Sekadar sedikit ilmu yang hendak dikongsi bersama.
Seperti yang kita tahu, memotong kuku adalah sunnah nabi.
Dan sesiapa yang memotong kuku pada hari-hari tertentu akan memperoleh khasiat dan pahala terutamanya pada hari jumaat. Tetapi bagaimanakah cara memotong kuku yang betul mengikut sunnah nabi?
Memotong Kuku Mengikut Turutan Yang Betul
Sebenarnya memotong kuku juga ada turutannya. Ianya dimulai pada anggota sebelah kanan hinggalah ke anggota sebelah kiri. Sekiranya hendak memotong kuku jari tangan, ianya dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan sehingga ke jari kelingking. Kemudian dari jari kelingking tangan kiri sehingga ke ibu jari. Dan akhir sekali adalah jari ibu kanan. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)
Sebegitu juga dengan jari kaki. Ianya haruslah dipotong mengikut turutannya. Bermula dari jari kelingking sebelah kanan bergerak ke jari kelingking kaki sebelah kiri berturut-turut. (Sila rujuk gambar diatas untuk mudah memahami.)
Hari Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Memotong Kuku
Selain daripada memotong kuku mengikut turutan, memotong kuku mengikut hari-hari juga mempunyai maksud-maksud tertentu. Sama-sama kita membaca yang selebihnya ini.
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-
Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Dengan kata lain, hari yang elok memotong kuku adalah hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
Sekian saja entri kali ini. Sekadar untuk berkongsi bersama. Manalah tahu ada yang terlupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sebenarnya aku sendiri sudah lupa cara memotong kuku mengikut sunnah nabi ini. Sesuka hati je potong sebelum nie. Baru hari ini tergerak kembali nak potong kembali dengan cara yang betul.
Tapi kalo nak diikutkan, nak potong cara biasa pon boleh sebenarnya. Cuma rugilah sebab tak dapat pahala. Jadi alang-alang potong, biarlah dapat bonus sekali. Hehe..
OKlah. Semoga kita semua dapat manfaat daripada entri ini. Segala yang buruk datang dari aku. Segala yang baik dari Allah S.W.T. Amin.
Dari Anas bin Malik bermaksud:
Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.
(Riwayat Muslim).
Menurut Imam Shafie:
Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:
Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.
(Riwayat Ahmad).
No comments:
Post a Comment