And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, April 27, 2011

Cara Menghadapi Orang Sakit Yang Nazak


Pendahuluan

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu.

Sejajar dengan itu maka terbitlah risalah kecil ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.
Melawat Orang Yang Sakit

Hadis Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
"Apabila kamu ziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya Malaikat mengucap Amin terhadap apa yang kamu katakan itu."
Hukum melawat orang sakit

Adalah fardhu kifayah melawat orang yang sakit menurut jumhur pendapat ulamak. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra mafhumnya :
“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendo’akannya apabila dia bersin”. (Hadith Riwayat Ahmad, Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Adab Menziarahi Pesakit
  1. Lawatan ke tempat orang sakit hendaklah tidak makan masa yang lama.
  2. Sunat duduk berhampiran dengan kepalanya.
  3. Berdoalah untuk pesakit agar dia sembuh. Di riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah : Bahawa Rasulullah saw biasa memohon perlindungan bagi sebahagian keluarga baginda. Disapukan dengan tangan kanannya lalu berkata : “Ya Allah wahai tuhan bagi sekelian manusia, lenyapkanlah penderitaan dan sembuhkanlah, kerana engkau yang dapat menyembuhkan. Tidak ada penyembuh kecuali penyembuhmu. Yakni penyembuh yang tidak meninggalkan penyakit lagi”.
  4. Berilah kata-kata semangat kepada orang yang sakit dan gembirakan dia.
  5. Menziarahi di waktu-waktu yang sesuai serta mengelakkan daripada waktu-waktu senja, makan dan lewat malam.
  6. Sekiranya ia berhutang segera jelaskan hutangnya (mengingatinya).
Tanda-tanda Orang Yang Hampir Ajal
  1. Tunduk hidungnya (hidungnya jatuh).
  2. Pucat/hilang cahaya mukanya.
  3. Lurus kakinya (lurus tapak kakinya).
  4. Tumitnya lembut.
  5. Renggang pergelangan tangannya dan juga sendi-sendinya.
Adab Menziarahi Orang Yang Hampir ajal (sedang nazak)
  1. Menghalakan pesakit yang nazak ke arah kiblat.
  2. Talqin/peringatan kepadanya.
  3. Ajarkan dia mengucap kalimah لا اله الا الله tidak usah ditambah dengan kalimah محمد رسول الله .
  4. Bacalah Surah Yasin dengan nyaring dan Surah Ar-Ra’du dengan perlahan.
  5. Sunat menitiskan air ke dalam mulut sekiranya terdapat tanda-tanda pesakit dahaga.
Hikmah Menziarahi Orang Sakit

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :
  1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
  2. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah.
  3. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.
Kedatangan Sakaratul Maut

Rasulullah saw bersabda mafhumnya :
“Tidak akan keluar nyawa seseorang mukmin sebelum ia melihat tempatnya dalam syurga dan tidak keluar nyawa seseorang kafir sebelum dia melihat tempatnya di dalam neraka”.
Beredar Roh Pada Jasad
  1. Hujung kaki ke lutut.
  2. Lutut ke pusat.
  3. Pusat ke dada.
  4. Dada ke leher (halkum).
Keadaan Malaikat Maut Ketika Mencabut Nyawa

Keadaan Malaikat Maut terhadap orang yang sudah sampai masanya menemui Allah swt akan menemui 2 keadaan :
  1. Yang beriman (keadaannya dengan rupa yang mengembirakan).
  2. Yang tidak beriman (keadaannya dengan rupa yang menakutkan dengan keadaan demikian kesakitan orang yang hampir mati tidak dapat dirasai oleh orang lain melaikan kepada mereka yang merasainya sahaja.
  3. Beberapa ulamak berpendapat : “Bahawa mati itu terlebih sangat kesakitannya daripada seribu palu dengan pedang dan terlebih sakit daripada gergaji dengan beberapa gergajinya dan terlebih sakit daripada gunting dengan beberapa gunting”.
Perkara Sunat Selepas Kematian.
  1. Mengingati tempat kembali, berdoa dan bersabar.
  2. Sunat diucapkan : “Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya kita akan dikembalikan”.
  3. Memberi ucapan takziyah (menyabar) menghibur orang yang ditimpa musibah dengan mengebut hal-hal yang dapat menghilangkan duka. Doa Takziyah : “Moga-moga Allah swt menagndakan pahalamu dan memberi takziyah yang baik kepadamu serta mengampunkan yang mati itu”.
  4. Apabila sudah hilang nyawa wajiblah dipejamkan matanya dan dirapatkan mulutnya jika terbuka, dengan cermat. Kemudian diikatkan dagunya untuk memelihara daripada dimasuki serangga. Doanya ialah : “Ya Allah Ya Tuhan kami ampunkanlah dia, Ya Allah Ya Tuhan kami rahmatilah dia”.
  5. Hendaklah diletakkan mayat di tempat yang sesuai. Sebaik-baiknya di atas katil dengan keadaan melentang mengarah ke qiblat.
  6. Salinkan pakaian yang dipakai dengan pakaian yang bersih supaya tidak terbuka auratnya.
  7. Letakkan sesuatu di atas perut untuk mengelak dari kembong perutnya.
  8. Harus bagi ahli keluarganya menciumnya (ijmak para sahabat).
  9. Ahli keluarga yang mampu segera tunaikan hutang si mati sekiranya ia menangguhkan hutang, sama ada dibayar dari harta peninggalan si mati atau atas pertolongan waris, kerana pada suatu ketika Rasulullah saw enggan menyembahyang ke atas jenazah yang mempunyai hutang sehingga dibayar hutangnya dan ditunaikan wasiatnya.
  10. Segerakan pengurusan jenazah tersebut. Dari Ali Bin Abi Talib, Sabda Rasulullah saw mahfumnya : “Wahai Ali tiga perkara yang tidak boleh engkau lambatkan, sembahyang apabila masuk waktunya, kebumikan jenazah apabila sudah sedia dan nikahkan anak dara apabila ada jodohnya”.
  11. Mengumumkan kematiannya, kepada sahabat handai dan golongan orang-orang yang soleh agar segera menguruskannya.
  12. Diharamkan ratapan, meraung, menjerit dan diharuskan menangis.
  13. Diharamkan berkabung melebihi tiga hari.
Sunat Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Yang Meninggal

Perbuatan ini disunatkan, kerana ia merupakan kewajipan dan pendekatan diri kepada keluarga mayat dan tetangga. Berkata Imam Syafi’e : “Sebaiknya dibuat makanan buat keluarga mayat cukup untuk mengenyangkan mereka selama satu hari satu malam, kerana itu adalah sunat dan merupakan perbuatan orang yang berbudi”. Sabda Rasulullah saw :
“Buatkanlah makanan bagi keluarga Ja’afar, kerana mereka sedang ditimpa musibah yang memilukan”. (Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Turmizi)

Para Imam memandang makruh hukumnya jika keluarga mayat menyediakan makanan buat orang yang datang kerana hal ini menambahkan kemalangan mereka, serta meniru perbuatan orang-orang Jahiliah.

Adalah menjadi kewajipan ke atas ahli keluarganya yang terdekat (warisnya) untuk menguruskan jenazah. Seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan menguburkan jenazah mengikut peraturan-peraturan dan cara-cara yang telah ditetapkan oleh syarak.
Best Blogger Tips

Kelebihan Hari Jumaat


Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.
"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam
Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam
Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa
Antara Dua Khutbah
Kebanyakan
ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah
Pada Hari Jumaat
Bersedekah
membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati
Pada Malam Jumaat
Hadis
nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan
Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi
bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan menutup pintu hatinya utk bertaubat". barangsiapa
Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan
ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Selawat

Sabda
nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi
dan Pakaian
Sunnah
pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
Memotong
Kuku
Ibn
Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
Best Blogger Tips

Dan Kubur pun Ikut Menangis





Suatu ketika Allah SWT menciptakan lisan bagi kubur hingga ia pun dapat berkata, ” Wahai anak Adam, mengapa engkau melupakanku ? Bukankah engkau telah tahu, bahwa aku adalah satu-satunya tempat bagimu, yang dipenuhi binatang tanah dan mengerikan ?”. Dan suatu ketika kubur pun menangis. Di dalam tangisannya ia pun merintih, ” Aku adalah tempat yang mengerikan. Aku tempat menyendiri dan aku adalah tempat cacing (binatang tanah)”. (Al Qurthubi, At-Tadzkiroh)
Ya Al Ghofar…Ar Rohman…Ar Rohiim….. ampunilah aku…. Ya Allah…aku berlindung kepada-Mu dari azab kubur Best Blogger Tips

Sultan Abdul Hameed Kedua dan Kejatuhan Khilafah Islam – Muqaddimah Dan Cabaran



Sultan Abdul Hameed Kedua telah dilahirkan pada hari Rabu, 21hb. September 1842. Beliau meninggal dunia dalam tahun 1918. Nama penuh beliau adalah  Abdul Hameed Khan Kedua bin Abdul Majeed Khan. Beliau adalah anak kedua kepada Sultan Abdul Majeed I (daripada isteri keduanya). Ibunya meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hameed boleh berbahasa Turki, Arab dan Farsi disamping mengetahui bahasa Perancis. Beliau telah mempelajari beberapa buah buku kesusasteraan dan puisi. (Muzakkarat (Diari)  As-Sultan Abdul Hameed) Semasa bapanya, Abdul Majeed meninggal dunia, bapa  saudaranya, Abdul Aziz menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak kekal lama dalam jawatan Khalifah. Dia telah dipaksa berhenti daripada jawatan khalifah dan selepas itu dibunuh oleh musuh politik Uthmaniah. Penggantinya adalah Sultan Murad, anak kepada Sultan Abdul Aziz, tetapi dia juga disingkirkan daripada jawatan dalam masa yang singkat kerana tidak layak.
Khalifah Abdul Hameed II
Pada 31hb. Ogos 1293Hijriyah (1876) , Sultan Abdul Hameed dilantik menjadi  Khalifah menggantikan abangnya, Murad V. Ummat memberikan baiah dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hinggalah ke tahun akhir beliau memerintah iaitu 1909, beliau menetap di Istana Yildiz. Abdul Hameed menyedari, seperti beliau jelaskan dalam dairinya, tentang pembunuhan bapa saudaranya, dan pertukaran kepimpinan yang kerap adalah disebabkan adanya komplot menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).
Para sejarawan gemar mengkaji dengan amat mendalam tentang perwatakan Abdul Hameed. Dia telah  diberikan jawatan kepimpinan sebuah negara besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting. Dia telah menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan komplot dalaman dan luaran, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan perubahan-perubahan yang berterusan. Abdul Hameed meluahkan perasaannya dalam hasil karya dan sajaknya. Di sini dipaparkan contoh sajak tulisannya yang telah diambil daripada buku “Ayahku Abdul Hameed”, hasil karya anak perempuannya, Aishah.
Terjemahan sajaknya,
“Ya Tuhanku aku mengetahui Engkau Yang Maha Esa (Al Aziz) dan tiada lain melainkan Engkau Yang Maha Esa,
Engkaulah Yang Mana Esa dan tiada yang lain
Ya Tuhanku pimpinlah aku dalam masa kepayahan ini
Ya Tuhanku tolonglah aku dalam masa yang genting ini”.
Pelbagai cabaran yang dihadapinya
Masalah pertama yang Abdul Hameed hadapi adalah Midhat Pasha (1822-1885). Terdapat dakwaan bahawa Midhat adalah dari kaum Yahudi Dunnama, sama seperti Mustafa Kamal. Midhat Pasha telah terlibat secara rahsia dalam penyingkiran bapa saudaranya, Abdul Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hameed diberi kuasa, dia telah melantik Midhat Pasha sebagai Ketua Majlis Menteri kerana Midhat Pasha amat terkenal pada masa itu. Abdul Hameed perlukan jaminan untuk kekal berkuasa. Midhat Pasha adalah gabenor yang cekap tetapi  keras kepala orangnya. Midhat juga merupakan seorang Dunama anggota Freemason (Inthilaq, Mei 1994)
Sultan Abdul Aziz telah menjadi Khalifah dalam tahun 1861 dan disingkirkan dalam tahun 1876. Empat hari selepas beliau disingkirkan, beliau telah meninggal dunia. Para sejarawan merasa pasti bahawa beliau mati syahid disebabkan angkara golongan ‘Turki Muda’ yang telah berkumpul sebelum itu untuk membunuhnya dan kemudian membohongi rakyat dengan mengatakan beliau telah membunuh dirinya. Ketika pemerintahan Abdul Aziz, banyak kemajuan telah dicapai. Pasukan tentera Khilafah Usmaniyah membuat persiapan dengan segera untuk menjadi pasukan yang ketiga terkuat di dunia pada masa itu dan kekuatan tentera darat diperkuatkan hingga mencapai 700,000 orang tentera. Tentera  Khilafah Usmaniyah menyusun kemunculan persenjataan askar dengan membina banyak sekolah yang penting contohnya sekolah yang mempersiapkan untuk peperangan ofensif dan defensif dan juga sekolah tentera (di peringkat menengah).
Sultan Abdul Aziz juga telah melawat Mesir, Perancis, Britain dan Prussia. Tujuan kunjungan ke Eropah ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia dan juga bertujuan untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang Rusia. Pada zamannya juga terbit ‘majalah al-ahkam al-adaliyah” yang dikelolakan oleh Ahmad Jaudat Pasha dan juga dibukanya Terusan Suez. (Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)
Tidak lama kemudian, Britain mengusulkan diadakan persidangan di Istanbul yang dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan ‘perdamaian’ di rantau Balkan dengan memperkenalkan beberapa cadangan baru . Persidangan itu telah memaksa Khilafah Uthmaniyah untuk melaksanakan beberapa reformasi. Maka, Midhat Pasha telah menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Beliau mewujudkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada 16 orang pegawai awam, 10 orang ulamak dan 2 orang pegawai tentera berpangkat tinggi. Beliau mempertanggungjawabkan kepada jawatankuasa itu tugas untuk merangka perlembagaan negara. Setelah mengharungi pelbagai masalah, jawatankuasa itu akhirnya meluluskan draf perlembagaan yang mendapat inspirasi dari perlembagaan negara Belgium. Ia dikuatkuasakan di bawah tajuk Qanun Assas (iaitu Undang-undang asas) pada 23 Disember. Maka, ia menjadi perlembagaan rasmi negara iaitu perlembagaan negara Belgium dan dengan memberi pertimbangan terhadap beberapa aspek Islam, ia menjadi perlembagaan negara Islam.
Pengisytiharan perintah khas diraja mengenai Qanun Asasi itu dilakukan dalam tahun 1876. Suatu perhimpunan diadakan pada petang hari pengisytiharan itu di kediaman Midhat Pasha bukan untuk membincangkan tentang urusan negara tetapi untuk berpesta minum arak dan mereka yang menghadiri pesta itu membuat bising akibat mabuk. Midhat Pasha juga dalam kemabukan dan beliau memang dikenali sejak zaman mudanya lagi sudah lazim minum arak.(halaman 58, Sahwatu Al-Rajulal Marredh Au Al-Sultan Abdul Hameed (Kebangkitan Orang Sakit) oleh Dr. Mouaffaq Bany Al-Marjeh)
Oleh kerana perlembagaan itu dikira sebagai sistem demokrasi iaitu undang-undang kufur dan sebagai sistem demokrasi yang bercanggah dengan Islam dan oleh kerana undang-undang itu sendiri bertentangan dengan Islam, jika ia dilaksanakan, pelaksanaannya bermakna penghapusan sistem Khilafah dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara Eropah lain seperti Belgium yang mempunyai perlembagaan yang menjadi sumber perlembagaan. Maka, perlembagaan itu tidak dilaksanakan dan Abdul Hameed, para ulamak serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah mula mengelak dari melaksanakan perlembagaan itu dan mengelak dari memenuhi desakan kuasa-kuasa besar. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum)
Midhat telah disokong oleh golongan yang berpengaruh dalam Majlis Syura. Dengan bantuan golongan ini, dia telah berjaya meluluskan resolusi untuk berperang menentang Russia. Abdul Hameed tidak dapat menghalang mereka. Sekiranya dia cuba menentang mereka, dia mungkin akan disingkirkan tetapi mereka masih mahu menyalahkan Abdul Hameed terhadap semua kekalahan disebabkan daripada peperangan tersebut yang tidak dirancang dengan baik. Abdul Hameed tidak menginginkan peperangan pada masa tersebut. Daulah Islamiah sangat tenat untuk terlibat dalam peperangan. Abdul Hameed juga dapat mengesan tipu helah dan permusuhan Britain. Beliau juga mendapati bahawa Britain telah menghubungi pegawai-pegawai Khilafah. Midhat Pasha sering berurusan dengan Britain dan beliau adalah orang yang mendalangi dasar untuk bergantung kepada negara-negara Barat.
Konsul British di Beirut menghantar telegram ke London pada 28 Julai 1880 mengatakan, “Risalah-risalah pemberontakan telah tersebar, Midhat Pasha didakwa menjadi  puncanya, sementara itu keadaan masih tenang, laporan terperinci akan diposkan”.
Kuasa-kuasa besar khasnya Britain berusaha gigih untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. (Kaifa Hudimat Khilafah, Abdul Qadim Zallum) .Abdul Hameed menggunakan pertelingkahan di antaranya dengan Midhat Pasha untuk mengurangkan populariti Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan dirinya daripada belenggu Midhat. Midhat dibicarakan di sebuah taman dalam Istana Yildiz dalam tahun 1881. Beliau telah didakwah kerana mengatur pembunuhan Sulan Abdul Aziz. Ibu Sultan Abdul Aziz turut menjadi saksi dalam perbicaraan itu. Akhirnya, Midhat didapati bersalah dan dipecat dalam bulan Februari 1877. Midhat telah dibuang negeri ke Eropah. Ada sumber yang mengatakan beliau dibuang negeri ke Taif, di selatan Makkah. Rakyat dan ahli politik menyambut baik langkah itu.
Seterusnya Abdul Hamid mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Uthmaniah. Melalui kebijaksanaannya, dia telah mampu meramalkan bahawa revolusi komunis akan berlaku di Rusia dan ia akan membuatkan Rusia lebih kuat dan lebih merbahaya. Pada masa itu rantau Balkan yang merupakan sebahagian daripada Daulah Islam Uthmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu  Rusia dan Austria. Abdul Hameed cuba untuk membangkitkan penduduk rantau Balkan dan menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi bila perjanjian mencapai peringkat akhir, empat buah negeri Balkan mengambil keputusan yang berasingan dan mengenepikan Daulah Islam Uthmaniah. Perubahan ini adalah disebabkan pengaruh Barat dan Russia . Dengan bantuan kewangan Barat, dalam tahun 1878 rantau Balkan mendapat ‘kemerdekaan’ (Daulah Islamiyah, Taqiyuddin an-Nabahani).
Abdul Hameed menyedari bahawa komplot untuk memusnahkan Negara Islam Uthmaniah lebih besar daripada yang disangkakan. Ia melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Pada sangkaannya beliau berjaya menghapuskan sepenuhnya ancaman dari dalam selepas menyingkirkan Midhat Pasha dan orang-orangnya tetapi dia berhadapan pula dengan Awni Pasha, Ketua Majlis Para Menteri (Alsadr Alazam ) dan juga salah seorang Ketua Tentera. Kemudian Abdul Hameed mendapati bahawa Awni Pasha mengambil wang dan hadiah daripada Britain dan terlibat dalam penyingkiran Abdul Aziz (bapa saudara Abdul Hameed) telah didedahkan kepada Abdul Hameed.
Awni Pasha cuba mengheret  Daulah Islam Uthmaniah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hameed. Abdul Hameed mengetahui jika peperangan berlaku, Rusia, England, Austria, Hungari, Serbia Montenegro, Itali dan Perancis akan menyerang kerajaan Uthmaniah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.
Awni Pasha telah memberi maklumat yang salah kepada Abdul Hameed mengenai saiz tentera Uthmaniah di Bosnia. Dia mendakwa bahawa terdapat 200,000 orang askar yang bersiap sedia tetapi apabila Abdul Hameed meminta penjelasan daripada Jeneral yang lain dan mendapati hanya ada 30,000 orang askar, untuk menghadapi lebih 300,000 orang askar musuh. Pada masa itu, rakyat menyukai Awni dan Abdul Hmeed tidak boleh menyingkirkannya daripada jawatan kerana itu akan membahayakan kestabilan dalaman Daulah Islamiah.
Kuasa-kuasa Barat, menyedari bahawa mereka mempunyai kekuatan yang melebihi Khilafah Uthmaniah dengan sokongan daripada empat buah negara Balkan (Romania, Serbia, Montenegro,Austria-Hungari). Akibatnya, Bosnia dan Greek terlepas dan terpisah daripada Daulah Islam Uthmaniah.
Abdul Hameed mendedahkan kesalahan Awni Pasha dan menyingkirkannya. Ummah menerima langkah ini. Mahkamah mendapati bahawa Awni bersalah terhadap dakwaan-dakwaan di dalam komplot menentang Daulah Islam Uthmaniah dan membantu kuasa luar seperti England. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts