And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)
Saturday, May 7, 2011
Amalan yg utama
Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w : “Manakah amal yang lebih utama”? Baginda menjawab : “Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah”. (Bukhari)
Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walaupun sekecil zarah pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan jikalau kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya adalah luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadis di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya.
Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang saja berlaku kerana ia tidak dihalang bahkan dibantu oleh syaitan.
Oleh itu, sebagai benteng yang kukuh manusia mestilah mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik (syurga) atau pembalasan buruk (neraka).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
-
Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
-
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
-
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
-
Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
-
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
-
Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
-
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
-
( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...
No comments:
Post a Comment