And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, April 30, 2011

SAKIT ITU SATU NIKMAT

Orang yang beriman, apabila ditimpa sesuatu musibah atau penyakit, dia akan tetap bersyukur dan semakin akrab dengan Allah. Kerana dia tahu, sakitnya itu boleh menghapus dosa-dosanya yang lalu. Dia sentiasa berbaik sangka dengan Allah.
Sekiranya iman seseorang itu kuat, maka cubaan dan ujian yang menimpanya juga berat.
Daripada Anas Bin Malik r.a.,bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya balasan pahala yang besar diperoleh melalui ujian yang besar. Kalau Allah mencintai seseorang, pasti Allah akan memberikan ujian kepadanya. Sesiapa yang reda menerima ujian Allah, maka baginya keredaan-Nya. Dan sesiapa yang marah atau kecewa, nescaya ia akan mendapat kemurkaan-Nya.”
Seseorang hamba akan mendapat ujian dan cubaan sesuai dengan kadar iman yang bertahta di hati dan jiwanya untuk Allah.
Suatu hati, Rasulullah s.a.w. datang menemui Ummu Saib. Baginda bertanya : “kenapa engkau menggigil seperti itu wahai Ummu Saib?”
Wanita itu menjawab : “Demam, Allah tidak memberkati padanya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda : “Jangan engkau mengutuk penyakit demam kerana penyakit itu boleh menghapuskan dosa-dosa anak-anak Adam… (Riwayat Muslim)


Bersyukurlah andai kita ditimpa musibah atau ditimpa penyakit walaupun hanya sekadar demam. Kerana melalui musibah-musibah itu, ada pengampunan dosa. Yakin dan percayalah pada Allah.
Imam Ibn Abi al-Dunya menceritakan : “ Sesungguhnya para ulama’ dahulu mengharapkan ditimpa demam satu malam agar diampunkan dosa-dosa mereka yang lampau.”
Bergembiralah dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris senyuman walaupun berdepan dengan tekanan..
Senangkanlah hatimu dengan jaminan janji-Nya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan kemanisan iman.. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts