Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman".
- Hadith riwayat Muslim.
Assalamu'alaikum.
Tujuan utama saya menulis kali ini adalah untuk kasi penerangan yang simple dalam isu MLM dan skim piramid. Islam itu mudah dan Islam itu tidak menyusahkan umatnya.
Sekarang, kita ni semua "stuck" di kancah permasalahan yang besar, dan ramai daripada kita tak ambik kesah pun pasal isu ini. Umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia berhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaitu keterlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atau harta yang diperoleh melalui sumber yang shubahah atau haram. Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanya transaksi-transaksi yang tidak mematuhi syarie dalam kebanyakan institusi-institusi kewangan konvensional serta dalam perniagaan-perniagaan yang diamalkan oleh umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh, seperti wang faedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba'. Ramai yang mengambil mudah dalam hal ini dengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Semua orang buat, apa nak kesah?
Perkataan shubahah itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bererti samar, iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya "Halal dan Haram dalam Islam" mendefinisikan perkara shubahah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang dan haram yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yakni masih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram. Beliau menjelaskan cara yang paling afdhal ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang shubahah ini bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Ini termasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (shubahah)". (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi).
Dalam permasalahan MLM, topik utama blog saya yang tak seberapa glamour ni, apa yang telah halal telah diketahui dengan jelas, dan apa yang haram pun sudah ada kepastian. Emak-bapak saya pasti dah ajar anak masing-masing, insyaAllah. Kita semua pun juga belajar kat sekolah dulu apa yang halal, apa yang haram dalam subjek pengajian Islam. Tetapi memang sudah lumrah manusia, senang cerita lumrah orang Melayu kita ni, kalau tak ditunjukkan depan mata dia atau kalau tiada alim ulama' yang dia kenal "personally" dan duduk sebelah rumah yang ada kata yang bendanya haram, mesti dia cari jalan untuk menghalalkan apa saja jenis perniagaan yang dia ceburi. Putar-putar alam sesedap rasa gitu, mengelongsor, kasi keluk-keluk... macam uloorr. Kalau seseorang itu benar-benar Islam luar dan dalam, sudah pasti dia akan prihatin berkenaan perkara ini, sebab duit rezeki ni nak kasi diri sendiri dan anak-bini makan, nak beli macam-macam, dan jugak untuk menyekolahkan anak. Kalau disuap anak-anak tu semua dengan rezeki yang haram atau shubahah, bagaimana la anak tu nak membesar sebagai johan? Membesar sebagai seorang anak yang soleh dan berjasa. Kalau duit yang ditelannya asyik duit ntah datang dari mana, bukan ke besar nanti dia jadi ifrit yang low IQ dan merempit ke sana-sini? Bukan ke anak tu lembik dan asyik sakit masuk wad hospital KPJ? Orang MLM ada manyak duit maaa... hospital kerajaan tak main la.
Multilevel marketing secara harfiah adalah pemasaran yang dilakukan melalui banyak level atau peringkat, yang biasanya mengandungi satu ciri utama iaitu, adanya entiti dengan istilah upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah). Itu anda semua dah masak. Tak payah saya kupas lagi. Ada berbagai bentuk dan istilah digunakan, diwar-warkan dengan hebat, khasnya supaya orang-orang yang masih blur dan dungu boleh dikelentong senang-senang gitu. Macam-macam pengamal MLM akan istilahkan - members atau ahli, reseller, affiliate, distributor, whatever. Sama aje tu. Lepas tu ada berbagai bentuk pulak model dan mekanisme MLM tu - matrix, vertikal, horizontal, 2 kaki, whatever. Dan ada pulak pengamal MLM yang putar-alam gila baboon, bila mereka cakap, tak perlu cari atau taja orang - orang yang akan cari kita. (I'm speechless really, and those people are definitely psychos... if not plain stupido tonto).
Dalam isu akad itu sendiri, anda semua pernah dengar istilah "shafqatayn fi shafqah", atau "bay’atayn fi bay’ah"? Isu ini telah banyak dinyatakan dalam hadith Nabi SAW, antara lain, sebagai berikut:
1. Dari Abu Hurairah r.a., yang menyatakan (maksudnya): “Nabi SAW telah melarang dua pembelian dalam satu pembelian.” Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa’i dan at-Tirmidzi.
2. Hadith dari al-Bazzar dan Ahmad, dari Ibnu Mas’ud yang menyatakan: “Rasululllah SAW telah melarang dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”
3. Hadith yang hampir sama juga dinyatakan oleh at-Thabrani dalam kitabnya, al-Awsath, dengan redaksi berikut: “Tidaklah dihalalkan dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”
Dalam hal ini, Imam asy-Syafi’e memberikan keterangan (syarh) terhadap maksud bay’atayn fi bay’ah (dua pembelian dalam satu pembelian), dengan menyatakan, bahawa jika seseorang mengatakan: “Saya jual budak hamba ini kepada anda dengan harga 1000, dengan catatan anda menjual rumah anda kepada saya dengan harga sebegini. Ertinya, jika anda menetapkan milik anda menjadi milik saya, saya pun menetapkan milik saya menjadi milik anda.” Dalam konteks ini, maksud dari bay’atayn fi bay’ah adalah melakukan dua akad dalam satu transaksi, akad yang pertama adalah akad jual beli budak hamba, sedangkan yang kedua adalah akad jual-beli rumah. Namun, masing-masing dinyatakan sebagai ketentuan yang mengikat satu sama lain, sehingga terjadilah dua transaksi tersebut termasuk dalam satu aqad. Maka jika kita berbalik kepada sistem MLM, keadaan akad perniagaannya ada melibatkan dua, tiga, empat dan lebih lagi dalam satu-satu transaksi. Setiap perpindahan wang dari seorang manusia kepada seorang manusia lain - itu adalah satu transaksi perniagaan, betul? Sebagai contoh, bila saya join hyprakbullshit (sekali akad) Xtreme1000 dengan kasi Hairul Nizam RM1000, dan saya pulak salesman (oh sori... affiliate) yang hebat gila mengalahkan Robert Kiyosaki yang jual ntah apekebenda tu, setiap level 10 kebawah akan kasi saya duit 40 hengget (10 transaksi), maka ini adalah larangan yang nyata dalam syarie. Tiada kompromi. Jadi apa gunanya Hairul tulis hukum muammalat hyprak tu? Mau kasi bunyi-bunyi keagamaan dalam skim piramid tu, gitu? Hipokrit gila babat, tahap gaban dan cipan. Itu dah jadi 10 transaksi dalam satu akad tu, ain't it?
Ada bermacam cara perpindahan duit itu berlaku dalam berbagai bentuk MLM dan skim piramid yang ada dalam dunia dewasa ni. Siap duit tukar tangan direct macam LoginFB100 daripada downline ke upline - dah memang sah-sah skim piramid dah tu. Ada yang pakai perkataan komisen, macam hyprakbullshit, di mana orang yang baru join kasi Hairul Nizam duit, lepas tu dia sain cek, kasi pulak pada orang yang merekrut downline tu tadi. Bukan apa, Hairul saja-saja nak putar-alam dengan Allah gitu. Dia kan hebat tahap kamen rider? Lepas tu ada MLM yang pakai point-point bagai, BV/PV/LB/SP apakependa la... ada pakai istilah diamond manager, crown manager, macam-macam cara manusia tu nak kelentong manusia lain, sekaligus jugak nak mengabui Allah gitu (proverbially). Apa nak jadi ntah? Saya pun tak boleh nak jawab kualiti keislaman sesetengah orang yang mengaku Islam kat profile facebook nya. Kat IC pun ada tulis Islam jugak. Baru-baru ni ada mamat tu hadir kat masjid sembahyang raya.
Orang Melayu yang berkecimpung dalam perniagaan MLM dan skim piramid ni, rata-rata tak kan berhenti buat kerja laknat ni selagi takde suhuf atau wahyu turun daripada langit dan dah sampai hukum keharaman tu dalam satu sampul surat yang dihantar oleh posmen dari langit, yang ditujukan khas untuk dia sahaja. Mana ada dia orang nak dengar cakap Aidid Mu'addib. Pada dia orang, sebab aku ni motong getah aje, apa yang aku tahu sangat pun. Berbalik kepada isu akad tadi, macamana seseorang tu boleh menerima duit seseorang yang lain yang merupakan downline jaringan upline yang 5 level kat bawah upline tu. Mana akadnya? Contohnya dalam 4Life Tranfers Factors - Pangkat Gold International Diamond akan menerima 2% komisen daripada downline yang 10 level kat bawah dia... kok idak shubahah ke tu bang? Mana ijab dan qabulnya antara 2 pihak yang tak pernah bersua muka tu? Bukan riba' ke beb? Soalan ini saya tujukan kepada mangkok hayon yang menjajap food supplement ajaib TF tu semua dey? Itu belum lagi masuk topik produk TF yang dijual yang boleh sembuhkan kanser la, kasi perjalanan darah mantop la (yang takde sorang doktor perubatan terkincit pun pasal produk TF dalam dunia ni - hanya salemen cabok TF yang ada sijil politeknik tu aje yang kecoh), yang diwar-warkan saban hari elok untuk dimakan oleh orang Islam beramai-ramai gitu. Lagi ramai makan, lagi best - massyyuukk! Tak shubahah ke beb? Bloody crap!
Dalam isu penipuan perniagaan, sah-sah semua skim piramid menipu orang, so memang dah haram la tu. Dalam MLM ni lain sket. Kalau menipu 3% macamana pulak? Alaaa... tipu kecil-kecilan aje tu. Dan riba'nya pulak hanya 1% kat level 8, 5% kat level 4, dan 15% kat level 2... bukan riba' all the way bro Aidid. Adakah begitu pendapat sesetengah orang yang mengaku Islam tadi? Saya tak tahu apa yang pengamal MLM fikirkan sebenarnya, hanya dia orang sendiri yang tahu... dan 2 malaikat kat kiri dan kanan tu, dan Allah.
OK... anda semua boleh lihat senarai syarikat MLM yang berdaftar di Malaysia di link berikut: http://www.malaysiaco.com/mlm-companies/. Jadi dalam syarikat-syarikat seperti Avon Cosmetics, Akojaya, Amway, Cosway, CNI Enterprise, Hai-O Marketing, Melilea, Revell, Zhulian Marketing, Neways Worldwide, Seiketsu Enterprise, One Planet, Nu Life International, DXN Marketing, Luxor Network, Totalife, Elken, Shaklee Products, Global Quantum, Gano Excel Enterprise, Omegatrend, Natstar, Uptrend Network, Avail Beauty, Herbalife dan lain-lain yang ada dalam senarai kat website tu... adakah ada berlaku penggunaan riba', kelentong, aniaya dan penipuan dalam sistem perniagaan dan struktur pemasaran mereka tak? Saya selalu dapat argument daripada pengamal MLM bahawa, kalau kerajaan Malaysia dah luluskan semua syarikat itu semua dengan lesen perniagaan berdasarkan AJL 1993 - kenapa Aidid Mu'addib sudah mula sebok-sebok mau perasan nak jadi mufti, suka-suka jatuh hukum. Apa pengamal tu semua ingat dengan kepatuhan akta AJL 1993, boleh masuk syurga ke? Ingat ada manusia nama Najib dan Muhyidin akan kasi korang "get out of jail free card" di padang mahshar ke beb? What is my issue here? Sebagai seorang Islam, ada etika cari rezeki yang halal kan? Kerajaan Malaysia yang sekular tu ada tempat ke dalam isu ni ke? Aku dah bongkarkan kelentongan AC Mang dekat sebulan dah ni, dan duit orang Islam dah juta-juta masuk akaun mamat Bentley tu, KPDNKK ada buat apa setakat ni? Takde masuk lokap pun mamat tu kan? Takde dapat pulang balik pun pada umat yang dah kena kelentong tu semua, duit yang dah lebur dalam ACK kan? Dan korang ingat aku terkejut ke pasal benda ni? Nothing surprise me anymore, man. I'm too old to be spooked by the inefficiency of government machinery and bureaucracy. Bah!
Tapi apa pun, biarkanlah KPDNKK buat kerja mereka di atas mandat yang telah diberikan oleh kerajaan pusat - I have no argument with that. Kita duduk dalam dunia yang dikawal oleh pemerintah yang berasaskan keduniaan. Apa boleh buat? Buat masa ini itulah adanya. Kerajaan kita yang akan membelanjakan RM65 juta hinggit untuk renovasi mahligai PM di Putra Jaya, dan akan berbelanja RM14.5 juta untuk penyelenggaraan dan ubah-suai sket-sket untuk semua masjid yang ada di Malaysia, untuk perbelanjaan tahun 2011 (correct me if I am wrong). Cuma isu halal-haram rezeki itu adalah isu peribadi, sebab masing-masing akan dihitung amal ibadah dan kejahatan masing-masing di akhirat nanti secara solo... dan bukan berkelompok dan main tong-tong share-share gitu. Setiap manusia akan kena panggil kat padang yang luas dan panas tu front-and-center, one by one... Huh! Jawab la kita semua masing-masing setiap persoalan dan setiap ungkitan yang menikam sanubari di sana. Salah jawab, bukak rekod... berat ke kiri - humban terus dalam gaung yang menyala. Mintak-mintak aku dan korang semua terselamat daripada musibah yang terbesar yang akan kita hadapi di sana. Mintak-mintak terselamat, InsyaAllah. But, I am scared, man!
Akhir kata, jika adalah MLM yang produknya halal, dan sistem perniagaannya dijalankan sesuai dengan syarie, dan tidak melanggar shafqatayn fi shafqah (dua akad dalam satu transaksi), serta mematuhi ketentuan setiap hukum syarak yang lain, maka sudah tentu ianya diperbolehkan. Masalahnya, ada syarikat MLM yang sedemikian tak?!
Figure it out yourself please... after all, your sin is yours, my sin is mine.
daripada : Aidid Mu'addib
No comments:
Post a Comment