And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, March 27, 2011

CARA POPULARKAN ENTRY LAMA ANDA


Kebanyakkan blogger menulis sebuah entry hari ini, tetapi entry tersebut masih tidak dibaca-baca oleh sesiapa pun. Malah anda pula sentiasa menulis entry-entry baru. Maka entry lama entah hilang ke mana sedangkan entry tersebut amat menarik. Oleh itu, kami ingin berkongsi 5 cara mempopularkan entry lama anda.



1. SENARAI ENTRY
Untuk memastikan entry lama anda tidak tenggelam terlalu jauh, anda boleh menyenaraikan semua entry-entry yang anda tulis pada bahagian sidebar anda, supaya pembaca mampu memilih mana-mana entry yang mereka suka. Dengan cara ini, pembaca akan sentiasa datang ke blog anda untuk membaca entry menarik yang selebihnya.

2. POST SEMULA
Anda boleh post semula entry lama anda supaya ia berada pada muka depan blog anda. Mungkin kali ini, entry lama anda akan menjadi tarikan kepada pengunjung blog anda.

3. BANNER KHAS
Selama ini, anda sangka banner hanya untuk linkkan ke blog semata-mata. Sebenarnya anda boleh membuat banner khas untuk mana-mana entry lama yang ingin dipopularkan. Tujuannya ialah supaya pengunjung yang masuk ke blog anda terlihat banner tersebut dan tertimbul rasa ingin tahu apakah di sebalik tajuk banner itu. Jika kami membuat banner tajuk "Zombie benar-benar wujud!" dan paparkan di sebelah sidebar blog ini. Tidakkah anda juga rasa tertarik ingin tahu apakah cerita selanjutnya..?

4. LINK REVIEW
Pernahkah anda membaca Newspaper dimana Muka hadapannya tertulis apa-apa sahaja tajuk menarik serta penerangan sedikit tetapi anda diarahkan untuk pergi ke muka surat tertentu untuk membaca selanjutnya? Jika ya, bagus! Anda boleh guna cara ini untuk popularkan entry lama anda. Caranya ialah setiap kali anda menulis entry baru, anda sertakan dengan review entry lama berserta link pada bahagian bawah entry baru anda. Secara tidak langsung, pembaca yang terlihat review entry lama tersebut akan tertarik untuk membacanya.

 Selain itu, jika anda ada idea-idea lain yang boleh dikongsi, silalah berkongsi di ruangan komen. :)
Best Blogger Tips

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts