And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, April 20, 2011

Penduduk kuantan bantah, Lynas hasilkan 20,000 tan sisa radioaktif



KUALA LUMPUR: Ramai penduduk tempatan menentang syarikat perlombongan Lynas, daripada membina loji nadir bumi di Gebeng Kuantan, dan jumlahnya semakin membesar untuk bergabung tenaga bagi membantah projek itu.

Portal dalam talian Malaysiakini hari ini memaparkan ketakutan dan perasaan marah penduduk di kawasan sekitar tempat pembinaan loji berkenaan apabila ramai penduduk tempatan tidak yakin dan setengah daripadanya menolak terus projek tersebut.

Salah seorangnya Pekerja pelabuhan Kuantan, Saufi Harun, 43, yang tinggal di taman perumahan Balok Makmur, hanya 3 kilometer dari tapak projek berkenaan.

“Saya telah diberitahu ia dibawa sejauh 2,500km dari Australia. Kenapa tak dibuat di sana saja? Dan kemudian kami dengar rakyat Australia pun tak mahu sisa tersebut. Ada yang tak kena,” ujarnya.

Saufi, bapa kepada enam orang anak pula mendakwa terdapat tidak kurang 10,000 orang yang tinggal dalam lingkungan 5 kilometer dari loji Lynas.

Beliau juga memberitahu pernah mendengar keluhan penduduk Bukit Merah bercerita mengenai penderitaan yang dialami mereka akibat kesan radioaktif dari kilang Asian Rare Asia.

“Bila anda sebut ‘radioaktif’, penduduk jadi takut. Kami bimbang (keselamatan) generasi akan datang,” katanya.

Abdul Majid Ishak, seorang kakitangan TNB, dari Makmur Perdana pula, percaya kehadiran loji tersebut tidak membawa sebarang kebaikan kepada penduduk Kuantan dan sekitarnya.

Dia mendakwa sejak tersebarnya berita yang syarikat tersebut akan meneruskan juga pembinaan lojinya di situ, jualan rumah di sekitar kawasan tempat tinggal nya jatuh menjunam.

Lynas sebelum ini telah melabur sekitar RM700 juta untuk membina loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp), dan kini sedang menjalankan projek itu yang dijangka siap pada September.

Syarikat itu kononnya memberi jaminan bahawa operasi loji tersebut tidak akan mengeluarkan radiasi, dan berbeza dengan loji Asia Rare Asia yang ditutup di Bukit Merah, Perak, pada 1992.

Bagaimanapun, menurut pakar kesihatan awam, Dr T Jayabalan, projek memproses nadir bumi itu tetap akan menjejaskan kesihatan orang ramai apabila ia menghasilkan sekurang-kurangnya 20,000 tan sisa radioaktif setahun setelah beroperasi kelak.

“Walaupun Lynas dan Badan Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tahap radiasi lebih rendah, tetapi ianya akan berbahaya apabila terkumpul dengan jumlah yang lebih banyk.

“Mungkin AELB dan Lynas adalah betul, bahawa nadir bumi bukan radioaktif kerana ia telah disingkirkan. Apa yang mereka akan berikan kepada kita di Gebeng adalah sisa radioaktif yang dinamakan thorium,” kata Jayabalan.

Beliau juga menegaskan bahawa pelbagai istilah akan digunakan oleh industri bagi mengelirukan rakyat walaupun sedar akan bahaya radioaktif.

“Sisa radioaktif yang terhasil itu akan membawa nahas alam sekitar dan kesihatan kerana tahap radioaktif yang terhasil akan memberi kesan buruk,” ujarnya.


Satu kumpulan Facebook merancang untuk menjemput 1,000 ibu berhimpun di pantai Teluk Cempaka di Kuantan semasa sambutan Hari Ibu, untuk membantah projek nadir bumi Lynas di zon industri Geben.

azlanAcara itu dianjurkan oleh kumpulan Facebook 1M rakyat Malaysia
Tolak Projek Menara 100 tingkat, dari jam 6 petang hingga 9 malam 8 Mei.

Dalam satu kenyataan, kumpulan tersebut mendakwa loji nadir bumi akan mengakibatkan para ibu melahirkan bayi cacat.

“Bolehkah anda bayangkan penderitaannya bila cahayamata yang dinanti-nantikan oleh keluarga, dilahirkan terencat akal dan cacat anggota?

"Bolehkah anda bayangkan penderitaan jika seorang ibu terpaksa membuat keputusan sama ada hendak menggugurkan kandungan atau tidak?

“Mari kita perlihatkan keazaman penduduk Kuantan dan rakyat Malaysia membantah loji nadir bumi Lynas,” tegas kumpulan itu.

Para peserta diminta menghadiri acara tersebut bersama anggota keluarga masing-masing dan membawa sekuntum bunga teluki (carnation).

Syarikat perlombongan Australia Lynas sedang membina loji Lamp di Gebeng, yang terletak 25km di timur laut Kuantan.


Kebimbangan radiasi menular di Gebeng

Pekan industri Gebeng berhampiran Kuantan bakal menyaksikan pusat pemprosesan tanah jarang (rare earth) yang paling besar di dunia, menurut laporan akhbar harian Amerika, the New York Times (NYT).

NONEMenurut beberapa pakar yang dipetik dalam laporan itu, kebimbangan mula timbul berhubung sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek itu beroperasi.

Pusat penapiasan bernilai RM700 juta itu sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp. Mereka akan menghantar tanah jarang yang dilombong di barat negara itu di Mount Weld dengan kapal.

Ini adalah percubaan kedua Malaysia dalam penapisan tanah jarang, kali pertama menimbulkan kontroversi dan bantahan apabila ia cuba didirikan di Bukit Merah, Perak pada sekitar 1980an.

NONENYT memetik pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia, Raja Abdul Aziz Raja Adnan sebagai berkata kelulusan diberikan kepada projek Lynas selepas melalui penilaian oleh pelbagai agensi kerajaan.

Katanya, bijih yang diimport dan sisa tanah itu akan mempunyai tahap radiasi yang rendah dan mampu dikendalikan dengan selamat.

“Kami telah mempunyai pengalaman dan tiada sesiapa yang akan diberikan sebarang kebebasan,” kata Raja Adnan yang merujuk kepada Bukit Merah.

NONENamun bagi seorang pengamal perubatan dan ahli toksilogi, Dr Jayabalan A Thambyappa, yang pernah merawat beberapa pesakit di Bukit Merah, beliau kurang yakin dengan kenyataan itu.

“Perkataan 'rendah' adalah semata-mata persepsi - ia adalah karsinogen,” katanya kepada NYT.

Di sebalik kebimbangan itu, kerajaan Malaysia cukup cenderung agar pusat pemprsosesan Lynas itu dibina dan telah menawarkan taraf p Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts