And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, May 10, 2011

Beras Dari Plastik?




Sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya.


Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi.”Nasi” ini merupakan gabungan dari kentang, ubi dan plastik.
Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri.
Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini seperti makan satu kantung plastik. Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan pabrik dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos yang rendah beras palsu adalah menyebabkan peniaga untuk membuat keuntungan yang besar.
Di Vietnam, telah berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan. Best Blogger Tips

Jadilah Diri Sendiri


Alkisah, di puncak sebuah rumah api, kelihatan lampu rumah api yang gagah dengan sinarnya menerangi kegelapan malam. Lampu itu menjadi panduan bot-bot para nelayan mencari arah dan petunjuk menuju pulang.
Dari jauh, pada sebuah jendela kecil di rumah penjaga rumah api, sebuah lampu minyak setiap malam melihat dengan perasaan iri hati ke arah rumah api. Dia mengeluhkan keadaan dirinya
”Aku hanyalah sebuah lampu minyak yang berada di dalam rumah yang kecil dan gelap.

Sungguh menyedihkan, memalukan dan tidak terhormat. Sedangkan lampu rumah api di atas sana, kelihatan sangat hebat, terang dan perkasa.
Ah …. Jika aku berada di rumah api itu, pasti hidupku akan lebih bererti, kerana akan banyak orang yang melihat kepadaku dan aku pun boleh membantu kapal para nelayan menemui arah untuk membawanya pulang ke rumah mereka dan keluarganya.
Suatu ketika, di suatu malam yang pekat, pekerja rumah api membawa lampu minyak untuk menerangi jalan menuju rumah api. Setibanya di sana, penjaga itu meletakkan lampu minyak di dekat rumah api dan meninggalkannya di sebelah lampu rumah api.
Lampu minyak merasa sangat gembira. Impiannya menjadi kenyataan. Akhirnya, aia boleh bersanding dengan rumah api yang gagah.
Tetapi, kegembiraannya hanya sesaat. Ini kerana perbandingan cahaya yang tidak seimbang, maka tidak seorang pun yang melihat atau memperhatikan lampu minyak. Bahkan, jika dari jauh, lampu minyak hampir tidak nampak sama sekali kerana begitu lemah dan kecil.
Di masa itu, lampu itu menyedari satu perkara.
Dia tahu bahawa untuk menjadikan dirinya bererti, dia harus berada di tempat yang tepat, iaitu di dalam sebuah bilik. Tidak kira berapa kotor, kecil dan usangnya bilik itu tetapi di sanalah dia lebih bermanfaat.
Kerana walaupun cahayanya tidak sebesar rumah api, lampu kecil itu juga boleh memancarkan sinarnya menerangi kegelapan untuk orang lain.
Lampu minyak kini tahu, sifat iri hati kerana selalu membandingkan diri dengan yang lain, membuatkan dirinya tidak bahagia dan tidak berfaedah.
Kita selalu tidak percaya dengan diri kita sendiri. Kita membandingkan diri kita dengan orang lain, dan merasa orang lain lebih kaya, lebih pintar, lebih tampan/cantik dari kita dan sebagainya. Dan kita sering membuang waktu kita untuk berkhayal seandainya kita menjadi seperti orang lain.
Padahal dengan menjadi orang lain, dengan berada pada posisi orang lain, dengan segala kekayaan dan kecerdasan atau segala bakat yang sama seperti yang dimiliki orang lain, belum tentu kita boleh berkembang atau memperolehi kebahagiaan seperti yang kita harapkan. Kerana semua orang memiliki kelebihan dan peranannya masing-masing.
Lebih baik kita fokus pada apa yang kita miliki, dan kembangkan segala potensi yang ada. Best Blogger Tips

IBU





Kepada semua ibu-ibu yang membaca artikel  ini diucapkan selamat hari ibu dan kepada semua pembaca yang masih mempunyai ibu , jangan lupa ibu anda dan luahkanlah perasaaan sayang kepadanya dan kepada pembaca isuhangat yang telah ketiadaan ibu, jangan lupa sedekahkan Alfatihah setiap kali selepas solat.
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!


Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu

Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu

Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku.

Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


Dari Abu Hurairah r.a. katanya..
“seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah SAW,Ya Rasulullah, siapakah dari keluargaku yg paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?
jawab Baginda:
“ibumu!!…
Kemudian ibumu…
Kemudian ibumu…
kemudian bapamu,
kemudian yg terdekat kepadamu,yang terdekat,”
Riwayat Sahih Muslim.
Best Blogger Tips

10 Password Paling Banyak Digunakan



Berikut ini adalah 10 password yang paling banyak digunakan,
1. Tarikh lahir
2. Tarikh pernikahan
3. Nama depan (banyak digunakan di Amerika Selatan)
4. 123456789
5. 111111
6. ILoveYou


7. Nama123
8. password
9. Nombor telefon rumah/hp
10. Gabungan nama dengan orang yang istimewa

Betul tak? Baik korang ngaku.. Best Blogger Tips

Uji Kekuatan Password Anda






Artikel berkaitan password , mendapat beberapa responder ada yang mengatakan tidak tersenarai dalam list password yang paling selalu digunakan. Baguslah tetapi adakah anda yakin password anda betul-betul selamat dari diceroboh oleh cracker?
Ramai dari pakar sekuriti online mencadangkan password yang baik ialah:
1- Selalu ditukar-tukar. Tapi awas jangan sampai terlupa pula.
2. Menggunakan password kata yang panjang.
3. Menggunakan gabungan huruf capital dan small letter.
4. Menggunakan karakter gabungan alfa-numberik dan simbol-simbol.
Bagaimana kita boleh membuat password yang benar-benar selamat.
Ada satu alat pengukur password online yang bagus yang dapat menunjukkan seberapa kuat password anda
Klik –> Passwordmeter
* Masukkan password yang ingin diuji dalam Password Meter
* Periksa semua saranan untuk menyukarkan dan memantapkan password anda.
* Meter akan menunjukkan jika password menggunakan simbol, angka tengah, huruf kecil, huruf besar bersama dengan panjang password.
* Jika percentage password belum 100% ubah password dengan beberapa tambahan untuk membuatnya kuat iaitu sebesar 100%.
Password meter ini sebagai alat ini dapat digunakan untuk memudahkan penggunaan untuk mengingati password menjadi lebih kompleks. Kebanyakan dari orang membuat password berdasarkan dari data diri sendiri atau hal-hal yang disukai.
Password begini dapat mudah diteka oleh orang lain tetapi jika password berisi dengan berbagai jenis karakteristik seperti huruf besar, huruf kecil serta simbol atau menambahkan nombor yang mudah diingati maka kombinasi tersebut cukup untuk password tidak mudah diteka.
Sebenarnya selain web passwordmeter.com ini, banyak lagi website dan perisian yang anda boleh gunakan untuk menguji kekuatan password anda. Anda boleh googling sendiri.
Semoga bermanfaat. Best Blogger Tips

Benda-Benda Biasa Jadi Luarbiasa

Benda-Benda Biasa Jadi Luarbiasa, jangan takut untuk berinovasi.

strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world strange world Best Blogger Tips

Sunday, May 8, 2011

Dr M: Nik Aziz gemar putar belit ayat al-Quran


PAS kini tidak lagi fokus memperjuangkan Islam sebaliknya lebih kepada berjuang mempertahankan DAP, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
mahathir subang airport 220706 grimmaceKatanya, pemikiran orang Melayu dalam parti itu telah jauh berubah berbanding semasa PAS di bawah kepimpinan bekas Yang Dipertuanya Allahyarham Prof Burhanuddin Al Helmi dan bekas Presiden Allahyarham Datuk Asri Muda.
Beliau berkata, ketika ini pemimpin dan anggota PAS sanggup bermati-matian mempertahankan DAP walaupun sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyanggah gagasan penubuhan negara Islam seperti yang dikehendaki parti itu.
"Sampaikan Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) sekarang bukan main lagi pertahankan DAP, dulu tengok DAP pun tak boleh bila DAP kata langkah mayat kami dulu kalau hendak tubuh negara Islam.
"Tetapi sekarang ini orang PAS pula kata langkah mayat aku kalau hendak dera Karpal Singh...suasana dah terbalik," katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di Dewan Utama, Pusat Rekreasi Cheras di Kuala Lumpur, hari ini.
Bekas presiden Umno itu berkata perpecahan di kalangan orang Melayu hari ini juga dimulakan oleh PAS apabila ulamak yang asalnya dalam Umno bertindak keluar parti dan menubuhkan PAS setelah tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tempat.
NONE"Puncanya orang Umno yang pandai bahasa Inggeris diberi tempat, mereka golongan yang pandai bahasa Arab tetapi tidak pandai bahasa Inggeris merasa tidak diberi tempat," katanya.
Dr Mahathir juga menyelar tindakan Nik Aziz yang gemar memutar belit ayat al-Quran dan berbohong demi untuk mengekalkan kuasa.
Menteri Besar Kelantan itu dakwa Dr Mahathir sanggup berkata dengan memetik ayat al-Quran bahawa tidak salah orang Islam berpecah dua.
Beliau berkata, atas landasan itulah, Umno dari dulu lagi menyangkal yang PAS memperjuangkan Islam dan keadaan itu makin ketara apabila semakin banyak pembohongan yang dibuat oleh pemimpin PAS itu.


ps: walaupun aku sanjung dr.mahathir...tapi yg satu nie bagi aku dia tetap salah, kita sebagai org Islam mestilah menyanjung tinggi undang2 islam...walaupun malaysia maju menjadi negara membangun tetapi penyakit masyarakat terlalu hancur utk di banggakan...
Best Blogger Tips

Saturday, May 7, 2011

Amalan yg utama




Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Manakah amal yang lebih utama”? Baginda menjawab : “Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah”. (Bukhari)
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walaupun sekecil zarah pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan jikalau kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya adalah luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang saja berlaku kerana ia tidak dihalang bahkan dibantu oleh syaitan.
Oleh itu, sebagai benteng yang kukuh manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik (syurga) atau pembalasan buruk (neraka). Best Blogger Tips

Munafik



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang basah )”. (Riwayat Ahmad)
Amanah bermaksud tanggungjawab yang diterima oleh seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut tanpa mengabaikannya. Amanah meliputi berbagai-bagai aspek seperti amanah tehadap Allah dan Rasul-Nya, amanah terhadap diri sendiri dan amanah terhadap masyarakat dan perkhidmatan. Monopoli kuasa dan tanggungjawab yang luas di tangan seseorang akan menyebabkan kuasa itu tidak berkesan dan tanggungjawab tidak dapat dijalankan. Oleh itu sesuatu tugas itu hendaklah diamanahkan kepada mereka yang layak dan mampu melaksanakannya di mana ia memiliki ciri-ciri amanah, kepakaran dan ketakwaan. Tidak amanah adalah satu tanda munafik. Akibatnya seseorang itu tidak lagi dipercayai oleh masyarakat disebabkan sifat khianat yang telah dilakukannya terhadap sesuatu tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya. Best Blogger Tips

Takdir Manusia.


Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan akan dilalui, apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seseorang anak, malaikat bertanya lagi: Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya? (Selepas malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis seperti diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Hadis Riwayat Anas r.a)
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita wajib mempercayai dan bersyukur terhadap kurniaan Allah. Ini kerana beriman kepada qada dan qadar merupakan rukun iman yang ke-6 dan menyangkalnya boleh mengakibatkan terbatalnya iman kita.
Sesungguhnya takdir manusia telah ditentukan sedang ia masih di dalam kandungan ibunya. Namun ini bukan alasan untuk umat Islam hanya berpeluk tubuh tanpa berusaha dan berdoa. Sebaliknya umat Islam harus menggunakan alasan ini untuk lebih kuat berusaha dan berdoa dalam mengecapi kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts