And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, June 22, 2011

Memahami Realiti Semasa – Perhambaan Zaman Moden

Apabila kita melihat situasi semasa, antara perkara yang akan kita sedar, adalah kehilangan nilai wang di dalam poket kita.
Dari sehari ke sehari, pekerjaan yang kita perlu lakukan, terlalu banyak, tetapi gaji yang diberikan seolah-olah tidak mencukupi.
Duit kereta, rumah, bil air, telefon, elektrik, barangan rumah , minyak kereta, tambang bas, yuran sekolah anak, nak simpan untuk kahwin, hantaran…… senarainya tidak habis.
Yang mana, setiap satunya menyebabkan kantung perbendaharaan keluarga kita, sentiasa keluar.
Dan dari sehari ke sehari, harga barangan meningkat, tetapi gaji takat tu sahaja, jika ada peningkatan, ianya tidak berbaloi dengan harga yang kian melambung.
Di sini, saya ingin agar kita merenung sejenak, ke manakah hala tuju kita dalam kehidupan ini?
Apakah kerja kita hanya untuk menghabiskan bayar hutang dan menambah hutang sahaja?
Apabila berhutang, bukan sebulan dua boleh dilangsaikan, tetapi boleh jadi, 25 tahun!
—————————————————–
Saya, pada waktu tertentu, sangat suka mempelajari sejarah.
Ya, SEJARAH.
Semua jenis sejarah, asalkan ada kaitan dengan perjalanan sesuatu bangsa, benda atau apa sahaja, yang ada kaitan dengan masa, saya akan cuba membacanya.
Dan dari sejarah, saya mempelajari satu isi penting yang terkandung dari sejarah, yang mana dari kepelbagaian sejarah yang saya baca, ada satu titik penting yang membuka ruang kepada penyelesaian masalah yang ada hari ini, in sya allah.
Penjajah hadir pada negara kita, diceritakan secara terperinci, oleh buku-buku sejarah pendidikan negara kita, ada dua perkara yang perlu dihighlightkan kesan dari penjajahan yang tidak diceritakan oleh buku-buku pendidikan negara.
1 – Penjajah tidak akan keluar dari negara kita, selagimana mereka tidak berjaya membuatkan mereka yang akan mewarisi penjajahan mereka itu mengambil hukum atau undang-undang dari barat, berasaskan sekular, pengasingan agama dari pemerintahan.
Ini telahpun diguna pakai oleh semua negara yang pernah menjadi mangsa penjajahan. Sistem perundangan islam memang tidak akan dikembalikan kerana ianya memberikan kesan besar kepada sebab kedua kesan penjajahan.
2 – Mereka tidak akan keluar melainkan negara yang akan diberikan kemerdekaan itu mengguna pakai sistem duit kertas bukan sistem duit yang berasaskan emas dan perak.
Sisi kedua inilah yang menyebabkan sistem exploitasi dari negara-negara bekas penjajahan ini boleh terus diperkudakan bagi menjana kekayaan negara-negara penjajah dahulu.
Apabila kita melihat situasi negara dunia sekarang, majoriti negara-negara yang pernah dijajah, nilai matawang kertas mereka jauh lebih rendah berbanding duit negara penjajah, dengan kata lain, negara-negara barat.
Ini membolehkan mereka membayar sesuatu barangan pada harga berkali ganda lebih murah berbanding nilai sebenar jerih perit kepayahan seseorang.
Sebagai contoh, negara Indonesia, yang pada zaman sebelum krisis dahulu, nilai rupiah mereka berbanding 1 us dolar adalah sekitar 2 000 rupiah.
Tika ini, kebanyakan rakyat bawahan yang bekerja dengan kilang-kilang dari negara luar berpendapatan 10 000 rupiah satu hari atau bersamaan, 5 us dollar.
Ketika krisis menimpa negara mereka, nilai rupiah jatuh teruk.
Bagi setiap 10 000 rupiah, hanya memperoleh 1 USD.
Dengan kata lain, rakyatnya dibayar gaji semakin rendah oleh majikan-majikan mereka.
Majikan-majikan mereka dari negara-negara barat, beroleh keuntungan luar biasa di atas jerih perit kehidupan rakyat Indonesia mencari sesuap rezeki.
Ketika krisis menjelma, rakyat Indonesia menjadi miskin.
Krisis yang sama dirasai di Malaysia walau tidak seteruk di Indonesia.
Kemudian, kita ambil contoh lain bagaimana sistem pemanipulasian ini dijalankan.
Duit daun pisang zaman jepun – masih boleh guna lagikah sekarang?
Seseorang yang hidup pada sekitar 1960- 1970 , mereka rata-ratanya bergaji RM 300 sebulan.
Tika itu, harga 1 gram emas adalah sekitar RM 3 – RM 4. Dan jika kita kirakan, seseorang itu dibayar gaji 100 gram emas sebulan.
Dan kita cuba ambil contoh, pada zaman kita pada hari ini, gaji seorang guru , sekitar RM 2 000 sebulan.
Dengan harga emas sekarang, RM 145 satu gram, seseorang itu dibayar gaji hanya 13.8 gram emas sahaja sebulan.
Kalian nampak bagaimana sistem duit kertas ini memiskinkan kita?
Sistem duit kertas ini wujud bersamanya RIBA.
Dan RIBA ini , ianya menguntungkan satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi , mengalami kerugian.
Allah hanya menghalalkan jual beli (bisnes/trading/dagang) tetapi Allah mengharamkan riba. (rujuk surah lembu (2) ayat 275)
Pada hari ini, sistem duit kertas ini hidup bersamanya RIBA.
(kalian boleh rujuk pada artikel saya sebelum ini kaitan wang dan riba)
Sistem yang ada , ianya merompak kekayaan rakyat.
Rakyat dicengkam dengan soal ekonomi, kewangan.
Apabila seseorang itu disibukkan dengan hanya pada kewangan semata, maka perkara-perkara lain ianya tidak sempat untuk diselesaikan mahupun difikirkan.
Apabila nilai duit kertas semakin tahun semakin hilang nilai, manakala harga barangan semakin tahun semakin meningkat (dalam nilai duit kertas), maka rakyat dipaksa untuk terus bekerja dan terkadang membuat kerja lebih masa bagi menampung keperluan yang dahulunya cukup tanpa bekerja tambahan masa.
Apabila seseorang itu sudah terbelenggu dengan hutang rumah, kereta yang kebiasaannya 10-25 tahun, maka kerajaan yang ada ini dapat terus memastikan bahawa keperluan tenaga kerja mencukupi dalam tempoh tersebut, kerana rakyat tiada cara lain untuk mendapatkan duit melainkan terus bekerja.
Inilah yang disebut sebagai perhambaan !
Seseorang dibayar gaji tanpa cukup untuk keperluan dan tanggungannya.
Nabi dihantar ke dunia ini untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada hanya perhambaan kepada Allah semata-mata, inilah yang terkandung dalam kalimah la ilaha illallah. (tiada tuhan selain Allah)
Perhambaan zaman ini,sebahagian besar para alim kita, hampir tidak nampak, bahkan bersetuju dengan sistem yang ada, termasuk membuat bank yang diberi nama bank yang berjalan di atas prinsip riba yang diberi nama islam, yang lebih menekan dari bank konvesional.
Apakah tidak jelas lagi surah al-a’raf ayat 85 , antara sebab Allah membinasakan kaum Madyan yang sesuka hati menghilangkan nilai barangan manusia?
Seseorang yang masalah kewangan atau ekonomi keluarga atau ahli tanggungannya tidak dapat dijamin, maka hal ehwal lain akan tidak dapat ditumpukan.
Kerana itulah, apabila disebut perkataan dakwah, kita hampir tidak biasa dengannya, kerana kita akan mendengar perkataan ”sibuk”.
Sikap kemesraan sesama jiran, mengambil berat dan pelbagai lagi sikap  yang kini masih boleh dikekalkan oleh masyarakat luar bandar yang tidak banyak terkesan dengan sistem yang ada walau masih ada lagi di kalangan masyarakat bandar yang mempunyai nilai-nilai sedemikian, tetapi kurang.
Sekiranya kita mahu kembali kepada ”kebebasan” dari perhambaan sesama manusia kepada menjadi hamba hanya kepada Allah, kita perlu cuba larikan diri kita dari sistem RIBA yang ada pada hari ini.
Nabi pernah menyebut, akan tiba satu zaman, dimana semua orang akan berurusan dengan riba, walaupun hanya debu-debu riba.
Jika kita benar-benar mahu kembali kepada Allah, cubalah mencari komuniti yang mahu membentuk sistem dinar dan dirham, duit berasaskan emas dan perak serta makanan ruji.
Sistem barter yang kita pernah dididik bahwa ianya zaman kuno, tetapi sistem itulah yang membebaskan kita dari belenggu perhambaan zaman ini.
Jika merasakan sukar untuk tahu sistem ini, dua perkara rakyat perlu hapuskan bagi memudahkan perlaksanaan ini.
1 – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada hari ini kerana merekalah yang memerintah selama ini.
2 – Menghapuskan Bank Negara dan orang-orang yang mendokong sistem bank negara.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts