And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, April 18, 2011

Pokok Kesinai sebagai agen pencegahan kanser mulut | Alahai .. makin mahal la pokok Kesinai nie !


Korang kenal tak pokok Kesinai. Kalau kat kampung .. orang panggil pokok bonsai Malaysia. Dulu masa kecik-kecil, kat kampung .. memang banyak pokok nie. Tapi lepas tu .. bila orang start mencari pokok Kesinai untuk dijual sebagai pokok hiasan. Bilangannya dah mula berkurangan. Dengar kata .. harga pokok Kesinai nie memang mahal. Lebih-lebih .. yang berusia beribu tahun.

Ehh .. apa kena mengena pokok kesinai dengan kanser mulut ?

Ok .. pasal kanser mulut. Tadi, terbaca pasal pokok Kesinai yang dijadikan sebagai agen pencegah kanser mulut oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM). Bahan pengkumur mulut yang berfungsi sebagai agen pencegahan kanser mulut itu berjaya dihasilkan menerusi rebusan akar pokok bonsai tempatan iaitu pokok Kesinai.

Pokok Kesinai yang dikenali dengan nama saintifiknya "streblus asper" dikatakan hanya terdapat di utara Malaysia, Thailand, Sri Lanka dan India. Menerusi kajian yang dijalankan, pokok itu berpotensi untuk membunuh bakteria mulut, menghilangkan bau mulut, mengurangkan dan mencegah bengkak gusi, serta dapat membantu mencegah kanser mulut terutamanya golongan berisiko tinggi seperti perokok.

Produk SA Cleanse adalah produk pertama yang dihasilkan menerusi proses merebus akar pokok Kesinai dan dijangka berada dipasaran tidak lama lagi dengan harga RM12 hingga RM20 sebotol. Produk ini tidak mengandungi alkohol, dan mempunyai tiga warna pilihan iaitu merah, hijau serta kuning yang mempunyai perisa pudina dan strawberi.

Produk SA Cleanse juga dikatakan dapat membantu merencatkan pertumbuhan sel kanser tulang dan kanser lidah dengan merencatkan aktiviti proliferasi sel, meningkatkan proses kematian sel semula jadi dengan mengubah kadar sintesis DNA.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts