KUANTAN - Orang ramai yang berkunjung ke program Sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan di Padang MPK 2 dekat sini, kecewa dengan "Pesta Saman Parking" yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Selama ini, memang sudah banyak rungutan yang diterima daripada penduduk bandar ini berkenaan tindakan "mendera rakyat" atas nama "undang-undang" yang dilakukan oleh pihak terbabit. Banyak laporan yang diterima berkenaan kes yang melibatkan "saman menyaman parking" ini. Malah, terdapat juga kejadian dimana orang awam telah "menumbuk" Pegawai Penguatkuasa MPK gara-gara sikap tidak bertimbang rasa mereka tentang isu saman parking ini. Sangkaan kami, peristiwa ini tidak akan berlaku terutamanya disaat "Hari Peristiwa" diadakan di Kuantan. Namun, ternyata ia meleset sama sekali. Malah, pihak MPK dikatakan telah mengandakan "operasi saman menyaman" ini ketika hari tersebut. Maklumlah, pada hari itu rakyat dari pelusuk negeri dan negara akan berbondong-bondong hadir ke acara seperti itu. Agak menghairankan, kerana kehadiran ramai pengunjung ke program itu telah dihadiahkan dengan "resit saman parking" pihak terbabit. Ini amatlah tidak adil buat rakyat dan ternyata Majlis Perbandaran Kuantan tidak peka dengan keperihatinan rakyat sebenarnya. Tambah malang lagi, operasi tersebut turut diadakan sehingga lewat malam."Kami hadir untuk memberi sokongan kepada sambutan Hari Pengguna peringkat kebangsaan yang diadakan di sini, namun kami tidak sangka tiba-tiba dihadiahkan surat saman parking oleh pihak MPK. Walhal, kami terpaksa meletakkan motorsikal kami dimerata tempat akibat kekurangan kawasan parking yang disediakan serta kehadiran ramai orang ke sini. Bayangkan kami terpaksa membayar kompuan RM20 semata-mata kesalahan terbabit, sedangkan kenderaan kami langsung tidak menghalang lalu lintas dan diletakkan secara teratur di hadapan sebuah restoran mamak" luah beberapa orang pengunjung yang kecewa dengan tindakan itu. Krew kami sempat meninjau dan mengambil beberapa keping gambar di lokasi terbabit. Ternyata, sikap dua orang pegawai Penguatkuasa MPK bersama ketua mereka amatlah mengecewakan. Dengan berpakaian seragam MPK, mereka langsung tidak prihatin dengan masalah rakyat dan sanggup mengeluarkan saman parking kepada deretan motorsikal yang diletakkan secara teratur di situ. Ketika ditanya, ketua penguatkuasa terbabit menjawab "kami melaksanakan undang-undang, jika tidak puas hati sila berhubung dengan Yang Dipertua MPK !!" katanya dengan nada keras. Teguran krew kami langsung tidak diendahkan, malah mereka itu terus dengan "rakus" mengeluarkan saman parking terhadap deretan motorsikal berkenaan. Sedangkan kenderaan terbabit diletakkan dengan teratur dan langsung tidak menghalang lalu lintas di kawasan terbabit sebenarnya. Inilah yang dipertikaikan, sikap bertimbang rasa langsung tidak wujud di kalangan mereka. Sedangkan mereka sendiri tahu bahawa kehadiran ribuan rakyat sempenan Hari Pengguna Kebangsaan, menyebabkan kekurangan kawasan meletak kenderaan. Maka sepatutnya hari tersebut diberikan keizinan kepada orang ramai meletakkan kenderaan mereka dikawasan yang didapati selamat, dengan syarat ia tidak menghalang lalu lintas.

Zalim, dua orang peguatkuasa MPK sedang berpesta saman parking
sambil disaksikan dengan bangga dan gembiranya oleh ketua mereka

Tersusun, motorsikal yang diletakkan teratur ini pun mahu disaman,
ternyata penguatkuasa MPK gagal bezakan "kuasa" dan "timbang rasa"

Memalukan,biarpun jam sudah menunjukkan hampir 9.20malam
namun operasi pesta saman itu tetap diteruskan tanpa belas kasihan
ps ; aku la org pertama yg lawan mpk dengan ganasnya sampai org pertama dlm kuantan kereta kena tarik oleh MPK, sampai masuk paper cina...tajuk pemandu degil, 12 pegawai yg memerhati sewaktu menarik tetapi diorg tahu ka kisah sebenarnya sampai aku melawan sebegitu... bagi aku la, kalau la pengarah MPK nie tak ditukar dngan segera, UMNO anda tunggu la PRU akan datang apa jadi kepada pahang...diorg nie sama jer ngan YAHUDI punya bisnis....dah la HARAM, ada sistem RIBA

No comments:
Post a Comment