And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)
Friday, May 13, 2011
Nak tahu kenapa Taliban punya banyak senjata?
Pernahkah Anda bertanya-tanya mengapa Taliban Pakistan tidak pernah kehabisan senjata ?
Reverse Engineering sering digunakan oleh militer dalam rangka menyalin teknologi militer bangsa lain, informasi tersebut diperolehi dari pasukan reguler dalam pertempuran atau dengan sebuah operasi risikan Sering digunakan selama Perang Dunia II dan Perang Dingin. Cara inilah yang masih terus berlanjutan hingga kini.
Dalam bahagian suku di Pakistan - merupakan tempat terbesar yang memiliki Reverse Engineering ini. Mereka dapat meniru jenis senjata api apapun setelah mereka melihat dan langsung menghasilkan dalam beberapa jam saja.
Anda dapat menemukan salinan beberapa item terkenal dari persenjataan modern seperti Pistol Beretta, Glock, Pistol 1911, UZI, senapan G3, MP5, bahkan M16 dan banyak lagi.
Buah-Buahan Menurut Al-Quran
Kekuatan Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Ø Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Ø Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Ø Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ø Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak
Dari Mani Menjadi Manusia
>
Proses kejadian manusia mempunyai beberapa peringkat iaitu : PERINGKAT PERTAMA : NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Insan : 2 yang bermaksud : ” Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat “ Sperma Sperma menembusi ovum Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. PERINGKAT KEDUA : ‘ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Firman Allah SWT yang bermaksud : ” Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah”. Surah al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim. PERINGKAT KETIGA : MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Firman Allah yang bermaksud “lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging”. Surah al-Mukminun : 14 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. PERINGKAT KEEMPAT : IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Firman Allah SWT di dalam Surah al-Mukminun : 14 yang bermaksud : “Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging” Janin berusia 12 minggu Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. PERINGKAT KELIMA : NASY’AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. Janin mendapatkan makanan melalui uri PERINGKAT KEENAM : NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah SWT melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A’raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah SWT. Kesimpulannya dengan paparan ringkas ini kita dapat mengetahui bagaimana proses kejadian manusia dan membuktikan Kekuasaan dan Kehebatan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua menjadi insan yang sentiasa mengenali diri dan mengetahui asal-usul kejadiannya. Agar kita juga tidak menjadi manusia yang mudah lupa diri dan asal-usul siapakah sebenarnya diri kita. Wallahu A’lam… |
Pokok Jiwa Tiga Beradik
Si Angah mengejut Si Adik yang menarik selimut selepas selesai solat subuh.
"Laa.. Tidur lagi.. Oit.. Bangun la.. Orang dah siap mandi dah.. Sejukkkk!!"
Si Along keluar dari bilik air kesejukan.
"Angah gi la mandi dulu.. Nanti dah sudah mandi kejut adik eh.. Mandi lama-lama sikit.."
Si Adik menarik semula selimut menyelubungi seluruh badannya.
Pagi itu, suasana ceria dengan tiga beradik berkumpul semula. Setelah sekian lama mereka tidak berkumpul dan bermesra begitu. Pagi itu juga mereka bersarapan sekeluarga bersama. Si Ayah cuti dan Si Emak pun menyediakan sarapan yang amat menyelerakan. Sambil makan, Si Ayah dan Si Emak mengambil tahu keadaan anak-anak mereka. Masa yang terluang bersama dimanfaatkan.
Antara faktor masalah sosial di kalangan anak-anak adalah disebabkan kurangnya kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa. Si Ayah dan Si Emak cukup memastikan keluarga ini tidak akan melahirkan anak-anak yang menyumbang kepada masalah tersebut.
"Mak, ada nak wat apa-apa ke pagi ni, mak?"
Si Adik bertanya setelah selesai pinggan yang terakhir dibasuhnya.
"Tu halaman rumah tu, nak kemaskan sikit. Nak tanam pokok-pokok sikit.. Adik nak tolong ker?" Si Emak bersiap-siap untuk mengemas halaman rumah.
"Tu abah dah ada kat luar tu.. Pergi la tengok kot-kot ada apa-apa yang boleh ditolong."
Tambah Si Emak lagi. "Laa.. Dah kat sini rupanya."
Si Adik tengok Si Along dan Si Angah dah sedang menolong Si Ayah.
"Nak tolong jugak.." Katanya.
"Ha.. Meh sini tolong... Tolong tengok.."
Si Along menyakat Si Adik sambil mengangkat batu bata terakhir untuk di susun buat alas pasu-pasu bunga Emak.
"Tolong tengok wat pe.. Tu kucing tu dari tadi dah tecongok kat situ tolong tengokkan.."
Si Adik geram tak dapat tolong apa-apa lagi. Si Adik pun mendapatkan Si Ayah yang sedang menguis-nguis tanah menggunakan penyodok kecil.
"Hmm.. Macam menarik.." Monolog Si Adik dalam hati.
"Abah wat pe, bah?" Tanya Si Adik kepada Si Abah.
"Macam best je.. Nak tolong.."
Si Adik menghulurkan tangan meminta penyodok kecil untuk menolong.
"Nah.. Baik-baik.. Buat lubang untuk tanam anak pokok ni.."
Si Ayah menghulurkan penyodok kecil kepada Si Adik.
"Anak pokok apa ni, abah?"
tanya Si Adik sambil menguis-nguis tanah dengan penyodok.
"Pokok mangga.. Dah besar nanti boleh la kita wat pangkin, berteduh bawah dia.."
kata Si Ayah sambil mengesat peluh di dahi. Matahari sudah mula menunjukkan sinarnya.
Si Along dan Si Angah yang telah selesai dengan kerja mereka datang merapati Si Adik. Si Ayah melemparkan pandangannya jauh.
"Tapi.. lambat la nak tunggu dia besar.." Si Adik mencebik muka.
"Nak kena jaga elok-elok lagi.." Si Angah menambah.
"Pastu rumput ni senang-senang jer tumbuh dekat sekeliling dia.."
Si Along pula bersuara.
"Mula-mula memang la macam leceh...."
Suara Si Emak kedengaran dari muka pintu.
"Tapi bila dah berbuah nanti, korang jugak yang dapat rasanya."
Sambung Si Emak sambil meletakkan air minuman yang dibawanya ke atas meja.
"Mula-mula, kena jaga elok-elok anak pokok tu.. Jangan bagi kena pijak, jangan bagi kucing kais-kais tanahnya. Rumput-rumput kat sekeliling pokok tu pun kena cabut selalu."
Si Emak memberitahu.
"Bagi akar dia kuat dulu, bagi tumbuh daun-daunnya, bercambah dahan-dahannya. Nanti bila pokok tu dah besar, dah merimbun, baru la dapat kita buat pangkin duduk kat bawah dia, pastu sambil-sambil tu boleh makan buah dia. Ha.. Sebelum tu, nah.. kita minum jer air kordial mangga yang mak buat ni." Si Emak menghulurkan gelas berisi air mangga kepada Si Ayah, Si Along, Si Angah, dan Si Adik, kemudian Si Emak meneguk air mangga dari gelasnya bersama-sama.
"Tu la ciptaan Allah.. Akhirnya kebaikannya dapat kat kita jugak.." kata Si Along.
"bukan pokok mangga je macam tu tau...."
"memang la.. pokok-pokok lain pun sama jugak."
Si Angah mencelah sebelum sempat Si Ayah menghabiskan kata-katanya.
"Maksud abah, ada jugak pokok lain selain tumbuh-tumbuhan ni yang macam tu.."
Si Ayah cuba menerangkan.
"Pokok apa, abah?" Si Along, Si Angah, dan Si Adik serentak.
"Pokok jiwa.." Si Emak yang menjawab.
"Pokok jiwa?" tiga beradik itu sekali lagi serentak. Tidak faham, dan ingin tahu.
"Jiwa.. Jiwa kamu semua.. Jiwa manusia.."
Si Ayah mula berbicara.
"Muslim cemerlang jiwanya kuat. Nak memperoleh jiwa yang kuat, bukan senang. Jiwa yang kuat perlu disemai dan dijaga dengan elok dan berhati-hati. Rumput-rumput yang tumbuh disekeliling anak pokok mangga, samalah anasir-anasir luar yang mengancam pokok jiwa. Baja yang ditabur dan air yang disiram untuk anak pokok mangga, samalah dengan nasihat, motivasi, dan ilmu yang perlu diberikan kepada pokok jiwa. Sukar dan lama untuk membina akar yang kuat untuk anak pokok mangga, Sukar dan lama juga untuk membina keyakinan pokok jiwa. Tapi.. apabila sudah terbina akan ia, akar yang kuat itu, maka ia akan terus bercambah sehingga dahan dan daunannya menjadikannya sebuah pohon yang rendang, rimbun, menaungi dan memayungi manusia yang berteduh di bawahnya serta mengeluarkan buah-buah yang sedia dipetik dan lazat dimakan. Begitu juga pokok jiwa, apabila sudah terbina keyakinan yang kukuh padanya, berserta dengan proses tarbiyah yang berterusan maka manusia itu akan menjadi tempat rujukan dan menjadi teman serta mendatangkan manfaat pula kepada orang lain." Panjang lebar bicara Si Ayah.
"Dan.. Macam-macam pokok kita boleh tanam.. Pokok mangga, pokok rambutan, pokok apa pun.. Buahnya tetap ikut pokok tersebut.. Dan di jiwa kamu? Tanamlah pokok jiwa yang akan membuahkan keimanan, keilmuan, semangat jihad, dan lain-lain."
Si Ayah mengakhiri bicaranya sambil menghabiskan air mangga di gelasnya. Si Along, Si Angah, dan Si Adik mengangguk-angguk mendengar nasihat daripada Si Ayah. Di dalam hati mereka berkobar-kobar untuk menyemai pokok jiwa.
- Artikel iluvislam.com
LYNAS
ps : kalau kerajaan masih teruskan projek lynas...aku akan pastikan umno hilang beribu undi di kuantan termasuk dipekan..
Kejadian Simbah 'Asid' di Kuala Lumpur
Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika. Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur. Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas. Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah. *Sumber: FB Polis KL, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur
ps : jikalau sesiapa ada maklumat @ terserempak dengan penjenayah nie...tolong belasah sampai MAMPUS
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
-
Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
-
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
-
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
-
Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
-
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
-
Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
-
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
-
( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...