And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 15, 2011

CARA SOLAT TAUBAT

Taubat sebelum terlambat. Mungkin esok atau bila-bila masa saja Malaikat Izrail boleh mengambil nyawa kita. Bayangkan kalau diri kita dipenuhi dengan segala dosa besar atau sekecil zarah.

Pernah dulu ada seorang kawan yang sama-sama berkhidmat dalam tentera. Beliau berkata...

"Segala dosa besar dia pernah buat semasa dalam perkhidmatan. Adakah Allah SWT akan mengampunkan dosanya"

Jadi aku pun berkata kepadanya! Kalau dibanding dengan kisah seorang hamba Allah pada zaman Rasulullah SAW, dosa dia lagi banyak dan lebih dasyat perbuatannya masa hidup tapi Allah SWT ampun juga.

Pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur selepas jenazah baru ditanam ditanah perkuburan. Hamba Allah ini akan mencuri kain-kain kapan dari jenazah dan dijual untuk menyara hidup. Dibiarkan jenazah dalam keadaan bogel selepas itu. Kalau jenazah itu seorang wanita cantik, hamba Allah ini akan setubuh jenazah tersebut, dan perkara ini telah diketahui oleh sahabat Rasulullah SAW akan perbuatannya.

Pada suatu hari hamba Allah ini meninggal dunia, tidak seorang pun sahabat-sahabat Rasulullah SAW mahu menolong atau membantu untuk menguruskan pengebumian jenazah hamba Allah ini kerana terlalu banyak melakukan dosa semasa hidupnya. Mendengar akan perkara ini Rasulullah SAW pergi menguruskan jenazah hamba Allah ini.

Semasa mengusung jenazah hamba Allah ini ke tanah perkuburan, sahabat-sahabat melihat dari jauh dan ternampak Rasulullah SAW terlompat-lompat semasa mengusung jenazah ke tanah perkuburan.

Selepas selesai Rasulullah SAW mengurus jenazah hamba Allah ini, maka sahabat-sahabat pun bertanya mereka kepada Rasulullah SAW.

"Ya Rasulullah, kenapa semasa Ya Rasulullah SAW mengusung jenazah hamba Allah itu, kami nampak Ya Rasulullah terlompat-lompat, Maka Rasulullah menjawab! Semasa mengusung jenazah hamba Allah itu, sekalian malaikat berebut-rebut untuk mengusung jenazahnya kerana hamba Allah ini adalah ahli syurga"

Terkejut semua sahabat-sahabat. Rasululah SAW memberitahu kepada sahabat-sahabatnya. Dalam masa hidupnya, dalam setahun, dalam bulan Rejab hamba Allah ini tidak melakukan maksiat, malah beliau hanya melakukan solat taubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT atas perbuatannya. Maka Allah SWT pun mengampunkan segala dosa-dosanya sebelum beliau mati.

Jadi sebesar-besar mana pun dosa kita dengan Allah SWT nescaya diampunnya. Tidak termasuk dosa-dosa sesama manusia tidak diampun oleh Allah SWT jika selagi seseorang itu tidak diampun oleh insan lain. Jadi mulai saat ini marilah kita sama-sama melakukan solat taubat sebelum terlambat. Jika terdaya lakukan tiap-tiap siang atau malam jika kesempatan selama sebulan.
----------------------------------------------------------------------
Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)
Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
a. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrimutk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

b. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

c. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran atau Ayat Kursi (11 kali).

d. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

e. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),






Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

f. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

g.dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts