Dalam masa dua tahun sejak Whateverlife.com dibina, Ashley Qualls telah berhenti bersekolah dan membeli sebuah rumah dengan pendapatan onlinenya. Dia pernah ditawarkan sebanyak $1.5 juta dan juga kereta pilihannya tetapi ditolak olehnya. Malah dia juga berkata "I don't even have my license yet,".
Ashley memulakan bisnesnya pada tahun 2004 dengan hanya $8 domain dan juga komputernya. Ketika itu Ashley berusia 14 tahun dan tidak sedar bahawa dia sedang memulakan bisnes ketika itu. Ashley sangka websitenya hanya untuk memudahkan dia berkongsi layout rekaannya dengan rakan Myspace.
Pada tahun 2006, websitenya mula menarik perhatian Ian Moray, Manager media development ValueClick Media. Bermula dari saat itulah, Ashley mula menghasilkan pendapatan yang mengejutkan. Ketika itu, Ian Moray langsung tidak ketahui bahawa pemilik Whateverlife.com ialah seorang remaja. Sehinggalah setahun kemudian, apabila Fast Company Magazine menghubungi Ian Moray untuk meminta pandangannya untuk digunakan di dalam artikel mengenai Ashley Qualls. Mulai saat itulah Ian Moray baru mengetahui umur sebenar Ashley Qualls. Pada waktu yang sama juga, Ashley telah pun menjana $70K setiap bulan, dan Ian Moray amat gembira dengan pencapaian websitenya.
Apa yang boleh dipelajari disini ialah jangan buat sesuatu kerana duit, lakukanlah sesuatu kerana minat yang mendalam. Contoh jika anda seorang peniaga kedai makan, jangan anda memasak kerana inginkan duit, tetapi masaklah kerana anda ingin pelanggan anda makan masakan yang lazat. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan semakin ramai......
No comments:
Post a Comment