Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan
penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar
dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon
Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana'
bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai
buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda.
Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih,
rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau
dibuat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan
kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara
perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser,
buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan
melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah
tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang
kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan
Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut
ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang
membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon
ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia
mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.
Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :
i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual,
berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar
farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20
makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil
ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
1. Secara
berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser
yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat,
Paru-Paru dan Pankreas.
2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat
dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan
Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
3. Tidak
seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan
membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang
sihat.
Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada
pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu
langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan
kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan
kekuasaan!
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika
dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon
Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari
pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama
berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika
Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati
dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang
mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan
melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan.
Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser
yang berkesan !
Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?
Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya
dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola
ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk
penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan
besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya
diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar
untuk usaha penyelidikan mereka.
Ketika mimpi untuk mendapatkan
keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut
berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan
memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak
sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya,
dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan
bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.
Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar
berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan.
Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh
sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan
penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan
bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan
sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman
dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, Graviola telah terbukti
sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan
oleh 20 makmal bebas yang berbeza.
Satu kajian yang dihasilkan
oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang
dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa
salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih,
membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih
kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!
Sebuah
kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu
membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat,
Pankreas, dan Paru-paru.
Setelah hampir 7 tahun tidak ada
berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga,
melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana
cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New
Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma
terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian
belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu
menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.
Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan
teman yang anda kasihi.