And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

Manjakani : Istimewanya pada Wanita


Ramai orang mengenali kacip fatimah tumbuhan herba yang besar peranannya dalam meningkatkan kesihatan golongan wanita, namun adakah anda mengetahui akan satu lagi tumbuhan herba yang turut bermanfaat kepada wanita iaitu manjakani.

Manjakani sesuai untuk golongan wanita;
  • Wanita yang mempunyai masalah longgar dinding vagina
  • Wanita yang mengalami masalah keputihan berlebihan, kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada vagina 
  • Wanita yang kitaran haidnya terganggu
  • Wanita yang menderita PMS dan kekejangan
  • Wanita yang gemar mengekalkan atau menigngkatkan kecergasan serta kesihatan fizikal
  • Tidak digalakkan penambilannya untuk wanita hamil
Kelebihan dan Keistimewaannya;
  • Menjadikan badan kekal langsing
  • Mengetatkan otot-otot perut
  • Mengawal kitaran haid dan mengurangkan kekejangan serta sakit belakang semasa haid
  • Mengekalkan badan agar sihat, segar dan cergas sentiasa
Manjakani juga banyak digunakan dalam menghasilkan ubat-ubatan untuk kegunaan ramai. Antara kelebihan manjakani dalam perubatan ialah;
  1. Awet muda - Kandungan anti oksidannya mampu melambatkan proses penuaan
  2. Elak diabetes - Asid gallic berupaya membantu mengatasi masalah diabetes dan asma
  3. Hindari kanser payudara dan serviks - Kandungan anti oksidannya jugs berperanan mengatasi penyakit kanser.
  4. Atasi lebihan darah haid - Astringent di dalamnya boleh menyerap darah yang berlebihan ekoran haid.
  5. Penyembuhan tisu-tisu luar - Astringent dalam manjakani membantu menyembuhkan kerosakan tisu luar selepas bersalin
  6. Mencantikkan kulit - Astringent turut berpotensi melicinkan dan menegangkan kulit selain mencegah pertumbuhan jerawat disamping merawat kulit kering dan berminyak
  7. Mata sihat - Astringent dapat memulihkan masalah mata kerana kemampuannya mengecutkan tisu-tisu pada mata
  8. Rawatan payudara - Ciri-ciri keanjalan manjakani dalam merawat otot-otot membantu memperbaiki keanjalan payudara
  9. Gigi dan tulang - Kalsium yang didapati pada manjakani membantu memperkuatkan gigi dan tulang
  10. Mulut - Kandungan astringent dalam manjakani berfungsi memelihara kebersihan mulut
  11. Kaya dengan vitamin - Kandungan fiber yang terdapat dalam manjakani secara tidak langsung mencegah masalah sembelit.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts