And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, April 3, 2011

Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan


SHAH ALAM – Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.
Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia
Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi  melalui peguam  Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.
Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris  oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.
Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.
“Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.
“Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya,” terang Bala dalam emel beliau.
Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.
Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.
“Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.
“Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.
“Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya,” jelas beliau lagi.
“Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad,” kata Bala lagi.
Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.
Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.
“Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.
Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram. Best Blogger Tips

RASUAH pembunuh no 1 di Malaysia



Rasuah Menurut Islam


PS: sejahat-jahat yahudi pun hanya ditangga 30......singapura di tangga ke-4 terbaik dunia...malaysia ke-43....dam shit.....parti politik&polis (3.5 / 3.8) sektor paling kotor dalam gejala rasuah...... Best Blogger Tips

62 pegawai JKDM ditahan – SPRM


                         ini la antara muka2 lahabau.....

RASUAH: 62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini – SPRM


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Datuk Mustafar Ali, Pengarah Bhgn. Siasatan SPRM.
"Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.

Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang.

Pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, katanya.

"Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

"Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.

Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.

"Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.

"Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.
Katanya di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

"Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.

Mustafar berkata fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.

Katanya siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah.- Bernama
SATU MELAYU:Tidak ada lain yang harus diucapkan rakyat kepada SPRM selain TAHNIAH dan TERIMA KASIH.Rakyat sentiasa menyokong kerja baik SPRM dalam membanteras jenayah rasuah yang menjahanamkan negara.Teruskan usaha murni ini dan jangan berhenti kerana ugutan penjenayah dan pengkhianat negara.

 

Apr.03, 2011 

62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu ini.
Mereka terdiri daripada 53 lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 24 hingga 53 tahun.
Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih direman manakala selebihnya dibebaskan atas jaminan.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.
Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.
Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.
"Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.
Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.
Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.
"Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.
"Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.
Mustafar berkata, operasi telah dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang.


RM108 bilion lesap setiap tahun

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
"Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
"Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
"Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

Apr.02, 2011 

Reman pegawai kanan kastam dilanjut

KUANTAN 1 April - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bergelar Datuk selama empat hari sehingga Isnin ini.
Majistret Nordiana Abdul Aziz mengeluarkan perintah tersebut terhadap lelaki berusia 50-an itu kira-kira pukul 4.20 petang setelah tempoh tahanan reman sebelum ini berakhir hari ini.
Tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit yang juga merupakan pegawai kanan di agensi sama dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan dijalankan.
Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran pada pagi Isnin lalu oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai SPRM.
Serbuan turut dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.
Memetik laporan akhbar, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.
Mustafar berkata, serbuan dibuat kerana mereka dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
Menurutnya, semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Dua pegawai kanan kastam ditahan

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.
Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.
“Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.
Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.
“Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.
Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.
“Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.
Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

ps : aku mintak2 la akta rasuah yg lama diubah....supaya org yg menerima rasuah nie dirampas segala harta @ dilucut hak.....biar mampus jadi kuli batak seumur hidup.....     Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts