And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, April 18, 2011

Ubat penyembuh syaitan dan iblis!


Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ada sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yang serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dengan nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kepada mereka yang dilaknat. Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yang baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit, pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dan sebagainya. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bahawa hannya ade satu saja ubat yang boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
 moral of the story : jangan kecing berdiri kerana anda sedang mengubati syaitan dan iblis tanpa anda sedari!! Masya'allah!!
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts