama yang didakwa telah dicampurkan dengan holy water yang pada asalnya hanya tiga, kini telah bertambah menjadi 6-7. Anda boleh memeriksa sendiri perkara ini. Apa yang menggelikan hati adalah jenama yang disalah eja itu dijadikan sebagai jenama tambahan. Aduhai...

al-Barakah, al-Baramkah, al-Mansor, al-Mansori, al-Mansur, Bestari, al-Bistari, al-Bistaria, al-Mubarakh, tidak kurang juga Waterco..

Petikan dari sebuah blog bebas (2009)

Sebenarnya holy water tidak mempunyai kuasa apa-apa. Sekiranya holy water itu sangat berkuasa, sudah tentu tiada seorangpun paderi Kristian yang memeluk agama Islam. Buat homework, berapa ramai orang Eropah dan Amerika di kalangan penganut Kristian yang beralih kepada Islam semenjak peristiwa 11 September?

Kalau holy water benar-benar berkuasa, maka seluruh penduduk dunia pasti menjadi Kristian. Curah saja holy water di kolam-kolam bekalan air seluruh negara.

Kalau benar-benar mereka nak sabotaj umat Islam secara yang demikian, tak perlu tunggu jenama Bestari, al-Barakah dan al-Mansor. Jenama-jenama lain banyak lagi seperti Spritzer, Cactus dll. Nak senang lagi campurkan saja dalam Coca Cola, Pepsi atau apa-apa jenis minuman yang lain.

Lagipun sehingga kini tiada gambar botol air mineral berkenaan muncul di internet atau di kedai-kedai di kawasan yang dimaksudkan. Kalau ada gambar botol air mineral dari jenama tersebut, sebarkanlah gambarnya. Sedangkan gambar orang buat maksiat boleh dirakam, masakan gambar air mineral tidak boleh?

Ramai orang Melayu masuk Kristian? Ya betul, perkara ini telah lama berlaku. Bukan salah holy water tetapi salah orang Melayu itu sendiri yang mengabaikan agama Islam.

Cerita orang tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah setelah masuk Kristian, itu cerita lama, telah lama saya dengar ketika saya remaja lagi. Tapi saya yakin sekiranya ia berlaku, ia disebabkan oleh orang itu telah mendapat laknat Allah disebabkan kebobrokannya menolak Islam. Cerita tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah disebabkan holy water mungkin direka untuk menutup kelemahan diri sendiri dan keluarga. Wallahu a'lam.

Setakat pengetahuan saya yang tak seberapa ini, tiada air yang boleh memudaratkan manusia kecuali air yang tercemar.

Malah air sebenarnya boleh dijadikan ubat dan penawar apabila dibacakan dengan ayat-ayat Allah (sila rujuk perubatan Islam). Best Blogger Tips

2 comments:

  1. you are amazing. i just did a facebook post on this. -.- i hate how people buy that story of how holy water make people cant recite the syahadah. it a total bullshit!! anyway, im sharing this if u dont mind. =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts