And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, April 18, 2011

Masyarakat Terlalu Berkompromi Dengan Si Pemakai Legging !


Makcik jual nasi lemak pakai legging. Muslimah pakai legging bersama tudung. Artis Melayu pakai tudung dalam TV. Ibu dan anak perempuan sama-sama pakai legging pergi shopping. Isteri pakai legging ketat di sebelah suami. Gadis salun Muslimah pakai legging keluar masuk kedai. Butik Muslimah pamer patung pakai tudung dan legging. Beli juadah berbuka di bulan Ramadhan pun pakai legging ketat juga. Adakah anda masih lagi boleh bertolak-ansur dengan fenomena ini ?



Tidak semua orang 'makan' nasihat. Tidak semua anak murid 'makan' dengan cakap baik-baik si guru. Kadangkala, si guru perlu meninggi nada suara dan berkata sedikit kasar untuk menegur murid tertentu, kerana sesetengah murid akan mempermainkan teguran yang lembut-lembut dan melengah-lengah mematuhinya. Maksudnya, ramai wanita Islam pemakai legging di luar sana adalah kategori tidak peduli, degil dan obses fesyen. Adakah mereka akan kisah dengan nasihat-nasihat dilambakkan kepada mereka ? Jika nasihat baik-baik berkesan, kenapa trend ini semakin menjadi-jadi ? Kerana pihak sekeliling terlalu berlembut..

Kita jangan mudah terpedaya dengan alasan-alasan basi yang sering dilontarkan segelintir individu yang kononnya menggambarkan bahawa mereka setuju dengan kepentingan memelihara aurat, tetapi alasan-alasan tersebut adalah agar supaya masyarakat sekeliling menghalalkan pakaian-pakaian seksi untuk satu tempoh masa tertentu kononnya sebelum mereka benar-benar berubah.

1. Pakai penuh tutup aurat belum tentu masuk syurga pun.
2. Pakai legging, tetapi hati baik, OKlah tu..nobody's perfect..
3. Pakai legging suka-suka sahaja...bila sampai masa nanti berubahlah..
4. Tiada manusia yang sempurna...semua manusia lakukan kesilapan..
5. Legging...? Biasalah fesyen orang muda..nanti bila tua insaflah..
6. Legging..? Bukan tak mahu tutup aurat sepenuhnya...belum bersedia..nanti Insyaallah..
7. Jangan kutuk orang pakai legging nanti dapat dosa...kamu itu baik sangatkah..?
8. Pakai legging nak nampak cantik...biasalah perempuan suka berhias..
9. Biasalah fesyen...lama-lama nanti hilanglah..

Ramai yang menyalahgunakan alasan-alasan di atas.

Tahukah anda, apabila wanita-wanita pemakai legging membaca post yang mengkritik pedas fesyen legging mereka, mereka ini akan terasa pedih di hati. Siapa makan cili dia rasa pedas. Mereka akan terasa bahawa legging yang dipakai mereka sangat dipandang keji oleh masyarakat. Akibat datangnya 1,2,3 komen yang secara 50% membantah trend legging dan secara 50% pula memenangkan @ mem"back-up" wanita-wanita pemakai legging, akhirnya mereka ini termotivasi semula dengan hidung yang kembang kerana menyedari ada pihak yang bertoleransi dengan mereka.

Ada perkara yang boleh ditoleransi dan diberi masa yang panjang untuk berubah. Tetapi, di dalam bab aurat wanita, perubahan haruslah secara drastik dan pemberhentian serta-merta. Maksudnya, seorang wanita Islam yang memakai legging wajib meninggallkan trend legging serta-merta setelah menerima dan mendengar teguran dari seseorang. Bukannya diberikan satu tempoh masa yang lama dan subjektif sebelum mereka benar-benar berubah. Ini seolah-olah mengizinkan mereka berseronok memakai legging sepuas-puasnya sehinggalah keiinginan menutup aurat sepenuhnya sampai. Bayangkan di dalam tempoh toleransi yang diberi masyarakat itu, betis dan peha mereka yang dibaluti legging ketat masih terus dapat dinikmati oleh mata-mata lelaki yang nakal. Lantas memberi peluang lelaki-lelaki yang melihat menambah dosa.

Jangan bertolak ansur pada trend legging di tempat awam. Ia adalah trend yang wajib dibantah dan ditolak 100% dan si pemakainya wajib menjauhinya secara serta-merta bukannya secara perlahan-lahan. Ini adalah soal maksiat dan dosa bukannya soal keseimbangan kecantikan kerana TABARRUJ (berhias-hias untuk menunjuk-nunjuk) itu sendiri sudah menjadi dosa. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts