And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, July 19, 2011

PERMPUAN DAN AURAT LELAKI DAN NAFSU

 
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah
pasangan kepada lelaki,
maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita
itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,
maka ia ada hubung kait dengan nafsu.
Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,
ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.
Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah
Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.
Simbol apa, semua orang tahu.
Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika
tidak dikawal dengan iman.
Maka mata lelaki ini selalu menjalar
apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang
perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki
dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.
Apabila seorang lelaki terlihat seorang
perempuan, maka perkara pertama yang akan
dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.
Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh
seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.
Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka


mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat
bentuk lehernya,
maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi
melihat bentuk payu daranya,
maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk
payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan
turun lagi melihat
bentuk ramping pinggangnya,
maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak
bentuk pinggangnya,
maka mata lelaki itu akan melihat pula akan
bentuk punggungnya,
maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya
agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan
lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,
maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain
yang agak ketat sehingga terlihat bentuk
pehanya walau sedikit,
maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan
bentuk kakinya pula,
maka janganlah wanita itu berseluar, kerana
terus-terang pihak lelaki bercakap, walau
muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,
jika beliau memakai seluar,walau nampak besar
sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara
sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak
akan bentuk kakinya,
maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,
maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki
itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan
melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya
jangan sesekali berwarna kulit perempuan,
maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,
akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,
maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan
tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis
penyakit,iaitu mata
lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika
ia terlihat warna yang menyerlah atau terang
jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan
memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.
Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.
Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu
apakah dia mata lelaki itu, dan perlu
diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,
jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah
pula kita menjaga kehormatan diri masing2,
jangan keluar seorang2,keluarlah dengan
mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar
tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula
janganlah menjalar langsung kepada muslimah,
walau muslimah itu telah menutup aurat,
insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu
dan jagalah kemaluanmu".
Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,
sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung
masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum
lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak
mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia
dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Best Blogger Tips

Pelik Tapi Benar Dalam Solat (Telaga Biru)


(CLICK IMAGE untuk gambar lebih besar dan jelas)

Pelik Tapi Benar Dalam Solat

SINOPSIS: Menjelaskan tentang perkara-perkara pelik yang tidak difikirkan oleh manusia tetapi boleh dilakukan di dalam solat. Walaupun pelik, tetapi tidak semestinya ia salah atau tiada di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya Islam itu "rahmatan lil 'alamin" tidak memberatkan umatnya di dalam soal ibadah.

Price: MYR23.31

----------------
Rasa bertuah jugak sebab dapat a copy of this book. Dengar cerita dah kena ban ini buku atas alasan 'mengelirukan'.

Setelah membaca keseluruhan buku ini, bukan semua perkara yang dibincangkan di dalam buku ini 'asing' bagi aku. Sejak-sejak aku merantau di Australia ini, macam-macam fesyen jenis solat yang aku lihat. Ada yang mengatakan mereka Syafie, Hanafi, Maliki, Hambali malah salafi. Di dalam satu saf pelbagai cara solat dilakukan. Apakah tindakanku apabila imamku bersolat secara yang agak berbeza dariku?

Berlapang dada.

Sebab aku tau aku tak berilmu.

Even kalau aku tau cara-caranya begini begitu, tapi siapakah aku hendak mengatakan yang beliau salah dan solatnya batal? Yang yakinnya, ilmu aku tak cukup pun nak tau apa perbahasan ulama-ulama muktabar mengenai sesuatu perkara. Yang boleh aku kompem, probably cuma apa yang aku lakukan untuk diriku sahaja. Cukuplah setakat ini.

Anyway, back to the book; buku ini; seperti yang aku katakan, ada beberapa perkara yang telah biasa kita lakukan ketika solat antaranya, menutup handphone, mengesat hingus/airmata dan bergerak memenuhi saf antara lainnya. Yang mungkin kita tak nampak kat tanahair ialah mendukung anak kecil masa solat. Dan akhirnya, yang paling 'pelik', membuka pintu rumah ketika solat. Namun semua yang dikemukakan diberi dalil hadith Nabi s.a.w. Cuma yang kurang (mengikut mereka-mereka yang membaca buku ini juga), tidak dijelaskan hadith-hadith yang dikemukakan (kritikan ke atas sanad dan matan hadith).

Pada aku, yang biasa aku lakukan dalam solat, telah memang aku lakukan sebelum ini. Yang pelik itu, telah diberi amaran oleh penulis HANYA BOLEH dilakukan apabila TERPAKSA; bukannya disaran boleh dilakukan sentiasa. Juga ada syarat-syaratnya untuk dilakukan pergerakan yang pelik itu. Jadi kemungkinan aku melakukannya JIKA terpaksa.

A good nice book kalau boleh cari. Otherwise, korang boleh la cari kat google entah-entah ada topik yang sama membincangkan perkara ini.

Best Blogger Tips

40,000 Hadis diringkaskan kepada 4 kalimah


Ringkasan kata Abdullah bin Mubarak:
40,000 diringkaskan kepada 4000 hadis,
4000 hadis diringkaskan kepada 400 hadis,
400 hadis diringkaskan kepada 40 hadis
dan 40 hadis diringkaskan kepada  4 kalimah yang lengkap iaitu:

1-Jangan kamu percayakan sepenuhnya kepada perempuan.
2-Jangan kamu terpedaya kepada harta benda.
3-Jangan kamu memasukkan apa sahaja kedalam perutmu sehingga perutmu tidak dapat menanggungnya.
4-Jangan kamu mengumpulkan ilmu yang tidak bermanfaat untukmu.
Best Blogger Tips

NAFSU BERSANGKARKAN JASAD MANUSIA

Allah S.W.T telah menjadikan manusia dengan mengurniakan nafsu, sama dengan binatang tetapi Allah S.W.T telah memuliakan manusia dengan mengurniakan akal. Apa yang membezakan manusia dan haiwan ialah akal. Justeru itu cara hidup kita berbeza dengan binatang walaupun kita mempunyai nafsu

Nafsu yang bersangkarkan jasad manusia ini Allah S.W.T telah benamkan di dalam bakaran api hampir 500 tahun lamanya. Setelah itu barulah di tempatkan di dalam diri manusia. Namun begitu nafsu masih lagi membuas dan mengganas, buktinya angkara nafsu yang tidak terdidik menjadikan kehidupan manusia dipenuhi kedurjanaan dan penzaliman. Nafsu terus menguasai manusia dan menyuburkan hidup manusia dengan bermacam bentuk dan rupa kemungkaran dan kemaksiatan. Menjadikan nilai-nilai murni dan suci terluput dari kehidupan manusia dek kerana dimanipulasikan oleh kerakusan nafsu manusia.

Oleh yang demikian, menjadi kewajipan setiap muslim untuk berjuang dan berkorban untuk menundukkan nafsunya. Berjihad melawan nafsu sehingga nafsu itu bisa mendorong kita beramal soleh dan mencari keredhaan serta kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Ketahuilah jihad yang paling besar ialah jihad melawan hawa nafsu yang bersangkarkan diri kita.

Syeikh Muhyddin bin Al-A'rabi Rahimahullah menyatakan di dalam kitabnya ' Al-Futuhatul Makiyyah ' :

" Sesungguhnya Allah S.W.T ketika menciptakan nafsu,
Dia bertanya kepada nafsu: " Siapakah Aku? "
Nafsu menjawab: " Siapa aku? "
Lalu Allah S.W.T menempatkan dalam lautan lapar selama seribu tahun,
kemudian Allah bertanya lagi kepada nafsu: " Siapa Aku? "
Nafsu menyahut: " Engkau adalah Tuhanku. "

Dari pernyataan tadi, jelaslah kepada kita bahawa kelaparanlah yang boleh menundukkan nafsu. Oleh itu hendaklah kita mengikut Sunnah Rasul, makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Dengan itu kita dapat menundukkan nafsu dengan mudah seterusnya dapat melakukan amal soleh dengan lebih baik.

Syeikh Abu Sulaiman Ad-Darani Rahimahullah berkata: " Kunci (amal-amal) dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar. "

Sesungguhnya, ketika Allah S.W.T menciptakan dunia, Allah S.W.T menjadikan ilmu dan hikmah (kebijaksanaan)di dalam lapar dan menjadikan kebodohan dan kemaksiatan di dalam kenyang. Lawanlah nafsumu dengan lapar dan jaga (tidak tidur) yang bersungguh-sungguh. Sedikitkan tidur semampunya,tidur itu tiada faedah duniawi mahupun ukhrawi kerana tidur adalah saudaranya mati.

Janganlah membiarkan nafsu menguasai akal, sekiranya ini berlaku hancurlah kehidupan manusia, hilanglah maruah diri, keluarga dan agama. Jika akal menguasai nafsu segala-galanya akan menjadi aman dan tenteram. Akal pula perlu dituntun oleh syariat yang benar iaitu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah nescaya kehidupan manusia akan bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Sebelum melakukan sesuatu perkara, fikirlah terlebih dahulu, timbang-timbangkanlah buruk dan baiknya barulah buat keputusan. Jangan sesekali membuat keputusan berdasarkan nafsu kerana nafsu tidak pernah menyuruh kita berbuat kebaikan melainkan yang nista belaka.

Teringat aku sebuah kisah yang berlaku kepada Saiyidina Ali Karramallahuwajhah, di mana beliau hampir-hampir membunuh seorang kafir di dalam satu peperangan tetapi beliau tidak jadi membunuhnya kerana tiba-tiba orang kafir itu telah meludahnya. Alipun meninggalkan orang kafir tersebut sehinggakan orang kafir tersebut tertanya-tanya dengan sikap Saiyidina Ali yang agak pelik itu. Orang kafir tersebut bertanya: " Kenapa kau tidak membunuh aku walaupun aku sudah berada di bawah kekuasaanmu, tambahan pula aku telah meludahmu. " Saiyidina Ali menjawab: " Aku takut membunuhmu bukan kerana Allah tetapi kerana kau meludahku. " Beliau bimbang jika membunuh si kafir itu, niatnya untuk berjihad fi sabilillah akan menyimpang dari tujuan sebenarnya.

Wah begitu hebatkan??? Adakah kita semampu beliau?
Sekiranya perkara ini terjadi kepada kita, tak payah kena ludahlah, tercuit sedikitpun ada yang maki hamun sampai berguni-guni. Di manakah identiti kita sebagai seorang Islam kerana hal yang kecilpun boleh melatah apatah lagi dengan hal yang lebih besar. Marah orang mukmin bukan kerana dendam dan bukan kerana nafsu yang bertakhta tetapi kerana Al-Haq. Bukan kita tidak boleh marah, tetapi apabila agama kita dihina jangan sesekali kita biarkan.

Ingatlah marah itu berpunca dari hawa nafsu, bagaimana nak sejukkan? Beristighfarlah atau ambillah wudhuk dan lakukanlah solat sunat. Semoga perasaan itu cepat-cepat hilang dari membelenggu diri kita.




Daripada Abu Said Al-Khudri berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: " Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam. Maka sesiapa yang merasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah dia berbaring. "

Daripada Abu Hurairah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda: " Sesiapa yang pemarah tetapi dapat menahan marahnya dengan sabar, maka Allah akan mengisi hatinya dengan keredhaan pada Hari Kiamat. "

Jika kita berjaya menundukkan nafsu bererti kita adalah seorang muslim yang cukup hebat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Insyaallah...




Best Blogger Tips

Bagaimana anda mengetahui Allah SWT telah menCintai anda ?


http://c8.img.v4.skyrock.net/c88/i-s-l-a-m-universal/pics/photo_66043936_3.jpg



Bagaimana anda tahu Allah SWT menCintai anda ?
إن أعطاك الله الدين والهدى.. فاعلم أن الله يحبك!..


Sesungguhnya Allah SWT kurniakan kepada anda Agama dan Hidayah, maka ketahuilah Allah SWT telah  menCintai anda. 

إن أعطاك الله المشقّات والمصاعب والمشاكل.. فاعلم أن الله يحبك، ويريد سماع صوتك في الدعاء!..

Allah SWT memberi kepada anda kesusahan, bala bencaba dan berbagai permasalahan.

Ketahuilah Allah SWT ingin mendengar suara rintihan dan doa anda kepadaNya.
وإن أعطاك الله القليل.. فاعلم إن الله يحبك، وأنه سيعطيك الأكثر في الآخرة!..

Jika Allah SWT hanya memberi sedikit sahaja diatas permintaan anda di dunia.

Ketahuilah Allah SWT telah MenCintai anda dan akan memberi selebihnya di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الرضا.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه أعطاك أجمل نعمة!..

Jika Allah SWT telah meredhai dan memberi segala permintaan anda, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Dia telah memberi kepada anda yang paling cantik dan terbaik.
وإن أعطاك الله الصبر.. فاعلم أن الله يحبك، وأنك من الفائزين!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda kesabaran, ketahuilah anda telah diCintai oleh Allah SWT kerana telah menjadikan anda seorang yang berjaya.

وإن أعطاك الله الإخلاص.. فاعلم أن الله يحبك، فكون مخلصا له!..

Jika Allah SWT telah memberi keIkhlasan kepada anda, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana anda telah berjaya menjadi orang yang Ikhlas.

وإن أعطاك الله الهم.. فاعلم أن الله يحبك، وينتظر منك الحمد والشكر!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Ilham, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Allah SWT telah bersedia menunggu kedatangan anda dengan segala Kepujian dan Kesyukuran di Akhirat kelak.

وإن أعطاك الله الحزن.. فاعلم أن الله يحبك، وأنه يخـتبر إيمانك!..

Jika Allah SWT menguji anda dengan kedukaan, ketahuilah Allah SWT menCintai anda kerana Allah SWT telah menguji anda dengan penuh keimanan.

وإن أعطاك الله المال.. فاعلم أن الله يحبك، ولا تبخل على الفقير!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda harta, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda dan Janganlah anda kedekut dengan golongan fakir.


وإن أعطاك الله الفقر.. فاعلم أن الله يحبك، وأعطاك ما هو أغلى من المال!..

Jika Allah SWT menguji anda dengan kefakiran, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT telah memberi kepada anda sesuatu yang lebih mahal daripada harta.
وإن أعطاك الله لسانا وقلبا.. فاعلم أن الله يحبك، ويريدك أن تستخدمهم في الخير والإخلاص!..

Jika Allah SWT telah memberi kepada anda Lidah dan Hati, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana Allah SWT ingin melihat anda menggunakan keduanya dijalan kebaikan dengan penuh keIkhlasan.

وإن أعطاك الله الصلاة والصوم والقرآن والقيام.. فاعلم أن الله يحبك، فلا تكن مهملا واعمل بهم!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda Solat, Puasa, Al-Quran dan Bangun Malam atau berjaga malam untuk beribadat kepadaNya, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda kerana dengan perkara tersebut anda dapat beramal dengannya dalam semua keadaan dan zaman.

وإن أعطاك الله الإسلام.. فاعلم أن الله يحبك!..

Jika Allah SWT memberi kepada anda Islam, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda

إن الله يحبك.. كيف لا تحبه؟!..

Sesungguhnya Allah SWT telah menCintai anda, Kenapa anda tidak mencintai Allah SWT ?

إن الله أعطاك الكثير.. فكيف لا تعطيه حبك؟!..

Sesungguhnya Allah SWT telah terlalu banyak memberi kepada anda, Kenapa anda tidak menberi ” Cinta Anda ” kepada Allah SWT ?

الله يحب عباده ولا ينساهم.. سبحان الله!..

Allah SWT  sentiasa menCintai HambaNya dan Allah SWT tidak pernah melupai semua hambaNya… Subhanallah.

لا تكن أعمى وأوجد حبّ الله في قلبك.. واعلم أن الله يحبك، وأحن عليك من أي إنسان!..


Jangan kamu menjadi mereka yang buta, berikanlah sebaik-baik Cinta di hati anda kepada Allah SWT, ketahuilah Allah SWT telah menCintai anda. Jangan anda menjadikan diri anda, diantara manusia yang akan dinasakan oleh Allah SWT .


Best Blogger Tips

solatnya lelaki



Di mana solatnya lelaki?
afdhalnya mengikut sunnah rasulullah. tidak pernah baginda solat melainkan secara berjemaah di masjid kecuali dalam perang (berjemaah tetapi bukan di masjid) dan beberapa hari ketika baginda sakit saat nazak menemui ALLAH swt.
kekuatan dalaman lelaki sebagai khalifah, pemimpin umat, pemimpin rumah tangga hatta sebagai pemimpin dirinya sendiri memerlukan kekuatan daripada barakah solat berjemaah dalam memperkasakan kepimpinannya. bagaimana dia mahu menjadi pemimpin kepada keluarganya andai dirinya sendiri lemah dalam hubungan dengan ALLAH.
tiada tempat solat seorang lelaki di rumahnya, melainkan di masjid juga.. di masjid ALLAH membeli borong keseluruhan amalan solat fardhu para jemaah, tidak lagi secara individu selagi mana jemaah itu mnegekalkan solatnya sebagaimana solatnya Rasulullah , junjungan tercinta.
binalah sahsiah diri , perkasakanlah kepimpinan Adam dengan mengamalkan solat jemaah di rumah-rumah ALLAH.
Best Blogger Tips

konsep bahagia- jangan semata-mata solat



‘berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran’

1hari = 24jam. Maka Satu TAHUN ?
12 Bulan = 52 Minggu = 365 Hari = 8760 Jam = 525600 Minit = 31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
< 60th @ > 70th @ 60th – 70th @ (65th)
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh  ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 – 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?

Catatan: 50 tahun= 18250 hari= 458000 jam = 12 jam siang hari 12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam

Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama….. ….!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya… ….

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan atau hanya membiarkan diri dirundung malang dan sentiasa bersedih mengenang nasib diri kerana ketidakadilan suami, kecurangan suami, atau membiarkan hati yang sentiasa geram memikirkan perempuan lain dalam hidup suami…. .
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah??? (Secara Khusus)
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; “Tidak Kuciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu”.
walhal hakikatnya Maut itu  datang tanpa dijemput
Malaikat datang  merenggut, SEDANG
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
segalanya atas ketentuan Allah Yang  Maha berKuasa, baik  syurga atau Neraka,
tiada yang pasti akan nasibnya…
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan.. untuk kecemerlangan dalam kehidupan.
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar…
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? kekadang kita menyalahgunakan kuasa apatah lagi harta majikan, malah sehingga menipu masa kerja dan tuntutan elaun.
Ramai juga yang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya
‘ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya ‘
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi… !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
persoalannya; Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ….. 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat kita macam ayam patuk padi ..macamana ye nasib kita? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
‘solat yang tidak sempurna itu susah mahu melepasi langit pertama sekalipun apatah lagi mahu disimpan di langit teratas, apatah lagi solat ‘cincai’ ala kadar sekadar melepas kan batuk di tangga- akan dicampak balik ke muka pelakunya seperti kain buruk, mana mungkin solat sebegini diterima sedang pelakunya sudah puas hati kerana sudah bersolat walhal tidak mengetahui solatnya tidak kemana-mana, apatah lagi mahu digunakan untuk mencegah diri dari melakukan kemungkaran’
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
hati rang lain, baik dia suami, orangtua kita, mahupun orang sekeliling kita hatta anak-anak sendiri…
dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa…
dalam setiap pemikiran kita yang penuh negatif dan dendam kesumat , dalam jiwa yang penuh amarah dan benci serta sakit hati yang berakar umbi ..
lalu, dimanakah kita nanti?
Best Blogger Tips

8 Jenis Solat Orang Islam Zaman Sekarang



http://multiply.com/mu/tegoeh/image/20/photos/12/500x500/23/di-jalan-lagi.jpg?et=cXqjgA6m0MneIs1tMcvfhw&nmid=71147020


http://multiply.com/mu/tegoeh/image/20/photos/12/500x500/27/di-jalan-lagi-nih.jpg?et=%2C7Ugc0MnAiPoZcRil0N2yQ&nmid=71147020


http://multiply.com/mu/tegoeh/image/26/photos/12/500x500/16/hamaspraying.jpg?et=PT%2BnDkJC%2CEXCAhi4zIDNNg&nmid=71147020


http://asubja.files.wordpress.com/2009/04/solat-14.jpg?w=257&h=173

1-Solat ikut-ikutan.
Solat secara zahir sahaja, solat secara membuta-tuli, solat tanpa mengetahui hukum hakam solat.
Solat ini adalah solat orang durhaka dan mendapat kemurkaan Allah SWT di dunia dan akan diazab oleh Allah SWT di Akhirat kelak.
2-Solat ikut mood.
Solat orang yang tahu hukum-hakam solat tetapi tidak melawan kehendak hawa nafsu selepas menunaikan solat. Kebanyakkan umat Islam zaman sekarang  solat sebegini, mereka solat mereka juga buat dosa, mereka solat mereka buka aurat dan berpakaian seksi, mereka solat mereka turut berzina dan minum arak serta berjudi, mereka solat mereka juga pakai gelang kaki, mereka solat mereka juga hisap dadah. Bagi mereka solat perkara biasa dan buat maksiat juga perkara biasa, mereka tidak jadikan Sunnah Rasulullah SAW sebagi panduan tetapi mereka jadikan Allah SWT sebagai patung yang bertugas sebagai pengampun dosa mereka, mereka hanya beriman kepada Al-Quran beberapa ayat sahaja, diantaranya ” Allah SWT Maha Pengampun dan Maha Penyayang, maka mereka berpeluang melakukan apa sahaja perkara durjana dan ” Allah SWT tetap mengampunkan dosa kecuali dosa syirik ” oleh yang demikian pada anggapan mereka, mereka tidak pernah melakukan syirik pada hal kehidupan mereka sentiasa dipenuhi dosa syirik khafi, yang mana pada hakikat sebenarnya, mereka telah melakukan syirik besar tanpa mereka sedari.
3-Solat orang yang lalai.
Solat golongan ini adalah solat mereka yang tidak mencintai Bahasa Allah SWT, mereka jadikan Bahasa Allah SWT sebagai bahasa arab, sedangkan mereka tidak dapat membezakan Bahasa Al-Quran dengan Bahasa Arab. Bahasa Al-Quran yang Allah SWT turunkan dalam Al-Quran Al-Karim adalah Istilah-Istilah yang amat tinggi yang perlu dikupas dengan kupasan atau tafsir atau penerangan melalui hadis. Jika seseorang dapat mengamati Bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim pasti orang tersebut tidak akan lalai di dalam solat kerana orang tersebut sedang mengungkap Bahasa Allah SWT bukan Bahasa arab.
Orang yang memahami Bahasa Allah SWT akan menjadikan dirinya kagum dan suci semasa melafazkan setiap huruf-huruf Al-Quran Al-Karim. Jasad dan Rohnya akan berintreraksi dengan Allah SWT semasa solat. Solat orang sebegini tidak akan lalai tetapi solat orang yang lalai adalah solat yang mereka kerjakan sebagai adat budaya bangsa mereka dan sebagai pesta ibadat kepada Allah SWT yang bercampur dengan berbagai Misi dan Visi.
4- Solat Awam.
Solat golongan yang cukup syarat, tahu bahasa arab, tahu fadhilat, tahu doa dan sempurna segala bacaan berkaitan dengan solat. Semasa solat mereka masih terselit tujuan solat yang bermatlamatkan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka tidak akan solat jika tidak dibalas dengan pahala, syurga, bidadari dan sebagainya. Mereka akan mempertikaikan janji Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim. Mereka masih merasakan mereka lebih besar daripada Allah SWT dan mampu mendakwa dan memerintah Allah SWT untuk melaksanakan segala janji-janji Allah SWT kepada mereka.
5-Solat orang yang kurang khusyuk.
Golongan ini mampu mencapai khusyuk didalam solat tetapi bukan sentiasa dalam keadaan sedemikian, namun kadang-kala khusyuk. Solatnya masih khayal dan teringatkan urusan dunia diluar solat, mereka insaf dan sedar tetapi hatinya tidak putus dengan urusan dunia.
Golongan ini masih lemah iman dan masih bertuhankan hawa nafsu pada hakikatnya. Golongan ini masih memerlukan Mujahadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.
6- Solat Orang Soleh.
Golongan ini solat dengan penuh keilmuan, memahami lafaz-lafaz Allah SWT yang termaktub didalam Al-Quran Al-Karim, hati dan jasadnya telah dekat dengan Allah SWT. urusan dunia tidak mampu melalaikannya kepada Allah SWT. Kekayaan dunia dan pangkat yang dimilikinya di luar solat tidak akan menjauhkan dirinya daripada Rumah Allah SWT. Malah Pangkat dan Kekayaan dunia yang dimilikinya makin mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Hati dan lidahnya sentiasa memuji Kebesaran Allah SWT sehingga Allah SWT menggelarkan mereka dengan gelaran ” Al-Abrar atau Ashabul Yamin “.
7-Solat Golongan Al-Muqarrabin.
Solat golongan ini adalah solat yang ditunaikan dengan penuh kenikmatan dan hubungan mereka semasa solat amatlah Indah. Mereka terlalu dekat dengan Allah SWT semasa solat, sujud dan tasbih sentiasa mengiringi setiap gerak geri hati dan pergerakkan mereka semasa solat dan diluar solat.
Solat adalah peluang terbaik untuk mereka memuja Allah SWT, mereka hanya memuja Allah SWT. Mereka tidak memuja dunia, pangkat dan wanita, setiap pekerjaan dunia mereka, merek akan olahkan menjadi syariat dan satu kefardhuan atau kewajipan yang mesti selaras dengan kehendak Allah SWT. Tiada politik kepentingan peribadi dan tiada menjadikan Islam dan Allah SWT sebagai barang dagangan yang boleh dijual beli. Segala-galanya daripada Allah SWT dam mesti dikembalikan kepada Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah  tidak layak memiliki sesuatu kerana segala-galanya adalah milik allah SWT.
Golongan ini Allah SWT anugerahkan pangkat ” Al-Muqarrabin “.
8-Solat Golongan As-Siddiq.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi kedudukannya di sisi Allah SWT. Solat adalah talian hayat hidup mereka. Semua kandungan hikmah didalam solat dizahirkan kealam fana. Unsur puasa didalam solat, unsur khusyuk, unsur kesucian, unsur pemujaan dan sebaginya dilahirkan atau dizahirkan didalam kehidupan seharian.
Akhlak semasa solat adalah sama Akhlaknya diluar solat. Hati mereka sentiasa sejuk dan tenang. Segala kesakitan dan penderitaan akan hilang apabila dia mengadap Allah SWT atau semasa solat.
Segala ilmu dan teknologi yang manusia harapkan adalah milik mereka. Segala tindakan makhluk tidak akan memberi apa-apa kesan dalam kehidupannya. Sesungguhnya mereka telah mewakilkan Allah SWT dalam semua urusan, sama ada urusan dunia mahupun urusan Akhirat.
Mereka adalah Golongan yandaripada Allah SWT dengan gelaran  ” As-Siddiq “.

Best Blogger Tips

10 Jenis Sembahyang Yang Tidak Diterima Allah s.w.t





Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".
Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).
4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.
6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.
7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.
8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.
9. Orang yang suka makan riba.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."
Best Blogger Tips

RINGANNYA MENINGGALKAN SOLAT!

Jom sama-sama kita menghayati enam persoalan yang telah dikemukakan oleh Imam Al-Ghazali Rahimahullah kepada murid-muridnya.

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya, pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179).Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini? ". Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH"(Al-Ahzab:72). Tumbuhtumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah S.W.T meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah S.W.T sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita tinggalkan solat, meeting dan sebagainya.
Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? ". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
Mungkin ada antara kalian telah biasa mendengar enam persoalan ini, tapi apa yang nak ku 'highlight' di sini ialah persoalan yang ke lima iaitu perkara yang paling ringan di dunia ~ meninggalkan solat.




Akhir-akhir ini kita sentiasa disajikan dengan perbuatan yang tidak bermoral dari kalangan masyarakat Islam seperti bersekedudukan, berzina, membuang anak, meliwat, mencuri, menagih dadah dan sebagainya. Perbuatan ini jarang sekali kita dengar ia berlaku dari kalangan orang bukan Islam khususnya di dalam kes pembuangan bayi yang menurut statistik terkini setiap 15 ke 17 minit lahirnya seorang bayi luar nikah. Sedarkah kita mengapa ini terjadi di dalam masyarakat Islam kita hari ini? Kerana perkara yang menjadikan utuhnya agama kita iaitu solat tidak lagi dipedulikan oleh mereka. Maksud firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: " Sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. "




Cukup ringan generasi hari ini yang meninggalkan solat lantaran menuruti kehendak hawa nafsu yang sentiasa mengarah kepada perbuatan yang tidak bermoral itu. Bukan aku ingin menuduh tetapi itulah jawapan yang sering aku bertanya kepada para pelajarku. " Siapa yang masih tak cukup solat lima waktu? ". Apa jawapan mereka? " Tak cukup cikgu.." Ada yang jawab 3 waktu je, ada yang 4 waktu, ada yang 2 waktu, ada yang tak pernah langsung....huhu sungguh menyedihkan bukan? Orang Islam tetapi mereka inilah juga yang akan meruntuhkan agama. Maksud hadis Rasulullah S.A.W : " Solat itu tiang agama ".


Tapi yang peliknya, kalau ditanya siapa yang nak masuk Syurga semua angkat tangan tapi bila tanya bab solat, tanpa segan silu angkat tangan mengaku tak cukup solat. Kalau ada seorang atau dua yang mengaku solat penuh dalam satu kelas tu, memang cukup bertuah. Aku memang 'blur' tang ni...hanya mampu berdoa semoga para pelajarku diberi hidayah oleh Allah S.W.T selagi mereka bernafas di muka bumi Allah S.W.T.

Tapikan...pelik ya, dahlah tak solat, tak malu pula menggunakan segala nikmat disediakan oleh Allah S.W.T di atas muka bumi ni. Sepatutnya tinggal atas bumi nipun mereka yang tak solat ni tak layak sebab tak tahu bersyukur kepada Allah S.W.T kan?

Baiklah, sekarang cuba kita calculate dalam sehari kita mempunyai berapa minit? 1440 minit kan? Kita hanya membutuhkan sekurang-kurangnya 5 minit untuk menunaikan solat dan untuk lima waktu kita hanya perlu mengambil sekurang-kurangnya hanya 25 minit untuk menunaikan ibadah tersebut. Sukar ke untuk kita melaksanakan kewajipan yang merupakan 'passport' buat kita untuk melayakkan diri kita dihisab di Padang Mahsyar kelak? Jangan mimpilah dengan hanya berbuat baik kepada orang lain kita mampu diberi ruang untuk mendiami Syurga Firdaus di akhirat nanti. Sedangkan bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri, Abu Thalib yang sanggup berkorban dan pertahankan bagindapun tidak layak menghuninya.

Pernah aku menonton pemilihan protege untuk program mentor kat TV3 tu...ada yang sanggup menangis-nangis kerana tak terpilih menjadi protege kepada artis yang menjadi mentor tu..macam meratap kematian layaknya. Kalaulah ini tangisan untuk orang yang merasakan dirinya tak layak untuk menghuni Syurga Allah S.W.T alangkah bahagianya. Tapi sayang seribu kali sayang tangisan itu bukan untuk itu.

Memang benar nasihat Nabi Musa A.S semasa Rasulullah S.A.W diberi perintah untuk menunaikan solat ketika Mikraj baginda ke langit. Apabila dikurangkan perintah solat oleh Allah S.W.T dari 50 waktu kepada 5 waktu baginda mengatakan kepada Rasulullah S.A.W: " Umatmu masih tidak mampu untuk menunaikannya ". Tepat sekali pernyataan Nabi Musa A.S dan terbukti sekarang ada di antara umat Islam yang masih tidak mampu menunaikannya. Kalau 50 waktu tak tahulah....macam mana agaknya. Namun begitu, barang siapa menunaikan solat cukup lima waktu Allah S.W.T samakannya dengan solat 50 waktu juga. Beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.

Ingatlah solat yang khusyuk itulah yang akan mencegah kita daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar. Alang-alang solat biarlah berkualiti dan jangan biarkan kerana solat kita membuatkan kita dilaknat oleh Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya di dalam Surah Al-Mauun, ayat 4-5: " Maka celakalah bagi orang-orang yang solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya. "



Begitulah ringannya meninggalkan solat bagi mereka yang buta hatinya. Dan ketahuilah dosa orang yang meninggal solat dengan sengaja dan tanpa penyesalan itu adalah lebih besar daripada seribu kali orang yang berzina. Justeru itu janganlah kita lalai dari mendirikan solat supaya kita tidak terjebak di dalam perbuatan-perbuatan yang dimurkai oleh Allah S.W.T. Kalau nak dikupaskan bab solat ni, tak abih satu hari satu malampun...jadi sekadar ini sahaja untuk peringatan kita semua.

BAGI YANG MASIH TERTUTUP PINTU HATI DARIPADA MENUNAIKAN SOLAT, DEKAT-DEKATKANLAH DIRI ANDA DENGAN PARA ULAMAK, SENTIASALAH MEMBERI RUANG MASA UNTUK DIRI ANDA MENDENGAR TAZKIRAH DARI MEREKA ATAU MENGUNJUNGI BLOG-BLOG YANG MEMBERI PENGISIAN ROHANI. SEMOGA MENDAPAT PETUNJUK. MEMANG SEBAGAI MANUSIA KITA SENTIASA PERLU DIBERI INGATAN WALAUPUN DIA SEORANG YANG ALIM. KERANA FITRAH MANUSIA MEMANG 'PELUPA'. ASAL PERKATAAN MANUSIA ADALAH DARI PERKATAAN BAHASA ARAB 'NASIA' MAKSUDNYA LUPA, JADI TIDAK HAIRANLAH KITA SALING PERLU INGAT MENGINGAT ANTARA SATU SAMA LAIN. WALLAHU'ALAM.....



Best Blogger Tips

Tempat turunnya Nabi Isa AS


Mungkin ada di antara kita tertanya2 di manakah tempat Nabi Isa akan turun dari langit apabila tiba saatnya nantikan? Baiklah kerana kurang peka kadangkala kita lupa untuk mencari tahu di mana tempatnya. Supaya input yang akan aku berikan ini berkembang, jadi entry aku pada petang ini adalah berkenaan tempat Nabi Isa akan turun nanti dan juga bagaimana baginda menentang Dajjal Laknatullah itu. Semoga sama2 kita mendapat manafaat....



Sebagaimana yang kita semua sedia maklum apabila Hari Qiamat hampir berlaku maka akan muncul Dajjal untuk melakukan kehancuran di muka bumi ini. Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahadi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahadi , setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari , maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal,

Beliau akan turun di kalangan kelompok yang diberi pertolongan oleh Allah SWT yang berperang untuk menegakkan kebenaran dan bersatu padu untuk menghadapi Dajjal. Nabi Isa AS akan turun pada waktu sedang diiqamat solat, lantas baginda solat di belakang pemimpin kelompok itu. Pemimpin kelompok yang dimaksudkan itu adalah Imam Mahadi. Rasulullah SAW bersabda:
“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya dipintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal, lalu Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di Syurga. “
Ibnu Katsir berkata, “Inilah yang termasyhur mengenai tempat turunnya Isa, yaitu di menara putih bahagian timur Damsyiq. Dan dalam beberapa kitab ada mengatakan baginda turun di menara putih sebelah timur masjid Jami’ Damsyiq, dan ini rupanya pendapat yang lebih terpelihara. Oleh kerana di Damsyiq tidak ada menara di bahagian timur selain di sebelah Masjid Jami’ Umawi di Damsyiq sebelah timur. Inilah pendapat yang lebih sesuai kerana baginda turun ketika sedang dibacakan iqamat untuk solat, lalu imam kaum Muslimin berkata kepada baginda, “Wahai Ruh Allah, majulah untuk mengimami solat.” Kemudian baginda menjawab, “Anda saja yang maju menjadi imam, karena iqamat tadi dibacakan untuk Anda.” Dan dalam satu riwayat dikatakan bahawa Nabi Isa berkata, “Sebahagian Anda merupakan amir (pemimpin) bagi sebahagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah SWT untuk umat ini.”

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahadi.

Dikisahkan setelah Nabi Isa AS selesaikan menunaikan solat, baginda berkata : “Keluarlah kamu (pasukan kaum muslimin) semua bersama kami untuk menghadapi musuh Allah SWT, iaitu Dajjal.” Lalu mereka pun keluar, kemudian baginda dilihat oleh Dajjal yang laknat yang baru saja mendakwa kepada manusia, bahawa ia adalah raja yang mendapat petunjuk dan pemimpin yang arif serta bijaksana, bahkan mengaku sebagai Tuhan Yang Maha Tinggi. Begitu Nabi Isa dilihat oleh Dajjal, Dajjal pun meleleh seperti garam yang meleleh di air. Kemudian Dajjal melarikan diri, akan tetapi ia dihadang oleh Nabi Isa di pintu kota Lud di Palestin. Sekiranya Nabi Isa membiarkan saja hal ini maka Dajjal akan hancur seperti garam dalam air, akan tetapi Nabi Isa berkata kepadanya :”Sesungguhnya aku berhak untuk mengajar kamu dengan satu pukulan.” Lalu Nabi Isa AS menombak dan membunuhnya, maka Nabi Isa AS memperlihatkan kepada semua orang darah Dajjal di tombaknya. Maka tahu dan sedarlah para pengikut Dajjal dari kalangan Yahudi , bahawa Dajjal bukanlah Allah. Jika benar apa yang didakwakan Dajjal (Dajjal mengaku sebagai tuhan) tentulah Dajjal tidak akan dapat dibunuh oleh Nabi Isa.

Masa tinggal Nabi Isa di bumi ini setelah turun dari langit menurut riwayat adalah selama 7 tahun dan menurut sebahagian riwayat yang lain lagi selama 40 tahun. Setelah itu wafat pula Imam Mahadi dan Al-Qathani yang melanjutkan kepimpinannya. Tidak lama setelah itu, terbitlah matahari dari barat dan binatang yang melata yang keluar dari perut bumi yang memberikan tanda kufur dan iman ke atas setiap manusia. Ketika itu setiap mukmin segera mengetahui bahawa itulah detiknya kemunculan angina lembut dari Yaman yang akan mencabut nyawa setiap mukmin. Setelah itu, tidak ada seorangpun manusia yang masih memiliki keimanan kecuali akan menemui ajalnya. Ketika seluruh penduduk manusia tidak lagi menyebut nama Allah, itulah kondisi seburuk-buruk manusia dan kepada merekalah Qiamat akan terjadi.... Wallahu'alam


Bendera Negara Syria

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts