And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, May 6, 2011

10 Berlian Termahal Di Dunia


The Allnatt-Value:$3 Million
Moussaieff-Value:$7 Million
The Heart of Eternity-Value:$16 Million 
Wittelsbach-Value:$16.4 Million
The Steinmetz Pink-Value:$25 Million
De Beers Centenary-Value:$100 Million
The Hope-Value:$350 Million
Cullinan-Value:$400 Million
The Koh-I-Noor-value:Unestimated
The Sancy-Value:Unestimated
Best Blogger Tips

Amalan Sunat Menutup Kekurangan Ibadat Fardu


Ibadat solat penentu keimanan seseorang dan sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan orang itu gugur keimanannya. Solat juga memisahkan antara seseorang dengan kesyirikan dan kekufuran.
Menjaga solat supaya diterima oleh Allah penting dan bagi tujuan itu, solat yang sempurna serta tidak ada cacat kurangnya menjadi keutamaan. Walau bagaimanapun, sebagai makhluk yang lemah, kita sentiasa terdedah dengan godaan syaitan.
Disebabkan itu, ada masanya solat kita tidak sebaik dan sesempurna seperti diharapkan. Semuanya itu mencacatkan solat fardu yang dikerjakan dan sekali gus mengurangkan pahala. Namun, ada peluang untuk menampung kecacatan solat fardu dengan amalan solat sunat. Solat sunat dapat membantu menutupi segala kekurangan mungkin wujud semasa mengerjakan solat fardu.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya amalan manusia yang mula-mula dihisab pada hari kiamat ialah solat mereka. Tuhan berfirman kepada para malaikat-Nya padahal Dia lebih mengetahui: Periksalah solat hamba-Ku! Sempurna atau kurang? Jika solatnya sempurna catatkanlah sebagai sempurna, dan jika terdapat sesuatu kekurangan; Tuhan berfirman pula: Periksalah adakah hamba-Ku mempunyai amalan solat sunat? Jika dia mempunyai amalan solat sunat; lalu Tuhan berfirman: Sempurnakanlah solat fardu hamba-Ku dengan solat sunatnya. Kemudian diperhitungkan amalan itu dengan cara demikian.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Selain orang yang mengerjakan solat sunat dapat menutupi segala kekurangan solat fardu, solat sunat juga menjadikan pelakunya ahli syurga.
Rabi’ah bin Malik al-Aslami berkata: “Aku pernah bermalam di rumah Rasulullah SAW. Ketika Baginda bangun, aku mengambil air wuduk untuk Baginda dan melayani apa yang Baginda perlukan. Selanjutnya Baginda bersabda kepadaku: Mintalah! Aku menjawab: Aku meminta supaya jika aku dapat menemani engkau di syurga kelak. Baginda bertanya: Adakah permintaan selain dari itu? Aku menjawab: Cukup itu saja. Baginda lalu bersabda yang maksudnya: Bantulah aku bagi mencapai permintaanmu itu dengan memperbanyakkan sujud (solat sunat).” (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasa’i)
Sesungguhnya amalan mengerjakan solat sunat banyak manfaatnya. Mereka yang melakukannya akan dicintai Allah SWT dan Dia akan meninggikan hamba-Nya itu satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan (dosa).
Ulama dan penulis terkenal Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni dalam bukunya Pesanan Untuk Orang Berdosa ada mencatatkan: “Ingatlah bahawa saranan atau jalan paling efektif untuk memelihara iman adalah ibadah sunat. Ingatlah bahawa tanda kebenaran seorang mukmin tersembunyi dalam ibadah sunatnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya banyak bersujud, melaksanakan ibadah sunat dan membaca al-Quran adalah langkah untuk mempertahankan iman.”
Best Blogger Tips

9 Waktu Mustajab Nasihati Anak dan Ayat Al-Quran Yang Digalakkan


Sembilan waktu mustajab untuk ibu bapa nasihat anak walaupun hanya untuk seminit :
  1. Sebelum anak tidur.
  2. Ketika anak sedang tidur (bisikkan di telinga).
  3. Selepas anak bangun tidur.
  4. Selepas anak mandi.
  5. Selepas anak solat.
  6. Selepas anak membaca al-Quran.
  7. Selepas anak berdoa.
  8. Selepas anak beriadah.
  9. Ketika emosi anak terangsang (contohnya selepas memarahi anak).
Ayat al-Quran yang digalakkan untuk diamalkan :
  • Surah al-Baqarah (apabila dibaca pada satu malam, selama tiga malam syaitan tidak masuk ke dalam rumah).
  • Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan). Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang beramal salih, daripada lelaki atau wanita, sedangkan dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”
  • Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah). Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
Best Blogger Tips

Bersumpah.


Dari Abdullah ra, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja”. (al-Bukhari)
Ucapan seharian seorang muslim itu hendaklah senantiasa dikembalikan kepada Allah seperti; mengawal pekerjaan yang baik dengan Bismillah (dengan nama Allah); mengakhiri pekerjaan dengan membaca Alhamdulillah (segala puji kepada Allah); berjanji dengan ucapan InsyaAllah (jika Allah menghendaki) dan bersumpah dengan hanya menggunakan nama Allah seperti wallahi, wabillahi atau watallahi yang bermaksud (demi Allah).
Sumpah yang sah ertinya sesuai dengan ketentuan syarak iaitu dengan menyebut nama Allah dan dibuat dalam keadaan sedar. Orang yang melanggar sumpah yang sah, baik secara sengaja atau tidak, wajib menebusnya dengan membayar kifarah yang secara terminologinya (istilah), maksudnya adalah denda yang harus dibayar ketika seseorang melakukan salah satu dari lima perkara berikut iaitu:
  1. Membunuh.
  2. Zihar, iaitu menyamakan isteri dengan ibunya.
  3. Bersetubuh di siang hari dalam bulan Ramadhan.
  4. Sengaja berbuka puasa tanpa alasan yang diharuskan syarak.
  5. Melanggar sumpah.
Rasulullah SAW melarang keras perbuatan terlalu banyak bersumpah terutamanya di dalam hal jual beli sebagaimana sabda Baginda yang maksudnya: “Banyak bersumpah (dalam jual beli) menjadikan barang dagangan laris, namun menghilangkan berkah”. (Bukhari dan Muslim).
Best Blogger Tips

Datuk T Kecut Kerana Takut Dirotan, Sebab Itu Eskay Buat Penafian Pernah Tuduh Anwar



Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Oleh Wira Arjuna


"Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minal syaitanirrajim, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."



Demikian lafaz sumpah Eskay. Allah jadi saksi. Wartawan pun jadi saksi. Editor akhbar dan televisyen pun menyaksikan. Maka, termasuk juga semua pembaca akhbar, blog dan penonton televisyen menyaksikan bahawasanya Eskay bersumpah bahawa pelaku adegan video lucah memaparkan orang berzina itu adalah Anwar Ibrahim.

Lafaznya jelas dan maksud yang terkandung dalam lafaz itu pun terang. Eskay mengisytiharkan Anwar Ibrahim adalah pelaku/penzina dalam video berkenaan.

Bagaimanapun Rabu lalu (4 Mei 2011) Eskay memberitahu sidang media di luar pejabat polis Kepong:

“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya,”
kata Eskay.

Sebaliknya dalam penafiannya itu, Eskay meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu (yang membawa makna Anwar berzina), di bahu wartawan.

Eskay berkata, beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa Seri Negara pada 21 Mac lalu kerana mahu mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar atau bukan.

“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar. Itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada para pemberita.

Yang jelas kenyataan media itu bercanggah dengan sumpah laknat yang dilafazkannya di masjid Amru Al-As, Sentul.

Yang menjadi persoalan, mengapa Eskay kali ini berusaha menafikan pernah membuat tuduhan Anwar berzina? Adakah beliau bermaksud mengatakan bahawa beliau tidak faham kandungan lafaz sumpahnya kerana penguasaan bahasa Melayunya lemah?

Atau, beliau memang tidak faham lafaz sumpah itu kerana sebenarnya teks sumpah berkenaan bukan beliau tulis sendiri?

Atau, mungkinkah Eskay ada maksud lain yang hendak beliau sampaikan melalui majlis sumpah itu? Mungkinkah Eskay terpengaruh dengan taktik yang pernah digunakan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menafikan beliau pernah menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terbabit dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shariibu?

Namun seperkara perlu diingat kes Raja Petra dengan kes Eskay ini amat jauh bezanya. Raja Petra membuat perakuan bersumpah bahawa perdana menteri dan isterinya terbabit dalam kes pembunuhan ngeri itu berpaksikan maklumat yang diberikan oleh suatu sumber yang pada anggapannya sahih di sisi undang-undang negara. Justeru itu beliau mahu dakwaan sumber itu disiasat.

Sebaliknya dalam lafaz sumpahnya Eskay mendakwa beliau berada di tempat perzinaan itu berlaku. Meskipun memberi alasan menayangkan video zina itu kepada wartawan terpilih kerana mahu mereka (wartawan) membuat pengecaman siapa pezina itu atas kepercayaan mereka (wartawan) lebih mengenali Anwar kerana sering mewawancara beliau, Eskay dengan jelas menyebut pelaku itu adalah Anwar. Lafaz itu dibuat di rumah Allah dengan menyebut nama Allah.

Paling nyata ialah, Raja Petra membuat perakuan bersumpah mengikut undang-undang buatan manusia. Namun Eskay melafazkan tuduhan menurut peraturan agama Islam.

Meskipun sebelum itu beliau diberi nasihat di masjid yang sama bahawa sumpah laknat ini tidak sesuai dilafazkan dalam usahanya untuk membuktikan “kerendahan moral” Anwar, Eskay dengan yakin dan diapit oleh regu Datuk T – Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim - melakukannya juga.

Mungkinkah setelah lafaz sumpah laknat itu baru Eskay sedar sebilangan besar ulama di negara ini berfatwa penuduh orang lain berzina tetapi gagal mengemukakan empat saksi perbuatan dosa besar itu mesti dirotan 80 kali seperti yang diwajibkan Allah dalam al-Quran.

Mungkinkah Eskay dan regu Datuk T kemudiannya baru juga insaf tindakan bersumpah itu sebenarnya adalah satu strategi yang salah. Tindakan beliau sebenarnya meletakkan seluruh wibawa keIslaman kerajaan Umno-BN menjadi bahan senda gurau kerana gagal melaksanakan hukum Allah?

Regu Datuk T tidak ada empat saksi yang melihat perlakuan zina itu. Mufti dan ulama berhukum bahawa bahan mati seperti video tidak boleh menggantikan ketetapan Allah.


Pembuktian tuduhan zina mesti ada empat saksi yang tidak tercemar peribadi mereka. Lantas kesudahan kerja dan tuduhan Eskay dan rakan-rakannya ialah, mereka wajib dirotan 80 kali.

Adakah Eskay, Rahim, dan Shuib takut kena rotan? Atau, mereka lebih takut “dirotan” oleh parti junjungan mereka, Umno, yang diaibkan oleh perbuatan mereka itu?

Maka, mungkinkah kerana itu Eskay perlu menarik balik sumpahnya dengan mengatakan tidak pernah menuduh Anwar berzina?

Siapa pelaku seks dalam video itu belum dapat dipastikan. Namun apa yang sudah pasti ialah, siapa yang merakam, menayangkan dan bersumpah dengan nama Allah akan butir video itu sudah diketahui umum.

Umum juga sudah tahu apakah hukuman yang perlu dikenakan terhadap pihak yang sewenang-wenangnya menuduh orang lain berzina. Regu Datuk T memilih untuk menuntut keadilan dan membuktikan kebenaran tuduhan mereka di dalam mahkamah Allah. Hukum Allah jelas dan tegas.

Apa yang dinantikan khalayak umum di negara ini hari ini (tidak kira penganut Islam atau bukan) adalah, apakah kerajaan yang diterajui oleh Umno hari ini tegas melaksanakan hukum Allah?

Atau, adakah sama seperti Eskay dan Regu Datuk T nya, Umno juga akan cuba lari dari tanggungjawab dan peluang menegakkan syariat Allah di bumi Malaysia ini?

Bagi pemerhati politik, apakah kegagalan Umno melaksanakan perintah Allah ini tidak akan menjejaskan lamarannya kepada PAS untuk sama-sama memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam di negara ini?
Best Blogger Tips

Bagaimana nak kawal marah?


 
aku.marah.bengang. aku selalu nak marah.aku x tau. maybe aku berdarah cancer.maybe aku bertangan kidal.tp kenapa aku marah?sebab aku bengang.aku bengang sebab tu aku marah.tapi aku xsuka marah2.jadi aku cuba beberapa cara untuk kurangkan amarah yang membakar. marah itu api syaitan. sila baca : 


  1. tidur. cara ini berkesan bila kita marah dalam keadaan mengantuk. kalu x ngantuk, buat sakit mata je ko nak pejam2 sampai tido. tapi setakat pejam2 mata pon boleh juga. karang dengar lagu lullaby pon boleh tido..hehe
  2. baring. kalu marah sila baring gerenti anda akan down and cool all the way to your ass. sila baring jika marah. ini terbukti. jika baring, anda akan rasa tenang, relaks dan aman. ini akan mengurangkan kemarahan dalam hati anda. namun awas jika anda sedang marah diatas jalan, tolong jangan baring di atas jalan. silap2 anda akan jalan terus.
  3. bernafas dalam - dalam.  jika marah, tarik nafas dalam2. ya, tarik melalui hidung, hembus keluar melalui mulut. itu teknik bernafas yang betol. tarik perlahan2, tahan seketika lalu ucap selawat keatas Nabi S.A.W sekali dalam hati, kemudian hembus perlahan2. terbukti.sila cuba ok,jangan tahan nafas lama2 kalu tidak sayonara.
  4. istighfar. ambil wuduk dahulu, kemudian beristighfar, berzikir, bermunajat kepada Allah. memang akan membantu anda lebih tenang. Dari Allah kita datang, kepada Allah kita pergi.
  5. mandi. fikir secara logik. anda mandi, apa anda rasa selepas mandi? tenang. bersih. aman. selesa. jadi jika anda tengah marah di rumah, sila mandi secepat mungkin. jika anda tengah marah di pejabat, sila tunggu waktu tamat kerja, balik rumah, mandi sebab badan pon da berhapak2 dengan curahan peluh anda.
  6. berhenti.  jika anda sedang marah, berhenti. ya, berhenti bercakap, berhenti membuat kerja, berhenti membuat sebarang keputusan. hentikan segalanya dan tunggu hingga kemarahan anda reda. ingat, kesilapan besar adalah membuat keputusan/percakapan/tindakan dalam keadaan marah.
Best Blogger Tips

Ko penah kena tindih mase tido?




korang pernah kena tindih mase tido?
pernah?
macam mane rasenye?
macam kena tindih?
macam kena duduk kan?
macam ado batu bosa yg tongah  baik punyo dudok atas kome sume mase tido?
berpeluh2, complete paralyses,raso nak terberok?
some guy said this is nonsense while others believe it and surely there is an logical explanation for the phenomenon.
sure there is and you just have to type it at google san. you'll find alot of it. have time to read.
correct term for this is sleep paralysis.
some said macam2 sebab yg menyumbang kearah fenomena ini. most of them clinically researched and all based to logically.
well, if it is logical for you, its for you la kan..
but others?
 
ps ; sebenarnya kejadian nie kalau ikut sains, kita sebenarnya masih tidur tetapi otak dan mata tersedar dari tidur....aik!!! macam mana tu...kompius2...itu psl bila kita nak gerakkan badan tak boleh kerana badan kita masih tidur... =="
Best Blogger Tips

13 Jenis Sistem Identifikasi Yang Membedakan Antar Manusia

Setiap orang yang dilahirkan ke dunia tentu memiliki keunikan, tak ada yang sama antara satu dan yang lain. Setiap orang memiliki ciri atau atribut yang unik. Meski terlahir kembar, mereka tetap memiliki perbedaan.

Berdasar kenyataan itu, dibangunlah suatu sistem yang menggunakan ciri atau sifat identik manusia, yakni sistem biometrika. Jadi tubuh seseorang juga merupakan password bagi orang tersebut.

Biometrik terdiri dari metode unik untuk mengenali manusia berdasarkan satu atau lebih ciri-ciri fisik atau perilaku intrinsik. Dalam ilmu komputer, pada khususnya, biometrics digunakan sebagai bentuk manajemen identitas akses dan kontrol akses. Hal ini juga digunakan untuk mengidentifikasi individu-individu dalam kelompok yang berada di bawah pengawasan.

Ada berbagai jenis sistem biometrika yang sekarang tersedia.


1. Pengenalan Sidik Jari
Sistem itu meliputi sebuah perangkat keras pemindai (scanner) dan perangkat lunak. Peranti itu merekam karakteristik sidik jari yang spesifik, menyimpan data setiap pengguna ke sebuah template.
Ketika pengguna mencoba lagi menguatkan akses, perangkat lunak membandingkan data yang tersimpan di template dan pembacaan sidik jari dari pemindai. Sistem sidik jari sangat akurat, tetapi dapat dipengaruhi perubahan pada sidik jari. Misalnya, terbakar, bekas luka, kotoran.

2. Pengenalan Wajah
Pengenalan bentuk dan posisi dari ciri wajah seseorang adalah tugas yang kompleks. Mula-mula sebuah kamera menangkap gambar sebuah wajah, kemudian peranti lunak memilah-milah pola informasi dan selanjutnya membandingkan dengan template user.

3. Pengenalan Retina atau Iris
Mungkin dari semua itu yang paling aman adalah retina dan lapisan-lapisan pembuluh di belakang mata. Gambar retina sulit ditangkap dan selama pendataan, pengguna harus memusatkan pandangan ke sebuah titik serta mempertahankannya. Jadi kamera dapat menangkap gambar dengan baik.

Penentuan pada pola pembuluh darah. Namun ketika pola itu unik pada setiap orang, identifikasi menjadi lebih kaurat. Sistem yang berdasar dua bagian mata, yakni iris dan retina, dipertimbangkan untuk menawarkan tingkat keamanan terbaik.

4. Geometri Lengan

Dengan sistem itu, pengguna meluruskan lengan menurut petunjuk tanda pada perangkat keras pembaca lengan (reader), menangkap gambar tiga dimensi dari jari-jari dan tulang, kemudian menyimpan data di sebuah template. Geometri lengan telah digunakan beberapa tahun dan dimanfaatkan untuk sistem keamanan pada Olimpiade 1996.

5. Geometri Jari
Peralatan itu sama untuk sistem-sistem geometri. Pengguna menempatkan satu atau dua jari di bawah sebuah kamera yang menangkap bentuk dan panjang wilayah jari serta tulang-tulangnya. Sistem menangkap gambar tiga dimensi dan mencocokkan data dengan template yang disimpan untuk menentukan identitas.
Berbasis Telepon

6. Pengenalan Telapak Tangan
Sama dengan pengenalan sidik jari, biometrika telapak tangan memusatkan pada susunan-susunan yang beragam. Misalnya, bagian-bagian tepi dan tak berharga yang ditemukan pada telapak tangan.

7. Pengenalan Suara
Metode itu menangkap suara dari speaker menurut sifat-sifat bahasa. Penggunaan utamanya adalah aplikasi keamanan berbasis telepon. Keakuratannya dapat dipengaruhi suara gaduh dan pengaruh penyakit atau kelelahan pada suara.

Satu masalah nyata dengan pengenalan suara adalah sistem dapat dikelabui oleh suara tape dari suara seseorang. Karena alasan itu, sistem suara lanjutan harus mampu memperluas atau memperpanjang proses verifikasi dengan memberikan perkataan-perkataan yang lebih sulit dan panjang, membaca dengan keras, atau meminta perkataan yang berbeda yang dibaca setiap waktu.

8. Pengenalan Tanda Tangan
Sistem verifikasi tanda tangan memerlukan satu hal utama, yaitu penerimaan masyarakat umum (publik). Di segala hal dari deklarasi kemerdekaan sampai slip sebuah kartu kredit, masyarakat cenderung menerima tanda tangan sebagai bukti identitas.

Betapapun sederhana sebuah tanda tangan, perlu peralatan mengukur, baik ciri yang membedakan tanda tangan maupun ciri yang membedakan dari proses penulisan tanda tangan. Ciri itu mencakup tekanan pena, kecepatan dan titik-titik ketika pena diangkat dari kertas. Pola-pola itu ditangkap melalui sebuah pena yang dirancang khusus atau tablet (bisa juga keduanya) dan dibandingkan dengan pola-pola template.

9. DNA
Penggunaan DNA dalam teknologi biometrika erat berkait dengan kegiatan forensik. Penggunaanya tidak sama dengan biometrika yang lain, yang dengan waktu relatif singkat bisa memberikan keputusan. Sebab, biometrika dengan DNA harus dilakukan di laboratorium oleh staf ahli khusus, kemudian mencocokkan, baru kemudian bisa memberikan keputusan mengenai DNA yang diperiksa.

10. Thermal Imaging
Ini berkait dengan suhu tubuh. Sistem yang memakai thermal imaging mempunyai proses yang sama dengan menembakkan sinar ke tubuh. Lalu, komputer menangkap panas tubuh seseorang itu dan memverifikasi sesuai dengan kebutuhan.

11. Bentuk Telinga
Bentuk telinga merupakan salah satu ciri khusus manusia. Bila dilihat sepintas, telinga setiap manusia memang mirip. Namun bila diukur tentu memiliki perbedaan.

12. Bau Badan
Bau badan dikembangkan menjadi teknologi sistem biometrika sesuai dengan fakta bahwa manusia memiliki bau badan yang khas. Akan tetapi muncul beberapa kendala, karena bau badan seseorang relatif berubah-ubah tergantung pada situasi fisiologis. Bau badan seseorang usai berolahraga berbeda dari usai mandi. Itu salah satu kendala. Tingkat validasi sistem itu cenderung rendah, hampir mirip tanda tangan dan pengenalan suara.

Kini, penggunaan peralatan identifikasi dengan sistem biometrika makin luas di masyarakat. Pengenalan sistem biometrika sangat penting agar masyarakat dapat menggunakan secara tepat sesuai dengan situasi dan kondisi terkini.

13. GERAKAN TUBUH,
gerakan tubuh manusia pada saat berjalan setiap orang itu unik. Dengan mempelajari hal tersebut kita dapat memebuat sebuah sisem keamanan ruangan dan mengenali orang tersebut dari pola dia berjalan, dengan kecerdasan buatan (AI) tentunya.
Best Blogger Tips

5 Cacat Lelaki Membuatkan Perempuan Tergoda



3)Luka atau Parut Lelaki

Mungkin tak ada yang menyangka bekas luka atau parut boleh menjadi daya tarikan perempuan. Bekas luka dianggap lambang kejantanan oleh banyak perempuan.Ini kerana perempuan lebih suka ingin tahu disebalik cerita luka itu boleh terpahat.

2)Lelaki Ulat Buku

Siapa kata lelaki ulat buku tiada kelebihannya?Jangan terkejut lah zaman sekarang ni lelaki ulat buku ada perempuan cantik dan seksi.Menjadi tarikan perempuan kerana sifat si lelaki tuh yang pelik atau aneh berbanding lelaki yang 'biasa-biasa' saja.


3)Muscle Lelaki

Bagi sebahagian perempuan,musle membuatkan lelaki menampakkan seksinya dimata perempuan. Apatah lagi jika muscle itu keluar ketika lelaki tengah bersukan.Perempuan yang melihatnya pasti tergoda.

Mengikut kajian,lelaki yang mengeluarkan hormon androstadienone boleh membuatkan perempuan ghairah.Namun yang perlu diberi perhatian adalah kebersihan diri. Jika tubuh korang tidak bersih,muscle yang keluar akan menimbulkan bau yang kurang sedap.Kalau dah bau busuk tu perempuan mana nak dekat ngan korang?

4)Lelaki Beruban

Bagi golongan yang sudah berumur,tumbuh uban mungkin merisaukan mereka.Kini tak perlu lagi menyembunyikan rambut yang beruban.Kalau boleh biar saja. baru la nampak korang tu makin hari makin matang!Ini kerana uban memang dijadikan lambang kematangan dan kedewasaan oleh sebahagian perempuan. jadi buat apa tutup?

5)Lelaki Kacamata

Mengikut satu kajian di Stockholm, perempuan kini lebih tertarik dengan lelaki berkacamata.Pintar dan cerdas adalah alasan utama prempuan memilih lelaki berkacamata. jadi bagi korang yang memiliki penglihatan kurang baik, tak perlu ragu memakai kacamata. yang penting, sesuaikan bentuk bingkainya dengan bentuk wajah korang.
Best Blogger Tips

Lelaki Oh Lelaki!



Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Seorang Lelaki Yang Beriman.
  • Lelaki Yang Hatinya Disaluti.
  • Lelaki Rasa Taqwa Kepada Allah SWT.
  • Lelaki Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu.
  • Lelaki Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala.
  • Lelaki Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar.
  • Lelaki Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu.



Lelaki Acuan Al-Quran Ialah?
  • Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya.
  • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya.
  • Lelaki Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya.
  • Lelaki Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung.
  • Lelaki Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh.



Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Lelaki Yang Menghormati Ibu bapanya.
  • Lelaki Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga.
  • Lelaki Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam.
  • Lelaki Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat.


Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
  • Lelaki Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya.
  • Lelaki Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran.
  • Lelaki Mencontohi Sifat Rasulullah SAW.
  • Lelaki Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara.
  • Lelaki Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya.


Lelaki Acuan Al-Quran ialah?
  • Lelaki Tidak Pernah Membazirkan Masa.
  • Lelaki Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca.
  • Lelaki Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir.
  • Lelaki Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan.
  • Lelaki Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan.



Lelaki Acuan Al-Quran ialah?

  • Lelaki Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga.
  • Lelaki yang Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian.


Lelaki Acuan Al-Quran Ialah?
  • Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia
    Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


Ps:Adakah korang tergolong didalam sifat2 yang dinyatakan diatas?
Best Blogger Tips

30 Tanda Perempuan Cinta Lelaki


Artikel kali ni untuk 'santapan' kaum lelaki.Jom sama-sama kita baca..

1. Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati seorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

P/s : susah nak pilih cinta sebenarnya.Mungkin kena ambik masa sikit ;)
Best Blogger Tips

Thursday, May 5, 2011

Gambar Hukuman Mati Diserata Dunia


Di Vietnam & Thailand - Ditembak dibalik Tirai




Di Arab Saudi - Dipenggal Hingga Mati




Florida,AS - Dihukum di kerusi Elektrik






Di Iran - Digantung Diatas Crane




Di Arab Saudi – Di Razam sampai mati khas Pelaku Zina yang sudah bersuami/beristeri




Di India dan Indonesia - Ditembak oleh geng penempak



Hukuman oleh Taliban



di Afghanistan - Digantung




Di China




Hukuman Mati Di Tibet







Di Yaman - Ditembak



Note:Apa pandangan korang tentang hukuman yang dijalankan?seram?ngeri?sama2 hayati dan berbuatlah kebaikan sesama insan didunia ini ;)
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts