Jika ditanyakan kepada saya, apa guna sejarah dan apa ada pada sejarah?
Sejarah mempunyai kepentingan yang sangat besar, dengan sejarah ia membentuk jati diri.
Ambil sahaja contoh , jika seorang anak mempunyai seorang ayah yang kaya raya dan mempunyai nama yang hebat di mata masyarakat, maka si anak akan merasa bangga dan terikut-ikut dengan nama yang dibawa ayahnya.
Dan bandingkan pula seorang anak kecil yang tidak diketahui siapa ayahnya, apakah yang mahu dibanggakannya?
Persoalan yang saya mahu timbulkan bukanlah persoalan kebanggaan, tetapi persoalan bagaimana pembentukan jiwa dari sejarah, ini baru sejarah dari satu keturunan iaitu dari seorang ayah, bagaimana jika sejarah yang kita katakan adalah sejarah nenek moyang kita?
Apakah kita dengan mudah akan jatuh jika kita diberitakan bahawa sejarah nenek moyang kita adalah sejarah yang hebat, pahlawan yang berani, pelayar yang hebat sehingga bangsa-bangsa dunia berkejar-kejar mendapatkan khidmat dari bangsa kita untuk membina kapal?
Penjajahan Tanah Melayu Seluruhnya – Suatu Penipuan
Kita diajar di sekolah-sekolah, bahawa negara kita dijajah sekitar lebih 400 tahun, suatu tempoh yang sangat panjang.
Tahukah kalian, bahawa yang jatuh ke tangan Portugis dan Belanda , hanyalah tanah sekecil Melaka sekarang ini?
Apakah yang terjadi di Johor? Pahang? Kedah? Perak? Selangor ketika itu?
Semua tanah-tanah ini tidak dijajah!
Tetapi kita diberitakan bahawa kita dijajah.
Mari kita selidiki dari peta-peta, gambar yang menceritakan banyak perkara.
Apa yang kita diberitakan dari buku-buku teks sejarah negara kita :
- Kejatuhan Melaka pada Portugis 1511
Kita diberitakan tentang penjajahan negara-negara barat terhadap kita, kita diceritakan tentang kekalahan-kekalahan yang dialami.
Satu demi satu, yang secara halusnya, ia juga sedikit demi sedikit menjatuhkan perasaan seronok kita untuk mempelajari sejarah.
Apa guna belajar sejarah jika yang diketahui adalah sesuatu yang menurunkan sebuah harga diri?
Perasaan inilah yang membunuh ramai jiwa tentang realiti bangsa Muslim di Nusantara, terutama di Semenanjung Tanah Melayu. Ramai dari kita tidak terasa bahawa kita antara rumpun bangsa yang hebat.
Mari kita lihat dua buah peta lain yang menceritakan apa yang ada pada negeri-negeri selain dari Melaka yang jatuh pada Portugis ini.
ORTELIUS MELAKAR PETA INI DALAM TAHUN 1603. Negara China turut dimasukkan kerana Maharaja Ming dan kemudiannya Manchu beragama Islam. Mereka menguasai India yang diperintah oleh Monggol India yang beragama Islam. Ini lah yang dimaksudkan BENUA Islam Siam Nagara Kedah.Bila Bermulanya Kita Dijajah?
Perhatikan warna-warna kuning tersebut, ianya adalah suatu kawasan takhluk, atau dengan kata lain, kuasa kerajaan Islam di waktu itu meliputi kawasan-kawasan berwarna kuning.
Bandingkan pula satu lagi peta ini.
“Empire of the Great Monggol”, Peta tahun 1744 ini menunjukkan kebesaran Kerajaan Islam Monggol di India dan sebahagian Kerajaan Benua Islam Siam Nagara Kedah termasuk Toung Oo, Siam, Langkasuka, Acheh dan sebahagian Melaka. Sebab itulah dalam mengkaji sejarah bangsa melayu perlu skop yang lebih besar dan tidak fokus kepada jajahan Malaysia hari ini sahaja. Kerajaan Siam Islam bercantum dengan Kerajaan Monggol India apabila Zahiruddin Babur Syah berkahwin dengan Mahin Inta Tiral@Tunku Nur Aisyah ibni Sultan Rijaluddin Mohammad Johan Syah (Parameswara Melaka), dalam tahun 1530.
Peta ini menunjukkan BUKTI jajahan Benua Siam Islam di bawah EMPAYAR OF THE GREAT MONGGOL sekitar tahun 1744. SEBELUM ditawan oleh Suku thai yang diketuai oleh Alaungpaya dalam tahun 1767.Terdahulu peta Otelius, tahun 1603 (lihat atas) menunjukkan ia dibawah kekuasaan Maharaja China. Penduduk di Utara semenanjong yang lahir di Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan tidak memerlukan paspot untuk memasuki Thailand.
Sebenarnya, banyak lagi bukti-bukti yang menunjukkan bahawa semenanjung Malaysia sekarang ini merdeka dari pengaruh orang luar ( dengan maksud – orang-orang barat ) dari bermula peradaban sehinggalah kepada kedatangan British.
Kita hanya dijajah oleh tiga kuasa sahaja :
British – 1874 – 1946
Jepun – 1941 – 1945
Bintang Tiga Komunis – dua minggu ( transisi jepun keluar dari Malaysia sehingga kedatangan semula British)Entri kali ini bukanlah mahu mencetus kekeliruan, bahkan suatu pembaikan sejarah walau saya bukan ahli di dalam bidang ini, tetapi pembacaan dan kajian yang dibuat, tidak memungkin saya untuk terus berdiam diri.
Suatu kelicikan pemerintah sekarang untuk terus menundukkan rakyat dan memperbodohkan rakyat jika masih lagi terus berdiam diri tentang sejarah bangsa ini.
Menipu sejarah bangsa nenek moyang bererti menjatuhkan nilai harga dan jati diri bangsa, apabila sesuatu bangsa kehilangan nilai jati diri, mudahlah untuk dikawal minda mereka.
Pengawalan erti sejarah sebenar inilah yang menyebabkan saban tahun kita melihat kemusnahan sedikit demi sedikit terhadap anak bangsa di dalam negara.
Perlu bertindak segera jika tidak mahu kemusnahan lebih terus berlaku
No comments:
Post a Comment