Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam membernarkan perhambaan sesama insan? Tuduhan negatif dilempar kepada baginda Rasul seolah-olah baginda adalah broker hamba abdi yang terkenal. Saya pasti persoalan ini turut membelenggu pembaca-pembaca sekalian. Adalah sesuatu yang menyedihkan pula jika pendakwah Islam gagal memuaskan hati para madu'nya sehingga ada yang menerbitkan fitnah pula pada sistem syariah Islam dengan hujah dan jidal yang dangkal. Di dalam surah Al Hijr, Allah menyelar golongan yang suka berjidal (berhujah dan berdebat) tanpa ilmu dan bayyinah (Al Quran dan dalil). Jadi marilah kita lihat perbahasan ini.
Setelah saya meneliti Tafsir Al Azhar (Prof. Hamka) serta beberapa kitab fiqh lainnya,saya mendapat jawapan yang cukup memuaskan hati. Ilmu-ilmu terdapat terlalu banyak di dalam khazanah kitab-kitab Islam. namun pencairan ilmu tidak berlaku sehingga ramai yang terkeliru dengan isu-isu Islam yang mudah. Tujuan penulisan ini adalah suatu usaha mencairkan ilmu agar dipermudahkan bagi yang ingin mendapatkan info ringkas tentang isu hamba dan Islam.
Mengapa Islam membenarkan perhambaan?
Pada zaman dahulu, sistem perluasan kuasa adalah melalui peperangan dan mata pedang. Telah menjadi tradisi dan adat semua masyarakat tidak mengira barat atau timur, peperangan adalah method untuk perluasan kuasa dan tamadun. Jadi lantaran itulah Islam juga menyarankan peperangan untuk membuka wilayah dan menyebar sisitem pentadbiran Islam yang syumul kepada masyarakat sekitarnya.
Pada setiap kali peperangan, ramai kaum lelaki akan mati. Wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan bunuh oleh Islam berlainan dengan agama lain. Islam membenarkan ghanimah dalam bentuk manusia iaitu menawan dan menyimpan hamba2 untuk dijaga dengan baik dan bukannya diabdikan seperti haiwan. Prof Hamka berpendapat, adalah suatu maslahah besar melindungi para wanita janda ini yang pada waktu itu kelihatan hina dan tidak bermaurah daripada tercebur ke lembah pelacuran. Maka Islam menjaga hak kewanitaan ini. Namun Islam turut meraikan pahlawan Islam yang berjuang membela agama, maka dibenarkan taraf tawanan ini menjadi hamba.
Namun begitu, Islam menggalakkan umatnya membebaskan hamba melalui tebusan, wang atau melalui salah laku dalam agama seperti kiffarat dan dam (ibadat Haji). Islam menggalakkan penghulu berkahwin secara baik dengan wanita tersebut dan diberi mahar walaupun tidak diwajibkan.
Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, suami isteri yang tertawan tidak akan tercerai secara automatik apabila sahaja ditawan menjadi hamba. Status hamba tidak memusnahkan hubungan perkahwinan. Tetapi jika si suami mati atau lari atau terlepas dari peperangan, maka mereka tercerai secara langsung dan dibenarkan pemilik hamba berkahwin pula dengan si hamba.
Apakah status Isteri Sahaya?
Apabila menjadi isteri, status mereka rendah daripada isteri yang merdeka. Sebenarnya penghulu hanya diusyaratkan kahwin tidak lebih daripada 4 untuk isteri merdeka tetapi tiada had untuk isteri dikalangan hamba. Lantaran itulah kita melihat betapa ramainya Raja Abbasiyyah termasuk raja-raja melayu yang berkahwin dengan ramai gundik dan dayang-dayang yang dikenali sebagai 'Hareem'. Kesemua isteri ini sah dan melebihi 4. Tetapi anak mereka adalah bebas dan merdeka tidak seperti ibu mereka (Ummu Walad).
Mari kita lihat satu contoh. Mengapakah Khalifah Makmun cenderung kepada fahaman Muktazilah? Bukankah bapanya Harun Ar Rasyid pemegang aqidah Ahli sunnah yang tegar?. Mari kita lihat asal usulnya. Khalifah Makmun bukannya anak Gahara atau anak daripada isteri merdeka. Kemungkinan ibunya adalah hamba daripada tawanan Parsi (yang giat dalam falsafah, syiah dan muktazilah). Lantaran itu dia agak membenci ulama' baghdad seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Berlainan dengan Mu'tasim dan Mutawakkil yang berjuang kearah ahli sunnah. Inilah faktanya!!
Kita lihat Safiah Binti Huhai seorang hamba Rasulullah daripada tawanan Khaibar, akhirnya menjadi ummaha Mukminin. Mengapa? Kerana baginda memerdekakan Safiah sebagai maskahwin mereka dan beliau layak menjadi ibu-ibu mukminin.
Berlainan dengan Mariah Qibtiyyah yang berasal daripada hamba Raja Muqauqis daripada Mesir. Mariah dihadiahkan oleh Muqauqis dan akhirnya Rasul berkahwin dengan Mariah. Atas budi bicara Mariah tidak mahukan maskahwin dan Rasulullah berkahwin tanpa maskahwin. Inilah hujah orientalis yang mengatakan Rasulullah tidak berkahwin dan berzina dengan Mariah. Mengapa Mariah tidak tersenarai dalam senarai ummahah Mukminin? Hal ini kerana beliau tidak merdeka dan hanya isteri dikalngan hamba. Inilah fakta yang sebenarnya.
Pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau mengharamkan penjualan semula ummu walad kerana menaikkan sedikit status hamba yang telah menjadi isteri penghulunya. Namun mereka tetap rendah daripada status isteri merdeka.
Rasyid Redho berkata, dalam peperangan kebangsaan dan peperangan menurut perintah raja, tawanan bukan berstatus hamba seperti di zaman nabi. Uruf hari ini telah menafikan hamba seperti dahulu. Tetapi sejarah menyaksikan tawanan perang dunia kedua terlalu dahsyat kejadiannya khususnya kekejaman Jepun, Itali dan Jermen yang membinatangkan tawanan walaupun sistem hamba telah dimansukhkan. Ramai wanita dan isteri tentera Amerika yang melarat di Jepun sehabis peperangan dunia kedua. Inilah yang Islam larang.
Rasulullah membenarkan perhambaan tawanan perang kerana semasa itu, sekiranya tawanan Islam ditangkap oleh orang Quraisy, mereka akan memperhambakan tentera Muslimin juga. Jadi ini adalah keadilan dalam Islam. Cuma Nabi bertindak mengurangkan secara perlahan-lahan sistem perhambaan ini. Jadi tidak timbul persoalan Rasulullah atau Islam adalah pengganas dan memperhambakan manusia.
Islam amat meraikan ramai pihak. Pihak tawanan, pihak kafir, pihak tentera dan perasaan tentera Islam. Dan inilah yang ana selalu gelarkan sebgai dakwah antagonistik dalam Islam yang cukup cantik. Apabila kita mempelajari fekah dan sistem-sistem dalam Islam secara terperinci, kita akan melihat betapa Indahnya ISlam.
Dalam Islam, telah lama mengharamkan perhambaan sesama makhluk. Aktiviti penjualan hamba adalah salah suatu keperluan dan kekuatan ekonomi arab jahiliyyah. Rasulullah sendiri mempunyai beberapa hamba. Hal ini berlaku kerana adat berperang sebelum Islam yang banyak menghasilkan hamba-hamba yang kehilangan hak terhadap diri mereka sendir. Di sini Islam tidak agresif menaikkan taraf mereka kerana akan mengundang perpecahan kefahaman dan menghalang daripada penerimaan kaum-kaum arab terhadap dakwah Aqidah yang lebih utama untuk diperbaiki.Walaubagaimana pun, Islam menghadkan hamba dengan :
1) Dibenarkan kahwin dengan hamba untuk menaikkan taraf hamba menjadi Isteri dikalangan hamba.
2) Dibenarkan bersetubuh dengan hamba untuk menghasilkan anak. Ummu walad (hamba tadi) dilarang dijual lagi kerana telah mempunyai anak daripada perhubungan dengan tuannya.
3) Dibenarkan hamba memiliki harta zakat demi membebaskan diri melalui amalan katibah.
4) Dilarang menjualkan atau mewarikan pada tuan baru, akan hamba yang mudabbar (dijanjikan merdeka oleh tuannya sebelum matinya).
5) Dikekang syarat menawan musuh dengan syarat peperangan yang wajib menepati syarak.
6) Menghalang pemilikan hamba dengan adanya hokum membayar dam dan kiffarat untuk ruang pembebasan hamba.
Rasulullah adalah saintis sosial yang terulung!! Beliau tidak memecahkan tradisi ekonomi sesebuah komuniti secara mendadak. Dan lihatlah juga betapa seni dan teraturnya Islam membawa masyarakat Islam menghayati maksud kebebasan sebenar iaitu hurriyyah dan Istiqlal, walaupun dalil kemerdekaan ini tiada dalam Al Quran secara lafziyyah. Inilah seninya hukum Islam
Kepada para pendakwah, jadikan nukilan ini sebagai bahan dakwah kalian. Baca dan kaji semula. Kerana saya tidak terlepas daripada kesalahan fakta. Sila betulkan secara ilmiah dan elakkan 'denial symptom' yang merugikan kalian
Muhammad Nuruddin Bashah
Balik Pulau
Pulau Pinang
jadi kenapa tidak ada ayat yang betul betul mengatakan perhambaan itu haram? Riba berakar umbi boleh terus diharamkan. Arak juga perlahan lahan diharamkan. Kenapa perhambaan yang menyentuh hak asasi manusia tidak ada dalil penyudah yang betul betul mengharamkannya?
ReplyDelete