And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, March 27, 2011

lagi kisah MLM..

The Great American Scam


Korang pernah dengar/baca satu scam yang berasal dari Nigeria dan dipromosikan pada mulanya kepada orang Amerika, dan kemudiannya ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia? Ah... tenet ni memang best untuk buat scam. Ianya bermula dengan spam email yang dihantar kepada sapa-sapa saja, dan daripada berjuta email yang dihantar oleh sorang psycho mastermind tu, ada jugak mala'un yang tamak tak tentu hala, dan lurus-bendol ya amat, yang sangkut dengan umpan janji untuk mendapatkan kekayaan sekelip mata seperti dalam kes yang sebegini.

Caranya sempoi aje. Si mangsa yang kena spam dapat tawaran dalam e-mel, menawarkan peluang untuk mendapatkan sejumlah besar wang yang si scammer kelentong ada tersangkut kat Nigeria, tetapi dia minta si bahalol menghantar seciput duit, mahu kasi licin sket proses ekstraksi duit billion-billion tu. Kalau ada yang respon, dan ada pulak yang sanggup wire-transfer duit yang dimintak, si pengelentong akan masuk gear 2, dan mintak lagi duit lebih sket, dan berjanji duit yang banyak tu akan berjaya dikeluarkan tak lama lagik, dan jika takde aral melintang, seterusnnya ianya akan dikongsikan bersama gitu. Kalau ada yang respons lagi dan lagi, mastermind akan mintak lagi jumlah duit yang lebih banyak, sampai la akhirnya orang akan tahu cerita sebenar, dan scam itu akan collapse. Kalau la si mastermind hantar 10 juta email, dan dapat sangkut 500 orang, jadi la tu beb. Yang 500 orang anak Forrest Gump tu pulak hantar USD1000 sorang... free-free dapat USD5 juta. Akhirnya, mangsa penipuan scam "Nigerian Letter" (atau "419 fraud", "Nigerian Scam") tu semua mendapati bahawa wang yang dijanjikan tak nampak batang hidung langsung. Apabila mereka menyedari bahawa program "perniagaan" itu hanyalah kelentongan, barulah mamat dan minahnya sedar Tipah sudah tertipu. Namun, disebabkan malu atau mungkin jugak takut, penganiayaan sebegini jarang dilaporkan kepada pihak berkuasa, sama ada sebab takut didakwa, atau pun hanya disebabkan oleh perasaan malu - sebab dia baru sedar bahawa dia sememangnya Forrest Gump... sahabat karib Bubba Blue.

Korang pernah pulak dengar cerita tentang The Great American Scam? Mende nye beroperasi dengan cara yang sama, lebih-kurang. Ada janji wang keuntungan dalam jumlah yang besar. Sedikit pelaburan kecil diperlukan untuk memulakan transaksi perniagaan tu. Kemudian, lebih banyak wang perlu terus dilaburkan untuk terus kekal "to play the game", bagi mendapatkan wang keuntungan yang besar yang dijanjikan tu kemudian hari. Kadang-kala lebih banyak "effort" diperlukan juga untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi di dalam sistem perniagaan tercanggih abad ini, di mana hasil yang besar akan diperolehi jika seseorang itu serius dan rajin dalam kerjaya serta kreatif and tidak senang putus asa. Kreatif cari orang untuk dikencing. Akhirnya apa yang berlaku - wang-ringgit sentiasa keluar daripada poket sendiri di mana keahlian dalam bzns perlu dibayar berterusan, dan untuk menjadi "terlatih dan bermotivasi", perlu pulak menghadiri kursus yang berbayar atau pembelian "tools" dan CD/DVD dan buku-buku motivasi. Ini semua dilakukan untuk mendapatkan hasil yang dijanjikan itu. Akhirnya, apa habuk pun tarak untuk kebanyakan manusia yang join, kecuali anak angkat dajjal yang sememangnya kreatif dan "relentless" kat puncak piramid. Kepada yang tersungkur, yang tinggal cuma perasaan malu, kesedaran bahawa banyak duit dah hangus dan perasaan kesunyian (sebab kawan-kawan dah lari) - sunyi macam ditinggalkan bini, gersang macam monkey solo.

Pegawai kerajaan di Nigeria mengakui bahawa skim yang berasal dari negara mereka adalah penipuan. The Great American Scam pula secara amnya dipromosikan sebagai satu kaedah perniagaan yang sah dan rata-rata disokong oleh pihak kerajaan tu sendiri, sebab kerajaan negara itu adalah sebuah "institution of money" yang besar... dontcha know? Kalau ada mangkok-hayon sesat yang buat komplen pasal sesuatu scam yang melibatkan kerugian ramai orang, baru la kerajaan tu terhegeh-hegeh nak keluar statement, dan baru la nak buat sesuatu yang bermakna, walau pun dah beribu rakyat kena kelentongan dan berjuta duit dah kena songlap. Yang best nya, orang yang jadi mastermind tu selalunya dah kaya-raya, dan boleh bayar apa-apa yang denda perlu dibayar, atau sapa-sapa sahaja yang perlu disedekahkan sedikit wang pelincir. Mala'un-mala'un pathetic yang dah hancing kena kencing oleh mastermind dan kuncu-kuncunya tu pulak kengkadang terus "give-up" begitu sahaja, hilang duit 2 atau 3 ribu, dan terus alpa dan tak sedar pun dia dah kena kelentong bulat-bulat. Kerajaan yang aku maksudkan? Amerika boleh, mana-mana pun bole. Malaysia?

The Great American Scam ini adalah suatu model perniagaan yang diberi nama sebagai Multi-level Marketing (MLM) atau terkadang ada jugak nama timangan lain, seperti Network Marketing atau Kencing Bersepah. Ia menjanjikan "peluang kekayaan seumur hidup" daripada hasil memiliki sebuah "perniagaan yang bermodal kecil". Di banyak negara di dunia, ianya diakui sebagai satu contoh terbaik hasil daripada ideologi kapitalisme dan free-market. Meaning - lantak ko la macamana ko nak cari duit, janji ko kaya. Tak kesah apa yang berlaku, walau pun ianya boleh menyebabkan kerugian kewangan kepada ramai orang, boleh membuang masa rakyat tanpa dapat apa-apa pulangan, boleh menjatuhkan karier ramai orang dan juga boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan hancus berkecai. Dan perkara ini berlaku saban hari di merata dunia sejak zaman-berzaman. Itulah intisari operasi MLM dan hasil akhirnya sememangnya ada yang baik dan ada pulak yang buruk - bergantung sama ada ko tu adalah antara ribu-ribu orang yang masing-masing ada juta-juta dalam bank, atau ko salah sorang daripada juta-juta manusia yang hilang ribu-ribu sket-sket sorang. Fair what? Who dares win, man!

Syarikat-syarikat MLM terbesar, seperti Amway/Quixtar, Monavie, Nuskin, Herbalife, Melaleuca, Usana dan beribu syarikat MLM lain, menjana perniagaan sedemikian rupa, di mana jika dibiarkan sahaja aktiviti perniagaan secara free-market ini, ianya akan menyebabkan sehingga >99% dari semua orang yang "join" tidak akan mendapat apa-apa keuntungan bersih daripada aktiviti perniagaan tersebut. Jadi, bolehlah kita perkatakan bahawa MLM ini adalah satu "perangkap kewangan", dan bukanlah "peluang perniagaan". Penipuan dan kelentongan "goes hand-in-hand" dengan mana-mana entiti MLM, dan ianya diguna-pakai secara rutin untuk memujuk orang-ramai untuk menyertai pelbagai skim perniagaan jenis MLM, dan ia bercanggah dengan tujuan perniagaan yang asal dan hakiki - iaitu apa-apa bentuk perniagaan seharusnya membawa kepada keuntungan kepada semua penjual yang bekerja keras, dan keuntungan juga kepada semua pembeli, di mana mereka menang memakai/memakan produk yang dibeli. Dalam MLM, terdapat sebahagian besar penjual (yang merangkap pembeli juga) yang akan rugi, dan kerugian ahli ini bukan bermakna ianya lesap begitu sahaja - kerugian itu jugalah sumber yang menyumbang kepada kekayaan ahli di atas puncak piramid. MLM ini adalah perniagaan jenis parasitik yang tidak bermoral. Hanya orang yang kat atas piramid, dan orang yang dungu tak sekolah aje cakap ianya hebat. Oh ya... orang yang ada tanduk kat pale dengan ekor ada arrow kat hujung tu pun cakap bzns MLM ni hebat gak.

Multi-level marketing lulus dari segi undang-undang dan dibenarkan di banyak negara, atas alasan bahawa ianya adalah bentuk perniagaan "direct-selling". Tapi, untuk negara-negara tertentu yang lain pulak, MLM diharamkan terus "out-right". Itu aku dah diskus sebelum ini. Walau pun negara seperti Malaysia telah menggariskan apa yang diluluskan dan apa yang diharamkan dari segi undang-undang buatan manusia, dalam banyak situasi, penganiayaan daripada perniagaan SCAM berbentuk MLM ini jarang diselidiki dengan lebih lanjut atau dikuatkuasakan terus sehingga membawa ke mahkamah. Contohnya pada tahun lepas, kejadah hyprobulksms berkeliaran cari bebudak Melayu untuk jadi penderma duit masing-masing kepada 3 ekor lahanat mastermind tu, yang mana akhirnya bzns tu bungkus tergolek-dog seperti yang aku dah sound awal-awal, daripada bulan Februari 2010 lagik. Masing-masing ahli hyprobulk yang kena belasah dengan aku tak percaya ianya skim piramid, dan tak percaya ianya akan crash. Akhirnya apa yang berlaku? Nothing. Walaupun KPDNKK datang menyerang hyprakshitface bulan September 2010 (I heard a rumour), dan pemohonan lesen AJL hyprak ditolak mentah-mentah, tapi dalang hyprak 3 ekor si Hairul Nizam, Fareez dan Faizal tak masuk jail pun. Ada dia orang melepak hari-hari mengecapi wang-ringgit juta-juta daripada ahli hyprak yang dah kena kencing buta-buta tu semua. Sekarang dengar cite nak start skim piramid yang baru pulak, dan Hairul perlukan 100 ahli - kali ini "closed membership" - memang fucking asshole punya mamat. Sebab keadaan sebeginilah banyak syarikat MLM, baik di Malaysia, mahu pun di negara-negara lain bermaharaja-lela buat scam tak abis-abis. Kelulusan undang-undang tu sebenarnya hanya kasi "camouflage" kepada lahanat mastermind untuk mencekik-darah bebudak yang baru bersunat dan yang masih naive dengan dunia perniagaan yang sebenar di dunia ini. 


Bagaimana kelentongan MLM ini berjaya dilakukan oleh beribu syarikat MLM di seluruh dunia, sejak daripada tahun 60-an lagi, di mana syarikat Amway itu diakui adalah syarikat yang menerajui takhta syarikat MLM yang paling kuat mengelentong? Ada 5 kelentongan utama yang anda akan jumpa:

Kelentongan #1: 
Anda boleh untung besar menjual produk kepada rakan-rakan dan jiran tetangga

Amway/Quixtar (seperti juga syarikat-syarikat MLM yang lain) menyatakan bahawa mereka menawarkan "world's greatest business opportunity", yang berdasarkan pada jualan produk kepada konsumer. Setiap penjual akan bertindak sebagai "independent business owner" (IBO) yang boleh membeli produk daripada Amway dengan harga borong dan kemudian menjualnya pula kepada sedara-mara dan sahabat-handai, dengan mendapat keuntungan runcit.

Ini ternyata tidak benar untuk semua IBO, kecuali segelintir sahaja, oleh sebab beberapa fakta dalam plan pemasaran syarikat MLM tersebut. Hampir tiada ahli MLM yang benar-benar dapat memperolehi keuntungan runcit yang nyata dari membeli dan menjual produk MLM. Kenapa? Produk MLM terlalu mahal berbanding dengan produk yang setara yang ada di supermarket atau di kedai runcit atau kalau order direct kat internet. Lepas tu pulak, disebabkan sistem MLM merekrut ahli/salesmen sebanyak mungkin, maka jumlah sales yang benar-benar berlaku kepada konsumer adalah terlalu kurang dalam satu-satu populasi sesuatu lokaliti. Dengan perbelanjaan untuk membeli stok produk, membuat promosi, mencari dan melayan prospek - ianya nyata tidak berbaloi untuk seseorang peniaga MLM jika dia hanya menumpukan jualan runcit produk.

Kelentongan #2:
Anda boleh mendapat bonus daripada jualan produk kepada downline

Kalau jualan runcit tadi tidak dapat memberikan keuntungan besar dalam perniagaan MLM, bagaimanakah skim MLM itu akan berkembang seterusnya? Peringkat The Great American Scam yang seterusnya yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM adalah dengan cara merekrut downline. Syarikat akan memberitahu ahli bahawa mereka boleh mendapat lebih banyak keuntungan jika mereka dapat merekrut downline sebanyak mungkin. Setiap ahli akan dijanjikan dengan bonus, jika downline mereka membeli produk jualan. Dan tambah lagi, bonus itu akan bertambah banyak jika downline itu pulak mencari downline mereka sendiri. Setiap ahli boleh untung besar bila lagi ada banyak level... ini semua familiar tak?

Jadi, ikut kata syarikat MLM yang bersepah tu, walau pun hampir semua ahli kemudiannya tak boleh nak buat retail sale disebabkan jumlah pelanggan yang mengecil (sebab rekrut keahlian yang meningkat), mereka tetap menjadikan pencarian downline sebagai modal utama untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka. Jadi, "Business MLM" tu apa sebenarnya?

Ahli MLM diberitahu bahawa cara perniagaan yang sangat menguntungkan adalah satu sistem perniagaan di mana ada sistem pencarian ahli baru, dan dengan ramainya downline, jualan dan kadar keuntungan ahli akan "multiply". Sebagai contoh, jika seorang ahli merekrut 5 orang, dan yang 5 tu pulak merekrut 5 orang downline setiap sorang, sekarang si ahli yang pertama tadi sudah ada 30 orang di bawahnya yang boleh menjana keuntungan bagi dirinya. Ini tidak langsung mengambil kira bahawa kesemua 30 orang itu tidak langsung melakukan "retail sales" pun. Jadi keuntungan itu didapati daripada penjualan produk kepada ahli yang baru join, dan bukannya daripada jualan kepada konsumer.

Dan lagi pulak, nombor 30 tu tak stop kat situ sahaja. Ianya boleh mengembang secara eksponensial tanpa henti (kata mastermind MLM laaa...), sampai jadi 125 orang, 625 orang, dan seterusnya, sampai abis satu bandar semua jadi rekrut - sampai abis penduduk dunia yang 6 billion jadi ahli Amway. Uik! What the...? Of course this is untrue. Kalau dah si mastermind MLM tu claim yang kadar keuntungan akan meningkat jika ahli syarikat meningkat, janji bahawa setiap ahli akan berjaya merekrut ramai ahli baru juga adalah suatu kelentongan terang-terangan. kerana berdasarkan asas arithmatik, kalau ada yang di atas, mesti ada ramai ahli yang akan duduk di bawah. Hanya segelintir kecil sahaja yang akan bertakhta atas piramid, dan yang lain-lain tu semua jadi kuli-batak firaun, dan akan hilang duit begitu sahaja... sedangkan setiap orang manusia yang waras yang join apa sahaja perniagaan mahukan keuntungan daripada usahanya berniaga jual barang tu.

Kelentongan MLM sebegini tak habis kat situ aje. Ada lagik trick MLM ni beb. Untuk melayakkan seseorang itu menerima bonus daripada "endless downline" kat bawahnya, dia sendiri kena ada "minimum purchase" atau kuota minima untuk dirinya sendiri - jadi setiap ahli akan terpaksa membeli produk syarikat MLM tersebut setiap bulan dan sekaligus akan memaksa atau memujuk downline mereka untuk buat benda yang sama setiap bulan, supaya keuntungan daripada bonus itu berkekalan. Pelaburan asal yang kecil kini telah menjadi pelaburan yang besar, setiap bulan selagi mereka menjadi ahli MLM tersebut, sementara masa dan kos untuk merekrut juga akan bertambah daripada masa ke semasa. Kadar kerugian sejagat akan meningkat. Dajjal kat atas puncak piramid mengikik ketawa kira duit.

Kelentongan #3:
Lagi naik ke atas dalam hieraki syarikat, lagi banyak keuntungan

The Great American Scam, i.e. syarikat-syarikat MLM tu semua mempunyai plan pemasaran yang selalunya sangat rumit. Tak ramai yang benar-benar faham keseluruhan plan pemasaran dan cara bonus dibahagikan kepada ahli-ahli. Tapi, semua plan pemasaran MLM akan ada ciri yang berikut: setiap ahli mesti ada kuota untuk merekrut dan mesti ada kuota minima pembelian produk. Lagi naik seseorang ahli itu ke atas, lagi banyak keuntungan akan didapati, tapi ada satu sahaja cara ianya dapat dilakukan - dengan merekrut downline seramai mungkin secara berterusan (sebab ramai downline yang pasti akan keluar daripada sistem). Jadi apa yang berlaku, lagi ramai ahli yang akan membeli produk untuk usahanya naik ke peringkat yang atas lagi, atau ahli juga akan membeli produk atas nama orang lain (yang tarak duit), supaya jumlah jualan mereka meningkat, serta kuota mereka dapat dicapai. Yang malangnya, kos pelaburan akan jadi meningkat dan melebihi daripada bonus yang boleh diterima. Kerugian bertambah lagi.

Kelentongan #4:
Untuk berjaya anda memerlukan latihan dan motivasi berterusan, dan anda perlu mendengar khutbah daripada mereka yang telah berjaya dalam skim MLM tersebut.

Sekali lagi, kelentongan multi-level diaplikasikan di sini. Penyertaan ahli dalam perjumpaan bulanan (atau mingguan!) yang memerlukan yuran, kehadiran dalam seminar dan kursus keusahawanan (bayar duit lagik), serta pembelian buku-buku atau CD/DVD motivasi, akan meningkatkan kadar perbelanjaan ahli, seterusnya merugikannya secara kumulatif. Kadar kerugian >99% itu tidak berubah sedkit pun. Sedangkan, proses itu akan menguntungkan syarikat MLM itu bagai nak rak, macam Bill Gates kaya-raya jual Windows software cokia' dah berpuluh tahun gitu (tapi Gates takde tipu orang, jangan silap pulak). 

Lepas tu, selalunya orang yang menganjurkan seminar atau kursus yang datang dari pihak syarikat MLM itu akan diwar-warkan sebagai "succesful leader" dalam bzns MLM. Yang sebenarnya - kebanyakan mereka scam aje lebih. Takde succesful pun. Cakap aje macam ahli politik, kasi psycho itu prospek semua, kasi dia orang semangat untuk join jual benda merapu dengan harga mahal nak mampos. Yang dia succesful adalah dalam jualan buku motivasi, dalam menganjurkan seminar tu - sedangkan buku atau seminar tu tak membantu downline jadi succesful pun. Ianya hanya kasi untung pada yang menganjurkan seminar dan yang menjual buku dan DVD. 

Ahli-ahli baru sesuatu MLM akan bermula dengan kepercayaan bahawa perniagaan yang dia join adalah berkaitan dengan jualan produk yang tercanggih di dunia kepada seramai mana pelanggan yang dia boleh dapat. Tapi bila dah mula bzns, mereka akan sedar bahawa buat kerja sebegini tak menguntungkan, sebab tak banyak produk tu boleh dijual pada pelanggan biasa - kebanyakan produk sebenarnya dijual kepada ahli yang join MLM tu jugak - kepada downlines tu semua. Dia akan sedar keuntungan yang besar hanya boleh didapati dengan kaedah mengrekrut ahli baru, yang sekali gus akan membeli/memakai/menelan produk yang dijual, di mana komisen akan didapati daripada transaksi ini. Lagi banyak dapat downline, lagi banyak komisen dan bonus - jadi ada ahli yang sampai sanggup membayar yuran keahlian untuk orang lain (katakan, atas nama bini, anak, dll), supaya kadar komisennya meningkat. Lagi pulak, bila dah lama join apa-apa MLM, seseorang tu akan sedar yang dia sebenarnya bukan kat atas piramid, tapi rupanya terperosok kat bawah piramid orang lain yang lebih dahulu join daripada dia. Rata-rata ahli MLM tidak diberitahu bahawa syarikat MLM sebenarnya akan meletak 99% downline tu semua kat bawah puncak piramid CEO. Yang paling bangsatnya, bagi seseorang ahli untuk dapat untung, dia perlu merekrut sebanyak ahli baru di bawahnya, yang mana ahli tersebut rata-rata akan kerugian akhirnya. Inilah satu cara mencari rezeki yang disukai oleh orang yahudi kat New York, lanun macam Captain Barbossa, perompak bank, mat rempit peragut handbag yang cucuk heroin, Hairul Nizam, KhairolR, Emeritus Professor Dr Sir Taik Kucen, cacing kerawit dan lintah kat sawah.

Cuba hayati apa yang berlaku dalam mana-mana MLM. Seseorang ahli perlu "melabur" untuk jadi ahli, dan perlu membeli sejumlah minima produk, dan perlu maintain belian minima setiap bulan pulak, dan disuruh menghadirkan diri ke kursus motivasi, dan kena beli buku dan DVD, dan kena belanja isi minyak kereta, dan kena belanja prospek downline - woohoohoo! Banyak belanja woo! Jadi untuk kasi cover balik, dia akan terpaksa cari downline sebanyak mungkin, dan memandangkan pencarian downline susah sket (sebab tak ramai sangat orang yang dungu macam Razali kat dalam dunia ni), dia akan berlakun macam hero hindustan, dia akan cakap berdegar-degar macam hero tamil, dan dia akan perasan encem macam pelakun Melayu (AC Mang? Wadefak?)... dan dia akan merapu dan menipu like nobody's business. Janji dia dapat tarik itu downlines ramai-ramai. Ramai ahli MLM tak tahu bahawa 50% hingga 90% ahli mana-mana MLM akan quit cha-alip-boat dalam tahun pertama selepas join. Syarikat MLM hidup dengan cara ini, and they don't care. Banyak manusia boleh dikencing dalam dunia ni dik (ko tu ha salah sorang). Kalau sorang join lepas tu give-up, takpe, duit dia dah ada dalam tangan syarikat tu... ada banyak lagi budak dungu akan join kemudian hari. Sampai la takde lagi yang join, dan syarikat akan bungkus. Tapi, si CEO boleh start balik, produk sama nama lain, MLM jugak.

Kelentongan #5: 
Kelentongan Yang Paling Utama - Kalau Anda Gagal, Anda Yang Bersalah. 
Bukan Syarikat MLM Tu Yang Buat Plan Pemasaran Merapu dan Lintah-Darat

Dalam kes Nigerian Letter tadi, mangsa dihasut dan percaya bahawa duit yang dijanjikan itu adalah duit "illegal" dan di luar daripada kawalan kerajaan Nigeria. Kiranya dengan join scam tu, si mangsa memang mengakui dia nak join orang lain buat penipuan untuk sejumlah wang yang banyak. Tapi, akhirnya bila dia sedar dia sendiri yang kena scam, si mangsa secara automatik tidak akan melaporkan kes sebegini kepada pihak berkuasa, kerana dia tahu dia dah melakukan kesalahan pada mulanya. 

Multilevel Marketing dengan kaedah The Great American Scam juga memberikan hasil yang sama... so to speak. Setiap ahli MLM di brainwash dengan begitu cekap sekali oleh si penghasut anak si dajjal wang-ringgit, dengan mengatakan bahawa perniagaan MLM yang akan mereka ceburi adalah "THE BEST BUSINESS OPPORTUNITY IN THE WORLD". Si anak dajjal @ badut sakti yang kasi taklimat akan tunjukkan gambar 525i atau E200 kepunyaannya (sebenarnya apek CEO yang punya), ada gambar rumah 3 tingkat, dan ada gambar dia pegi melancung ke Beijing (sebab orang Melayu si badut tu sayang ya amat dengan species apek - melancung pun nak pegi China jugak), dan dia akan celoteh berdegar-degar bahawa kemewahan itu semua adalah hasil usahanya dengan perniagaan MLM tu. Kengkadang tak cukup lagi tu. Syarikat MLM akan invite ahli politik untuk buat perasmian (ahli politik pun ada yang dungu jugak... korang ingat tarak ka dey?), atau kasi celebrity endorse atau join dia orang punya MLM lahanat (Ring a bell? ND Laqloq, Rosyam Ngok, Saiful Apektek, Dato Malik Nong - sama jugak ngong sekor-sekor). Jadi, nampak la perniagaan MLM tu gah dan "credible", dan sememangnya tak susah nak kasi impress sesetengah penduduk bumi yang terlalu banyak lurus-bendol dan bodo-piang tu deerr...

Jadi, bila ditakdirkan, ada ahli yang dah join tu dah tak dapat cari downline dia sendiri dengan jumlah yang mencukupi - mungkin sebab terlalu ramai yang dah join, atau sebab terlalu ramai yang dah baca Aididleaks keparat - maka dia akan give-up, dan pelaburannya masa join sesuatu MLM tu lesap. Tapi, dalam kepalanya (yang dah kena basuh oleh upline) dia diberitahu bahawa jumlah penduduk bumi adalah infiniti, dan takde sebab seseorang ahli tak boleh cari downline masing-masing - maka dia akan berfikir bahawa dirinya memang tak boleh diharap dalam bzns MLM ni, baik dia lupakan sahaja kerja sebegitu, dan kembali makan gaji or whatever. Dia akan fikir bahawa itu semua adalah salah dia dan bukanlah salah plan pemasaran syarikat MLM tu. Syarikat MLM dah kasi peluang, tapi sipolan yang join tu sengap-bingai ya amat. Jadi rugi begitu sahajalah akhirnya si mamat.

10 Fakta Utama Berkenaan Apa Sahaja MLM

1. Lebih 99% daripada semua manusia bahalol yang pernah join Amway/Quixtar dan apa sahaja MLM dalam dunia ni mengalami kerugian secara kumulatif. Kadar kerugian yang sebegitu besar menunjukkan bahawa MLM bukanlah satu kaedah perniagaan yang "legitimate", "credible" dan "sustainable".

2. Untuk mendapatkan ahli baru untuk menyertai mana-mana skim MLM, penipuan dan kelentongan pasti dilakukan untuk mengaburi mata prospek.

3. Mala'un-mala'un kat puncak piramid MLM akan menyembunyikan fakta-fakta berkenaan pendapatan purata, kos sebenar perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh ahli sendiri, kadar ahli yang "give-up" separuh jalan, dan jumlah sebenar duit bonus yang akan diterima. Mereka juga tidak akan menyatakan bahawa pendapatan extra yang mereka raih daripada jualan buku dan DVD atau daripada seminar yang dikelolakan. Ada juga mereka yang duduk kat atas tu yang mendapat komisen daripada downline daripada luar negara.

4. Terlalu sedikit produk MLM dijual kepada pelanggan yang sebenar. Kalau aku buat bzns, aku nak jual produk sebanyak mungkin, yang aku sendiri pun tak nak guna/telan hari-hari (well, that's me). Tapi, dalam MLM - ahli tu sendiri digalakkan atau dipaksa untuk guna/telan produk MLM yang dia nak jual... familiar? Kepada yang nak berniaga cara ini - woi! that is crappy business. Kejadahnya nak guna sendiri produk jualan tu?

5. 50% hingga 80% ahli yang join mana-mana MLM akan quit/cabut/lesap pada tahun pertama mencebur diri dalam perniagaan sebegini. Apabila seseorang nak buat rangkaian downline dia sendiri, semasa dia join, dia sendiri tu adalah sebahagian daripada rangkaian orang lain. Banyak bahalol yang perasan dia kat puncak piramid. Wei! Ko dalam longkang kat tepi piramid tu aje dol.

6. Mereka (dajjal dan kuncu-kuncu terdekat) yang duduk kat puncak piramid, atau yang berjaya naik ke atas dengan mencari downline bagai nak rak, meraih keuntungan, dapat bonus, hisap macam lintah komisen daripada kerugian sesiapa sahaja yang ada di dasar piramid MLM. Baik 2 level, 15 level, mahu pun 56 level. Kerugian downline tu semua adalah punca kekayaan lahanat kat atas. Jadi, kalau korang ada jumpa atau dengar cerita tentang kekayaan makhluk-makhluk seperti KhairolR, Hairul, Satan... mastermind yang duduk kat puncak mana-mana MLM/SP - duit dia orang tu datang daripada penganiayaan beribu-ribu budak Melayu yang sengap-bingai yang join lambat dan terkemudian.

7. Kursus, seminar dan pembelian buku/DVD motivasi itu adalah sebahagian daripada sumber keuntungan kepada mastermind MLM. Perkara itu semua tidak langsung meningkatkan kemungkinan ahli MLM untuk berjaya, sebaliknya hanya meningkatkan modal pelaburannya, yang akan menyumbang kepada kerugian kumulatif kepada ahli yang dungu tadi. 

8. Penceramah yang kasi pep-talk dan cakap berdegar-degar pasal MLM tidak semestinya seorang yang berjaya dalam perniagaan MLM itu sendiri, tapi dia dapat banyak untung kasi ceramah keusahawanan lepas satu-satu. Familiar? Berlambak penceramah kat Malaysia ni pandai cakap aje... tapi habok apa pun tarak. Ijazah/PhD dari Ceylon tu aje yang ada pun. 

9. Mana-mana MLM daripada The Great American Scam merekrut ahli-ahli baru setiap tahun, di mana kebanyakannya akan give-up - dan proses ini berlaku bertahun-tahun sehinggalah ianya jadi tepu, dan omputeh tu semua kena cari negara lain untuk cari downline/kuli-batak yang baru. Lagi lama sesebuah syarikat MLM itu hidup, lagi ramai manusia akan kena kencing. Remember Amway/Quixtar? 

10. Sebab utama kerajaan Amerika Syarikat tidak melakukan sesuatu yang "concrete" di dalam menangani isu skim MLM yang membawa kepada "deception and unfair practices" tersebut adalah kerana, industri MLM adalah industri berbillion USD, dan sekor-sekor ahli politik Amerika tu, baik di Senate, di Congress dan di pihak State level, boleh "dibeli" dengan "campaign contribution" - sistem politik Amerika itu adalah sistem politik yang berasaskan kewangan. Who doesn't know this? Hanya kerana Amway/Quixtar tidak dihalang oleh kerajaan US, tidak bermakna ianya adalah perniagaan yang telus dan jujur. Amway penyumbang top-100 kepada ramai ahli politik Amerika sejak tahun bertahun. Jadi, konsumer di Amerika perlu jaga diri sendiri - harapkan kerajaan sendiri, cakap aje la bye-bye. Lagi pulak, perniagaan MLM yang asalnya datang dari Amerika tu, boleh dieksport ke luar negara dan boleh membawa kepada perpindahan dana rakyat-rakyat negara-negara dungu tersebut, kepada sistem kewangan Amerika. It's all good business what...

Jadi sekarang ni, The Great American Scam sudah jadi pulak The Puny Malaysian Scam, dan saban hari ramai la orang Melayu perasan yang dia cerdik dan berkaliber macam si pakcik Iblis dalam industri mengelentong manusia sejagat. Manusia yang daripada kaum dia sendiri pulak tu. Yang menyedihkan kebanyakan CEO adalah omputeh Amerika atau Chayanunalip. Industri MLM bukanlah perkara baru di Amerika sana, tapi kalau korang perasan, perkembangan industri ini kat Malaysia dah jadi begitu pesat macam lahanat, sejak dua menjak ni. MLM itu scam daripada omputeh Amerika, cuma ianya telah berjaya dieksport ke Malaysia dengan jayanya sebab ianya melibatkan wang-ringgit - dan ramai bahalol kat Malaysia ni memang beragamakan wang-ringgit. Islam taik kucen. Tak lupa jugak pertolongan ahli-ahli politik yang sama dungu dan tak boleh diharap langsung kat Malaysia ni, oh yes sir. Sama ada sebab dia orang sendiri ada kepentingan kewangan dalam syarikat MLM tu, atau pun sebab ahli-ahli politik di Malaysia kita ni buat dunno aje dengan permasalahan parasite perniagaan sebegini. 

THERE, I"VE SAID IT! Let them ban my blog. I just made a back-up anyway. I'll launch a new one if that happens. Cuma counter pageviews aku nanti start daripada zero balik. Who the fuck cares? Ah! Fuck it!

daripada : Aidid Mu'addib
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts